Tuesday, May 31, 2011

Akhirnya...Dapat Juga Nak Rasa


Ehem...

Nak merasa apa nih? Merasa nakkahwin lah! Eceh! Tipu!

Merasa mentarang. Pernah banyak kali juga lalu, terutama jalan menuju ke Sabak Bernam sana. Berderet-deret kedai tepi jalan jual Mentarang.

Dalam hati selalu terdetik "apa kemenda nya mentarang nih?"

Teruja betol saya hal makan-makan ni. Patut lah tak sihat. Kolestrol tinggi. Habis semua benda nak telan sepenuh jiwa. Itu lah antara nikmat dunia - Makanan. Bila kita rasa tak nikmat? Bila datangnya kesakitan. Masa itu baru pandai nak menangis memikir nasib.

Eh..tazkirah pulak dalam cerita mentarang nih.

OK, last week Kak Long bawak mama + abah pergi kenduri ke Sabak Bernam. Kawan abah - Pak Ayob. Nasib baik demam abah dah surut sikit. So boleh la bawak berjalan jauh. Kalau tak, tak payah mimpi la.

So bermula lah perjalanan kami dengan menikmati pemandangan macam nak balik kampung konon nya.

Saya ambil jalan Batu arang, tembus Ijok, tembus Sungai Besar, Sekinchan semua lah apa patut. Maka akhirnya sampai lah dalam dekat 2jam perjalanan. Ehem! Lenguh pula saya akhir-akhir ni. Dulu drive lama 8jam pon OK. Agak nya dah tua kot. Uhuk!

OK. Skip terus.

Cerita mentarang.

Mari berkenalan...


Sepinggan Rm 8.


Mentarang bakar...Buat muka jakun snap-snap gambar. Poyo jek!
Acu kamu menghayati rupa dia...
Besar jugak...

Dah beli yang bakar..mak aihh! Masin pulak. Saya fikir ada lah benda mencicah ke apa. Rupanya togel jek.

Sudahnya. apa jadi?

Ha...ini dia...di tukar menjadi masak Tom Yam! Walla..So adalah di rekemen kepada kamu...acu try masak lain-lain. Masah pedas ke...masak lemak cili api ke. Saya syak mesti sedap..hehehe..


Jom zoom apa rupa isi dia,,cer citer..cer citer

OK! Pergi cari sekarang! saya suka..rasa dia sebenarnya cam geng-geng lala siput segala tuh la...

Zasss!

Friday, May 27, 2011

Diam-diam..Dah Lama Kita Bersama Rupanya...



"Sayang, I macam mimpi. Macam tak sangka yang kita da stick together lama macam ini. Macam mimpi U know?"

"Rasa macam baru semalam je kita sama-sama. Tup-tup anak-anak kita dah besar. Dah kerja. Tapi hati I rasa macam mereka seorang budak yang comel yang perlu dilindungi selalu."

"Betul tuh Bang. Kejap saja masa berlalu kan? Harap kita akan bersama dunia akhirat nanti"

Kata Abah kepada Mama. Kata Mama kepada Abah.

OK. Tipu. Saya mana tahu Abah cakap macam mana dekat Mama. Mama cakap apa dekat Abah kan?

Yang pasti, dialog mestilah tak berbunyi macam "I, U, Sayang, Darling-darling, bla..bla..bla..". Ayat style mereka lah - Kecek Qlate. Tapi membawa maksud sebegitu lah. Tak pandai nak cakap hal-hal romantik-romantik ni.

Tentulah saya pasti harapan mereka seperti pasangan-pasangan yang lain juga. Berdoa untuk bersama-sama sehingga hujung nyawa. Malah dipanjangkan terus jodoh ke akhirat. Kalau saya pun, saya mahu macam itu. Kamu? Mahu tak? (Angguk sekarang! cepat!saya suruh!)

OK, tak ada hujung pangkal tiba-tiba buka dialog. Sebenarnya 25/05/2011 hari tuh, merupalan Ulangtahun Perkahwinan Mama dan Abah saya yang ke 29 tahun. Alhamdulillah. Hingga saat ini mereka masih bersama. Mempunyai jodoh yang sama. Semoga kekal begini juga, Ya Allah. Aaamiin.

Seperti biasa lah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami-isteri. Tak gitu? Banyak pancaroba dan cubaan melanda. Alhamdulillah mereka tabah menghadapinya.

Anak-anak pun dah besar panjang lebar segala sudah. Syukur Alhamdulillah.

Memandangkan anak-anak semua jauh-jauh entah ke mana. Eh tak...anak-anak sibuk dengan hal masing-masing (seperti belajar & kerja) maka hari istimewa ini pun mereka sudah tak sedar dah. Jadi! Untuk menggamit memori dan mengingatkan masa-masa mereka bersama, saya sekadar membeli sebiji kek saja.

Uhuk! Memadai lah buat mereka. (Yang aku beli kek buat apa...dah tahu mereka kencing manis! aiseh! Tak apa, buat ubat.)

Time bawa kek Mama blur-blur. Dia duduk tanya kenapa ada kek. dia cakap.

"Hari jadi Kak Long bukan bulan ni. Hari apa nih? "

Saya tanya Abah pulak.

"Abah tak boleh teka ke hari ni hari apa?"

Dua-dua buat muka blur. Saya cakap:
"Hari ni hari Mama & Abah nikah lah. Lupa?"

Mama pun sambut...

"Ha ahhh la Bah. Eh...hari ni baru 24 haribulan lah. "

Tengok Mama saya. Tarikh dia dah back dated dah rupanya. Aiseh.

"Mama, hari ni la 25 haribulan. OK, Selamat Ulangtahun Perkahwinan. Semoga panjang umur, murah rezeki. Jodoh panjang. Sihat-sihat selalu."

May 1982, rasmi sebagai suami-isteri


Ingat nak cium mereka. Tapi apahal pulak aku nak bercium-cium depan customer dekat kedai tuh. Kedai dah la busy. Ini pon celebrate ala koboi jek. Bukak kotak kek, potong-potong, distribute sikit dekat pekerja-pekerja. Siap! Tak ada nak tiup-tiup lilin ke pulut kuning ke kenduri kendara.

Simple. Sahaja.

Harap Mama & Abah happy selalu. Kami cuba menjadi anak-anak yang terbaik buat mereka.

Oh! Adik saya blur dalam FB baca status. Menyampah dia ni tau. Pick-up lambat la tuh! :-P


Boleh blur-blur pulak dia....


Penaja kek...eceh! Sejak bila ada tajaan. cuma nak cakap kek ada Offer 20% diskaun jek..hahah


Kek Sambutan...

Pak Cik Ghani & Mak Cik Nah. Merangkap Mama & Abah kami. Saja-saja menggunakan kata ganti nama sebagai "Ibu Bapa" dalam status FB saya...Yuyu! Tolong jangan blur..okeh..sekeh kang!

Sekelip mata baki yang tinggal...

Assalamualaikum Mama, Abah,

Kak Long dan adik harap kalian suka dengan pemberian tak seberapa ini. Walau ada anak-anak yang jauh nun di sana, tapi ketahuilah dalam hati anak-anak, di dalam minda anak, Mama & abah selalu dalam ingatan.

Terima kasih telah menjaga kami sebaik mungkin. Kerana kalian kami jadi seperti kami yang sekarang.

Anakanda semua cuma mengharap kan yang terbaik buat kalian. anakanda memohon restu dan keredhaan dari kalian sebagai bekalan menyelusuri kehidupan mendatang yang entah apa rupa dan gayanya.

Insya-allah, kami akan jadi anak-anak yang Soleh & Solehah.

Ampun maaf dipinta seandainya selalu membuat kalian terasa hati atau mungkin menitis air mata. Di hati kami tidak terdetik pun untuk menyakiti hati kalian. Dan terima kasih kerana memahami dunia remaja anak-anak mu juga.

Sepatutnya kalian tidak perlu lagi untuk bekerja berhempas pulas. Tetapi apa daya kami. Doa kan lah kami jadi KAYA-RAYA tiba-tiba supaya kalian boleh berehat dan bersenang-senang sahaja. Hahahahah! (boleh mintak doa nak kaya menang RM1 juta ke?)

OK, sebelum warkah ini kelihatan ayat mengarut, Kak Long wakil adik-adik memohon sejuta kemaafan sekali lagi.

Tiada kata dapat diluahkan untuk mengungkap betapa kalian istimewa buat diri kami. Kalau mahu digambar tentang perasaan ini, tak ada satu pun boleh menyamai perasaan kami terhadap kalian.

We Love You

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke - 29 tahun..."


Mama + Abah

Noktah...

* patut nak tempek gambar Mama & abah Kahwin, Tapi gambar dekat rumah satu lagi. Nanti Insya-allah akan lekat sekeping untuk nostalgia...

Thursday, May 26, 2011

Haaa...Cikgu Senaman dah Mai dahhhh..


Ehem...

Semakin ramai nampak nya yang aware tentang penjagaan kesihatan. Menjaga kesihatan maknanya menjaga badan. Menjaga badan tidak bermakna menjaga perangai atau tatasusila. Tetapi menjaga badan memerlukan pengawalan sesuatu tingkahlaku dalam memaksimum kan kadar kejayaan yang mahu dicapai.


Ceh! Burok ayat atas tuh. Blah weh! Skill karangan dari dulu sampai sekarang tak pernah nya nak bagus. Tolong la improve sikit. Tolong lah.

OK, Maaf lagi...adakah di atas ini sesi ceramah atau bebelan? Just ignore.

Ehem...

Sudah ada rakan yang menyahut cabaran saya dalam entry yang itu. Wah...saya sangat support demi kebaikan bersama. Anda bila lagi? Eceh! (padahal aku buat ke? :P)



Sebok sana sini duduk cerita nak kurus, nak kurus, nak kurus (aku lah tuh!). Sudahnya tak kurus-kurus jugak! Apo kono kau?

Tak payah cerita banyak. Kita pergi kepada masalah utama selalu orang complain.

"Weh...perot aku ni buncet la..boroi la...awal tahun depan aku nak kawen...tesembol la perot aku nih"

"Erm, sejak aku kerja duduk tak bangun-bangun nih, aku rasa cam bumper aku besar lah. Itu lah, kerja banyak sangat!"

---> eh kau...salah kan kerja pulak..padahal dia yang mengunyah 36jam dia tak perasan. :-P.

"Aku rasa paha aku ni kalah drumstick ayam belanda. Camana nak kecik kan eh?"

Haaa..macam-macam lah komplen keluar. Kawan yang mendengar dah rasa macam kerja dekat kaunter "aduan pelanggan" jek!

So tak payah la susah-susah..sekarang Cikgu Pendidikan Jasmani dah datang ni. Moh le kita angkat punggung goyang kaki goyang badan. Semua aku tempek muka Cikgu Kacak-kacak jek.

1) 8minutes Abs. Ok..Abs tuh bukan absorber kereta kau eh. Tapi Abdomens kau. So sesiapa yang mengidam nak perot gila cantik pakai apa tak tersembul, sila rajin ikot senaman cikgu ini. Untuk kasi kau lebih semangat, kau paksa la suami kau ke...isteri kau ke..kawan kau kat sebelah ikot kau! Kalau tak putus kawan! (Ewwahh! tak payah la sampai putus-putus...tak baik tau!)




2) Ha...akak-akak yang paha nampak lebih gebu bila pakai skirt nampak lain. Bila pakai seluar jeans pinggang muat, paha fit..moh la kita...(isk..apa pasal gebu paha nih...)...ini idak la kau baju size "S" tapi seluar saiz "L". Kelihatan tekstur badan tidak seimbang gitu, kan?




3) Punggung...Kalau dah seksi tak payah la tunjuk orang tuh...kang ada langgar tiang..hahaha. So nak kasi cun sikit, follow patung ni buat apa. Malas aku nak tampal visual pakai orang betol...






Dah...nak senaman lain..gi Google...Zass!

Selamat maju jaya... :-)

Wednesday, May 25, 2011

Alahai Datuk ku...



Assalamualaikum semua. Sihat? Semoga kalian semua dikurniakan kecantikan rohani dan jasmani. InsyaAllah. Cantik dalam cantik luar...(eh? apa macam lirik lagu Senyum jek?)

OK, terus ke tajuk utama. Tak payah nak iklan-iklan.


Kalau antara kamu pernah baca tentang ITU dan INI, tentu tahu cerita. Tup-tup sepupu bertuah buat wall post dekat FB saya.

Klik untuk tumbesaran imej..TQ

Hehehehe. Comel Ayoh saya nih. Dah tahu dah dia. Bukan boleh duduk diam dekat rumah. Mesti nak beraktiviti juga. Kasihan juga dekat dia bila bosan, tapi itu lah....

Atok saya sudah 70++ atau mungkin sudah 80? Entah...


* Semoga Ayoh happy dengan apa dia buat. Dikelilingi isteri, anak, cucu dan cicit (?) yang sentiasa menamani dia. Semoga kesihatan dia semakin baik. :-). Aaamin...

* Balik nanti mesti kena cerita dekat Mama...

Pergi Sekolah Macam Mana?



Hari itu. OK. Bukan hari yang hari tuh yang baru. Tapi hari yang dah berapa minggu berlalu. Kan ada satu ketika everyday hujan lebat jek kan time balik. Then on the way nak balik rumah, time lalu jalan yang under construction tak sudah-sudah tuh...

Saya nampak ini...



Hmmm...kamu boleh nampak apa yang saya nampak? Oh! Bukan bontot Myvi putih depan saya tuh. Itu saya kisah apa. Hahahaha

Ada Pakcik melintas jalan naik basikal sambil bawa anak dia dekat tempat duduk belakang. Baru balik dari sekolah. Meredah hujan yang bukan nya renyai. Lebat! Tengok betul-betul...


Demi kewajipan, meredah hujan pun tidak mengapa..

Teringat dulu-dulu time saya kecil-kecil. Saya bukan lah dalam kalangan keluarga yang susah sangat pun sebenarnya. Makan pakai semua cukup. Cuma kenderaan yang selesa tiada. Sebab keluarga tak berkereta. Ibu bapa tidak pandai memandu. Cuma ada motor. Tapi itu cerita dulu lah. Sekarang saya yang jadi driver...hehehe

Kecik-kecik dulu, time sekolah dekat Kluang dari darjah 1-3, saya pergi sekolah Abah hantar. Tak pun ayah kepada kawan saya, Marina merangkap jiran saya ambik dan hantar kami pergi sekolah. Kalau hujan, pakai baju hujan. Entah berapa banyak baju hujan saya ada entah Mama belikan. Kadang-kadang kasut tanggal simpan dalam plastik sumbat dalam beg. Bila sampai sekolah baru pakai kasut dan stokin. Kadang-kadang hujan stok heavy gila, pakai baju senaman pergi sekolah. Bila sampai sekolah baru tukar baju. Mana ada aku kisah. Janji seronok pergi sekolah. Tapi kadang-kadang time kecik-kecik dengar kawan-kawan cerita pergi cuti sana sini naik kereta aku jeles dalam hati. (Sebab destinasi yang mereka jejak hampir semua aku tak pernah jejak. Kasihan kadang-kadang). Sebab mereka ada kereta dan boleh move sana sini dengan mudah. Tapi time tuh otak aku tak cerdik lagi. Apa-apa hal pun aku tak kisah sangat lah, janji aku boleh main-main dah best dah.

Bila aku darjah 4-6, aku pindah sekolah dekat Selangor. Sek Keb Subang. (Okay...siapa sekolah sama aku? jom sep tangan). Pap!

Time ni kami dah pindah TUDM Subang. So aku pergi balik sekolah Kebangsaan dan agama naik van. Bayar RM25 ke RM30 sebulan. Lupa dah.

Time sekolah menengah, time awal-awal form 1, aku still duduk TUDM. So naiklah bus TUDM pergi SMK SS17, Subang Jaya.

Then abah bersara awal, so kami pindah duduk tempat sekarang ni. Dari lepeas pindah till form 3, aku naik bus sekolah jugak. Bus Ah Chai kami panggil. Awal gila bus ni sebab dia buat banyak trip ke sekolah lain juga. 5.30pagi aku mesti terpacak tunggu bus. Lambat tinggal! Kalau dah tertinggal alamat kena naik bust Intrakota (time tuh) lompat-lompat lepas tuh tukar naik Metrobus turun depan Subang Parade. Fuhh!

Naik form 4 till form 5 aku duduk asrama. SMT Klang. So time minggu balik kampung biasa memang naik bus je la dari Hentian Bus Klang sampai umah ku.Tak pun naik komuter. Setel! Dulu bus pergi mana aku hafal lah. Harga tiket pun tahu.

