Thursday, October 27, 2011

Habit Perempuan Yang Takkan Difahami



Habit-habit yang mungkin takkan difahami oleh pihak lelaki atau mungkin juga wanita itu sendiri tidak berapa faham dengan habit mereka sendiri. Seringkali terjadi rasanya...

1) Membeli sesuatu tanpa sebab

Lelaki mesti pening juga kalau dapat wife yang berciri begini. If fulus bekepuk, mesti lelaki tanpa bantahan redha sahaja bila wife cakap:

"yang yang yang...saya ingat nak beli yang ini lah. Yang lama tuh dah tak elok."

- padahal barang yang sebelum itu baru sahaja diganti. Masih elok rupa paras dan function. Lagi banyak barang dalam rumah kalau musim sale sana sini macam sekarang ini...

"Yang..rasa macam rugi la tak beli. Lain kalai mana dapat price macam ini".

OK. Fine. Kalau sang suami tiada duit? (jom cuba fikir-fikirkan baru la prihatin, bukan?)



2) Merimaskan

Sang wife seorang yang caring gila. Tiap saat dan waktu serta ketika dia akan masuk kan diri kamu sebagai sesuatu yang important. Kadang-kadang rasa macam dia treat kamu macam budak kecil (adakah ini boleh dikira sebagai sifat keibuan??). Sebab itu tidak hairan ada yang memiliki wife/GF yang terlalu risau keadaan kamu seolah-olah macam kamu nak mati esok hari. Sebenarnya dia bukan fikir kamu nak mati, tetapi dia takut JIKA jadi apa-apa sebab kamu diam (contoh tak call, SMS ke). So maksudnya "ke-diam-an" kamu adalah kerisauan dia.

Kalau kamu tanya dekat wife

"Awak ni kenapa risau sangat ni. Tolong la yang, abang rimas tau rasa tak boleh buat kerja"

Mesti perempuan itu diam sebab duduk fikir sebab apa dia buat macam itu. Dia sendiri mungkin tak tahu kenapa. Funny kan?

Annoying kan sikap macam ini. Pada fikiran lelaki, ianya seolah-olah macam tak kena tempat kadang-kadang sikap orang peempuan ini, betol?

1) Lalaki syukur lah rupanya ada orang yang sangat memikir tentang kamu. Belajar lah menerima
2) Perempuan, belajarlah untuk tidak "merimaskan" suami/BF anda. Bukan sebab suami/BF anda tidak menghargai adanya anda, tetapi sikap ini mengganggu kosentrasi sang suami untuk menumpu perhatian. Lelaki kan bukan boleh fikir banyak-banyak dalam satu masa macam kamu?

Sikap ini kadang-kala kelihatan seperti "mengongkong". Tapi take note ya tuan-tuan dan puan-puan, mengongkong dan caring ada bezanya.


3) Tiba-tiba menangis. Berfikiran bukan-bukan. Pernah pasangan kamu macam ini?

Contoh macam:

Kamu memang stok makhluk busy gila. Serius gila busy sampai tak ada ruang waktu nak spend time dengan dia. Then dia pergi suspect dalam hati kata kamu ada teman baru dan melupakan dia. Then tiba-tiba tercipta melo-drama (sayu). Menangis sedih. Anda pernah dalam situasi macam ini?

Saya sendiri suspect yang teman kamu itu mahu sikit perhatian dari kamu sebenanya. Cukup lah tanya hal-hal sikit-sikit, dia sudah lega sebenarnya. Cuba kamu tanya kenapa dia boleh menangis-nangis macam itu? Mesti macam jawapan tak berapa releven keluar. Hahahaha

Jawapan dia mesti dia pun tidak tahu.


