Monday, January 3, 2011

Bosan? Kau ada Kuasa Kalau Mahu


Banyak pula entry yang draft. Hari ini aku nk published hampir semua. OK..mula sekarang! (sebenarnya entry lepas-lepas pun draft juga)
___________________________________________________


Semudah perkataan itu, semudah itu jugalah tindakan.


Jika kau bosan dengan siaran TV/radio, kau boleh menggunakan kuasa kau untuk berpindah siaran lain. Sebab itu lah Hot.Fm jatuh ranking then Sinar.Fm up dan kemudian dia jatuh dan beralih takhta ke Suria.Fm. Macam main passing bola pulak!




*ok..kau nampak ke tak kuasa kau kat situ??


Tapi kau jangan risau. Radio/TV tersebut tidak kecik hati pon. Malah mereka akan berusaha perbaiki mutu untuk merampas semula pendengar mereka. Biasalah kan…cari makan. Kalau tidak, bonus tiada. Gigit jari pula nanti. Hehehehe


Jika kau bosan dengan sesuatu makanan itu, kau boleh mengubah citarasa kau. Jika isteri tuan-tuan hari-hari masak kari, bosan, dia akan tukar masak tomyam sampai kau jemu. Kalau kau tiada isteri lagi, kau makan di kedai asyik order menu sama, bila kau jemu kau boleh order menu lain atau berpindah ke resoran lain. Mudah kan?




*kau nampak kuasa kau sekarang?


Kau tidak perlu risau tuan kedai merajuk atau kecil hati sebab kamu tidak menjadi pelanggan dia lagi. Biasalah adat meniaga. Ada pasang surut. Restoran tersebut pasti meningkatkan mutu perkhidmatan dia untuk menarik pelanggan dia. Betul? Kalau tidak alamatnya risiko bissness lingkup! Aduh!


Kau bosan dengan pakaian yang kau ada. Nampak macam tak up-to-date. Padahal dulu-dulu masa mahu mendapatkannya kau sanggup tak makan simpan duit demi barangan itu. Jika kau belum bekerja, sanggup kau berlapar simpan duit belanja sekolah untuk membelinya. Kalau mintak ibu, nanti kena marah..jadi kau ambil inisiatif mengumpul sendiri. Atau kalau kau anak yang sangat manja, apa kau mahu semua dapat, kau nangis berguling-guling saje, terus ibu pujuk suruh siap pakai cantik-cantik dan pergi beli apa kau mahu. Tup-tup 2-3 kali kau pakai, kau rasa tak best! Macam tak cantik. Ka terus lipat-lipat simpan dalam plastic terus rodok dalam bucu almari kau. Atau kalau almari kau sudah penuh, kau derma bagi orang saja.



*kau nampak apa kau boleh buat?


Tapi kau tak perlu risau. Baju itu tidak akan kecil hati dengan kau sebab tak mahu pakai dia lagi.


Dia (baju itu) tidak kisah pun…



TAPI! TAPI!TAPI!


Kalau kau bosan dengan orang (manusia) macam mana? Sememangnya kau boleh guna kan kuasa yang kau ada untuk membuang orang itu ke tepi atau ke mana-mana sahaja yang kau suka. Tapi membuang orang tidak sama seperti kau memilih siaran radio/TV, makanan dan baju. Sebab orang ada perasaan. Ya…maha suci Allah yang berkuasa mengurniakan perasaan kepada setiap insan.


Macam kau ada isteri, kau bosan, kau sukahati pergi kahwin Gadis Lebanon atas alasan kau sudah bosan dengan isteri kamu yang sangat kau inginkan macam gila bayang suatu ketika dulu. Sekarang dia sudah tidak macam muda-muda dulu semudah itu kau menggantikan peranan dia. Kamu ada fikir perasaan dia? Yang melayan kamu siang malam tidak kira waktu. Yang sama-sama dengan kamu masa kamu sakit dan sihat? Yang memberi zuriat yang comel dan pintar buat kamu? Sekelip mata kau boleh lupakan semua itu. Kau gantikan diri dia atas alasan “Saya sudah bosan”.



Sama jugalah macam kau ada GF/BF yang konon kau sayang. Tapi kau pura-pura sayang. Masa belum kenal macam apa sahaja kau berharap untuk berkenalan. Bila sudah kenal…lama-lama kau bosan. Mamat /Minah itu sudah tangkap cintan sama kau sebab kau bagi harapan tinggi pada dia. (sudah pasang angan-angan “Kalau kahwin nanti boleh bina keluarga, ada anak comel-comel”- umpamanya lah). Kau pula time itu sibuk cakap sayang…cakap darling, etc. Tup tup tup kau jumpa yang cun yang hensem, yang tak bosan, yang fun habis terus perasaan kau pada dia hilang. Lepas itu kau clash dengan GF/BF kau atas alasan “Saya sudah bosan”. Mudah kan?


*kau nampak tak kuasa kau? Kau nampak tak penghargaan kau pada orang itu? Selayaknya dia di layan begitu, atau apa kah yang sebenarnya?


No comments: