Wednesday, December 16, 2015

Printed Bawal Cantik! Unik! Limited!


Kasi tempek se -das! hehehe

Assalam...

Ada ke yang mencari Bawal Printed tapi saiz besar?

Ye lah yang banyak di pasaran tak berapa nak besar untuk yang memakai tudung labuh tapi mahu kelihatan bergaya kan?

Biasa zira tengok kemasan jahitan. Sebab jahitan ni main peranan senang bentuk ke tidak tudung/shawl kita pakai.

Terdapat 2 bucu tajam, 2 bucu curve di setiap helai bawal. Senang kan nak pilih mana satu?


Zira ada koleksi terkini Bawal Printed

Available size

Material: Washable Silk
Sangat senang bentuk dan jaga. Iron minima aje!

Harga:
Bawal 45 RM 35
Bawal 50 RM 40
Bawal 55 RM 45
Bawal 60 RM45

FREE POSTAGE!
watsup 0126826744 atau boleh tengok di FB dan IG ZiraZeal

So jangan lupa tengok FB & Instagram untuk lebih banyak pilihan tau!
Jubah-jubah pun ada tauuuuuu


Boleh pakai gaya Shawl, boleh pakai gaya Bawal. Best sangat!!








 Lebih banyak corak. Pening nak pilih mana sebab cantik-cantik!

Watsup 0126826744 OK!

Di Sini Bermula... Zira Zeal

RASANYA TIADA YANG NAK BACA SAMPAI KHATAM...
TAPI NAK TULIS JUGAK


ada teman-teman bertanya

"senang ke nak berniaga?"
"senang ke dapat customer?"
"senang ke nak cari modal"

Jawapan untuk kat atas: Ada senang, ada susah. Ini pengalaman yang saya kutip bila mulakan @zirazeal. Saya kena fikir betul-betul. Strategi pun kena buat walau ini sekadar kerja sampingan saya isi masa lapang dan cari duit lebih! hehehe. Otak kena bergerak mengkaji walau tidur..ececece..poyoo!!

SENANG kalau kita dengan rela hatinya mengerjakan sesuatu. Memberi sesuatu tanpa jemu, tanpa mengharapkan menerima balasan secara terus dan teruskan usaha apa yang kita plan dengan ambil kira apa yang kita belajar dan perhati sekeliling.

Bukan kena jadi "geng" dulu baru nak maju. Bukan. Tapi bergerak secara kumpulan yang beraura positif tanpa ada sedikit secalit hasad dalam diri adalah lebih baik. Jika tidak, kalau kita kerjakan dengan mengharapkan balasan... - adalah Lebih baik sendiri sahaja. Kalau bergerak berkumpulan - make sure kamu betul-betul berkumpulan..if not..there is more to selfish. Tak best juga kan?

SENANG nak dapat customer(s) jika kita jaga hubungan baik dengan customers sedia ada. Hubungan baik itu bukan lah bermaksud bodek-bodek tau. Apabila customer tanya kita jawap dengan baik, bukan nya berharap MESTI BELI dan push2. Tak apa tak beli. Sebab layanan kita ini umpama saham di masa hadapan kita. Mana tahu mereka akan muncul kembali diwaktu akan datang. Layan customer dengan jujur dan beri pandangan yang baik dan betul bukan cuba mempengaruhi dia sekadar untuk membeli sahaja. Customer ini jenis dia...kalau beli..tapi salah dia jadi patah hati lepas tuh terus set dalam minda "taknak beli dah dengan dia".

 Kawan booth curi-curi ambil gambar masa kita tengah approach customer..Masyaallah customer sangat baik dan yang budak kecik itu anak dia. Ini merupakan pelanggan pertama Zira Zeal masa itu.. alhamdulillah..

Kalau cerita bab pengalaman yang setahun jagung popcorn ini.. banyak pancaroba. Bermula dengan kosong. Betul-betul kosong. Bermula dengan secara tak sengaja dan seronok-seronok sahaja. Masa itu pakai duit gaji sendiri buat rolling. Tak sangka melarat pula. Rezeki Allah nak datangkan. Kadang kita pun tak perasan. Sampai sekrang be rolling-rolling sampai tak nampak apa yang di roll...wakakaka! Alhamdulillah makan pakai Insyallah dimudahkan.

Pernah saya "Zero sale" masa 1st day buka booth. Masa tu 1st time kita buka. Mulut pun berat. Senyum pun macam senyum kambing ke apa sebab takut. Senyum FAKE orang cakap! Hahaha! Senyuman yang dilempar pun kadang terbantut sebab orang pandang sekali lalu. Kadang ayat-ayat kita baru nak lempar "ye kak...murah-murah aje kak...offerrr.............errrr"... - dia dah blah macam itu aje. Tapi tak payah la sakit hati. Customer memang kadang-kadang begitu. Tak apa lah. Oh..lupa cakap..kalau anda spesis mudah kecik hati dan sakit hati maybe berniaga bukan bidang anda. Sebab sabar dia banyak nak pakai masa berurusan. Hehehe

 
Masa 1st time buka Booth di MBO Klang... 

 
Antara stok yang di bawa. Nak bagi customer pagng-pegang pun OK dah...



Tapi masuk booth hari ke 2 dan ke 3 Alhamdulillah. Dah pandai dah sikit-sikit nak approach customer(s). Senyum dah tak main FAKE takut-takut dah. Kita buat aje. Sebab ketebalan malu semasa berniaga kena kita tipiskan. Dan ini memang terbukti dengan pengusaha yang telahpun berjaya. Malu letak tepi asal kita buat tuh betul. Insyallah. 

