Tuesday, January 25, 2011

Terpaksa Curi Tulang!



Fahami lah saya. Saya terpaksa. Betul. Tak tipu. Keadaan yang memaksa saya. Jadi saya tak boleh kata tidak sebab kutu saya akan mati kerana tiada modal untuk membuat sesuatu yang mendatangkan faedah.

Office saya blackout! WTFuff lah! Server tak boleh masuk. Down. Siot! File saya hilang semuanya. Entah apalah nasibnya. Saya tumpang patah hati jika corrupted! Setelah sejam hidup macam penunggu di dalam kawasan pedalaman opis yang gelap...Akhirnya makbul dah.

Fuhh..Ala..kenapa tak sampai pukul 5 ptg..kalau tak boleh kami buat-buat kemas barang terus balik untuk menyiapkan juadah berbuka puasa beramai-ramai. Kan comel tuh? Kan?

Oit Makcik! JAngan cakap benda crap boleh tak? Jemu..

OK.FINE! Makcik bawak diri kejap...ktap..ktap..ktap..ktappp!

Sebenarnya, itu lah sebab nya saya terpaksa tulis entry secara tergesa-gesa dan juga gopoh -gapah dengan berteraskan moto "Masa itu Emas". Sementara tunggu server "Naik" (up) balik...jadi kita mulakan dengan aktiviti ringan.

Tarik napas. Otak saya sedang berputar memikir bahan.Ni menulis tanpa niat nih. Tiba-tiba jek aku tertulis.

OK.Ok...aku jumpa dah..jumpa dah...

OK...aku Google "curi tulang" tadi. Kamu-kamu semua tahu ape kemendanya "Curi tulang" tuh? Adakah macam anjing duduk gonggong tulang kat mulut?

Oh..pemalas ye jawapannya ye? Ha...kamu memang, soalan bahasa melayu memang tip top kau jawap. Kau pernah fikir secara dalam sikit apakah itu sebenarnya?

Ok...let's move! Dalam sikit...

Dikatakan bahawa Curi Tulang adalah perbuatan TIDAK AMANAH!

Aiiyokk!

So end of the post...Mari kita renung sama-sama sedikit petikan...supaya sama-sama dapat renung diri...


Tiga perkara yang boleh menyebabkan kerugian dan kekecohan dalam sesebuah organisasi mahupun sebuah negara ialah:
1.Kurang tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
2.Suka membuang masa dan bersembang serta bercakap perkara sia-sia.
3.Suka melengahkan tugas yang dipertanggungjawab.


Sikap suka meninggalkan tugas sehingga menyusahkan orang lain adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.Malah, ia juga boleh dikategorikan sebagai khianat atau ‘curi tulang’ iaitu sikap orang malas yang sentiasa mengharapkan habuan dan pertolongan orang lain.
Golongan begini mensia-siakan amanah yang diberikan dan masa yang diperuntukkan kepadanya. Kesannya apabila kesuntukan masa orang lain yang terpaksa memberikan bantuan.Bukankah itu menyusahkan orang lain, malah jika tidak diberikan bantuan, dipersalahkan pula atas alasan tidak memberikan kerjasama. Ini mengakibatkan perselisihan, kekecohan dan kemarahan.

So Kakak gerak dulu! Chow Bedah!

Zass!

p/s: Ha...untuk sapa-sapa suka praktikkan amalan curi-curi tulang ikan ke..itik ke...mengkarung atau sebagainya tuh..rentikan lah...buat berbulu mata orang melihat jek..Sila paham-paham kan word yang kaler merah menyala mak ngah macam cili tuh eh..

No comments: