Friday, April 29, 2011

Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Vanekem, Tocei....



Atau apa-apa sahaja dalam apa bahasa dan isyarat yang membawa maksud yang sama.

Perkataan mudah, pengertian besar. Mungkin senang diucap, dilafaz. Tapi ikhlas ke tidak? Kamu sahaja tahu.. :-)

Semudah ucapan tak semudah ikhlas nya. Ada juga yang berat mulut nak ucap macam ucapan "Sorry, Maaf". Tapi apa ertinya? Mungkin kita perlu belajar untuk menurun ego untuk belajar menyebutnya dengan sepenuh hati. :-)

Ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang "memberi". Kamu sebagai "penerima" perlu ucapkan bila menerima sesuatu. Dengan senyum pasti lebih manis. Dengan kucupan untuk yang tersayang pasti lebih bererti (mungkin).

Menerima dengan ucapan "Terima kasih" untuk sesuatu yang baik, bagus mungkin lebih mudah berbanding mengucapkan "Terima kasih" untuk perkara yang kita tidak suka, tidak gemari. Tapi apa salahnya cuba belajar? :-)


- Terima kasih Mama, etc
- Terima kasih Cikgu
- Terima kasih Tuan/ Puan/ Encik, etc
- Terima kasih semua
- Terima kasih sayang
- Terima kasih boss
- Thank you team!
- etc...

Walau ucapan begini sebenarnya mungkin tidak cukup untuk menzahirkan perasaan kita betapa menghargai, tapi tak apa.

errrr...gua sebenarnya nak cakap Selamat Hari Buruh to all jek.. :-)..hahhahahah!

Thank you untuk semua yang berkhidmat di dalam apa-apa sektor, dalam apa-apa jawatan tak kire di mana anda berada...you're ROCK! (eh?)



* Dan boleh buat ucapan untuk Mama saya sempena hari Ibu yang jatuh 8th May ni. Anyway, tak kira hari apa pun kena say Thank you juga..

* Terima kasih Ya Allah atas semua nikmat dan ujian mu...Jadikan aku makhluk Mu yang tabah dan tidak lupa menghamba diri pada Mu..


Tempek sikit gambar ... ehemm!


Ini masa zaman tok kadok gila..Boss (Teh KP) belanja kami..
(erm...tahun...2008 mungkin?)



Butter/ Mentega, Kluang Rail Coffee & 'Oink! Oink!" (Khinzirun)


Salam...


Oh! Makcik-makcik yang suka buat kek kuih muih segala jangan melompat dulu. Maklom ler..mentega/butter kan kira bahan penting dalam membuat adunan tuh. Memang sedap lah pendek kata. (sedapnya kek-kek, kek lapis sarawak semua...isk..teringen).

Nak share supaya hati-hati dengan bahan-bahan yang dibeli tuh.

Mentega brand "Golden Churn Creamery Butter" di sahkan ada mengandungi DNA Babi. Untuk lanjutan sila rujuk memo rasmi di bawah ye...

Memonya...

Produknya...

Antara lain nak share...Kluang Rail Coffee pula...sila baca lah ye...pengunjung boleh la cari tempat alternatif lain selepas ini sementara mereka dapat sijil pengiktirafan "HALAL"...

Cer bace..cer bace...Sila klik untuk penambahbesaran...


image di google dan jumpe di situu...

Sesiapa pernah pergi atau selalu pergi, sila cari port lain la ye.. :-)


Share-share la ye...

Chow Chin Choww!

Tutorial 3 : Plot/Print --- PLOT




Salam anak-anak murid. So sorry, Teacher mood tak sihat. Dia takde mood nak ajar kamu secara menulis. Maaf. Bukan marah kamu, tapi mudah nk ajar secara cakap terus. Tapi tak apa.

Sekarang Teacher nak ajar tentang mem-plot/ mem-print file autocad kamu. Mungkin ada antara kamu-kamu yang bekerja dalam bidang yang memerlukan anda merujuk sesuatu lukisan untuk menjalankan kerja peringkat lain.

