Showing posts with label Simple. Show all posts
Showing posts with label Simple. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Dia Datang Lagi...Budak Baru Belajar Memang Begini...


Oh Pavlova! Mari laju-laju saya kongsi.


Bahan-bahan:

4biji putih telur. gred A (120g)
200g gula kastor (kalau tak kau blender sahaja gula biasa jadi halus) * saya pakai 150g sahaja
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecil cuka masakan
Esen vanilla satu sudu kecil. * patut nya kena pakai vanilla extract pure punya. Tapi esen pon bole lah

* Buah-buahan yang diguna dipotong dan digaul dengan perahan jus lemon. Bagi nampak segar dan bermutu...hahhaa!

 
Buah-buahan yang terlibat dalam pembikinan

Cara?

* Panaskan oven kamu 150'C selama 15minit. Sementara itu boleh la buat kerja lain.

1. Putar putih telur sampai warna putih. Masuk kan satu sudu gula setiap kaliputar. Putar halaju maksima atau sederhana. Jangan masuk gula sekaligus. Ingat tuh!

2. Putar sampai habis kesemua gula tadi. Pastikan sampai bertanduk. (Tanduk-tanduk saya ada cerita dalam ini). KLIK!.


3. Tanduk-tanduk yang terbentuk itu telah mengesahkan bahawasanya Meringue berjaya dihasilkan.

4. Masukkan 1 sudu kecil tepung jagung dan 1/2 sudu kecil cuka makanan dan esen vanilla satu sudu kecil. Kacau-kacau sebati dalam adunan meringue. Guna kaedah kaup balik. (macam kaedah kamu kacau gulai ke masak lemak cili api kamu itu lah)

5. Bentukkan bulatan bersarang. Atau tak mahu ber-'sarang' pun tidak mengapa


Cara bentukkan meringue bulatan ada banyak.

1- Pakai free hand sahaja.
2- Buat bulatan pada kertas baking. Terbalikkan kertas, Lepas itu letak meringue ikut bulatan
3- Ada orang pakai acuan juga.
4- Pakai piping sahaja.
5- Ikut lah kreativiti.

* kira ikut selera lah kan. Mudah sahaja.

Salah satu contoh saya nak kongsi yang macam ini lah:

Kaedah macam ini. Rujuk sini. KLIK! 

Bentuk bergaya sikit....kaedah dia...

rujuk sini... KLIK!

Got the idea tak?

Apa-apa pun ikut kreativiti kamu lah kan. Nak buat bentuk love-love ke...haaa...roses ke...

Adunan meringue yang dah siap...
Macam saya, saya buat free hand sahaja bajet profesional la tuh kan? Padahal jenis nak cepat. Imagine waktu saya membuat segala proses ini jam sudah pun menunjukkan 6.15petang (mood baru datang rupanya). Macam mana tak cepat? Sebab biasanya jam 8malam saya keluar rumah terus ke kedai ibu-bapa untuk menolong apa patut macam selalu.


Pembentukan "sarang". Saya lapik baking paper dekat dulang saya sahaja. Lepas itu bentukkan pakai spatula. Lekuk saya pakai belakang sudu besar. * buat lagak macam orang tengah membentuk tembikar (konon-konon)

TIPs: Secara peribadinya saya rasa lekukan sarang jangan la besadr dan dalam sangat. Sebab dalam lekukan itu kamu akan letak whipped cream. Jadi makin dalam makin banyak la cream diperlukan. Up to U! Kalau nak kreatif inovatif bole try lapik kek apa-apa dulu, kemudian baru tempek whipped cream...amacam? bole imagine tak?


Lepas siap sarang-sarang kamu. Apa lagi? Masuk la dalam oven kesayangan kamu itu. Bakar dengan sabar selama 1jam 30 minit. (lebih kurang)


!!!!
Perhatian! Ada sikit tip nak bagi. Chewwahhh! Tip tuh..tak agak-agak dia ni kan macam expert jek!

Ahh.Tak peduli. Saya tak mahu anda menangis di tepi oven. Sila ingat.

