Tuesday, January 18, 2011

Saya Suka Tengok...

1) Ibu mengandung. Tapi kadang-kadang kalau tengok yang mengusung perot yang besar aku rasa kasihan. Macam nak datang dekat dan cakap "Erm...boleh saya bawak sikit?" ------> Kau ingat ni macam tolong Cikgu angkat beg/buku sekolah ke boleh mintak-mintak tolong angkat??.

Image by google

2) Pasangan yang sudah berumur tapi nampak macam a very loving couple. Bukan yang macam merengek-rengek gedik buat muka terjuih-juih merajuk macam tuh. Tapi yang nampak sangat caring antara satu sama lain. Yang tak nampak fake pun. I really adore them kalau nampak. Huhuhhu.

Dekat kedai parents saya, ada satu couple berumur - dah ada cucu dah pun. Selalu diorang datang berdua - naik motor biasa. Pakcik tuh pakai baju T-shirt + kain pelekat saje. Makcik pulak biasa pakai baju T-shirt lengan panjang + Seluar + Tudung sarung terus tuh jek. Sempoi. Biasa mesti order nasi goreng kampung, air milo. Kadang-kadang bungkus.

Kadang-kadang saya berborak:

"Mak Cik tak makan ke?"

"Mak cik macam nak minum je...pak cik yang lapar nih...padahal dah makan dah"

Lepas tu tiba-tiba dia cakap:

"Eh...tengok dia makan macam lapar pula. Bagi sup ekor satu. Nasi tak payah."

Lepas tuh pakcik sambut:

"Kato kenye tadi. Tok sei make" (Kata dah kenyang tadi. Tak nak makan)
"Tahu. Segho nok make" (Entah. Rasa macam nak makan)

* Pasangan adalah orang Kelantan. Comel betul saya rasa.

Image by google


3) Budak kecil yang baru pandai bercakap, tetapi peramah dan dengar kata tapi nampak berhati-hati. Macam nak pergi kidnap je rasa. Hahahaha. Satu lagi budak kecil yang suka baca kan buku depan ibu dia. Rasa macam sweet nyer.

Image by google


4) Yang couple dari belajar then sampai ke jinjang pelamin sampai anak-pinak maintain macam tuh. Dan sangat loving without fake. Memang nampak tulus ikhlas dia..hehehe..

Image by google

4) Ibu pegang anak kecil. Bapak tolong suapkan makanan dekat ibu.Comel kan nampak? Atau Bapak pegang baby, ibu suap. Mana-mana lah... (stroller takde ke? ahhh...tuh kes lain)

Image by google


5) Album lama-lama. Macam boleh imagine suasana masa tuh. Boleh buat tersenyum sendiri.


Photo nanti letak..hehehe


6) Muka orang tengah gembira - tak kira la ape-ape situasi (yang baik-baik lah..) yang gembira gelak jahat sebab naya orang tuh aku tak suka la.

Ambil dari satu masa dulu...semua happy dah graduate...(Ha..muka naif belum tahu cabaran masa depan)...


7) Tengok barang cantik, comel. Orang yang cantik dan comel. Orang yang bergaya tidak keterlaluan.


Errr..Image ni boleh panggil cute tak? (by google)


8) Satu keluarga yang penuh riuh masing-masing nak cakap dan ketawa sama-sama. Makan sama-sama..pergi berkelah ke...melepak kat taman ke...ape-ape saje aktiviti keluarga lah.

Image by google


9) Nampak makanan yang sedap-sedap. Kalau memang betul-betul rasa dia sedap, saya jatuh hati. eceh!

Image by google

10) Duduk dekat tepi mana-mana, celah mana-mana dan tengok ragam orang. Kadang-kadang automatik buat analisa dan pemerhatian. Oh pandai kau ye! cikgu suruh buat ujikaji kau tak rajin. Ujikaji tak berfaedah kau rajin ye?

Ni duduk me-rendek- ke tengok orang nih?
(Image by google
)

Best kan? Jika kamu mungkin terfikir kamu tidak bernasib baik untuk mengecapi kegembiraan sebagaimana kamu nampak orang lain, tak mengapa. Memadai lah jika tidak dapat merasa tapi dapat menumpang alam keliling kamu. Itu pun sudah cukup gembira sebenarnya,,,Syukur...

No comments: