Tuesday, July 22, 2014

tempias-tempias (teaser) ?


assalam semua.

Kejap lagi nak balik dah. Waktu tamat kerja jam 5ptg sempena bulan puasa. Hajat hati nak minta boss bagi kerja half day je kat kami-kami di bulan Ramadhan ini. Tapi kang ada yang dapat surat layang suruh benti kerja je tak pasal-pasal. Thee hee hee!

Jadi, saya cuba aktifkan otak supaya semua sel berhubung dengan baik. Supaya tiada satu pun sel cuba-cuba nak berhubung dengan sel lutot!

So, saya nak share sikit tentang hal-hal kerja kahwin saya dan suami Jun lepas. Hal-hal ehwal kerja kahwin kami mengambil masa selama 6 bulan secara santai-santai untuk disetelkan. Tapi kalau secara laju-laju harus 2-3 bulan dah boleh setel agaknya dengan syarat, kita dah cop siap-siap siapa nak makeup kan..siapa nak buat baju kita dan sebagainya.



So...kita nak mula mana dulu ni?

Eh...nak balik la. bye. nanti cerita2 hal kahwin ye!

Tuesday, July 8, 2014

Hajat di hati nak kembali...

Assalamualaikum semua.

Tak sangka nya kita boleh terbuka balik blog ini. Mujur ingatan masih cergas mengingat password. Hehehe

Tidak tahu nak mulakan di mana. Berdasarkan entry, kali terakhir update adalah 28.08.2013. Itu pon kita tempek hal ehwal Maxis line sebab nak tunjuk link masa buat aduan pelanggan.

Sebelum itu kisah Bulan rejab tahun lepas iaitu pada 29.05.2013. Sobbs sangat. Lama terkaku blog ini.

1- tuan dia takde modal
2- orang cakap kalau takde cerita diam lagi baik
3- mood malas menaip
4- tipu. saya sangat busy sampaikan nak mengklik link pon takut kantoi dengan bos! haha!

Jadi kira mulakan senaman ringan kejap. Kejap lagi entry yang blom tahu nak cakap pasal apa. akan menyusul.

Mari lah saya update apa terlintas.

1- Saya sudah berkahwin. Alhamdulillah.Akhirnya. Ya...perkataan "akhirnya" banyak diucapkan oleh rakan-rakan kepada saya. Haha
2- Sugar glider saya telah membiak dengan banyak nya. tapi jangan risau. mereka bukan hasil sumbang mahram. bloodline nya saya jaga!
3- Kucing-kucing telah saya lepaskan bebas di luar rumah. Alhamdulillah . Semua pandai balik. Saya sangat suka!
4- Saya kecewa saya tak sempat datang masa VendeurFest vol 1.0 semasa di Stadium Shah Alam.
5- Saya juga sedih sebab plan nak usha Teratak Glam Raya pun saya tak dapat jenguk! Sobss
6- Saya fikir saya sudah mula menjadi pembeli -belah online secara suam-suam tegar. Mak takutttt nak!
7- Saya sedang berusaha untuk menjadi lebih hensem! OK. Tipu!
8- Oh..saya masih tertanya-taya apa yang terjadi terhadap MH370?
9- Salam takziah atas pemergian Allayarhamah Belasungkawa Dato Syarifah Aini ke Rahmatullah. Taziah juga buat Linda Rafar di atas pemergian anak lelakinya ke rahmatullah juga. Al-Fatihah.
10- Tahu kah saya macam hantu Instagram juga? Follow me! ewwah!
11- Saya suka meng-review produk tanpa disruh. Kiranya saya akan review kalau saya suke. Hahaha!
12- Saya telah kehilangan datuk yang saya panggil "Ayoh". Sebelah ibu saya. Kasihan Mek saya tinggal sendiri.
13- Mama saya telah diserang strok dan alhamdulillah, sudah pulih tetapi ada karakternya yang berubah sedikit.
14- Abah saya sudah mula membuat rawatan dialisis. Dia juga pernah terkena serangan jantung sebelum itu.
15- Erm...saya antara kumpulan-kumpulan wanita yang sedang menanti double line. Sep sikit!
16- Aiseh! saya tengah pegang atas bibir kiri saya. Ada 2 jerawat kecik! Iskkkkkk

OK lah. Jumpa next entry.Sebelum itu saya nak belanja satu photo. Rasa tak lengkap kalau entry takde gambar. Rasa macam orang tak puas baca. Tapi kan...mana ada orang baca blog saya pon! Hahaha

 Salam Ramadhan Kareem semua...semoga Ramadhan ini menambahkan keimanan kita dan terus kekal di dalam diri malah dipertingkat lagi dari semasa ke semasa... Aaamiin