Wednesday, January 26, 2011

Mukaddimah Yang Romantik...

Image by En Google

* Selepas draft selama beberapa hari, Entry ini terpaksa di split kepada beberapa bahagian macam cerita bersiri "HANI" di TV3 setiap Selasa tuh


Salam u all.. (eh? ada orang baca ke nih siap cakap "u all" ni?)

Tak apa, standby siap-siap buat ucapan untuk para pengunjung semua supaya tiada yang berkecil hati.Ok..seperti tajuk yang diberi oleh tuan Pengerusi (mana datang dia nih???), sebagai permulaan, saya nak tanya, kamu mahu saya pandang berapa darjah sudut nya? 30darjah?45darjah atau 90darjah? atau darjah-darjah pelik yang lain? atau darjah 1,2,3 dan seterusnya? atau darjah yang contohnya seperti Darjah Kebesaran yang membawa pangkat "Dato" "Sri Paduka" atau sebagainya?

Ok..skip! Tak payah nak menceceh lama-lama.


Jump to the main point cepat! Tak ada masa nak layan cekadak kau yang banyak-banyak ni tahu tak?...hahahah

OK..FINE!...I jump ni...I jump ni...u tak nak tahan I ke? :-P

Ah..tak payah tahan, saya kena jump jugak, kalau tak kamu tak tahu apa itu romantik dari kanta mata perempuan macam saya ini. Eceh!


Aku jangkakan entry ini mempunyai ciri-ciri "panjang" dan "bosan" atau "mengarut!". Boleh blah kalau mahu. Jangan lupa ambil goodie bag bawak balik, okeh? :-P ----> Saja nak buat tulisan warna kelabu asap.

Haku nak bercakap hal romantik? Ya Allah..macam tak percaya pulak den! Tapi gara-gara komen DIA...aku pun ambil inisiatif sendiri untuk menyelami apakah "romantik" dimata aku. Sedut-sedut dalam dasar hati bagi merungkaikan apakah ciri-ciri berbentuk romantica de amor itu.

Sebab apa? terus terang lagi jujur tulus ikhlas suci murni macam minyak Seri Murni, aku harus katakan aku tiada unsur-unsur romantik secara fizikalnya. Sebab? Entah. Segan mungkin.

Ape ke hal nya yeop aku nak tunjuk depan orang. Malu aku weh. Orang pandang tak sedap ati aku. Bajet macam aku saja yang paling-paling super ada teman (tak kira la BF/Suamii). Tapi aku ingat kalau Suami lain kisahnya la kan. Inii? BF? Yang kau tak tahu hujung pangkal hubungan pulak tuh. Orang cakap investment (ini kau panggil investment??) untuk masa depan kalau ber-romantika dengan BF. Pimpin tangan lah, bawakkan beg lah, makan suap lah, bukak pintu kereta lah, etc. (Lainlah kamu secara semulajadi memang macam tuh. Hantar Mak pergi pasar pun kamu bukakan pintu, hantar adik sekolah kamu yang bukakkan, kan? Ada ke orang macam nih?Mungkin ada)


Tapi pastikah kamu? Pastikah? Kamu pura-pura kah? Then after he/she decided to get married with you, baru dia tau kau tak se-romantik masa alaf becinta sakan? Tak berbaloi kan? Cuma pada aku, buatlah sesuatu seikhlas hati, bukan berlakun. Yusuf Haslam taknak amik kau berlakun pon lah!

Tetapi...

Ehem..ehem..dalam diam-diam aku rasa ada unsur romantik yang suam-suam kuku di dalaman aku. Lumrah manusia. Eceh! (Statement secara tiba-tiba! Nak muntah, boleh ke tepi sane, ada plastik sekali kat sana..okeh?)

Gila aku stress nak cakap hal ni. Sebab aku rasa romantik tuh membawa definisi yang berbeza untuk setiap orang. Itu yang payah. Setiap orang lain pandangan peribadinya.

Aku tak mahu sentuh apa yang romantiknya aku ni. Sebab aku sendiri no idea. Adakah ianya berciri romantik hot, Romantik suam atau romantik beku, romantik tunjuk-tunjuk atau memang langsung takde sikit walau sipi-sipi pun ciri tersebut. Atau romantik secara neutral atau apakah?? Itu biarlah orang lain sahaja yang discover sendiri.
(Eh! Bajet kau boleh masuk dalam "Discovery Channel" ke lepas orang itu discover jiwa dalaman kau?hehehe)
.
.
.
.
.
.
OK..ku berhalusinasi kejap (imaginasi...tapi imaginasi ni hanya angan-angan, mimpi jek weh..tapi tak apa) . Jumpa Hantu Mak Limah Gigi Jongang. Fuhh semangat...terus hilang ingatan kejap..

Actually aku masih memikirkan tentang ini. Macam mana aku nak klasifikasikan Romantik itu. Oh! Asyik dari tadi-tadi lagi sebut "Romantik". Sabar sajalah aku. Kau boleh kira berapa perkataan itu disebut? Aku belanja..hehehe

OK..aku rasa macam nih:

SILA Rujuk Entry tajuk (klik jek) : Romantik Ialah.. (Bahagian 1)


No comments: