Thursday, January 6, 2011

Antara Baik tetapi Bosan & Penyayang tetapi Baran

Pernah berborak dengan seorang teman sewaktu ketika otak belum pening-pening memikir masalah duniawi. Ukhrawi apatah lagi. Mungkin langsung leka agaknya. Teman saya cakap:

"kalau kau lah, kau nak laki macam mana?"
Aku jawap:

"Aku tak kisah, asal dia suka aku, aku suka dia, boleh terima apa ada, OK lah. Takde kriteria. Tak pk ape pun"

Teman cakap lagi:
"Macam tuh jek?"

Aku annguk. Sebab actually otak tak pernah fikir sangat pasal hal tersebut. Sebab aku rasa rendah diri. Entah. Mungkin peribadi aku macam itu. Tidak pernah ambil pusing hal itu. Cuma set dalam kepala "If sampai waktu, sampai lah". Actually dalam hati takut juga jumpa orang pelik-pelik. Naya aku. Aku ini tak lah sepelik mana rasanya. Aku simple. Tapi betol ke aku simple macam aku cakap? Macam mana ada orang tidak sefikiran dengan aku. Lepas tuh kawan aku cakap:

"Kau kan, kalau ada 2 laki, kau pilih yang baik tapi bosan atau yang penyayang tapi baran?"


Aku diam. Fikir kejap. Sebab aku ni aku rasa seorang yang "plain" yang tak berapa happening, mestilah orang tengok life aku bosan. So aku jawap

" Penyayang...tapi aku takut yang baran"

Kawan cakap:
"Kenapa kau tak pilih yang baik tapi bosan?"

Aku jawap:

" Kalau dia tak sayang aku macam mana? Kalau dia bosan tengok aku, macam mana? Sebab aku sendiri pun dah la seorang yang bosan. So aku nak somebody yang boleh buat aku tersenyum. Happy. Yang aku tengok dia, semua beban hilang. Tapi aku tak boleh imagine macam mana baran tapi penyayang. Kenapa dia nak baran? Kalau dah kaki marah-marah, bole ke dia nak sayang kita sebenarnya?"

Kawan aku sambut:

"Entah la"

____________________________________________________

* Sebenarnya mungkin sudah lali. Sebab aku sendiri kenal beberapa orang di keliling aku yang baran sifatnya. Ya Allah, stress kadang-kadang aku nyah ooi..Macam aku pun mahu bertukar jadi incredible hulk ke ape tah. Atas alasan kerja, baik kau sabar sahajalah. huhuhuh. Nampak tak aku stress?

(habis yang kau cerita pasal macam topik "cinta" kat atas kenapa? Saja jek! :-P)


Time tuh kau macam harap kau boleh undur waktu dan tak buat benda yang "salah" (yang sebenarnya bukan salah pun atau memang bukan salah yang melampau atau besar pun, tapi menjadi isu) yang penyebab kemarahan itu. Tapi sebenarnya orang yang baran ini, ada kaedah kita mengawalnya. Buat sesuatu yang elok-elok, hati-hati, teliti dan jangan leka. Jangan kau nak buat dia sentap.
Kemudian jika dia marah...kau tak boleh sama naik dengan level amarah dia. Kalau takkk...selamat kau kena maki atau penampar dekat muka. Lesing kang, nak? Nak?

Biasa orang marah-marah ini, dia akan mahu menang selalu. Kau bagi sajalah dia menang asal kan amarah dia turun. Mengalah sajalah dengan rela. Anyway, orang baran ini cukup untuk membuat kau rasa tewas/sedih/kecewa tetapi mampu melatih kau sabar dan redha. Percaya? Kalau tak sanggup, kau boleh beredar tinggalkan si baran terkulat-kulat. (sebab kau juga ada level ketahanan kesabaran tersendiri juga, betul?)


TAPI
sebenarnya tidak guna juga kalau kau sahaja yang cool steady menelan semua macam air sejuk. gulp!gulp! Sebab kejadian ini actually memerlukan 2-2 pihak (sejuk dan panas). Yang panas perlu lah berinisiatif mengurang kan amarah dia. So jangan marah-marah :-) Nanti cepat tua. Kena jual. Auwww! Nyonya/Apek beli diri kau nanti, mahu? Nanti kau kena paksa joget, nak ke? :-P

OK..kongsi tips sikit: (fuyo! Kak Kiah ada segmen tips pulak tibe-tibe)

Boleh percaya ke tips akak nih?


Kalau Kau Ini Tergolong Dalam Golongan Pemarah:

1) Marah ini umpama macam API yang dinyalakan oleh syaitan untuk Anak adam. Maka dengan itu, jika kamu macam bergelora amarah kamu macam Gunung Merapi mahu meletus, Kalau time tuh kamu sedang berdiri, silalah bawa duduk. Kalau masih juga macam mahu mengamuk terbakar, sila lah bawa baring. Ambil wudhuk juga membantu kamu. Kawal emosi kamu. Emosi kamu mampu mempengaruhi orang lain juga kalau berterusan bersikap panas. Berdoalah suapaya diri kamu dilindungi Oleh Allah dari syaitan yang direjam. Sekali kamu marah, Syaitan confirm melompat sakan siap bertepuk tangan buat jambori, kau tau?

2) Sesiapa yang dapat menahan dirinya dari meletus kemarahannya kepada sekelilingnya dengan sabar, Allah akan mengisikan hatinya dengan Keredhaan di akhirat. Berbaloikan jika kamu berjaya menahan, kan? (Sudah! mesti kau fikir "Aku boleh ke masuk syurga?" kan?). Jadi bertahan lah. Kan comel macam itu? Saya pun sayang....hehehe (aik? tiba-tiba)

3) Ingat Allah. Dapat pahala tahu? Nak? Baik kau buat cepat!

4) Fikirkan akibat dari kemarahan itu. Adakah menjadi elok atau lagi tidak elok? Marah boleh bagi kau penyakit tahu? Kamu mahu darah tinggi, kencing manis, dan macam-macam hinggap dekat kamu? Kamu tak sayang orang yang kamu sayang ke? Sayang? Habis Kenapa buat? tindakan luar batas rasional juga boleh menyebabkan kamu menyesal. Menyesal susah tahu? Kau punya harapan tipis mahu betulkan keadaan. Stress kau nanti. Lain lah kalau kau jenis kesah hal kau tak mau kisah hal orang lain. Boleh duduk gua la kot kau...huhuhhu

5) Ambil iktibar dari pengalaman lepas bila kamu marah. Perkara apa yang kamu tidak mahu terjadi, tetatpi jadi jugak? Cubalah ikut nasihat/amalan yang sepatutnya.

6) Jauhkan dari sebab kemarahan - kalau kau rasa macam tengok makcik cleaner lap meja kau jek kau nak marah, lain kali pesan siap-siap dengan makcik tuh, cakap tak payah bersihkan meja kau. Biar bersawang berhabuk berhantu. Biar. OK?

7) Banyak Ingat Allah.

8) Tingkatkan keimanan kamu.

9) Mengaku lah kesalahan kamu juga. Sila perbaiki.

10) Minta bantuan. Ikut lah nasihat teman baik kamu. Kamu mungkin perlu pandangan dari pihak lain. Kamu kadang-kadang tidak mampu buat seorang diri, tahu?

11) Balik rumah, ke mana ke, sila la muhasabah diri kamu itu.

12) Maafkan orang yang buat kamu marah itu. Dr Fadhilah Kamsah cakap, benda sebaik-baik sebelum tidur ialah maafkan semua orang.


Untuk Yang Kena Marah Pula

1)
Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka Malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan

2) Diam, jangan lawan cakap orang marah.

3) Sabar, dapat pahala, tahu? Mahu?

4) Kamu tolong jauhkan perkara yang boleh membuat orang marah, boleh tak? Tolong orang itu. Cakap baik-baik, elok-elok. Sopan santun kan budaya kita? hehehe

5) Banyak Ingat Allah.

6) Tingkatkan keimanan kamu.

7) Mengakulah kesalahan kamu yang membuat orang marah. Sila perbaiki.

8) Minta bantuan. Kamu perlu nasihal untuk belajar skill tak bagi orang naik angin.

9) Diam saja, dan berlalu (eh? Kau merajuk ke nih? kau nak tambah marah orang ke?). Actually kau juga ada hak untuk marah kadang-kadang...

10) Cari peneman pelepas stress. Orang yang good listener. Yang ada buah fikiran untuk kamu fikir. Menenangkan kamu (Cth: Suami ke, isteri ke, GF ke, BF ke, mak ke, kawan rapat ke, etc lah

11) Balik rumah, ke mana ke, sila la muhasabah diri kamu itu. Tengok balik kenapa kau kena marah?

12) Maafkan orang yang memarahi kamu itu. Dr Fadhilah Kamsah cakap, benda sebaik-baik sebelum tidur ialah maafkan semua orang.



Apa lagi nak tambah? kau tambah la sendiri. Jom sama-sama baiki diri.

Sifat amarah ini sebenarnya tidak terbatas kepada mana-mana jantina. Marah itu normal. Jika kamu tiada perasaan ini, kamu tidak normal! OK? Sifat amarah ini tidak mungkin dihilangkan sama sekali, tetapi ia dapat dikawal dan dikendalikan dan kita perlu tahu waktu bila kita perlu marah.


OK...selamat beramal..hehehehe

Assalamualaikum...

with love,
Kak Kiah



1 comment:

mizzura said...

ya betulll..tak suka lelaki pemarah..buat kita hilang respek :-(