Thursday, January 27, 2011

Suami Romantik, Boleh Dapat Ke?


OK...finally...Lanjutan dari yang ITU


11) Bersifat pelindung. Sila faham..sifat pelindung adalah tidak sama dengan mengongkong. Pelindung berteraskan tanggungjawap. Manakala sifat mengongkong adalah berteraskan kepada cemburu which is not good. Cemburu buta apatah lagi. Sayang tau muka kau kacak-kacak segak kegilaan gadis-gadis bagai, tapi ada sifat mengongkong. Sangat la tak comel sebab kau menipiskan peluang kasih-sayang berkembang antara kamu dan pasangan. Sebab? ye lah...kau cemburu...GF kau baru nak tanam sayang, dah cambah rasa sayang macam benih nak tumbuh, kau marah-marah dia tiba-tiba sebab bersangka buruk tanpa usul periksa, terus kurang/mati rasa kasih dia kat kau tau.

Lindungi lah kami...
(image by Google)


Mungkin kau cakap "kalau sayang mesti u follow cakap I. If you go. Makna kata you tak sayang I". Padahal kau tau GF kau bukan jenis gedik ke nakal ngorat orang ke ape. Tapi sebab cemburu, kau fikir bukan-bukan then kau kasi sakit dia lagi---kau kongkong dia pulak. Kau tau tak sifat mengongkong itu macam serangan saikologi buat pasangan (tak kira la laki ke perempuan). Rugi tahu kalau terlepas seorang yang kau rasa sudah menepati segala ciri apa yang kau idam-idamkan, tapi melepas sebab kau silap langkah? Isk..isk...Imagine lah...Kalau kau ada pasangan yang sangat bersabar...kau sangat bernasib baik. Tapi harus lah ingat kesabaran manusia ada tahapnya. Renung-renungkan dan selamat beramal (eh?tiba-tiba jek)

Weh! Aku nak cerita pelindung ke kongkong ni? Ok Fine...pelindung itu adalah romantik..manakala mengongkong itu tidak sama sekali masuk dalam ciri romantik atau silibus penaakulan mantik (matematik nyer subjek).


12) Ketereran memujuk dan kerendahan diri dan hati dalam memohon kemaafan. Ha...amik kau! Panjang pulak ciri ini. Tapi betul. Kena mengaku betul. Kepandaian memujuk juga penting. Walau kamu sebenarnya tak pandai pun pujuk, tapi usaha dan ketulusan hari kamu boleh diambilkira sebagai ciri romantik. Ingat senang ke laki nak jatuh ego dia pergi pujuk? Bukan mudah ok? Kalau kau ada suami/BF yang tahu memujuk, cepat kau sujud syukur sekarang! Sebab kamu bertuah! Tapi tolong lah jangan kau 2-3 minit merajuk..3-4 jam merajuk..selang 1 minggu 1 kali merajuk...Tokei kedai jual tabla pun boleh fed-up. Tahu? Dan please lah..jangan ambil kesempatan dengan sikit-sikit nak merajuk. Tak comel tahu? Kau ada makwe macam ini, kalau kau habis sabar...elok lah kau..err...er....atau...kau berusahlah ubah dirinya supaya bertambah baik. Okeh?

The Hardest word to say?

OK..sebab laki ni terkenal dengan egonya. JAdi kalau memohon ampun maaf jika dia salah macam susah kita nak dapat juga kot. Macam kalau dia minta maaf dia rasa macam tercalar-balar ke apa tah. Tak dapat dipastikan. Kena tanya dia.

Pening nak pujuk? atau Malu? (Image by Google)

So kerendahan diri juga adalah ciri romantik. Eceh!!


13) Matang & Releven. Kematangan penting dalam perhubungan. Kena ada kematangan. Kalau kamu yang tak matang, dia mesti matang. Atau sebaliknya. Kena ada. Sebagai guide. Penting. Kalau tak, hal-hal tak releven mungkin berlaku. Contoh? Kau fikir lah sendiri apa-apa yang kamu tak releven. OK...Aku gatal nak bagi contoh.

Sebab dia lupa/lambat bagi makan Tikus Mondok kesayangan kau, kau merajuk taknak makan sama-sama dengan dia. Siap cakap taknak makan sampai 24jam. Nampak?

Apa releven nya tuh kau buat macam ini? Puas hati? Suka sebab bagi hukuman atau apakah?

Kita tak payah gaduh-gaduh lerr...
(image by Google)


Padahal tindakan matang ialah hanya berbaik semula. Bukan terbawa-bawa emosi melarat. Suasana pun tak tegang, tak gitu? Hal kecil je kan. Lain lah kau marah sebab dia pergi jumpa pakwe nombor 2-3-4 then baru kau.

Tuh aku sokong kau memang kena marah lah kan...atau mungkin dapat ayat "Bye bye..We end till here saje. Buatlah suka hati U". eceh!

Jangan nak complicated kan benda yang langsung "eleh". Boleh?


14) OK...aku anggap ciri terakhir aku nak list kan:- Memasukkan nama kamu dalam doanya. :-). Romantik. Sangat syahdu boleh berjuraian air mata kalau kau tahu. Eceh! Serius. Kamu jangan asyik dok doa nak murah rezeki kaya raya bagai. Tapi lupa nak masukkan nama orang yang sangat kau sayangi dan cintai seluruh jiwa kau. Apa nak malu? Allah dengar pun malu ke? Iskkk...

Patutlah ada lagu "Ingat ku dalam doa-mu". Fuuuhhh...

Doa banyak-banyak ye...apa kamu mohon?

Ok..nah..14 point aku bagi. Tapi aku rasa sudah macam bukan entry romantik. Kan aku cakap aku tak romantik.

Segala aku tulis, kalau ada terguris, terasa saya dengan kecil diri memohon kemaafan kepada kamu ya...


* penat aku fikir weh...aku tak pernah fikir sebarang ciri-ciri weh...macam buat assigment jek!
* Aku suka tengok pakcik makcik petang-petang joging sama-sama. Jalan. Atau Ibu+ayah bawak anak bersiar-siar pimpin tangan keliling padang tengok orang main bola sepak ke...main layang-layang ke..sweet jek.
* Macam Dr. Love jek aku ni..padahal hampeh tak tahu!

Akhir kata, aku tak salahkan kau kalau kau cakap "Ini ke romantik??". Setiap individu mempunyai definisi dan persepsi berbeza.

Walaubagaimanapun. Aku rasa hampir kesemua di atas hanya MIMPI. Sebab takde yang sempurna. Apa yang boleh kita buat?? Terima seseorang seadanya dan dalam masa yang sama, masing-masing cuba improve diri. Itu lagi baik dari kau berpura-pura..

Wassalam...aku chow...entry entah apa-apa aku kupaskan tah! Harap tak ada entry berbentuk begini. Pening jek aku rasa...hahaha

Muahhxx!


No comments: