Monday, January 17, 2011

Semua Orang Pun Blues Ke?

Hari ini cuaca cantik. Terang. Aku bangun pagi-pagi, sakit badan. Penangan menebas dan melibas. Menebas lalang yang tak pernah jemu untuk tumbuh (atau erti kata lain, tuan nya malas mahu peduli, sebab tuh lalang cepat-cepat ambil kesempatan tumbuh tinggi-tinggi). Aku bukan libas orang tapi melibas senduk dan sudip. Eceh! Selalu bajet macam Master Chef. Padahal langsung tak Msster. Macam Master-Ji ade lah aku nampak! (Master card ade tak? Sorry...saya tak mampu nak pakai macam U..huhuhuhu)

Siap-siap pagi. Tunggu jam dekat tangan pemberian kekasih (Fuyyoo!Eceh!betol ke nih? ----> jawapan: Sila nilai sendiri fakta ini...hahahaha) tunjuk pukul 8.30 a.m tajam baruuu aku nak angkat punggung. Kalau tak..aku tak nak. Nak main henset aje.

Sebenarnya, perjalanan dari rumah mak cik ke tempat kerja hanyalah lebih kurang 8minit-10 minit pemanduan yang maksimum halajunya 80Km/h kot. Dekat saje. Cuma bawak slow sebab nak ambil angin pagi sambil layan SURIA.Fm. Tuh jek.

Even kalau saya keluar 8.45pagi saya masih sempat sampai sebelum 9a.m di office. Jalan kaki pun boleh la ye? (Memang boleh, tapi jangan lah hilang akal, basah la ketiak saya sampai office. Itu belum kira la ke-thrill-an melintas jalan di laluan trafik yang bersambung-sambung di depan Airpot. Jangan aniaya saya...saya insan lemah..eceh!)

TAPI..hari ini...errrr....pukul berapakah ini? Mengapakah masig banyak kenderaan di laluan ini nih? Isk...Semua orang blues kah? Atau hari manja mereka lambat sebab 2 hari kan bercuti di hujung minggu? Atau adakah kesan "budak-budak dah naik sekolah"...so parents lambat?

Sampai office, tengok parking kosong! Aik? Aku orang yang berkereta paling awal kah? Aku tengok ada 2 bijik motor saje - En Dzul & En Din punya. Lain-lain yang berkereta belum nampak rupa. Jam 8.58a.m dah...huhuhu...Memang semua mari lambat. Aci cleaner pun dah ada di office. Aik?

Sah semua Monday Blues. Isnin si hari liat walau hakikatnya antara hari tersibuk ialah Isnin.

* Actually I'm in blues too today. I think almost everyday I'm in blues. Cuma kerja saja membuat aku leka untuk ber-blues ular sawa. Hahahah..Anyway, my boss out-station to Vietnam...So? Kita tanggo! But make sure all your works done, OK?

No comments: