Monday, January 31, 2011

Apsal Awal Nih? Damn!


Saya nak mulakan entry dengan ekspresi perasaan:

UwaaaaaaaaaaaaaaUwaaaaaaaa!

OK. Stop yelling! Stop crying too! Kalau tak kena sebat! OK..Fine, ambil tisu dan lap mata. and of course, sila lap hingus kau tuh. Tak semenggah okeh. Tak ayu langsung (bukan Ayu Raudhah okeh? Dia cun di hari kahwin dia..)

OK..tempek sikit gambar dia, boleh?

Nice kan?

Gambar boleh di cedok di mana-mana sumber internet. Sila Google untuk gambar eksklusif untuk pencuci
Omata. Kalau mahu lah. Thanks to Google bebeh!


OK. Lupakan cerita di atas. Tapi kau meratap bagai kenapa eh? Boleh sambung cerita.

YES.

Saya sudah ada uban! Dammmmmnn!

Alah, biasa lah tuh, sikit je. Orang lain pun ada.

No...no...sikit ke apa nya. Stress tengok...Oh! Nak crying semula. I'm turn to nenek soon. Nenek Single. Memang kasihan. Oh!


A lot ...a lot OK? :-(

Sad. Eceh ! (Alah...uban pun nak kecewa!). Eh...of course lah beb. Harus lah. Aku bukan bercucu lagi. Untuk orang lain small matter. But me? Errrrrrr...Kan orang cakap umpama mahkota wanita. Even kau bertudung, rambut perlu kau titik beratkan juga. Setuju?

Then cari Dr. Google. Dan dia cakap macam ni:

1) Paling utama terjadi adalah berkaitan dengan keturunan dan genetik.
--> Oh? Tidak dapat disangkal dinafikan. Mengikut observation aku, ibu saya sudah mula beruban sejak adanya anak ke dua (adik lelaki saya). Macammana saya tahu? Sebab saya yang bertanggungjawap mencabut uban tersebut sebelum mendapat "upah" dibenarkan keluar bermain-main (macam yang pernah saya ceritakan di entry TERLAJAK BERCERITA).


2) Uban tidak ada kaitan dengan usia.
--> sebab itu lah ada juga tengok makcik-macik auntie-auntie, pakcik-pakcik uncle-uncle masih belum beruban. Ada juga kelihatan anak-anak sekolah yang ada uban terselit di celahan rambut hitam nya

3) Pigmen tak sihat.
--> Hmmm...makna kata, kau kena jaga betul-betul, kasi sihat.

4) Stress berpanjangan
--> I must say...Mungkin juga

5) Kurang vitamin B12. Gizi makanan tak sihat.
--> Apa itu? dari mana nak dapat?

Wikipedia cakap:

"
Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti daging (terutamanya hati dan kerang-kerangan), telur dan hasil tenusu. Bijirin sarapan diperkuat juga biasanya mempunyai vitamin ini, dan merupakan sumber utama untuk vegetarian dan vegan. Jadual 1 menyenaraikan pelbagai jenis sumber vitamin B12.

Vitamin B12 juga dikatakan banyak terdapat di dalam budu, yang merupakan makanan tradisional kesukaan rakyat Kelantan dan Terengganu. "

Oh? Budu? Makan budu hari-hari kah aku?huhuhuhuh...


6) Gaya hidup. Contohnya merokok, mewarna rambut
--> ERm..den tak merokok..huhuu..crying sekarang. Mewarnakan belum pernah juga...

OK...aku malas nak cari dah. Kau cari dan baca lah.

Point 1 & 4 boleh diterimapakai untuk saya.

Okeh...jom berjoget untuk keriangan hati...yeahh! (Kau ingat kau riang kau takkan ada uban eh?)

* Nampak gaya kena cari produk untuk membaik pulih sebelum terlambat
* Perlukah aku tidur bersama minyak kelapa? Huhuhuhuh
* Tengok ada uban, lagi tambah stress I...hmmm

2 comments:

Anonymous said...

wow,nampaknya aku x keseorangan. huhu...meh la ke yun nam hair care...

Azira...Nozie...Kechik said...

siapa ini? huhuhuh...yun nam bukan untuk rambur nak botak ke?uban ade ke?