Jangan memandai-mandai nak main buka tutup pintu oven konon-konon nak usha-usha meringue kamu dah masak ke belum. Once dah masuk, sedang mengalami proses bakar-bakar tunggu sahajalah. Jangan main buka tutup.


Selepas 15 minit waktu pembakaran, saya turun kan suhu ke 140'C.


Macam mana nak tahu meringue dah masak ke belum?

Ianya akan bertukar ke warna ala-ala golden macam pink-pink kulit telur sikit. Ha! Masak lah tuh!


 
Meringue yang berjaya dibakar... Nampak tak warna dia golden-golden macam kulit telur sikit-sikit? Bila dia sejuk dia merekah sikit. Masak cukup la tuh!

Update! 

Kawan saya cakap description saya entah apa-apa. "pink2 kulit telur sket - ape pny description ni nozie, telur pe kaler pink, hahaha"


=

Jadi nak la tempek kulit tulit telur untuk memberi gambaran. Got it? :-P. Gambar Google jek!

!!!!

Bila siap, jangan bawa keluar terus meringue kamu. Biarkan dia sejuk diam-diam dalam oven, buka sikit (regangkan) pintu itu. Meringue akan merekah sikit menandakan dia "matang". Eh..matang tuh masak lah...hahahaha!

 Dah sejuk. Macam saya pesan atas tadi, buat lubang "sarang" kecil sedikit dan jangan dalam sangat sampai base dia nipis. Bercakap melalui pengalaman...ececececec!

Dah OK semua?

Kini tibalah part paling mudah. Tempek/spray lah whipped cream ke atas permukaan.

Lepas itu susun lah buah-buahn kamu.


 
Rupa yang senang dirupawan kan dengan warna buah-buahan....sememeh gila. Sebab itu kene ada lekuk atau whipped cream kamu akan mencair dan melimpah...


Maafkan kesengetan ituh...

Boleh terus mahu makan atau lebih nikmat simpan dalam peti sejuk dahulu. Nikmatilah ikut kreativiti anda.
Macam saya saya just tabur oreo sahaja..

Selain keseronokan dan keterujaan, ia juga mampu mengukir senyuman...wahahahah!
- Model: Abangah sebagai tukang sorak!


* Makan dengan aiskrim, sos coklat dan pisang pun nyamannn...

Selamat mencuba!


Wednesday, May 2, 2012

Pertama Kali Ber-"Bain Marie"


Apa betul kah kaedah yang disebut aku ini. Tapi rasa macam betul.

Julung kali dalam hidup buat kek keju. Senang gila rupanya. Apa-apa pun kata kunci nak bagi kek ini tidak merekah-merekah seperti dilanda gempa, memang kena pakai kaedah ini.

Bain Marie bukan lah menggunakan biskut merie atau seumpamanya pun. Cuma kena rendam sikit air di bawah bekas nya supaya tenggelam sikit sahaja. Jangan banyak-banyak. Nescaya kau menangis di tepi oven.

Kali ini pertama kali juga saya buat "meringue". Sebutan bunyi macam "mering" ejaan melayu baku. So dapat lah melihat "tanduk-tanduk" putih. Kagum seketika dengan diri sendiri. Padahal bukan susah pun, kau putar laju je dengan mixer sampai berkrim stiff bagai.

Resepi dia senang sangat. Percayalah. Meh Kongsi.



Kek Keju Lembap Gebu

* 300ml susu segar (saya gedik pakai 240ml susu segar 60 ml susu sejat)
* 85g mentega
* 125g cream cheese

* ketiga-tiga barang di atas masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Kacau-kacau jangan bagi ketul-ketul. Tak perlu menggelegak. Asal dia hancur OK dah. Tutup api.

* Gula halus 80g
* 80g tepung gandum diayak
* 3biji telur ayam grad A (asing kan antara kuning telur dan putih telur. Jangan     lupa buang "pusat telur". sebab akan menyebabakan kehanyiran)
* 1 sudu kecil esen vanilla. Boleh pakai jus lemon sikit pon OK 

!!!
Tali pusat telur itu apa? Meh KLIK!

* Putih telur letak dalam bekas besar. Bekas besar itu macam besen sikit lah. Macam rendam mihun kot! Tapi bukan besen mak kamu rendam beras pulut macam nak buat nasi dagang masa Hari Raya. Yang Telur kuning letak dalam bekas yang kecil sedikit. Kacau bagi sebati.
* Rasionalnya meletakkan Telur putih dalam bekas besar? Sebab dia akan menjadi "kembang" apabila buat Meringue nanti.

 Membuat Meringue

Sonang jo ni. Kan kamu dah letak putih telur dalam besen kamu kan? Kamu tambah saja gula. Kamu terus putar kelajuan habis laju pakai mixer kamu. Sampai dia menjadi ber-cream putih-putih dan menghasilkan "tanduk". Nak tau berhenti bila? apabila kamu telangkupkan bekas kamu, bahan-bahan dia tak jatuh pun sebab dia kembang habis! Kira boleh la nak main-main dengan anak cakap kau pandai silap mata..Hahahah!

!!!
Tanduk macam mana eh?
Macam ini....

 Ihsan gambar: Google dan jumpa di sini: AKAK, SAYA PINJAM PHOTO


Apalagi? siap dah bahan-bahan nya. Sekarang sesi gaul-gaul. Sementara itu pergi panas kan oven 150'C. Buat la dalam 10minit gitu...

OK. Sambung.
Yang telur kuning itu, pukul kasi sebati.
Kemudian tepung yang diayak tadi masuk dalam kuning telur yang sudah disebatikan tadi. Masuk sikit-sikit tepung dan kacau. Masuk ....kacau...

Masuk 1 sudu kecil esen vanilla/ jus lemon untuk elakkan bau hanyir telur. Kacau sampai sebati.

Last sekali. Yang ini penting.  Yang sebatian "magic" putih telur tanduk itu masuk sikit-sikit dalam adunan kuning telur bercampur tepung kamu tadi. Kacau SATU ARAH sahaja. Slow and steady. Masuk sikit-sikit sampai lah habis.

Make sure kalau pakai loyang biasa sila lapik dengan baking paper. Bukan bawah dekat tapak sahaja tetapi tepi-tepi sekali. Kira nanti baking paper kamu terjulur keluar lah dari loyang itu. Boleh imagine?

Sebab? Senang nak bawa keluar kek kamu nanti. 

Ha..Pakai spring form tepi-tepi dia boleh buka. So tinggal tapak dia sahaja. Bergaya tak?

Kalau tak nak pakai baking paper, pakai aja acuan "spring form". Yang ini mudah. Kamu selet mentega/ minyak dekat loyang kamu sahaja. Setel.

Tengok..kalau pakai spring form tepi-tepi rata sahaja bila ditanggalkan...cantik kan? (amboi puji kek sendiri nampaknya..ceit!)

Dengan ucapan "bismillahirrohmanirrohim"...tuang kan adunan kamu dalam loyang.

Kita akan bakar guna kaedah "Bain Marie". Ada orang panggil water bath gak kot. Hantam lah. Apa dia maksudnya?

Gambar bekas spring form yang di Google...

Maksudnya kita rendam sikit bawah loyang kita dengan air dalam 1.0cm. Macam saya. Saya tuang dalam loyang "spring form". Kemudian saya letak loyang saya dalam loyang empat segi yang dituang air. Alah..macam pergi kedai mamak cakap "nak teh aircond". Dia tahu lah apa nak buat nanti. Tapi Aircond mamak letak ais dekat luar. (apa aku melalut cerita nih?)


Kaedah Bain Marie.. 
Ihsan Google cilok dari Sini

Releven buat kaedah "bain Marie"? Supaya kek tak merekah permukaannya.

Apa lagi? Bakar la 20-25minit. Anda akan melihat kejadian gebu dan paling nikmat terhebat dalam dunia apabila dimakan. Percayalahhhhhhhh.

Nak tahu masak tak masak? Cucuk dia pakai lidi ke apa. Kalau takde badan kek melekat dekat lidi, jawapnya masak dah la tuh~~



Isk..sedap nya..