4) Menyatakan dirinya tak cantik padahal pandangan pasangan cakap dia dah berkali-kali ganda cantik dari pelakon utama cerita bersiri "Cinta Elysa" atau cerita " Nur Kasih". Tapi dia tidak akan percaya. Hahahahah

Nak tahu apa? sebenarnya dia mungkin percaya tapi buat-buat tak percaya. Kalau kamu tengok muka dia senyum sikit, Ya lah tuh. Dia percaya sikit-sikit . Hahahah

(yang ni tukang masak saya cakap. Dia cakap perempuan mana yang tak suka kena puji melainkan Kak Long. Sebab Kak Long tak romantik. Aik? ada kaitan ke aku terlibat dalam ini cerita?)


OK bye. Entry yang terbengkalai sampai saya tak ingat apa nak cakap dah.

Last-last saya tampal ini...


Deretan tudung-tudung mewakili pelbagai warna dan tone...


Telah dirampas kuasa dengan tudung ekspress....

* Jangan di tanya kenapa...tapi ini antara habit orang perempuan yang tak dapat dikenalpasti... (orang laki cakap "membazir"..tapi orang perempuan cakap "nak jimat" - (jimat masa)..hahaha!)

Trimas..

Tuesday, October 25, 2011

Re-Plan Belanjawan?

Akhir tahun akan mampir tidak lama lagi. Ewah! Mampir-mampir bagai. Bahasa Indon mampir, bahasa Melayu kita panggil hampir. Kalau Mak Lampir? errrr...

Berakhirnya setiap tahun bermakna mulanya tahun baru juga. Sebab nak akhir tahun, jadi mari kita belek-belek tabung. Konon mahu pecahkan untuk keseronokan diri. Ewwahh! Banyak cantik muka dia nak bersuka-suka. Tapi why not? Kalau anda memang sudah sediakan payung untuk memayungi anda dikala hujan?

So, siapa lupa mahu sedia payung buat apa? Perlukah meminjam payung orang lain dan biarkan orang tersebut kebasahan dengan tak semena-mena?

____X____X____
____X____X________X____X________X____X________X____X____

Macam ini lah. Belum terlewat. Mulakan balik jika kamu sudah sedar kamu perlu penjimatan dimasa hadapan. Biar tidak sebanyak setinggi gunung, tapi apabila perlu ia ada. Tapi banyak pun bagus juga. Kamu mesti tersenyum lebar melihat jumlah nya. Mesti dalam kepala tersusun apa aktiviti yang bakal dibuat dengan "sebahagian" duit simpanan. atau masih tidak perlu digunakan dan biarkan ianya bertambah? Kamu yang tentukan.

Langkah mudah. Tak lain tak bukan. DISIPLIN. Tak ada yang ini, yang lain tak boleh jalan punya. Bila berdisiplin, kamu boleh FOKUS.

1) Dapat saja gaji, dengan cepat terus ketepikan 20% dari wang gaji (gaji bersih) ke account simpanan kamu. Jangan tunggu-tunggu. Sifat tunggu-tunggu akan buat kan kamu "terguna". Terpakai.

2) Dah simpan 20%, mana lagi 80%? Yang 80% ini lah kamu akan bahagi kepada 2 bahagian: 50% keperluan yang nak tak nak kena nak juga memang kene belanja (Minyak, bil, bayarkereta, rumah, loan, makan minum etc). Pendek kata komitmen wajib bulanan kamu. Kalau kamu ada anak isteri, sila masukkan dalam list sekali. OK?

3) Jadi ada 30% belanjawan nak buat apa pula? Untuk bagi sedikit keseronokan kepada diri kamu, kamu berbelanja lah 30% ini sesuka hati kamu. Dengan syarat jangan melebihi had. Kita pun kata namnya manusia, so anggap la 30% ini untuk penghargaan diri sendiri. Bercuti ke, membeli belah ke, makan-makan ke, what ever lah.


Imagine: Gaji bulanan bersih Rm1000:

(50%) = 500 = Komitmen
(20%) = 200 = Saving
(30%) = 300 = Happy-happy

Kalau komited laksanakan plan ini selama setahun, kamu akan ada RM200 x 12bulan = RM2400.

Itu kalau gaji kamu RM1000. Kalau lebih? Bayangkan...
Amacam? Mudah saja kan? Cuba lah.

* Tahukah kamu, jika anda fix dengan plan ini, kamu sebenarnya menyimpan 30%? sebab ada 10% datang dari EPF kamu? (jika kamu bekerja dengan majikan lah)

* Memang la nafsu ada, tapi boleh dikawal, kan?

Selamat mencuba. (ini patut di alikasi kepada sesiapa yang nak kahwin, sila elak personal loan demi masa depan anda...)

Bahasa Lagu...


Sekarang, bahasa dalam lagu berkonsep sempoi. Rasa macam sayang, nada lagu sedap tapi bahasa tak berapa nak "dalam" menusuk kalbu.

Ini pandangan saya sahaja. Sebab saya dengar radio ada 2 cara. Sama ada saya enjoy dengan nada lagu itu, atau saya enjoy dengan liriknya.

Kadang-kadang hairan, kenapa certain lagu orang sangat suka, tetapi bila hayati lirik? Aisehh...apa nih? Contoh lagu? yang macam ______________ (sila isi tempat kosong, nanti I stated ada terguris hati pula. Kalau Gores dan menang tak apa)

Ada juga hayati lirik dah menusuk kalbu gila, tapi nada pula potong line.

Yang pasti, sejak dari dulu sampai sekarang, penggunaan kata-kata boombastic gila puitis harus diberikan tepukan hebat (big clap) kepada penggiat muzik RAP. Dari dulu sampai la ni. Sedap betol bahasa pakai. Susunan dia. Makna kata dia. Ku kira ianya berlapik dan masuk "dalam". Tapi mungkin sikit pening mahu faham mula-mula.

Clap! Clap! Clap! Clap! Clap!

Mengapakah aku menulis entry bosan ini? Adakah aku telah bertukar profession? Menjadi penggiat seni atau pengkritik bahasa? Hahahah..

Bukan.

Just nak cakap yang dalam seminggu ini, saya sempat mendengar lagu "Aku Maafkan Kamu" dalam kereta sebanyak kurang 5 kali (pulang dari kerja ke kedai Kelana Jaya & Pulang dari Kelana Jaya ke rumah diwaktu malam) Abang Jamal Abdillah pun dah pandai dah nak main rap-rap ringan sikit. Ewwahh! Suka I uu..

Tabik spring dekat sang penulis lagu...apa lah ilham dia time menulis lagu ini. Jujur.

Hayati lah.. (eh..bukan nama Girlfriend kamu lah! :-P)

Aku Maafkan Kamu - Malique ft. Jamal Abdillah




(sample)

aku minta maaf di atas segala perbuatanku. ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

(intro) (jamal abdillah)

ada teratak di hujung kampung
bawah cermin kopak ada kotak
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak

(chorus) (jamal abdillah)

aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku
maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku

verse 1 (malique)

atur sepuluh daktil batal yang batil
detik dua usul ditutup satu lagi tampil
dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
minta diisolasi dari dalil busuk jahil
aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
mana cepat terbang atau warna gelang tangan
buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
halusinasi susuli ketandusan ihsan
ubat parut auditori kesan artileri insan
gagal dikesan

chorus

verse 2 (malique)

timbul tenggelam, timbul tenggelam
acapkali terpendam, acapkali tersergam
cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
ini bukan lagu rindu ini madah dendam
kutimbang tanpa neraca di awal usia
kudihukum masuk neraka oleh manusia
minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
maafkan mereka, mereka tidak tahu
mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
mereka tidak fasih malah fasik guna kata
kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
maafkan mereka, mereka tiada nilai
ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

(sample)

kenapa awak tak pukul mereka?
saya tak suka pada keganasan

chorus

verse 3 (malique)
jangan ahli sihir seru nama maharaja
nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
kalau terpelajar sila guna hak miranda
pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
mereka mula kiri, aku kanan bila baca
sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(alif)
ada teratak di hujung kampung
(ba)
bawah cermin kopak ada kotak
(ta)
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak
2x

* I like...weh,,,lirik Ahli Fiqir juga bagus weh...(OK, mostly penggiat rap penggunaan bahasa memang best, mungkin sebab elemen rap perlu bunyi dekat-dekat dan berentak-rentak macam pantun..good job menggali bahasa)

Friday, October 21, 2011

Apa yang ku dapat?



Hahaha... Sambungan PHILIP EVENT itu.

I won a LED Table Lamp. Terima kasih Philips. Rupanya tuah saya jodoh dengan Table Lamp.

Hahaha..apa lah yang boleh saya buat ya? Kalau saya semangat study, mesti lampu ini banyak membantu.

Jadi buat masa ini, biar terperuk dahulu sementara menanti satu "port" yang bagus untuk dia.

Bukan sekadar lampu biasa. Ecececece. Tapi ianya adalah lampu Aladdin. Bila digosok-gosok akan keluar satu jin yang menunaikan apa sahaja permintaan yang baik-baik. Hahahahah! Boleh?

Ada yang nak kene luku ni. Jom la tengok..


Lampu iyu..


With eye care...


Boleh buka...


Dilipat juga...


Yang dilengkapi dengan 2 lobang USB


Bukan untuk dicucuk di laptop. Tapi MP 3 ok lah. Kalau tak meletop! amik kau..


Yang boleh dimalap-malapkan...jadi kalau nak terang sila touch sahaja..nak romantik membaca..sila dim kan nya...


Ciri-ciri lain..


* OK, selamat belajar. Selamat membaca.

Chaloh!


(Ceh! Menyesal aku baca)...


Thursday, October 20, 2011

Kita Bertuah ke Tak?


Orang cakap, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia tak siapa tahu.

Saya pun tak berapa nak pasti betulkah hanya dengan melihat di kaki seksi ayam akan ternampak tuahnya? Tidak saya ketahui. Tidak saya teliti. Tidak saya tahu.


Anda boleh nampak tuah nya di kaki ayam ini??
(imej ni google je jumpa)

Saya rasa, perut yang bertuah. Sebab dapat makan kerabu kaki ayam. Hahahaha.
(imej ni google je jumpa)

Ya Allah. Saya suka betul kaki ayam. Imagine masa kecil-kecil balik kampung, nak beli nasi dagang, saya demand makcik itu nak kaki ayam sahaja. Dia cakap "kaki ayam tak cukup, ni buat kuah pakai 2 ekor ayam saja. ada 4 batang kaki saja". Of course dalam loghat Kelantan. Tak pandai saya nak menulis bunyi macam mana.

.....

Eh. Tersasar. Ini gara-gara kaki ayam yang tak seksi punya pasal.

Tumpang lalu mak....ehemm



Jadi kenapa pepatah cakap tengok kaki ayam sahaja sudah tahu bertuah ke tidak. Tapi kalau tengok kaki manusia tak nampak pun apa-apa. Nampak kaki yang...errr...aha apa-apa sahajalah. Yang penting tolong lah jangan buat kaki manusia masak bukan-bukan. Yuckss! (eh keji la awak ni cakap macam ini.hishh!)

OK. Move. Ini ceritanya...

"Seeing is Believing II". Ya, yang kedua kalinya. Yang pertama kali tahun lepas. Time tuh saya pun tak joint lagi. Hehehehe.

Not just a lamp...It''s about power of LOVE...eh..power of lighting..


Itu lah ceritanya. Mendapat jemputan dari Philips Malaysia. Yang lebih berciri kearah konsep pencahayaan. Eh memang pun. Marilah kita guna LED. Go go green. Terima kasih abang Philips. Hahahah. Tahukan penggunaan lampu LED adalah lebih baik? OK anak-anak, jangan bayang lampu LEDsekadar macam time belajar elektronik time belajar subjek Kemahiran Hidup yang warna warni merelip-relip itu sahaja. Teknologi semakin bagus dan baik di era ini. Sila buka mata dan sila ambil perhatian.

Tengok apa yang cahaya boleh tolong kamu...

Rumah yang misteri kepada rumah yang tak misteri.Hehehe..
(Photos Source)

Tak percaya? cuba beli satu lampu. Dekat dekat satu ruang. Contoh dekat ruang tamu ke, bilik ke, lampu gantung (pendant) atas meja makan ke...tengok mood kamu dan ekspresinya.

Selain nilai estetika yang disumbang oleh pencahayaan lampu, ia juga mampu mengurangkan penggunaan tenaga (energy-saving). Selain itu pencahayaan juga menyumbang dalam mempengaruhi sesuatu mood. Yang suram dapat dicerahkan kan, yang cerah dapat dimalapkan agar romantik dan cool sikit. Amacam?

Jenis mentol yang kelihatan elegent kalau dilihat dekat...

Hari tu, 12 Oktober 2011 berlokasi di Ciao Ristorante. Restoran yang sangat lah berciri Italy. Manakan tidak, restoran Italy tertua di Malaysia katanya. Saya anggukkan sahaja. Mak tak kisah nak. Boleh lihat sengaja dinding tak plaster, ternganga bata. Terdedah rasuk (err beam OK, bukan rasukan hantu syaitan nirrojim durjana itu). Tergantung gambar-gambar berciri Italy (err you boleh imagine kan?). Ala, stok ala-ala Leonardo De Vinci tuhh...


Macam ini contohnya. I Google saja...somehing macam berciri gini lah...(sumber)

Hahahha..ke mana kah kita ini? Tiba-tiba tunjuk kesenian Italy nih?

OK, mula balik. Di Ciao, ada macam (eh bukan macam, memang sebenarnya - itu lah tujuan utama) satu sesi pengenalan produk terbaru Philips. So kami dijamu dengan sistem lampu yang mereka reka lah. Dengan pelbagai ifek semua ada. Dengan offer price semua lah. Tapi ada satu yang cool. Menarik minat saya. Sepasang lampu yang saya kira sesuai untuk bilik tidur atau di mana-mana. Konon-konon ada husband and wife kan, seorang nak baca buku buku, seorang nak tidurkan, boleh dim (malapkan) satu lampu atau matikan terus lampu sengan satu wireless controller.

Bukan lampu ini yang saya katakan.
Antara sesi memperkenalkan kebolehan dan kecanggihan produk...Oooo...UUUUuu... bunyi nya...

Heh! Itu macam biasa sahaja nampak nya. Hish! apa yang Cool?

Err...jika kamu berminat, kamu hanya perlu menukar mentol sahaja. Semudah itu. Tidak perlu menebuk lubang, membuat wiring atau apa-apa. Semua hanya dengan menukar mentol sahaja. Nah! Sila ambil wireless controller. Terus berfungsi. Cun sekali! Juga kalau anda terlupa menutup lampu, anda hanya perlu control di jari sahaja. Pakai I-phone pun boleh dong! Amacam?


Antara himpunan street light & juga bollard..(er..bolard yang bucu kanan ity, separas paha gitu tingginya. Yang Bulat itu juga jenis bollard)
- En Dzul & En Din menikmati pemandangan senja...


Antara lampu jenis surfaced, Pendant & Chandelier...
Lampu belum nyala lagi lah. sebab belum waktunya lagi. Ini pun ambil sorok-sorok.


Tree uplighter...ada satu lagi yang jenis colour-changing cantik. Pokok kau boleh 3 warna. 3 tone gituhh!


Lampu yang hanya menyala apabila tiada satu pun sumber cahaya. Kau boleh pegang seketol dan masuk beg bawa balik. Tak ada wire ke kabel pon...

Untuk bermain cahaya. Kot-kot nak buat dekorasi rumah tapi tak tahu apa gaya, marilah godek ini....


Walau mata dijamu pelbagai lampu, jangan kata Philips kedekut pula. Sebab sebenarnya sejak dari jam 7 petang sehingga lewat jam 10.30 kami dijamu dengan hidangan Buffet yang super walla juga. Alhamdulillah. Tapi saya tidak makan sangat. Diet!. Eh...tipu lah! Banyak juga. Tapi tak ambil gambar sebab malu orang cop saya jakun sikit2 nak ambil gambar. (sebenarnya masuk sini, camera pon tak dibenarkan masuk, No Camera please!). Tuh yang takut-takut tuh. Nanti kene rampas henset makcik yang canggih macam mana? Malu la saya..huhuhu

Yang bercahaya itu lampu juga. ..so tak la terbakar rumah kau sebab gatal-gatal romantik nak pasang lilin dalam bilik banyak-banyak.. :-P

TAPI, jangan gusar...saya dah rembat sini. Antaranya macam ini la rupa dia.. (buffet)

Google sahaja, sekian Terima Kasih google...


Suasana masa makan malam. Sangat santai tak formal..makan berdiri pon no hal punyo!


Hoh! Macam buat kau pening. Tak apa. OK, kita sampai ke acara kemuncak.

Lucky draw! Yeay!

Apa yang best? pastinya hadiah utama berupa home theater. Fuh! Aku suka. Dan sebenarnya bukan orang tertentu yang bertuah sahaja dapat hadiah, tetapi yang kurang tuah pun dapat juga! Everybody go hame without empty handed gituh!

CUMA..ikut nasib lah kan..apa kita dapat bawa balik..kui kui! kui..

Antara hadiah yang bakal dimenangi...semua duduk pray for the home theater..kehkehkeh!. Ini sebahagian sahaja yang nampak. Rasa-rasa kami dalam 80 orang semuanya kot...

Setiap kali BUKAN nama kami dipanggil, kami akan bersorak dengan girangnya sebab peratusan nama dipanggil untuk hadiah utama semakin tinggi... (semua duduk la berangan bawa balik hadiah besar-besar konon..

Akhirnya...apa kami dapat??


Nama pertama dari dari kalangan kami berlima - Mr Din, Digital Photo Frame

Second... Mr Dzul - Table Grill

Third...Annie..I-pad/ I-phone Docking System
Link
Fourth...LED Table Lamp with MP3 USB port...


Fifth..berat gila...Air Cooker....

So, betul lah kata penaja. ececece. Penaja pula dia.Padahal penganjur. Hehehehe..

Reaksi dapat hadiah....

Orang semeja kami dapat...Pendant ni, gila Futuristik bentuk...suke saye!

So...kamu tahu ke apa tuah kamu?


* Apa yang saya dapat eh... :-)



Bye, jumpa lain kali....



Yiha..yada-yada...


Well...

Dengan tidak semena-mena ada pula sedikit waktu merewang-rewang. Tersiap cepat pula kerja yang menggunung macam nak runtuh itu. Alhamdulillah. Bole lah makcik tarik nafas sikit Enon ooi. Bukan selalu begini. Fuuuuu...(sedot napas). Phewww (lepas napas). Kalau gabung bunyi laju-laju? (ah tak payah jawap pun tidak mengapa :-P)

Kebetulan pula boss besar tergesa-gesa pergi meeting. Apabila "hidung" makcik dapat membau seperti boss rushing beberapa hari sebelum itu, maknanya hari rush bagi ku jua. Makcik macam yakin sikit, mesti nama Makcik ini "dipetik". Kehkehkeh! Tak tahu lah mengapa.

Adakah aku comel macam baby yang gebu?
Adakah aku kiut seperti bayi di dalam buaian?
Adakah aku kelihatan munggil seperti bayi baru lepas menangis? (Ceh! Munggil? tak boleh blah kau nih)
Adakah aku mempunyai pipi merah bagai Cinderella atau Snow White? (Kau kenal ke Cinderella dengan Snow White itu siapa?)

OK. Merepek tiga empas das memang kegemaran saya. Perbuatan merepek ini boleh dilabelkan sebagai helah untuk mencari idea bercerita. Otak sedang fikir nak cerita apa.

Akhir-akhir ini, semua entry saya "macam tak guna betol la". Tak ada pengetahuan betul untuk dikongsi. Saya bukan tak ingat pesan Rasulullah - sampaikan lah walau sepotong ayat. Tapi saya tak jumpa lagi ayat yang nak dipotongkan. Hishh! Cess!

Stress.

OK, cerita sikit pasal boss. Sebab kan dia busy, mengerjakan kerja yang ber-geogafikan di Oman, maka tak semena-mena dia telah meninggalkan note di meja saya.

OK, tinggal note perkara biasa. Yang tak biasa nama aku sudah ditukar olehnya sendiri.

"Azaira". Yes, nasib baik boss macam sweet juga tukar nama menjadi bunyi begitu. Kalau bunyi lain macam mesti aku cakap "Cess! apa nama nih?".

Mentang-mentang lah saya di "kerah" mengerjakan projek Azaiba, di Oman, nama ku terus bertukar Azaira ya?

OK, bye. Dah godek dah photo jumpa dah nak gebang apa. Tapi yang pasti tiada pengetahuan. Setakat cerita kosong macam jual cerita sahaja. (dah takde kerja ke kau? hahaha..suka hati lah)

Hahahha.

Bye! Jumpa next entry...

NEXTTTTTTTTTT!!!

Wednesday, October 19, 2011

WW: Pap!


Eh?

Dah Rabu kembali? (nada ayat macam "eh..aku muda kembali"..hahaha! Tolong lah). OK, tak faham tak apa.

Yang penting sempat saya sedar yang hari ini hari Rabu. Dan terus menggeledah khazanah photo untuk ditempek.

Nak juga tuh. Gila gian saya mahu menulis banyak-banyak. Tapi saya dalam kesuntukan. Oh...ini kan tanggungjawap saya. Perlulah saya utamakan dan laksanakan. Ye tak?

OK, apa lagi?

PAP! tempek!



* ada hari ada kerepek, ada hari siap lah aku merepek!


Boleh gitu?

Friday, October 14, 2011

Detektif Mengintai Seorang Kakak


Di suatu hari yang indah, tatkala seorang kakak duduk keseorangan merenung lantai dan tingkap akibat tiada teman sepermainan, maka kakak tersebut telah menggagahkan (tanpa membuat muka bengis dan berkeriut) diri menyelongkar almari mencari khazanah-khazanah berupa makanan yang boleh disantap.

Kejadian ini berlaku dipercayai akibat dari sikap malas tuan badan mengeluarkan diri dari pintu rumah itu untuk membeli makanan. (lain lah ada acik ketok pintu macam dekat asrama dan tanya "Adik nak nasi lemak dik? Karipap?". Sure kakak tersebut membeli seumpama memiliki makhluk seramai 5 orang di dalam rumah. T__T

Kasihan.

Walau kelihatan seperti malas mengeluarkan dari pintu rumah, tetapi kelihatan macam sedikit sifat rajin juga di dalam nya kerana kakak tersebut telah terjumpa (hoii! terjumpa apa, kau yang belikan. Kan?) sesuatu...

Ting!!

Cahaya lampu mentol telah muncul di kepala kakak yang blur itu. Dengan tidak semena-mena telah mengimbaskan beliau tentang apa yang dia ingini.

Apakah yang dijumpa kakak tersebut? Apakah yang diidami nya? Mari aku ajak kau menghendap bersama-sama aku. Aku mahu ajak kau jadi detektif. Detektif yang tak stress yang perlu memikirkan sebarang kebarangkalian. Manjadi detektif senang hati sesuka hatimu.

Apa kau merepek?

Jom lah tengok!


Oh...sepeket 250g Macaroni yang dibeli daripada pasaraya hero yang tak sampai RM2.00 (rasanya lah). Tahukah kamu bahawa250g itu adalah banyak juga? kakak tersebut telah membahagikan macaroni itu kepada dua bahagian

1) Kamu rebus macaroni kamu. titik kan beberapa titik minyak. Minyak zaitun sebaiknya. Kalau tak minyak biasa pun tidak mengapa. Jangan minyak tanah atau minyak gamat atau minyank senyonyong atau entah apa-apa sudah la...
2) siap direbus, sila tos kan airnya buk!

Mudah sahaja ini. Untuk bahan ramuan kesedapan jiwa-raga dan perut, ambil apa sahaja di dalam almari atau peti sejuk kamu.

1) Bawang besar dihiris-hiris dan bawang putih diketok-ketok dan dicampak kan ke dalam kuali. hingga naik bau.
2) Masukkan ayam/daging/udang / sotong/ hot dog/cendawan butang/ isi tuna yang telah dipotong-potong dan dicuci.
3) Tuangkan sos tomato, taburkan lada hitam, garam dan gula...
4) Tuangkan air sedikit.
5) Mahu pedas? potong la lada semahu kamu.
6) Masukkan hirisan dadu tomato
7) Akhirnya masuk lah maraconi yang telah ditoskan itu..
8) Masukkan sayur yang dipotong jika kamu mahu.
9) Gaul-gaul, letakkan didalam bekas yang boleh di bakar. Padatkan.

* Boleh juga letak sedikit serbuk kari. Sodap juge! heheheh

OH! Kakak itu rupa-rupanya mahu membuat MACARONI BAKAR...(eh..kamu lupa ya yang kita sedang mengintip kakak tersebut?)

Apa lagi kakak itu mahu buat?

Ini apa? Ini kuah caramel nya. Yang bakal dituang ke dalam adunan macaroni tadi.

Bahan simple:

1) untuk lebih kurang 150g macaroni, tiga biji telur diperlukan serta susu setengah kotak kecil yang 250ml itu.
2) Pakai whisk, godak la telur serta susu itu.


Apa lagi? tuang lah ke atas macaroni yang menunggu..

OOppps! Sorry...kakak itu buat dengan kuantiti telur yang lebih (lebih dari 3 biji u all semua tahu tak?), maka dia "banjir"


Walau kakak tersebut telah gusar akibat kebanjiran, tetapi dia mempunyai hati yang cekal juga. Takut Macaroni mengalami kelembapan. Maka dia potong-potong cheese dan atur. Look yummy pulak! haahaha (harapan semoga macaroni menjadi pizza with crust??)


Sila bakar selama 30jam dengan suhu 190darjah. Jangan lupa cover dengan aluminium foil...
- oh, kasihan kaka, setelah siap tidak seperti yang kakak tersebut imaginasikan...

Maka dia telah tak semena-mena menaggal alumium foil dan membakat lagi...maka hasilnya adalh seperti di atas....OH adik-adik. Jangan takut, dia sedap macam di atas pizza...hahahah

Boleh dimakan dengan sos..
(sebab itu kakak itu pesan kalau nak letak serbuk kari pon OK, sebab the cheese very the cheesy meesy youu!)


Jom lah tengok! Oh...itu rupa-rupanya yang dibuat oleh kakak tersebut di rumah seorang diri ya?

Tapi timbul persoalan di hati saya. Yang lagi separuh macaroni yang direbus di buat apa? Adakah telah dibiarkan semut makan atau kucing makan? Hmmm..

Rupa-rupanya...beliau telah membikin ini...

Baiklah, ini dalam versi yang lain dari di atas yang dibakar. Ini goreng ajo pong sodap eh!
Cara sama sahaja cuma tambah kicap dan sedikit perahan lemon. Pecahkan telur sebiji dan kacau lah. Di akhiri dengan Sayur-sayur letak la apa yang ado - carrot, pak choy...hantam!

Saya mendapati kaedah yang diguna pakai oleh kakak tersebut macam sama dengan proses di atas time buat macaroni bakar. tetapi dengan sikit bahan tambah di dalam bahan menumis menggoreng sebelum meletak macaroni ke dalam nya.


Oh...rupanya ini yang kakak tersebut buat...Membawa makanan tersebut ke kedai untuk menjamu pekerja dan ibu bapa.

Sekian.

* sekarang kakak itu fikir, lain kali nak letak serbuk Maggie + sos tomyam mesti macam sedap juga..kehkehkeh!