Personally masa berniaga Booth 1st time saya tak sedih pun masa Zero Sale tu sebab pada saya dapat hulur Business Card dan cakap-cakap berbual dengan customer yang membelek dan melintas pun dah OK. Sebab memang buka Booth untuk kenalkan barang kita. Itu aje. Nak harap kuasa internet memanjang...berapa juta orang pakai internet dah kan? Berapa juta yang berniaga online dah. Berapa pula ramai nya orang yang nampak iklan kita terhuyung hayang tayang produk sana sini kan? Berapa banyak pula jenama produk yang well known jadi kegilaan kan? So kita kena berani guna jalan apa yang ada. 

Antara kawan yang hadir bagi sokongan...

Dan saya paling suka bila Customer "lama" datang kembali kepada kita untuk membeli. Dan lebih terharu yang tak beli masa mula-mula dan contact kita untuk beli. Malah ada yang buka beg kemas-kemas jumpa business card kita dan terus browsing FB dan Instagram stalk kita dan watsup kita. Memang saya rasa berkesan sangat. So untuk yang berniaga walau ala-ala tuh... saya sarankan buat Business Card. Penting. Lagi pun Business Card ni menunjukkan kesungguhan kita sebenarnya. Dan jangan lupa mendaftar di SSM. Ini membantu kita dari orang ingat kita ni nak menipu ke apa..kan? Buat aje wehh..tak kisah la nanti kau berniaga hidup ke takk...

Design pertama Business Card Zira Zeal..buat laju-laju. Esok nak berniaga..hari ini baru terfikir kena buat dan terus cari orang print kan...hahhaa!
 

Apa-apa pun kita berusaha lah. Jangan buat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Jangan ikut trend orang berniaga kita nak berniaga. Soalan pertama sebelum buat "Minat ke tak??". Soal modal korang letak aje tepi sebab kita boleh aje mula secara paling ciput-ciput pun. Tak semestinya nak kena buat langkah besar grand-grand sampai nak buka butik..kolaborasi artis..pakai model-model. Just show your strenght dan effort dulu...tengok hasil baru boleh nak fikir buat apa.

Saya sendiri pun tak terfikir boleh langkah sejauh begini. Dengan beberapa produk. (masa awal dulu-dulu saya jual produk orang..bukan dropship..saya gamble beli sendiri semua dan jual).

OK lah. sebenarnya post ni adalah dari last week saya type. Bersambung-sambung bila Free.

Sekarang akal dah mati Jadi kita end sini aje lah.

Doakan lah saya dan ZiraZeal ni berjalan dengan baik-baik sahaja ye..

Terima kasih atas setiap sokongan dan doa ya. Mak terharu tak habis-habis dan paling excited bila dapat PM/WAtsup...wakakaka...

Terima kasih.

Friday, December 4, 2015

Beli Jubah Pertama

Assalam.

Sudah Jumaat dah. Kejap sahaja. Tahu-tahu dah pun melangkah ke bulan terakhir dalam kalender sebelum kita semua bergerak memasang azam acah-acah macam selalu bila Tahun Baru menjelma.

Berkongsi kisah sedikit walau tiada pun yang kisah sebenarnya. Hehe

Saya ini spesis "selalu lambat" tentang fesyen. Bukan lah saya ini cerewet sangat tetapi lebih kepada rileks dan stick dengan apa yang kita suka asal selesa dan orang pandang tak rasa aneh. Hahaha

Seingat saya...Jubah Saya yang pertama adalah Jubah dari Pudore. Mira Jubah tuh. Warna merah menyala-menyala. Zaman tuh pulak sequin macam dah sangan "In" dalam fesyen. Kira siapa ada pakaian terkini dengan citarasa terkini dia memang ummpphhhh lahh!

So siapa ada Mira Jubah 1.0 ni? Lepas itu saya melarat dengan Mira Jubah 2.0. Sequin dia tahap superrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr lawa weh. sampai sekarang saya masih suka. Siap bahu ada sequin. walhal pakai tudung tak nampak terus pun. Tapi tak apa. Janji suka...wakakaka

OK. tuh aje la. nak buat kerja. Bye!



Simple dan segak. So siapa ada Mira Jubah ni? Saya dah jual as preloved dah...kekekekee... orang Sarawak yang beli!
 
P/s: Saya ada cakap ke saya ada buka FB page "Jubah Prelove Sahaja?". Kat sana bukan saya sahaja jual. sesiapa pun boleh! so siapa yang nak membuat penjimatan apa salahnya prelove sebab kebanykan tip top habis kot!!
 


 

Wednesday, December 2, 2015

Anak Ikan Tak Sempurna Lagi

Assalam

Ini random. Saja nak tunjuk dengan kamu-kamu tentang anak ikan. Bukan anak ikan berbentuk manusia yang jadi belaan manusia juga ya..tapi anak ikan betul-betul.

Ini ikan duri. Ikan duri bila dia bertelur dia simpan kemas-kemas anak-anak dia dalam mulut. Dia bawa sana sini sammmmpai la menetas. Punya lah sayang mak nya terhadap anak...kan?

Telur ikan duri ni ramai orang suka makan. Saya pun suka juga. Tapi jarang sangat makan nya. Huhuhuh

Nah saya belanja rupa anak ikan. Gambar dari teman FB saya.

Hehehee

 Mak Ikan duri bersama anak nya yang belum sempurna lagi. dikatakan bahawa kalau kita beli ikan duri dan ada anaknya lagi, kita tak boleh makan. sebab anak-anaknya dah terbentuk duri...