Bye!


Selamat mencuba! Serius weh..mudah sangat ni..boleh bagi dekat pakwe makwe mahupun mak mertua wehh

Monday, November 21, 2011

Awak Boleh Teka?



Can you guess what it is?

Hoho! Ampuni daku kerana selalu menmpekkan sesuatu yang kamu tak terliur. Tapi ketahui lah ianya merupakan sesuatu kegembiraan buat seorang saya yang baru belajar. Kahkahkah!


Saya bet entry selepas-selepas ini yang muncul memang menyampah orang nak baca. (hakikat: memang tidak akan ada orang baca).


Kan saya dah cakap, kamu mesti boleh teka.

Siapa yang tak tahu boleh layari INI dan cuba. Sangat simple ya aa awww!!


Tata!


Monday, November 14, 2011

Oh My 1st Quiche!





Q.U.I.C.H.E = Quiche berbunyi seakan sebuat "Kish". Not "kiss". rujukan lanjut.

"OK, sila membuat gerakan pantas wahai Azira" --> satu suara berbunyi

Lalu Azira menyahut, "Baiklah".

Macam biasa, dia tak akan mengikut apa yang tertulis di dalam resepi. Segalanya akan di adjust-adjust mengikut barang yang ada dalam peti. Mari kita lihat apa yang jadi. Pembantu tukang masak ialah Yuyu. :-P

OK, sebelum itu Azira nak cakap bahawa Quiche ini adalah dalam satu keluarga sejenis pie. sejenis savory. In German membawa maksud "kek". Ahh..banyak nya kau cakap. baca link atas sudah la..huhuhu..Baiklah

Dimulakan dengan Bismillahirrohmanirrohim...

Panaskan oven 210darjah celcius

Membuat doh untuk crust. Mudah sangat. Perlu Tepung gandum 200g, gula, garam dan mentega 100g.

Gaul kan tepung gandum dengan mentega sikit-sikit sehingga membentuk doh. Pastikan mengulinya dengan menggunakan hujung jari anda seakan macam membuat suapan nasi. Ciput-ciput. Jangan gunakan telapak tangan kamu untuk mengadun dan meramas. Dikhuatiri doh kamu mencair akibat kelembapan tangan kamu. (kita kan mamalia, suhu badan panas).

Sudah jadi doh? Cari bekas pie. Gosokkan permukaan bekas dengan mentega/ minyak sikit.

Kemudian tempelkan doh kamu mengikut bentuk acuan.

Kemaskan lebihan di sekeliling permukaan dengan pisau. (Macam buat kuih cheese tart tuh!)

Siap? cucuk-cucuk dengan pisau permukaan dia.

Macam ini...

Selepas itu...kita mula menyediakan inti nya.

Antara inti nya, bahan yang digunakan adalah :- Daging kisar Ramly, Kentang sebiji, Lada benggala hijau 1/2 biji, bawang besar 1 biji, cili padi 2 biji, dan asparagus. Dan juga 150ml susu segar, serbuk lada sulah/hitam dan juga..........KEJU! Yeah!

Beres!

Asparagus cuci-cuci, kasi lembut, jangan rebus, nanti hilang khasiatnya. Kemudian potong halus lah. Kentang pula dipotong dadu. Kemudian direbus lembut. Bahan-bahan lain seperti bawang dan cili benggala potong dadu sahaja.

Asparagus...

Panaskan minyak sikit...masukkan bawang, daging, semua bahan dan goreng manja-manja. Nampak macam daging dah masak, angkat. Ketepikan.

Sudah masak...

Apa lagi? Masukkan daging ke dalam kulit pastry tadi.

Macam ini...

Kemudian, akhir sekali, kita buat kuah nya dong! Untuk menyelaputi daging sebelum dibakar dong!

Ini enteng dong!



1 biji telur, susu dan sikit garam gula dan serbuk lada hitam/sulah di masukkan sekali dalam satu bekas. Di-whisk (kacau-kacau kan). Siap

Mari tuang kan atas itu....


OK, pakai penapis yo! elak ketulan bahhh...

Siap siram suda...

Taburi ia dengan cheese...yummmyy! jangan banyak sangat lah! Pakai ajo keju cheesdale buat makan dnegan roti tuh...

Apo lagi? Jom bakar! Turun kan suhu oven 180darjah Celcius dengan kekuatan api atas-bawah... 30 minit atau sehingga ianya masak. (dicucuk lidi, tiada isi pie melekat di lidi)

Usha...

Oh siap! Hangus pula asparagus. Nak tahu kenapa? Sebab saya lupa gaul sekali itu asparagus sekali dengan daging. Saya tabur sahaja atas . Jadi bila kena suhu oven, terbakar sikit mukanya...kasihannn


Mari kita lihat...

Ooopss! Ada mini-quiche tersesat!

Apa lagi?

Nikmati ia sepenuh jiwa sewaktu minum petang hujan-hujan atau pagi-pagi atau bila suka lah!

Sila cuba. Mudah.com!



Jangan Gusar Kalau Tak Pandai Buat Kek...



Tapi masih punya semangat jitu untuk membuat kek istimewa tetapi takut kecundang? Tak mengapa. Jangan risau. Jangan stress. Saya ada jalan penyelesaiannya.

Saya tak nak la bagi jalan penyelesaian macam ini:

1) Pergi sahaja kedai kek (dikhuatiri yang mempunyai masalah sebegini akan ditimpa masalah kewangan pula, contoh macam seorang budak sekolah yang tidak punya wang banyak)

2) Beli sahaja adunan segera (instant) - Ini tak aci la juga, sebab kamu tinggal bancuh sahaja. Tak thrill. Lagipun macam masalah nombor (1), takut kewangan tiada. Hehehehe...

Bole pakai ke akak cakap ni adik? (ehh...la...rupanya rancangan masak-masak budak-budak ke?)


Tak kira lah kamu lelaki atau perempuan. Jika tiba-tiba kamu bersifat sentimental dan romantik tak pasal-pasal nak buat something yang tak pernah buat, boleh cuba dengan ini sahaja dulu. Konon-konon macam "something special" la gituhhhh...

Ini boleh lah dicuba oleh kamu yang macam cakap dalam hati "Tak main lah beli kek span ke kek gulung dekat Giant ke Tesco ke King's ke atau mana-mana lah".
Nak tahu apa dia?

Saya saran kamu buat Puding Roti sahaja. Orang putih atau orang masuk hotel nak grand sebut "Bread Pudding".

Kenapa?

Walau ia sekadar roti sahaja, tetapi kamu boleh olahnya seakan kek. Tahu ngak kamu? Ngak percaya? Mari tengok satu...


Ada nampak macam kek? Cuba imagine kalau letak strawberi ke ceri seketol...lepas tuh tuang garis-garis coklat? Haaaa..nampak yummy and special...Tabur coklat rice? Fuhhh~

Nampak macam ini:-


* Dipinjam dari Kak Ita Masam Manis (dia tak masam...tapi dia manis..heheheh)


Tanpa membuang masa, mari kita tengok bahan-bahan nya.


Roti

Dalam 8-10 keping. Boleh diracik-racik (macam koyak kertas). Tapi lagi cun kalau kamu belah 4 setiap keping (menjadi empat segi kecil) - nanti kamu boleh susun dalam loyang cantik-cantik. Roti banyak brand. Sila ikut pilihan hati dan duit simpanan. :-P. Contoh standard: Gardenia, High 5, etc



Susu Segar (250ml) @ (450ml - kalau tak mahu campur susu sejat

Beli kotak kecil pun OK juga (250ml setiap kotak) - contoh susu Dutch Lady. Ingat ya, kalau beli kotak besar, kalau ada baki, sila habiskan (atau minum terus saja lah senang) sebab susu kotak tahan 3 hari selepas dibuka sahaja. Nanti rasa dia dah bertukar tak sedap Kalau kamu beli besar, make sure habiskan dalam 3 hari..


Susu Krimer Sejat (1/2 tin) @ (1tin - kalau tak nak campur susu Segar)

Susu ini lagi mahal harganya dari susu dalam kotak. Bila buka boleh guna lagi dengan syarat simpan dalam peti. Susu ini susu yang selalu orang jual ABC guna. Ala...saya tau...awak time beli ABC mesti minta susu extra kan? :-P . Contoh brand: - Ideal, Carnation, Saji etc. (OK, rasa macam Marigold & Carnantion antara harga murah la sikit ikut survey saya)

Mentega


Seketol adalah seberat dalam 250g. Harga dalam lebih kurang RM3.50 seketol. Untuk bread puding, kita cuma pakai 2 sudu besar sahaja.

Telur Ayam

Semestinya tanpa anak ayam di dalam. Saya pakai 2-3 biji telur sahaja. Terdapa juga pengguna lain meletakkan 6biji telur. Oh no...macam membantu kolestrol mendak dalam badan je rasanya.


Gula

Pakai 4 sudu besar sahaja untuk puding roti ini.


Esen Vanilla

Satu sudu kecil. Berfungsi untuk melindungi bau hanyir telur (if ada lah)

Bekas talam membakar

Semestinya suatu bekas yang sesuai dimasukkan ke dalam oven ye adik-adik. Saiz ikut kesuaaian bahan adunan lah.

Oven

Tentunya untuk membakar puding kamu. Wahhhh...masa ini saya suka bau aroma yang keluar.

OK summary langkah-langkah:-

* Oven kasi panas 180darjah Celcius (dalam 10 minit)
* loyang kasi sapu mentega di permukaan dan tepi-tepinya

1) Carik-carik atau potong-potong lapan keping roti.
2) Rendam dalam mangkuk/bekas yang berisi 1 kotak susu 250ml + Susu sejat (terpulang pada kamu nak pakai salah satu susu sahaja pon boleh dong!). Biar sejam berendam. Biar roti kamu kembang.
3) Bekas lain, Pecah kan 2 biji telur
4) Masukkan 4 sudu besar gula
5) Pukul guna whisk. (pakai sudu pon boleh) - alah macam buat telur dadar.
6) Masuk 1 sudu kecil esen vanilla
7) Masukkan 2 sudu besar mentega yang sudah dicairkan pada suhu bilik. (supaya tak berketul-ketul). Kacau-kacau.
8) Apa lagi? Roti direndam, tuang dalam bekas talam. Kemudian tuang la campuran telur tadi ke atas nya.
9) boleh tabur kismis ke chocolate chip ke. buah anggur ke.
10) Bakar 20 minit. Tunggu sampai kekuningan keemasan.
11) Kalau nak rangup lagi, tambahkan masa membakar



Selain itu, untuk menikmati puding roti anda, boleh la buat kuah custard simple.

Bahan utama nak buat kuah:-

Tepung Custard

3 sudu besar dicampur air sikit. Kacau-kacau dalam bekas.

langkah-langkah buat Kuah Custard:-

1) 1 kotak susu 250ml / Susu sejat masuk dalam periuk.
2) 2 sudu besar gula.
3) Panaskan. Kacau hingga mendidih.
4) Masukkan bancuhan tepung custard. Kacau-kacau. Jangan tak kacau. nanti berketul.
5) bila nampak likat sikit. Berkilat, padam api.
6) Masukkan sesudu besar mentega. Kacau-kacau.
7) Sejukkan. Simpan peti.

Yummmmmmmmmyy!

Amacam?

OK, amacam? Mudah kan? IDEA lain:-

1) Buat Perisa Pandan. Cuma tambahkan warna hijau dan perisa pandan dalam adunan. Selang selikan warna asal dengan warna hijau (bancuhan bahagi dua lah)

2) Buat warna berlayer-layer

3) Tuangkan chocolate sos macam kita tuang atas ais krim tuh. Bagi dekat orang kita nak bagi. Then tenggek kan sebiji strawberry atas nya. Hmmmmm... Nampak special sikit tuh!

Cuba lah!