Friday, January 14, 2011

Kenapa Orang Perempuan Suka Tanya Banyak Kali

Saya sudah tahu dah...saya sudah tahu dah...

Mesti orang laki rasa sangat rimas kan kalau berada dalam situasi begini. Sampai mungkin rasa nak marah dan hambat orang itu pergi lain tempat. Rasa annoying sangat kan? Kadang-kadang kau macam rasa sedang bercakap dengan orang yang iras "short-term memory" macam cerita "50 First Dates" Lakonan Drew Barrymore + Adam Sandler, kan? Tapi Lucy Whitmore (Drew) tidak kena marah sebab Henry Roth (Adam) sangat suka/sayang/cinta sama dia. Tangkap cintan habis dan terima dia seadanya lah...Lagi pun ada excuse lah juga sebab Lucy kan "sakit". Jadi kalau sakit mana orang boleh marah kita kan?


I love this movie..

Aku ingat kalau jadi kepada kebanyakan kamu, mesti kau rasa nak hempuk je melainkan orang yang bertanya itu kau sangat suka dan sayang dia. Tanya 150 juta kali macam lagu Fynn Jamal pun tak apa (padahal lagu ini tak ade kena mengena pun). Sangat suka dengar dan jawap soalan yang sama. Lagi..lagi....dan lagi...Tak apa. Sebab sayang.

Apa-apa pun, tidak semua orang boleh bertahan begitu. Semua orang ada tahap kesabaran tertentu. Kalau orang itu sabar tahapnya rendah, cukup lah kau tanya 2-3 kali, kali ke 4 kau sudah kena marah. Kena pelangkung. Dapat warning. Kau pun kecut. OK, FINE. Kau pun diam.

Kalau yang sangat penyabar, mungkin kalau boleh ulang soalan berkali-kali dan dia sudi menjawap berkali-kali macam iklan "Ayah, itu burung apa?"..."Burung murai..".."Burung apa tuh?".."Muraii"...Ulang ulang dan ulang. Sebab kenapa ayah dia jawap? Bukan sebab anak dia ada "short-term memory"....tapi sebab anak dia memang suka tanya banyak kali, dan ayah dia sangat sayang dia dan memang suka layan dia.

Tahu kan iklan mana? Tak tahu, boleh KLIK gambar bawah nih:


Sebab itu jugak lah aku fikir, dekat kaunter pertanyaan kena letak orang yang penyabar dan berwajah suci berukir senyuman ikhlas. Eceh! (tiba-tiba). Kalau kau letak muka orang yang macam ala muka burung hantu, kau ingat orang tak takut? Cenging je muka. (OK..OK....don't judge a book by it's cover).

Datuk/nenek kamu juga suka tanya banyak kali. Kau pun jawap, sebab kau tahu

"Tak ape, orang tua memang macam nih".

Ibu kamu pun suka tanya banyak kali kepada abah kamu. Sampai nampak muka abah naik rimas. Ibu kamu juga suka telefon kamu banyak kali untuk bercakap atau bertanya atau mengingatkan tentang sesuatu, padahal kau sudah take note pesanan dia. Kecik-kecik ibu kamu cakap

"Fitri, mari makan ni, bagus nih"...

kamu jawap

"Tak mau"..


Dia pujuk lagi:

"Mari lah sayang, cuba nih..".


Kamu cakap:

"Orang cakap tak nak tak nak la...isk...tak nak..tak nak.."

* Ibu pujuk banyak-banyak kali jugak. Sampai tak boleh kira.
_____________________________________________________

Wife kamu suka tanya soalan ulangan.

"Abang...abang nak makan ke? saya hidang"...

Kamu jawap:

"Tak nak..tak nak lagi"...

Beberapa minit lepas itu tanya lagi. Kamu jawap yang sama juga. Setengah jam kemudian tanya lagi, kau pun jawap:

"Awak ni tak faham bahasa ke? berapa kali nak tanya? Saya cakap tak nak, tak nak lah. Nanti saya mahu saya cakap la. Nak cakap pekak, bukan pekak awak ni..iskk..."


_____________________________________________________

Atau, di lain situasi, suami kamu bertanya

"Awak, nak beli kasut ni tak? bagus nih? lembut..pakai tak sakit"..


Kamu cakap

"Tak nak, tak cantik"


...Suami kamu diam. Dia jumpa kasut lain yang berciri lembut dan selesa

"Awak..yang ni mahu? saya belikan?"...

kamu cakap

"Isk abang nih, saya cakap tak mau, tak mau la, tak up to date lah..buruk betul taste abang nih tau".

_____________________________________________________

Eh? Macam mana pulak aku boleh buat contoh orang laki bercakap? Padahal aku nak cakap pasal orang perempuan. Tak apa lah. Ada juga orang laki suka tanya banyak kali kan?

Sebenarnya, orang perempuan suka tanya sebab:

1) Dia berharap yang kamu cakap "Ya". Sebab dia sangat la suka ambil berat tentang orang yang dia sayang.

Ibu harap anak cakap "Baiklah ibu" sebab dia mahu anak dia sihat dan membesar dengan baik. Ibu mana tak suka lihat anak membesar depan mata hasil dari tangan nya pula tuh!

Wife kamu berharap kamu kata "Ya" sebab dia mahu pastikan kamu tidak lapar. Tidak jatuh sakit. Dia sangat suka kalau kamu kelihatan sungguh berselera menikmati hidangan nya. Apatah lagi kamu memujinya. Dia rasa dihargai dan puas melihat kamu kenyang dan gembira (Eh? Wife nih nak suruh suami dia gemok ke nih??

Suami tuh rasa macam bahaya wife dia pakai kasut tumit yang mencucuk. Risau dia lihat kamu jatuh. Dia nak jaga kaki kamu, sebab tuh cari yang lembut di pakai supaya tumit tak pecah-pecah

Mak kamu suka tanya banyak dekat kamu sebab dia risau jika anaknya jadi ape-ape. Walau dia maklum anak nya sudah besar, tapi naluri keibuaan tebal membuatkan dia tumpas dari untuk tidak bertanya. Dia mesti tanya.

Macam GF/BF kamu tanya "Awak nak beli ape2 barang tak?" banyak kali dengan harapan kamu jawap "Ada, saya nak bla..bla..bla"...Sebab? Dia sangat berbesar hati nak teman kamu beli. Pada dia teman kamu pun dia dah rasa bahagia sebab ada kat sisi.

ITU LAH DIA PEREMPUAN...MEMANG SUKA TANYA BANYAK KALI...HMMM



No comments: