Thursday, May 17, 2012

Dia Datang Lagi...Budak Baru Belajar Memang Begini...


Oh Pavlova! Mari laju-laju saya kongsi.


Bahan-bahan:

4biji putih telur. gred A (120g)
200g gula kastor (kalau tak kau blender sahaja gula biasa jadi halus) * saya pakai 150g sahaja
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecil cuka masakan
Esen vanilla satu sudu kecil. * patut nya kena pakai vanilla extract pure punya. Tapi esen pon bole lah

* Buah-buahan yang diguna dipotong dan digaul dengan perahan jus lemon. Bagi nampak segar dan bermutu...hahhaa!

 
Buah-buahan yang terlibat dalam pembikinan

Cara?

* Panaskan oven kamu 150'C selama 15minit. Sementara itu boleh la buat kerja lain.

1. Putar putih telur sampai warna putih. Masuk kan satu sudu gula setiap kaliputar. Putar halaju maksima atau sederhana. Jangan masuk gula sekaligus. Ingat tuh!

2. Putar sampai habis kesemua gula tadi. Pastikan sampai bertanduk. (Tanduk-tanduk saya ada cerita dalam ini). KLIK!.


3. Tanduk-tanduk yang terbentuk itu telah mengesahkan bahawasanya Meringue berjaya dihasilkan.

4. Masukkan 1 sudu kecil tepung jagung dan 1/2 sudu kecil cuka makanan dan esen vanilla satu sudu kecil. Kacau-kacau sebati dalam adunan meringue. Guna kaedah kaup balik. (macam kaedah kamu kacau gulai ke masak lemak cili api kamu itu lah)

5. Bentukkan bulatan bersarang. Atau tak mahu ber-'sarang' pun tidak mengapa


Cara bentukkan meringue bulatan ada banyak.

1- Pakai free hand sahaja.
2- Buat bulatan pada kertas baking. Terbalikkan kertas, Lepas itu letak meringue ikut bulatan
3- Ada orang pakai acuan juga.
4- Pakai piping sahaja.
5- Ikut lah kreativiti.

* kira ikut selera lah kan. Mudah sahaja.

Salah satu contoh saya nak kongsi yang macam ini lah:

Kaedah macam ini. Rujuk sini. KLIK! 

Bentuk bergaya sikit....kaedah dia...

rujuk sini... KLIK!

Got the idea tak?

Apa-apa pun ikut kreativiti kamu lah kan. Nak buat bentuk love-love ke...haaa...roses ke...

Adunan meringue yang dah siap...
Macam saya, saya buat free hand sahaja bajet profesional la tuh kan? Padahal jenis nak cepat. Imagine waktu saya membuat segala proses ini jam sudah pun menunjukkan 6.15petang (mood baru datang rupanya). Macam mana tak cepat? Sebab biasanya jam 8malam saya keluar rumah terus ke kedai ibu-bapa untuk menolong apa patut macam selalu.


Pembentukan "sarang". Saya lapik baking paper dekat dulang saya sahaja. Lepas itu bentukkan pakai spatula. Lekuk saya pakai belakang sudu besar. * buat lagak macam orang tengah membentuk tembikar (konon-konon)

TIPs: Secara peribadinya saya rasa lekukan sarang jangan la besadr dan dalam sangat. Sebab dalam lekukan itu kamu akan letak whipped cream. Jadi makin dalam makin banyak la cream diperlukan. Up to U! Kalau nak kreatif inovatif bole try lapik kek apa-apa dulu, kemudian baru tempek whipped cream...amacam? bole imagine tak?


Lepas siap sarang-sarang kamu. Apa lagi? Masuk la dalam oven kesayangan kamu itu. Bakar dengan sabar selama 1jam 30 minit. (lebih kurang)


!!!!
Perhatian! Ada sikit tip nak bagi. Chewwahhh! Tip tuh..tak agak-agak dia ni kan macam expert jek!

Ahh.Tak peduli. Saya tak mahu anda menangis di tepi oven. Sila ingat.

Jangan memandai-mandai nak main buka tutup pintu oven konon-konon nak usha-usha meringue kamu dah masak ke belum. Once dah masuk, sedang mengalami proses bakar-bakar tunggu sahajalah. Jangan main buka tutup.


Selepas 15 minit waktu pembakaran, saya turun kan suhu ke 140'C.


Macam mana nak tahu meringue dah masak ke belum?

Ianya akan bertukar ke warna ala-ala golden macam pink-pink kulit telur sikit. Ha! Masak lah tuh!


 
Meringue yang berjaya dibakar... Nampak tak warna dia golden-golden macam kulit telur sikit-sikit? Bila dia sejuk dia merekah sikit. Masak cukup la tuh!

Update! 

Kawan saya cakap description saya entah apa-apa. "pink2 kulit telur sket - ape pny description ni nozie, telur pe kaler pink, hahaha"


=

Jadi nak la tempek kulit tulit telur untuk memberi gambaran. Got it? :-P. Gambar Google jek!

!!!!

Bila siap, jangan bawa keluar terus meringue kamu. Biarkan dia sejuk diam-diam dalam oven, buka sikit (regangkan) pintu itu. Meringue akan merekah sikit menandakan dia "matang". Eh..matang tuh masak lah...hahahaha!

 Dah sejuk. Macam saya pesan atas tadi, buat lubang "sarang" kecil sedikit dan jangan dalam sangat sampai base dia nipis. Bercakap melalui pengalaman...ececececec!

Dah OK semua?

Kini tibalah part paling mudah. Tempek/spray lah whipped cream ke atas permukaan.

Lepas itu susun lah buah-buahn kamu.


 
Rupa yang senang dirupawan kan dengan warna buah-buahan....sememeh gila. Sebab itu kene ada lekuk atau whipped cream kamu akan mencair dan melimpah...


Maafkan kesengetan ituh...

Boleh terus mahu makan atau lebih nikmat simpan dalam peti sejuk dahulu. Nikmatilah ikut kreativiti anda.
Macam saya saya just tabur oreo sahaja..

Selain keseronokan dan keterujaan, ia juga mampu mengukir senyuman...wahahahah!
- Model: Abangah sebagai tukang sorak!


* Makan dengan aiskrim, sos coklat dan pisang pun nyamannn...

Selamat mencuba!


Tuesday, May 15, 2012

Katak Ungu Hijau-hijau & Jatuh Cinta


Salam Semua. 

Ya Allah, ku bersyukur atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepada kami. Sama ada yang kami sedari atau tidak. Sesungguhnya yang baik itu dari Mu Ya Allah, yang tidak elok dari kami sendiri.

Alhamdulillah sangat. Saya sibuk. Hahahah! Sibuk pun nak mention dekat orang macam lah dia yang paling sibuk atas dunia kan?

Masa saya kecil-kecil dulu, saya lambat dapat adik. Tapi bukan anak manja. Tak manja pun. Sebab Abah saya tegas orangnya. Sekali dia cegil mata aku takut. Sekali kena libas aku ingat sampai ke tua. Mama pula sangat lain peribadinya dari Abah.

Sebab saya lambat dapat adik, jadi Mama akan melayan saya sahaja.Masa saya darjah satu, saya demam. Mama tidak benarkan saya ke sekolah. Tetapi saya selaku budak yang baik... ewwahhh...claim diri dia budak baik pula eh? Saya gagah juga mahu ke sekolah. Sampai sekolah? Saya pergi tidur sampai habis waktu dekat meja.

Kawan-kawan pula semua baik dan prihatin. Setiap nota cikgu bagi mereka dengan ikhlas hati masukkan buku mereka dalam beg saya supaya saya dapat menyalin semula apa yang tertinggal. How nice is it? One of them saya ingat nama dia Saiidah. Si gadis comel bertocang dua kadang-kadang pakai riben.

Balik-balik ke rumah saya tunjuk kerja sekolah bersepah-sepah dekat Mama. Mama macam selalu ada sebelah saya tengok apa saya buat. Mama nak tolong buatkan kerja sekolah saya, tapi saya marah. Tahu-tahu saya tidur dengan buku. Bangun-bangun saya tengok kerja sekolah sudah siap. Siap dengan warna-warna. Warna-warnakan benda adalah salah satu part yang saya suka. Walau hakikatnya saya bukan pandai mewarna pun. Comot!

Belek punya belek...tiba-tiba katak saya Ungu! Mama warnakan dengan warna Ungu! Aduhhh...saya rasa saya nak warna coklat+ hijau-hijau. Kenapa jadi Ungu. Mama cakap Ungu cantik. Saya cakap katak mana ada warna macam itu. Katak warna coklat hijau-hijau. Baik lah. Terpaksa la padamkan semua dan warna balik.

Nice kan? Jadi anak kecil dan disayangi dan dilayan keleteh selalu? Rasa tenang dan selamat dan rasa macam boleh seronok-seronok selalu tak payah fikir masalah.

Padahal Mama ada masalah mana ada mengadu dengan saya kan? Saya sahaja sibuk mengadu itu ini sampaikan saya main tarik-tarik pokok sekali tercabut dan pasir masuk hidung pun saya duduk mengadu. Dah tuh? Siapa suruh saya main hal-hal macam budak laki kan?

Selamat Hari Ibu Mama.Kak Long tahu, sambutan dan ucapan "Selamat Hari Ibu" memang tak cukup dan tak setimpal dengan pengorbanan Mama. Tiada kata dapat dilafaz. Semoga Kak Long jadi anak yang baik buat Mama dan Mama gembira ada anak macam Kak Long.


OK! Kan Hari Ibu kan? Saya tiada planning apa-apa. Cuma ada niat semoga mood saya rajin untuk mengerjakan sesuatu. 

And finally...Mempersembahkan...


The Lovely Pavlova..

Maaf lah buruk atas tuh. Sebab tiada perancangan deco. Sekali strawberi tak cukup nak susun keliling sebab ada tak tahan nafsu dah makan-makan. Hahahah! Abaikan.

Sesungguhnya saya rasa ramai orang mampu dan boleh buah kek ini. Mudah sangat cuma mungkin kos tinggi sikit sebab dia memerlukan buah-buahan yang lagi masam lagi bagus. Buah yang padan adalah Strawberi, Manggo, Peach, Kiwi, Blueberry dan segala berry atau ikut suka kamu lah. OK je.

Buah-buah sedemikian adalah mahal sikit. Macam saya pakai Kiwi dalam RM5.50, dan straaberi saya dalam RM7.50. Saya ronda tempat lain tengok strawberi dengan packaging yang sama RM10. 

Bahan lain yang mahal iala Whipped Cream dia. Whipped cream ini benda yang selalu orang picit setoet atas ice blended ke...cappucino tuh. Cream tuh la.

Boleh beli dalam kotak atau yang ready to use dalam spray tin tuh.

Kalau kotak, kena la pakai mixer jap bagi kembang-kembang masuk gula 20gram dan tempek atas crust pavlova ini. Kalau pakai spray punya? Kau bukak tutup dan picit saja lah! Hahahaa

Beli kotak whipped cream besar dalam RM18kot. Dalam spray tin yang besar dalam RM13. Yang pastinya, adalah lebih untung beli dalam kotak. Kalau malas-malas beli sahaja spray. Selesai satu masalh dunia.

Sebab lain yang leceh? Kena bakar dengan sabar selama 1jam 15 minit. Hahahahah! alah...bakar je pun. Set timer je kan...

Honestly, saya bukan penggemar makanan manis sangat. Extra manis lagi lah saya menyampah. Sikit sahaja saya makan. Tapi, this time I'm falling in love. Saya jatuh cinta. Tapi saya kurangkan sukatan gula dari asal lah kan.

Hahahah! Tak tipu. Rasa macam apa sahaja jatuh cinta dengan hasil sendiri kan? 

Saya sebenarnya tidak pernah makan Pavlova di luar. Tak pernah beli mana-mana. Cuma lihat gambar dan Google dan buat.

This is 2nd time. 

Personally, biar saya describe rasa Pavlova saya. Ewwahh! Aku tak tahu rasa sebenar macam mana, OK? 

Rasa dia:

Sweet tapi dapat distabilkan dengan pemilihan buah2 masammmmmm macam kiwi dan strawberi....lembut2 macam gula2 kapas macam mashmellow....cair dimulot...macam makan coklat yang nama "crunchy" pon ye..dia cair di mulot..crunchy

Can You imagine kalau you combine dengan ais cream atas dia dan tuang sos coklat? Walllaah! Menangis.. Saya jatuh cinta 18kali. * menangis terharu

Ewwahhh testimonial dia..mengancam kan?

Aku jatuh cinta. Kalau lah ada suami ke yang buatkan (sebab senang)...aku jatuh cinta berkali-kali sebab terharu sebab rasa macam dapat layanan princess! (Berlebihan tak aku?)..

Hahahah!

Akan kongsi dengan kamu bila ada waktu nak type.

Bye.

* kawan saya buat dia cakap rasa macam chewing gum kenyal2...tak tau kenapa jadi macam tuh. Ikot nasib kot?


Wednesday, May 2, 2012

Pertama Kali Ber-"Bain Marie"


Apa betul kah kaedah yang disebut aku ini. Tapi rasa macam betul.

Julung kali dalam hidup buat kek keju. Senang gila rupanya. Apa-apa pun kata kunci nak bagi kek ini tidak merekah-merekah seperti dilanda gempa, memang kena pakai kaedah ini.

Bain Marie bukan lah menggunakan biskut merie atau seumpamanya pun. Cuma kena rendam sikit air di bawah bekas nya supaya tenggelam sikit sahaja. Jangan banyak-banyak. Nescaya kau menangis di tepi oven.

Kali ini pertama kali juga saya buat "meringue". Sebutan bunyi macam "mering" ejaan melayu baku. So dapat lah melihat "tanduk-tanduk" putih. Kagum seketika dengan diri sendiri. Padahal bukan susah pun, kau putar laju je dengan mixer sampai berkrim stiff bagai.

Resepi dia senang sangat. Percayalah. Meh Kongsi.



Kek Keju Lembap Gebu

* 300ml susu segar (saya gedik pakai 240ml susu segar 60 ml susu sejat)
* 85g mentega
* 125g cream cheese

* ketiga-tiga barang di atas masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Kacau-kacau jangan bagi ketul-ketul. Tak perlu menggelegak. Asal dia hancur OK dah. Tutup api.

* Gula halus 80g
* 80g tepung gandum diayak
* 3biji telur ayam grad A (asing kan antara kuning telur dan putih telur. Jangan     lupa buang "pusat telur". sebab akan menyebabakan kehanyiran)
* 1 sudu kecil esen vanilla. Boleh pakai jus lemon sikit pon OK 

!!!
Tali pusat telur itu apa? Meh KLIK!

* Putih telur letak dalam bekas besar. Bekas besar itu macam besen sikit lah. Macam rendam mihun kot! Tapi bukan besen mak kamu rendam beras pulut macam nak buat nasi dagang masa Hari Raya. Yang Telur kuning letak dalam bekas yang kecil sedikit. Kacau bagi sebati.
* Rasionalnya meletakkan Telur putih dalam bekas besar? Sebab dia akan menjadi "kembang" apabila buat Meringue nanti.

 Membuat Meringue

Sonang jo ni. Kan kamu dah letak putih telur dalam besen kamu kan? Kamu tambah saja gula. Kamu terus putar kelajuan habis laju pakai mixer kamu. Sampai dia menjadi ber-cream putih-putih dan menghasilkan "tanduk". Nak tau berhenti bila? apabila kamu telangkupkan bekas kamu, bahan-bahan dia tak jatuh pun sebab dia kembang habis! Kira boleh la nak main-main dengan anak cakap kau pandai silap mata..Hahahah!

!!!
Tanduk macam mana eh?
Macam ini....

 Ihsan gambar: Google dan jumpa di sini: AKAK, SAYA PINJAM PHOTO


Apalagi? siap dah bahan-bahan nya. Sekarang sesi gaul-gaul. Sementara itu pergi panas kan oven 150'C. Buat la dalam 10minit gitu...

OK. Sambung.
Yang telur kuning itu, pukul kasi sebati.
Kemudian tepung yang diayak tadi masuk dalam kuning telur yang sudah disebatikan tadi. Masuk sikit-sikit tepung dan kacau. Masuk ....kacau...

Masuk 1 sudu kecil esen vanilla/ jus lemon untuk elakkan bau hanyir telur. Kacau sampai sebati.

Last sekali. Yang ini penting.  Yang sebatian "magic" putih telur tanduk itu masuk sikit-sikit dalam adunan kuning telur bercampur tepung kamu tadi. Kacau SATU ARAH sahaja. Slow and steady. Masuk sikit-sikit sampai lah habis.

Make sure kalau pakai loyang biasa sila lapik dengan baking paper. Bukan bawah dekat tapak sahaja tetapi tepi-tepi sekali. Kira nanti baking paper kamu terjulur keluar lah dari loyang itu. Boleh imagine?

Sebab? Senang nak bawa keluar kek kamu nanti. 

Ha..Pakai spring form tepi-tepi dia boleh buka. So tinggal tapak dia sahaja. Bergaya tak?

Kalau tak nak pakai baking paper, pakai aja acuan "spring form". Yang ini mudah. Kamu selet mentega/ minyak dekat loyang kamu sahaja. Setel.

Tengok..kalau pakai spring form tepi-tepi rata sahaja bila ditanggalkan...cantik kan? (amboi puji kek sendiri nampaknya..ceit!)

Dengan ucapan "bismillahirrohmanirrohim"...tuang kan adunan kamu dalam loyang.

Kita akan bakar guna kaedah "Bain Marie". Ada orang panggil water bath gak kot. Hantam lah. Apa dia maksudnya?

Gambar bekas spring form yang di Google...

Maksudnya kita rendam sikit bawah loyang kita dengan air dalam 1.0cm. Macam saya. Saya tuang dalam loyang "spring form". Kemudian saya letak loyang saya dalam loyang empat segi yang dituang air. Alah..macam pergi kedai mamak cakap "nak teh aircond". Dia tahu lah apa nak buat nanti. Tapi Aircond mamak letak ais dekat luar. (apa aku melalut cerita nih?)


Kaedah Bain Marie.. 
Ihsan Google cilok dari Sini

Releven buat kaedah "bain Marie"? Supaya kek tak merekah permukaannya.

Apa lagi? Bakar la 20-25minit. Anda akan melihat kejadian gebu dan paling nikmat terhebat dalam dunia apabila dimakan. Percayalahhhhhhhh.

Nak tahu masak tak masak? Cucuk dia pakai lidi ke apa. Kalau takde badan kek melekat dekat lidi, jawapnya masak dah la tuh~~



Isk..sedap nya..

Bye!


Selamat mencuba! Serius weh..mudah sangat ni..boleh bagi dekat pakwe makwe mahupun mak mertua wehh