Monday, January 3, 2011

Aku Yang Kau Panggil Sayang- Syahdu...


Hari ini saya sampai awal ke pejabat. Office lengang. Sebab semua sibuk sempena hari pertama anak-anak ke sekolah. Jadi yang bujang yang konon terlajak macam saya kenalah kerja. Hehehehe. Takkan lah aku nak berlakun macam orang ada anak yang datang lambat-lambat kan? Tapi tadi masa punch card, boss saya - Mr Lee cakap

" Eh? u don't send your children to school today? Everybody come late today to send their children"

huhuhuhu...boss I ni memang tau...buat I sentap pagi-pagi. Apa aku nampak macam ibu anak lima ke? ada aku nampak macam ibu yang memiliki anak-anak yang sudah masuk sekolah kah? Apakah?

Aku dengan muka cute jawap dekat boss " Erm..I'm not married yet boss"...

Boss sambut.. "Ohhh...I'm sorry, i thought u are married. "

OK FINE! kejap lagi saya kahwin kalau ada peluang ye...KALAU ADA...

Boss...tak funny ok buat saya macam ni. Macam nak nangis dalam hati. Sudah lah hati aku menangis-nangis...lagi nak tambah nangis. Hati saya hujan tahu?

OK..OK...yang syahdu ni sebab tadi on the way pergi office, dalam kereta dengar lagu ini.


(nah kau...aku tempek muka aku bajet jadi covel album..kekekeke) OK..siapa tahu lagu ini? Siapa mahu MP3 dia? boleh mari SINI

No comments: