Monday, November 26, 2012

Apa Ke Gaya Nak Handle Sesuatu Reunion


Assalamualaikum...

Sepatutnya nak main tempek-tempek sahaja gambar tapi akibat line internet ni macam tak memberi kerjasama, maka terus pakai backup planning - tukar tajuk.

Adik-adik, eh...nak bagi tips adik-adik je ke? Ye la. Kau ingat aku ni professional event planner kah? Akak pertama kali dik.

Once bila popo up dalam kepala "jom reunion" ada beberapa perkara kena consider.

1- Penyatuan suara ahli. 

Sama ada anda seorang diri syok sendiri atau memang kehendak orang ramai.

2- Buat planning. 

Kita kena tahu apa kondisi kita dan lain-lain. Macam akak ini kan, kami-kami ramai dah berkahwin dan beranak dan bekerja. Jadi planning kalau boleh jangan kacau jadual orang. Sebaiknya ambil suara majority mahu buat bila dan di mana atau jam berapa. Kemudian tanya pandangan lah kan...

3- Pelaksanaan perancangan dan kawalan dan susun atur.

Seeloknya kena wujudkan AJK. Tapi secara peribadi pandangan akak la kan, setakat reunion kecil-kecilan elok satu atau dua orang sahaja. Macam akak ni takat nak ajak budak kelas je kot. Bukan nak jemput tetamu datang majlis kenduri kahwin yang boleh memuatkan dewan sebanyak 6ribu orang pon

Masa ini lah kau kene fikir apa gaya kau nak handle. Macam akak ni memang style koboi-koboi cikai je. Mana ada masa. Shortcut habis

- buka group wall dekat FB minta pandangan
- survey berapa setuju
- pilih masa sesuai (pakai poll)
- lokasi mana (pakai poll)
- tarikh bila (apakai poll)
- bincang secara kasar apa aktiviti nak buat

Once sepakat bawa berkat, kita proceed
- buka event. Official punya.
- sini kan lebih details. So kita boleh kenalpasti yang datang berkeluarga ke tak, berapa ramai.
- bentangkan keperluan semasa hari kejadian..
- do tracking. Segalanya. Mana yang lost contact semua usaha cari ramai-ramai.

Cuba berpegang teguh dengan plan. Kalau tukar-tukar selalu orang pun fed-up kot kan...

So! Finally...Aktiviti kami - Reunion PKA1 SMT Klang (1999-2000)

1. Tarikh : 11/11/2012 (amacam? cun tak tarikh? macam nak kawin weh)

2. Masa : 10.30pagi - 2.00petang (ini dah kira dah janji melayu ke lambat ke, aktiviti selepas itu, apa semua lah)

3. Tempat : Tasik Shah Alam 

5. Aktiviti - Chita chat makan-makan potluck dan main tukar-tukar hadiah..

Sekarang rasa macam lapar lah. Nak tempek makanan se-pam dua di hari kejadian. boleh?

 Sedap tak nampak? Memang sedap-sedap belaka...

Boleh tak boleh....saya nak tampal jek le..sebab ini blog saya lah...hahaha..

Bye!


Thursday, November 22, 2012

Planning: Ketemukan budak-budak baru nak "up" ...


Salam,

Macam mana nak mula eh? OK. Siapa yang rindu kawan-kawan dia? Rasa macam feeling-feeling touching-touching semangat nak jumpa kawan sekolah atau kelas? Hands up!

Salah satu itu aku lah. Bermula dengan tak sengaja. Zura up dekat facebook dia terserempak dengan salah satu member kelas. Terus tak semena-mena macam pop-up! Ting! Jom buat reunion.

Dan tak semena-mena aku pula ringan sahaja tangan buka Grouping dekat FB. Terus invite orang-orang berkaitan. Trace siapa-siapa yang hilang "tapak kaki". Kira macam fully track ala-ala detective lah. Walhal nak buat reunion je pun kan.

Berbekal kegigihan dan semangat sepasukan, kita-kita ni usahalah menjadikan realiti. Kalau hangat-hangat busuk-busuk tahi ayam i tak main youuu...eceh!

Bagi aku lah, personally, tak boleh tak, agenda ini kene jadi. Kena successful. Kira macam kalau macam kata bidalan bunyi lebih kurang "biar apatah...biar sampai pangkal lengan". Mesti nak jadi. Sebab

1) Dah lama gila tak jumpa. Personally, aku dah tak jumpa mereka sejak aku tinggalkan sekolah Teknik - iaitu 12 tahun dahulu

2) One of us - Safa nak pergi jauh. Belayar. Eh tipu, dia tak belayar macam Popeye. Tapi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Canada. 4 tahun you...

3) Mengeratkan silaturrahim. So boleh la update bertemu muka segala kan...

Grouping dekat FB pun bukan main laju. Kalah trafik kot. Memang siapa layan gila pitam kejap. Banyak gila kot post. Imagine lah kami-kami tak glamer bukan public figure ini mampu menerima beratus-ratus notification dalam sehari. Tidak kah berasa macam ala diva gitu? Hahahaha..Kami kongsi segala momen sambil gelak-gelak. Tak koman juga ramai yang rajin upload gambar. Dan..tak koman juga ramai yang sudah lupa ingatan akibat kotak memory low kot..hahahah! Minum jus semut! Hahahaa

Motif:


Menyemarakkan hubungan silaturrahim muka budak-budak baru nak up macam kat atas ini. Masa ini umur 17tahun. Sweet sangat.


Planning:


Memang track closely lah. So ada lah dalam 25 orang mengumpulkan suara bersetuju nak reunion. Maka official event di-create-kan.


Finally:

We can make it! Dalam 18 orang berjaya menjadikannya reality. Cuma dalam gambar ni terlepas satu orang sebab lambat. Masa ini umur kami? ____ (sila isi tempat kosong)

Makcik yang kepochi ini pula telah pulang sebab ada urusan lain nak selesaikan. Kalah Y.B I tell youu..

Khas buat rakan-rakan kelas PKA1 SMT Teknik Klang (SPM 2000). U all memang best. Aku harap hubungan kita bukan takat di sini sahaja. Tapi berpanjangan dunia akhirat.

Thanks kepada yang meluangkan masa dan siapa yang tak dapat tu semoga lain kali kita jumpa lagi dalam teater "Puteri Gunong Ledang". (Eh!!? - korang tak kan paham, kami je paham. Hahahha!)


p/s: anyway cuba korang compare dengan gambar atas sana. Hahahah! Awet muda kot kami ni! (nada perasan)..wakakaka * Pergi ambil baldi dekat sana dan muntah

Bye! Nanti cerita lagi lah.

Wednesday, November 21, 2012

Musim Durian...Aku Nak Jadi Kepochi Lah Kejap



Assalamualaikum semua..

Boleh tak? Boleh tak ni ? (apa tiba-tiba tanya boleh ke tak nih?..Isk)

Alah, boleh ke kakak ini menjadi kepochi pada hari ini. Macam nak laungkan hanya dia yang mempunyai dan menikmati durian di atas muka bumi yang berbentuk sfera ini. Hahahaha!

Gasak je la.

Semalam. 

Semalam supplier call. Saya busy. Sangat lah. Dah la ketiak rasa basah-basah dah sebab aircond tiada - akibat dicuri compressor nya. Memang nak maki je siapa lah dalang yang berani mencuri dan mengakibatkan kebasahan ketiak ini. Vennnnnccciii...Rasa macam buat kertas kerja dalam balang stim atau sauna sahaja kot. Tak tahu lah bole turun 3-4 kilo ke tak kan.

Oh. Tadi baru berazam nak kepochi hal durian. Tapi tersalah topik kepochi - Aircond.

Sambung balik. Semalam wakil supplier call. Tanya bagaimana mahu sampai ke office kami yang duduk ceruk rantau ini. Tapi terus mata kami bercahaya bling bling bling sebab dia cakap nak hantar durian all the way from Balakong ke mari. Bukan main hati ini dup dap dup dap tunggu dengan sabar. Maaf lah. Orang dah lama tak pekena durian memang mempunyai reaksi over sikit dari selalu. Eh...sekarang orang duduk pum pang pum pang hal Durian Crepe. Tapi akak sampai saat ini belum rasa. Tak ada sapa ke nak bagi kat I ni.

Petang itu...dia mari....lalalalala...walau panas aircond tiada..kami balun jugakkk....

Enjoy!

3 dari 4 guni durian yang dibagi supplier...TQ sangat...dapat lah kakak ini melepaskan perasaan teringin yang membuak-buak dalam hati ini..

Kerumunn! 


Let the man do the thing...hahahha! I ngap jek!




Kegigihan mengopek durian...semua tunjuk bakat lah...



Gaya dan cara-cara...skrew driver dan pisau makan pun jadi jugak lah...main cungkil-cungkil...semua demi durian...oh durian ku...eh?


Yang bagi sokongan padu...



Yang seronok-seronok


Oh...boss juga excited...hmm...nasib boss tak minat blogging..kalau tak...eh?


Isi nya? Oh...semua cantik-cantik...soalan kuiz: durian baka apakah ini?

Dah habis dah aku jadi kepochi (eh...bukan selalu2 pon ko macam tuh ke?)

Bye!
 

Friday, November 2, 2012

Merdeka yang ke 55


Salam..Hihihhih

Tak kira. Tak kira. Nak tempek juga walau dah lepas 2 bulan berlalu meninggalkan tarikh 31 Ogos 2012. Yes. Itu merupakan Hari kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun. Alhamdulillah negara aman sejahtera dan tiada penjajahan dan kekejaman berlaku. Tapi jajahan pemikiran dan kekejaman secara halus memang berlaku. Hmmm

Bukan nya apa. Memang entry dengan tajuk sedemikian sudah terpahat di akal dan sanubari Siap da snap gambar. Tapi apa daya masalah teknikal yang berlaku betul-betul mencengkam hati I nak buat entry walau saya tahu memang tiada sesiapa nanti-nantikan.

Ceh~ Blog aku ni layan feeeling aku je kot kan...

So..Malaysia...selamat Hari Lahir ke 55. Semoga kau terus maju dan maju dan maju membina jatidiri anak-anak watan menjadi masyarakat gemilang, terbilang dan cemerlang. Tapi kalau takat lahirkan jatidiri macam Vivian & Alvin itu, elok la dijauhkan. Tak sanggup I tau. Kecewa betul. Malu jangan dikata. Rasa kesian tengok pun ada. What are things pop-up in their mind to choose that way?

Ok lah. Berpatah balik dengan tajuk asal. Bendera ini purposely dibeli dengan penuh semangat. Menggantungkan nya pun penuh semangat. Tapi ampun kan saya sebab vertical. Apa daya space yang ada begitu.  

Love U Malaysia...
(location: Restoran Anika Selera, Kelana Jaya)

* Apa lagi....bila nak buat cuti-cuti Malaysia?

Koleksi


Salam..

Tadi main geledah-geledah harta karun dalam PC. Jadi jumpa lah benda karut-karut. So nak share dengan U all kan.

Biasa la, some people like to collect something as hobby. Tapi tak pasti kalau collect banyak boyfriend ke girlfriend ke...isteri ke apa tuh hobby ke tak. Atau Naluri semulajadi tanpa diminta? hahahah

So...jom mula...Macam adik saya (laaaaa..ingatkan saya tadi) suka sangat kumpul benda percuma. Macam-macam. Tapi salah satu koleksi ialah gelas Coca-Cola free beli Mc D.






Ada banyak dia collect. Gundam la. Kereta Tamiya la. Pinggan mangkuk percuma la. Patung Snoopy yang banyak-banyak negara tuh la...

Macam-macam.

Korang? Suka kumpul apa?

Saya suka kumpul makanan jek...wakakakka!

Tiada Gunanya Kau Nak Pandang Belakang...



Assalamualaikum semua.

Hai..Laaaamanya kita tak bersua. Hahahah! Macam la selama ini bersua kan. Setelah mengalami depressi 15% akibat gambar-gambar di blog telah hilang, kini saya bangun meneruskan kehidupan. Kisah yang lama jangan dikenang sangat. Kelak kita tidak sempat nak maju. 

Maka, marilah saya hidangkan dengan beberapa cerita yang bukan nya sedikit. Banyak sangat sampai tak tahu mahu cerita apa. Hai....photo yang ada belum edit lagi gara-gara masa yang terlalu cemburu. Tapi tak mengapa. Buat sikit-sikit. Demi kenangan.

Mana nak mula nih?

Sebab baru pulih dari kekecewaan, jadi marilah saya bentangkan sesuatu yang macam best. Macam. Macam ye...macam sahaja. Hahaha!

Nak bercerita hal rawak-rawak. Sebankan hujan. Jadi cerita pasal makan. Hahahah! apa lagi kan?

Ini apa? Bukan...ini bukan duku mahupun langsat mahupun dokong...TAPI...

Ini buah sentul youu~ seumur hidup baru sekali tengok dan ambil tahu tentang buah duku. Hahaha.

So bukan Mat Sentul cerita lama-lama je boleh glamer, buah pon bole! Jadi siapa boleh teka...siapa dulu yang jadi Sentul? Orang ke Buah? (hahahha! teka teki bodoh jangan dilayan)
Ini pula? Apa? Tali pinggang kah?

Bukan! ni ialah buah beko
Besardan panjang...


Buah beko sesuai dibuat kerabu. Sedap youu~~ 

(Buah beko tuh potong nipis-nipis, rebus atau bakar sampai lebut. Kuah kerabu dia? Cili, halia, bawang, garam, gula, black pepper tumbuk-tumbuk, tuang atas beko yang dah siap tuh. Letak santan. Gaul. Siap sedia)


Siapa tahu ini apa? Ini solok lada. Salah satu pilihan lauk untuk digandingkan dengan nasi kerabu. Tak payah nasi kerabu pun tak apa. Makan biasa pun bole..suke ii



Oh..ini kegemaran Mama saya. Bukan saya. Peria katak kot nama? Hasil petik dekat pokok

(Ikan direbus- siap - buang tulang - tumbuk halia, bawang merah sikit, kelapa, daging ikan , lada hitam, garam, gula, aji - sampai lumat - letak dalam bekas, letak sebiji telur putih gaul-gaul bagi lekat - sumbat dalam badan lada- rebus/kukus! - tuang air santan sikit atas dia)

Nak selam minum air, buat kerja 2 or 3 in 1 - dalan periuk boleh letak kacang panjang ke bendi ke macam alas kat bahagian lapisan bawah seklai, lepas tuh tingkat dengan lada yang siap sumbat tadi. Tuang santan atas dia.  dan kukus kan sahaja! Cunnn!

Terus ko dapat makan kacang panjang celur + solok lada. Selesai masalah

OK. Ini sahaja modal saya apabila kembali berblog.

Sekian.