Even bila aku sambung belajr di Shah Alam, aku still pakai pengangkutan awam mengangkut segala aku nak angkat. Cuma kadang-kadang Abah ambil juga aku. Heheehe

Errr...nampak macam entry ni macam entry mengimbau kenangan. Ya Allah, serius saya perasan diri saya sangat suka mengingati kenangan. Diri saya sekarang terbentuk dari hasil-hasil yang saya lalui dalam kehidupan. Tersenyum sendiri kadang-kadang.

Bye.


Tuesday, May 24, 2011

Kereta Jaga Elok-elok ye...


Kita cuci mata dulu. Tengok gambar baik punya. Terbaik dari ladang. Ecececece! Nanti cerita belakang:-

Sempena perkhidmatan yang saya cerita hari tuh. tup-tup petang itu dia meragam. Wah! Apakah! Baru cakap-cakap, puji-puji dia nak buat perangai kah?

Hahahaha...tidak sebenarnya. Memang bateri dah patut ditukar. Nasib baik sebelah office memang workshop. So mahu ke tak..nak ke tak...angguk sajalah tukar bateri. Maintenance free. Pap!

Bateri Century Free Maintenance Battery. Tak tahu lah murah ke mahal kan. Lepas Nego dia bagi saya RM170 jek...zass jek la..kang tak berjalan hijau saya kang..

TIPS:

Ewwahh..poyo bagi tips. Macam profesenel mekenik jek. Kau ingat kau ni Mechanic terpilih dalam siri Pimp My Ride? Ahhhhh..peduli! Tips dia kalau kamu start kereta rasa macam batuk-batuk tak lepas tuh...tak berapa "nak tangkap" bila pulas kunci tuh...maka signal bateri suruh kamu get ready duit lah tuh. Itu jek! Hahahah


Then...last-last week pergi servis dia pula. Demi memikirkan masa depan yang cemerlang gemilang terbilang, maka saya pun telah mempersetujui untuk menukar "absorber mounting".Wahh! Mounting saja OK. Kalau absorber nya...memang makan Maggie untuk ke akhir bulan pun macam tak mampu. Patut kena tukar dalam awal tahun hari tuh lagi. Tapi time tuh "still OK". Lagipun kewangan perlu diagih dengan comel dan saksama, jadi kondisi "HIJAU" ku diketepikan sedikit.

So akhirnya this month dapat lah menukarnya walau pun macam "gulp!gulp!" sikit. Tak lama lagi kan nak raya? Takkan nak tunggu raya baru tukar semua kan? Kang tak beraya aku! Haih!

So, mari kita berkenalan apakah dia "Absorber Mounting". Sila berkenalan secara sendiri dengan menatap photo indah hasil snap-an HP yang cantik ini. Kekekeke...


Hai..sayalah absorber mounting tuh...Harga tertera harga sebelum diskaun.


OK, macam blur-blur eh celah mana nak memasang bendalah ni? Dia duduk di depan nun. Dekat sini. atas tayar tuh..dekat kepala spring tuh....


Boleh imagine?


TIPS:

Ewwahh! Nak jugak kasi tips seposen dua. Macam mana nak tahu kena tukar? Bila rasa tak sedap. Dia macam lari-lari macam alignment jek. Tapi sebenarnya perkara ini kamu boleh elak. Cara? Bawalah cermat dan comel dan elak lah segala lubang-lubang. Hahahah! So...pihak berwajib yang tak sudah-sudah repair jalan tapi tak siap-siap, haraplah bertindak. Habis kereta I tauuu... (eh...salahkan orang lain ke? Bukan kamu kadang-kadang lobang pun hentam ke? Oooppsss!)

Almaklumlah....kereta saya kan pernah dipanjat RXZ..huhuu..sedih ah! Maka tayar sebelah kiri saya selalu "lari" sikit. Jadi Balancing & Alignment adalah wajibul ghunnah!

Setel! Sebelum servis hari sebelumnya duduk sibuk hantar "mandikan" Hijau tuh.


Berkilat dash-board aku...eceh! Kene wax lah katakan...kekeke...tapi sekarang? Macam lori kau!


OK. Habis cerita. Boleh balik sekarang!

OK...belom lagi. Saya selaku duta tayar...ingin meninggalkan satu video buat kamu. Lain kali kalau pasang tayar, tayar baru kena pasang belakang.

Tak faham? OK...tengok sini lah...