Hello…kau percaya ke tidak? Angguk? Geleng? Angguk Geleng?
Cepat! Aku suruh kau percaya. Kau tahu kenapa? Bila kau lahir jadi perempuan, kemudian bertukar menjadi WANITA (cop!pernah tak kau fikir, kenapa untuk gender bagi perempuan ada "perempuan" dan "Wanita"? Tetapi Lelaki hanya "lelaki" - aku ingat sebab itu lah wujud ayat "Kalau lelaki, tetap lelaki"..kekekeke) secara automatiknya kau mungkin akan memiliki takdir menjadi kanibal - Memakan manusia. Cuma bezanya kau akan makan diri kau sahaja.
Bila kau sudah meningkat usianya, jauh pengalamannya, kau mungkin ditakdirkan menjadi seorang yang “pemakan hati”. Jadi, kau setuju ke tidak wanita itu kanibal? Kau makan hati kau sendiri. Kanibal lah tuh,
Kenapa kau memilih untuk menjadi perempuan “kanibal”?
OK..sambung semula ke topik “Makan Hati” kita.
1) Untuk menjaga hati dan perasaan orang lain
2) Dia akan rasa bahagia bila makan hati, tapi melihat orang lain gembira, bahagia
3) Sebab dia baik hati (walau pun suka makan hati!), sebab dia terlalu sayang orang itu hingga dia sanggup simpan hati dia dalam-dalam.. Itu lah dia, kalau jadi perempuan, sekali dia suka, dia akan suka selamanya (dengan syarat- dia betul-betul suka, bukan buat-buat suka)
4) Terpaksa makan hati sendiri sebab tiada yang sudi mengubat/memujuk hati. Oleh kerana sedih tiada siapa yang peduli, dia memilih untuk memakan hati sendiri lah! Ini biasa terjadi jika seseorang itu dilahirkan untuk “mengubat hati sendiri” atau “ memendam rasa” sendiri, Karam Singh Walia cakap “Makan berulam jantung sendiri”. Ha kau nampak? Dia makan jantung dia pula! Takot tak kau? Dia akan pilih cara ini untuk menggembirakan hati sendiri. Lagi-lagi jika mempunyai pasangan yang tidak akan peduli atau buat-buat tidak peduli perasaan kau. Masa ini, hanya Allah sajalah yang tahu bagaimana kau sangat berharap yang diri kau memerlukan sokongan di sekitar kamu. Sebab itu lah, jika kamu seorang suami/isteri/pakwe/makwe yang bajet “forever I love you”…support lah pasangan anda. Walaubagaimanapun, sebenarnya kaedah “mengubat hati sendiri” ini tidak terhad untuk kaum Hawa sahaja. Kaum Adam juga begitu. Maka dengan itu, baik kamu jadi lelaki atau wanita, saling lah menyokong pasangan kamu. Siapa lagi yang mahu sokong diantara kamu jika bukan diri masing-masing? Tidak lah jatuh air muka kamu/ego kamu jika memberi sokongan. Kamu tahu tak? Jika kamu buat begitu, pasangan kamu amat menghargainya? Insya-Allah. Dia akan cakap “I love you for ever & ever, Sayang”. Eceh! (ayat rekaan semata). amacam? berbunga tak hati kau dengar? boleh bawa mengigau tau?
5) Mungkin juga wanita atau ibu-ibu banyak makan hati juga dengan layanan suami. Sebab? Saya fikir…banyak isteri macam tidak mendapat layanan sepatutnya sebagai seorang isteri.
6) OK. Makan hati ini juga hakikatnya tidak terhad untuk yang berpasangan juga.
7)
Apakah ubat pemakan hati ini?
Senang saja. Kau perlu sediakan telur burung kasawari kampong 3 biji. Kemudian kibas panggang.
OK, FINE, Tak kelakar ye makcik oii!
OK, OK, *shy*.
Ini pada pandangan saya. Pemakan hati ini ubatnya tidak susah. Dia Cuma perlu teman dan sokongan sahaja. Katakan lah kamu seorang suami/isteri/rakan/ibu-bapa/anak/adik-beradik yang mempunyai seseorang yang kuat rajuk nya, kamu
Kamu perlulah faham, secara saikologinya…seseorang yang merajuk, mestilah hatinya seperti berombak-ombak, kepanasan, mungkin juga kuat melenting. Tugas kamu lah bagi “sejuk” macam mana.
Sesungguhnya kau tidak akan jumpa seorang pun di dunia ini melainkan kau menerima seseorang seadanya dia tanpa perlu kau mengubahnya kepada seseorang yang kau mahu. Dan sesungguhnya seseorang itu akan berubah dengan sendirinya apabila dia rela sepenuhnya jiwanya untuk berubah tanpa paksaan tapi berasaskan kesedaran dan keikhlasan diri. (ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU YANG MENGUBAH NASIBNYA)
OK..habis dah cerita. Ayat dah la skema. Harap paham.Tak tahu nak cakap macam mana dah.
No comments:
Post a Comment