Ada kalangan kamu yang kerapkali menerima email dari client dalam bentuk autocad tapi ada masalah lain timbul.

Sama ada:

1) saiz lukisan yang anda terima tidak menepati kehendak saiz yang anda mahu cetak. Contoh anda terima lukisan yang bersaiz A1, tapi anda mahu print in A3 dengan menepati ciri skala.

2) Anda menerima lukisan yang "togel" tanpa frame, jadi kamu pon terpaksa la nak kena buat frame semata-mata nak print drawing.

3) Letak lah apa-apa sebab yang kau hadapi time nak print..heheheh


Sini, aku nak ajar langkah-langkah how to plot your drawing

1) not to scale
2) in scale

OK..beres! Kejap saya nak capture screen jap..boleh pergi buat teh 'O' ke ape dulu. Kalau nak makan Maggi pon OK! :-)

Command yang di guna untuk memprint ialah:

PLOT > Enter

Mula-mula jom berkenalan dengan papersize lah:


Perlu tau size besar ke kecil..kecil ke besar...OK? :-)


Perlu diketahui, kamu boleh mencetak (print) drawing kamu melalui:

i) Model
ii) Layout

OK, kamu nampak yang bulatan sebelah bucu kiri tuh?
Satu tab untuk "model" yang tab seterusnya ialah layout yang boleh di rename (alah..macam file excel tuh)
(* klik image untuk pembesaran)


Bergantung pada keadaan drawing kamu tuh lah...


Tutorial ini, saya cuba seberapa daya upaya meningkatkan ke bahasa yang paling mudah. supaya kamu faham. Saya taknak kamu berkerut-kerut muka. Cepat tua tentu lah tidak comel lagi cun serta hensem bergaya Boomm! (harap maklum, bahasa saya mungkin terbelit-belit, maafkan saya dulu siap-siap...hahaha)

KATAKAN DRAWING KAMU BESERTA TITLE BLOCK BERADA DI "MODEL"

Ke pelajaran pertama: Anda mahu print sesuatu tanpa menitikberatkan hal-hal skala (scale). Kire scale tak ada kepentingan dalam kerja kamu. Skala diabaikan.


Mula-mula, mestilah kamu lihat skala yang telah di stated pada drawing...

Lepas itu kamu pun fikir nak plot. Nak yang ber scale ke tak?
OK, kalau tak scale, kamu tengok image atas ni untuk pengambaran (?) lebih berkesan.
Tick jek terus "fit to paper "

Lepas kamu pilih "Window", kamu perlu menandakan window kamu...


Cara tanda window, klik pepenjuru kertas kamu tuh...


Klik satu lagi penjuru...

Preview lah dulu...

Apa lagi? Klik Kanan dan pilih plot...keluarlah drawing kamu tuh


Ke pelajaran kedua: Skala itu penting. Makna kata lain, kamu nak buat kerja memerlukan skala yang tepat untuk meng-estimate sesuatu

Masih method yang sama semuanya, kecuali kamu kena tukarkan Skala nya dan UNtick "fit to paper".
Contoh: Macam atas ni saya tukar jadi 50 sebab? dalam drawing (rujuk image ke 2 di atas) dia stated begitu.. :-)

* sila alert: macam kes atas ni, dia kata size untuk A3 punya scale kan? tapi konon-konon kamu nak dia dalam size A1, maka kamu kene kurangkan Skala kamu kepada separuh dari asal. Contoh, dekat atas ni 1:50 untuk A3, jadi kalau kamu nak A1, kamu buat 1:25 lah. Begitulah sebaliknya kalau besar nak ke kecik punya kertas.

Faham kah? Fuhhh..harap kamu faham. Besar tugas Cikgu ni.
(TQ cikgu)

OK...lain kaedah...

KATAKAN DRAWING KAMU BESERTA TITLE BLOCK BERADA DI "LAYOUT"

Ke pelajaran pertama: Anda mahu print sesuatu tanpa menitikberatkan hal-hal skala (scale). Kire scale tak ada kepentingan dalam kerja kamu. Skala diabaikan.


- Gunakan kaedah awal sampai habis yang sama di atas juga, saya attached balik image ye...bezanya cuma title block di "layout"



Kaedah masih sama ye anak-anak...


Ke pelajaran kedua: Skala itu penting. Makna kata lain, kamu nak buat kerja memerlukan skala yang tepat untuk meng-estimate sesuatu

Semua kaedah adalah masih sama, CUMA!


Beza di kotak yang berwarna magenta sahaja.

Jika drawing anda memang sudah pada size yang kamu idam, maka jadikan dia 1:1 (atau type je la...

Contoh situasi:

Kamu nak A1 size ke A3 (besar ke kecil) maka skala anda bukan lagi 1:1 tapi 1:2

Kaedah masih sama ye anak-anak...dari preview, klik kanan dan plot SAMA saja...

- HABIS -

OK, Makcik (laa...makcik ke yang mengajar ni, ingat siapa tadi) nak minum air. Haus rasa menaip. Hahahaha


TIPs:

Jika kamu menggunakan printer yang sama saja untuk kerja ploting seterusnya, memadai lah kamu buat cam nih jek...so semua setting remain the same. Kalau lain..kamu kena la set select balik...ok?

Cer try....cer tryyy


Thanks. Harap dapat bantu. Mungkin berbelit-belit..tapi saya sangat terima kasih jika sudi memahami. Jangan malu-malu tanya.

Salam Jumaat untuk semua..

Thursday, April 28, 2011

Kelalaian Mungkin Bawa Bencana?



Hi there rakan-rakan dan taulan sekelian..

Nak ingatkan U all luar sana dan juga saya. Ehem. Jangan sesekali biarkan diri anda diselubungi misteri. Eh? Bukan. Di selubungi masalah berganda yang boleh mempengaruhi hidup atau mati (eh?). Ya..mungkin...mungkin...

Kan kita di alaf serba nak hujung jari segala nih, nak ingat kan la kamu-kamu yang aktif log in your personal email, JANGAN sesekali lupa nak log-out email JANGAN! Even kamu punye perut macam sakit gila nak tercirit sampai tak tertahan rasa pergi toilet, sila jangan lupa OFF. Bahaya.

Apatah lagi jika kamu log-in di office yang mempunyai sistem network. Bila kamu siap-siap kemas beg, mekap-mekap sembur minyak wangi semua. Tiba-tiba suami call "Yang abang dah sampai...cepat...kalau lambat,,,Abang tinggal" sekalipun, jangan la tiba-tiba terus OFF PC dengan gopoh gapah terus pangkah semua tak sign-out. Jangan lupa sebelum shut-down, kamu off segala mak nenek yang kamu log-in kan.

Sebab?

Nescaya kelalaian anda menyebabkan anda ditimpa bencana. Tak mungkin patah balik...jadi kena nyanyi lagu Zamani Slam "Tak mungkin berpaling lagi". Siapa tahu? Sedapkan?

Eh...tersasar. Sorry.

Ketidakberjayaan anda meng-log-keluar menyebabkan mungkin personal anda digodam dan dicabuli sewenang-wenang nya.

Mana tau ada perisik negara lain nak ambil kesempatan dekat negara kita, lepas itu kita "bukak pintu". Fuh! Macam pucuk dicita ulam mendatang. Dia cucuk jek.

Selamba dondang guna email kau orang sebagai address yang konon nya "customer service" tak pasal-pasal. Kan teraniaya tuh?

So sila hati-hati..


Contoh email dicabuli (klik image untuk penambesaran nyata berbeza)


So sila hati-hati...


p/s:

Tiba-tiba ada makhluk perdajal hantar email dekat makwe kau "OK, kita clash"..lepas tuh attach gambar dia dengan minah cun...amacam? menangis tak?huhu (contoh jekk)..jangan marahhh..hehehhe


Daaaaaaaaaa....

Wednesday, April 27, 2011

Stok Gila Bayang! Atau Apakah?


Salam..

hai semua. apa khabar hari ni? Semoga hari kamu sentiasa berwarna ceria hendaknya. Doa banyak-banyak. Amacam? Macam motivator tak gua?

"Hampehhhh".... OK, FINE! takpe...aku pon tauuu..hahahhaa

Ada seorang kawan. Berkongsi cerita. Mungkin cara melepaskan sedikit tekanan. Saya macam biasa - memang hulur telinga mendengar. Eh? Kamu ni...asal hulur telinga kata mengumpat ye?

Mana ada, saya rasa saya perlu menjadi pendengar setia. Insya-Allah. Boleh la juga kan tolong orang-orang dalam kesusahan. Ye lah...kalau nak tolong harta-benda wang ringgit, apa mampunya sangat seorang saya ini.

OK..skip...intro macam apa jek (macam selalu lah).

Normally, apabila seseorang mencari pendengar setia, maknanya dia dalam kesedihan atau sekadar meluah rasa tanpa ada niat lain. Release tension nama dia. Terapi untuk keluar dari kegelisahan (mungkin).

Rakan saya berkonflik dengan seseorang yang istimewa di hatinya. Boleh di kelaskan sebagai kekasih hati. (Ye lah kan...takkan kalau bukan kekasih kau sibuk nak susah hati bagai kan? Dengan ibu-bapa pun kau takkan sesusah hati macam tuh aku rasa - melainkan kau sedar kau macam anak derhaka)..

"Aku kan...sejak dia macam senyap tanpa berita...aku rasa rindu btol"..

(hati aku: Eh..mesti lah rindu...kalau aku..aku pun sama)

"Kau bayang..sampai sana sini aku pergi, aku sibuk mana, aku teringat dia. Bangun-bangun tidur terus teringat, terus mesej dia. Terkinja-kinja rasa hati tunggu dia reply. Aku kadang-kadang confused. Ada tak dia rasa sama macam aku rasa? Ke aku jek terhegeh-hegeh?"

(hati aku: Entah...tak tahu..)

"Aku dah gila bayang ke? Sampaikan aku balik malam tuh, aku macam rasa motor yang melintasi aku tuh adalah dia. Asal warna motor sama macam dia...mesti hati aku berdetak cakap 'dia ke tuh'? Sampai hari tuh aku speed laju kereta kejar motor tuh nak tengok betol ke tak. Tapi tak sempat juge.."

(aku: angkat bahu tanda tak tahu, tapi aku senyum. Eh kau faham ke maksud senyum tuh? maksudnya "Mungkin")

"aku rasa aku terlalu risau apa-apa jadi dengan dia. Sebab dia diam. Dia akan diam bila dia marah. Tapi yang buat aku lagi terseksa bila marah dia akan dia m saja untuk waktu yang panjang. Tak main 2-3 jam ni. Berhari-hari. Malah berminggu-minggu kadang-kadang. Ada sekali paling lama aku ingat 2 bulan lebih! Aku sendiri tak percaya aku boleh buat macam ni."

(aku: Bulat mata angkat kening...tak sangka ada orang macam ni. Aku rasa macam orang tu lupa perasaan orang lain dan lupa apa itu "Maaf"- memaafi sesama manusia.)

"Even aku dah mintak maaf banyak kali. Hantar mesej hari-hari. Call confirm dia takkan angkat. Tapi aku tak marah dia, walau kadang aku rasa sepatutnye ke aku dilayan macam nih? Apa besar sangat ke salah aku sampai diam tanda marah tanda hukuman?"

(aku: geleng-geleng...dalam hati kata "Wah, setia nya ke kau...patut laki tuh untung dapat kau, tapi sayang...laki tuh lupa apa itu "menghargai")

Lepas tuh aku tanye:

"Habis macam mana kau orang jumpa balik? Kata ada sekali tuh 2 bulan lebih dia diam?"

Dia jawap:

"Every week, asal cuti saja, aku mesti pergi tunggu dalam kereta dekat rumah dia. Pagi-pagi aku bangun takut aku miss dia takde dekat rumah. Kadang-kadang aku siap bawa makanan. Pujuk dia. Mesej dia. Tapi dia sure diam. Aku tahu dah. Tapi aku tak kisah. Aku tak marah dia. Aku tunggu dalam kereta. Imagine lah. Biasa engine hidup lah, pasang aircond dengar lagu, baca suratkhabar ke buku ke... Sometimes aku menangis sorang-sorang mengenang kenapa nasib aku macam tuh. Erm.. Kadang kalau minyak dah low, aku off la...berpanas aku dalam kereta. Atau bukak pintu bagi angin masuk. Bodoh betul aku rasa boleh buat sampai macam ni. Tak tahu aku boleh buat macam nih.Cuma aku fikir "Insya-Allah, kalau aku sabar, Allah tolong aku". Kalau hubungan macam ini pun aku tak boleh sabar, apatah lagi kahwin, hidup sama-sama, mesti banyak lagi dugaan, kan? Aku sayang dia..."

Diammm....

" And lastly, Alhamdulillah...berkat sabar aku, one day, lepas tunggu lebih kurang 4 jam dalam kereta, dia datang. Serius aku gembira walau muka aku tak tau nak react macam mana. Padahal dalam hati aku melonjak gembira. Rasa macam nak pelok cium jek dia...tapi mana boleh...gila kau! Cakap 'thank you' dalam hati. Cakap 'Alhamdulillah' dalam hati"

(aku: buat reaksi terkejut...Wah...sabarnya...hmmm...kalau aku?)

Aku tanya

" Kau buat sampai macam tu sekali kenapa eh? Even he treat u bad, u still?? I can't get it. Mungkin kalau aku...aku rasa aku fed-up dah. Dah blah tinggal jek. Buat apa nak bodoh-bodoh susah diri sebab orang yang tak hargai kau?"

Dia diam. Lama. Dia geleng-geleng kepala.

"Susah aku nak cakap sebenarnya. Aku pun tak percaya. Dulu aku tengok orang yang berkasih-kasih bagai sampai sanggup buat tindakan yang rasa macam otak letak dekat lutut..aku selalu cop orang tuh "Bodoh! Bongok!" sebab buat macam tuh. Time tu aku fikir, kalau aku jadi diorang, jumpa orang yang tak hargai aku, aku fikir senang jek...aku tinggal kan aje. Peduli apa aku. Aku fikir cari orang lain lagi bagus. Yang boleh hargai kita seadanya kita. Sebab aku rasa, kalau bagi can mesti dia naik lemak atau nanti dia ambil kesempatan atas kelemahan aku."

(Diam)

"Tapi..once aku betul-betul ada dalam situasi yang aku pernah kutuk dalam hati, aku baru faham. Once aku sayang, aku sayang. Sebab tuh la aku baru faham kenapa banyak orang yang kategori otak cerdik pun boleh jadi bodoh dengan tiba-tiba, umpama mcm otak tak function. Now aku tau dah. Aku sendiri rasa diri aku dalam geng 'orang bodoh'. Mungkin kau akan cakap aku buat-buat tak nampak. Buat-buat tak sedar akan hakikat. The truth is----> macam ada 'something' yang kau tak boleh lupa orang kau sayang."

Aku mencelah terus nak potong,

"OK, ape kau tak fikir ke..dia diam lama-lama maksudnya dia taknak kau? Kau patut move on?"

Dia jawap

"No. Aku tak fikir dia nak aku buat macam tuh. Aku kenal dia. Aku prefer kalau betul lah dia rasa dia taknak atau berniat hidup dengan aku, dia cakap dengan aku. Bukan action saja. Action tanpa kata-kata membuatkan orang berfikir bukan-bukan. Itu lah jadi dekat aku. Aku akan fikir bukan-bukan tentang diri aku. Kekurangan aku. Tapi bila dia dah OK, aku sedar aku dah tersilap fikir. Dia diam bila marah. Dia tak kata apa-apa sebab akan keruhkan keadaan. Dia perlu masa untuk cool balik. Dan aku tahu, dia berusaha untuk tak buat macam tuh. Tapi aku suka terbuat dia marah. My bad kan?"

Aku cantas:

"Kau je yang bad? How about him? Very nice to you ke?"

Macam aku agak, dia back-up punya

"We both mmg ada buruk baiknya. Aku harap kami dapat terima diri masing-masing seadanya. Dapat bantu antara satu sama lain. Aku tak tau nak cakap apa. Aku cuma nak dia bahagia. Aku nak dia sedar yang dia bukan kesorangan dengan masalah dia. Sebolehnya aku nak selalu ada untuk dia. Aku tak kisah. Aku cuma harap appreciation dari dia. Aku tak minta wang ringgit dia. NO. Aku tak faham lelaki ni kadang-kadang. Weird. He nice to me. Tapi bila aku terbuat something dia tak suka, dia akan marah. Dan dah macam kegemaran aku --- > buat perkara dia tak suka. I'm bad"

(aku diam)...then cakap

"OK, aku faham tu. Tapi, tak rasa ke, kalau betul lah dia sayang kau...apa benda kau buat pun even bad pun dia sepatutnya terima seadanya. Malah kalau dia tak suka, pada aku, dia perlu cakap dengan kau elok-elok, bukan marah kau sebab dia sayang kau. Lain lah kau buat terrible thing yang langsung dia tak boleh terima. Aku faham lah kenapa he get mad."

(Dia diam)

"Aku cuma doa aku tak pernah jemu untuk ini. Aku sedia ambil risiko. Aku harap aku kuat. Sekarang pun macam-macam hal aku tengok orang ber kapel. Aku tak faham sebenarnya. Macam kau cakap kau nak suruh aku move tinggalkan dia ke? Kau tahu, banyak-banyak lelaki yang aku jumpa, aku rasa dia terbaik untuk aku. Memang aku ada jumpa lagi baik, but i think i'm not deserved for that. Sebab tak ada feel in between pun. Tapi dengan dia, aku rasa lain. Kau tak akan faham sekarang Nozie. Dan aku harap kau tak akan jadi macam aku. Cuma aku nak pesan, bila kau jumpa dengan somebody yang kau rasa dia soulmate kau, kau kena ready terima dirinya yang disebalik dirinya yang kau tak pernah tahu. If kau rasa boleh tolong, kau tolong lah slow-slow. Sebab pendapat peribadi aku...kita tak akan jumpa pasangan yang sempurna selagi kita sendiri tak terima dia seadanya. Dan kau takkan bahagia selagi kau tak cuba untuk berubah ke arah baik."


(Aku? kelu..)

"Kalau kau cakap aku deserved a better man, mana lelaki itu? Adakah lelaki tu dapat terima aku? Aku dapat ke terima dia kalau hati aku masih melekat dengan kekasih aku? Kalau aku tinggal BF aku...macam mana life dia? Macam mana dengan life aku? Otak aku tak pernah stop fikir pasal dia. Sehari pun aku tak pernah miss. Walau kadang aku leka, aku lalai..tapi aku cepat-cepat ingat dia. Aku tahu dia sayang aku tapi dia masih belajar untuk kawal bad habit dia..."





OK. Stop sampai sini...aku nak share. Lain aku simpan dulu ah...sebab perselisihan pendapat tapi takkan gadoh punyerrrr..hahahah

Cerita dah habis...so pergi la buat hal kau orang...

Aku cuma nak tanya:

1- betul ke cinta perlu pengorbanan?
2- cinta perlu berubah?
3- semakin lama kau dengan seseorang, kau akan bosan dan tak rasa istimewa ke?
4- atau sebenarnya bosan tuh tak wujud, tapi tanggungjawap membuat kan kau stress dan pasangan salah erti sebagai "bosan"?
5- adakah apabila kita berkomitmen dengan seseorang, kau rasa terbeban?
6- siapa sebenarnya yang salah?
7- memang setiap pasangan Allah jadikan begini ke?
8- kenapa banyak pasangan tak appreciate dengan kebaikan pasangan dia sampaikan perkara kecil boleh dibesarkan? apa motif membesarkan perkara kecil?
9- adakah disebab kan oleh trauma kisah lalu?
10- atauuu...mungkin kah seseorang itu rasa dirinya terlalu bagus sampai rasa dirinya layak untuk menghukum seseorang ke atas sesuatu tindakan. Konon sebagai "mengajar?"

Fuhhhh..banyak soalan aku. And nampaknya aku admit YANG CINTA MEMANG BUTA DAN MAMPU BUAT ORANG CERDIK JADI DUNGU

No wonder lah banyak perempuan yang berduit tak kisah kalau menyara keluarga segala dengan duit sendiri sedangkan bersuami. Suami yang tak bertanggungjawap tapi masih dijaga. Sebab sayang. Dan sayangnya lalaki itu yang tak sedar diri betapa dia beruntung memiliki seseorang yang baik di sisinya tapi dia sia-siakan, dia sakitkan perasaannya dan hatinya..lagi gile sakitkan fizikal dia..WHAT?...

Bye...

Monday, April 25, 2011

Kalau Terjumpa Barang Bukan Milik Sendiri?


Salam kalian semua...lama tak saye merepek.

OK, terus ke titik utama (main point). Nak share pasal seseuatu. Sesuau yang boleh dikatakan biasa jadi juga. Kira kepada sesiapa yang pernah konon rasa macam beruntung ah bila terjumpe sesuatu yang bernilai. Konon macam rezeki terpijak.

Contoh :

Jumpe duit -- Fuhh! boleh bawak beli top up nih!

Jumpe gelang emas -- Wow! boleh hadiahkan dekat awek ni. Ke nak jual jek? sekarang se-gram Rm165(wow!!). Pak cik kayoo!

Jumpa jam -- Eh...macam tau-tau jek dalam hati gua kepingin jam. tup-tup jumpa seketol..apa lagi...kasi pakai macam sendiri punye aaarr..

Macam-macam contoh lah. Sila bayang sendiri apa-apa ye. Jumpe awek boleh? Errr...OK..abaikan. Skip! Skip!

Mesti ada yang rasa bertuah kan jumpa? Tak kurang jugak yang rase berbelah-bagi "nak ke tak nak ambik ni..ke nak biar jek? Weh..kalau biar rugi pulak rasa...bukan senang nak dapat weh!".

Ehem..ehemm..saya nak share. Saya bukan arif ilmu agama. Tapi saya nak kongsi dengan kamu-kamu dari hasil saya baca Majalah BEST tuh. Siapa nak berkenalan dengan Majalah ni, silakan. :-)


Dalam Islam, dinyatakan bahawa sebarang harta yang dijumpai dan tidak diketahui tuan punya nya, kita tak boleh suka-suka claim jadi barang kita sendiri. Tak malu lah kan mengaku barang orang lain sebagai barang kita kan?

Kita tak boleh nikmati harta tersebut sebelum ia melalui proses tertentu.

Nabi Muhammad Sallallahualaihi wassalam kata

"Sesiapa yang menjumpa sesuatu harta, maka wajin bagi dia memaklumkanna (bersaksi) dia menjumpauinya kepada orang yang asil atau pihak berkuasa. Tidak boleh sama sekali menyembunyikan dan menghilangkannya pula. Sekiranya kita dapat jumpa pemiliknya wajib lah kite mengembalikannya. Jika gagal, harta tadi dikira milik Allah dan boleh disedekahkan kepada sesiapa yang diingini"
(Riwayat Abu Daud)


Pendapat lain (Imam al-Khattabi) pula menyatakan bahawa barang yang dijumpai hanya boleh dimanfaatkan oleh orang yang menjumpainya setelah berusaha mencari pemilik dalam tempoh setahun (Aun al-Ma'bud, halaman 10).

OK ye kawan-kawan. Setelah BERUSAHA mencari ok, bukan jumpa simpan diam-diam, setahun lepas tuh boleh buat macam sendiri punya. OK?

Pernah tak kamu terfikir macam mana perasaan orang yang kehilangan tuh? Hishhh,,,susah hati wo! Saya pernah rasa. Tapi itu lah sekarang nih...beruntungnya lah kalau sesiapa yang hilang barang berharga menjumpai barangnya semula. Memang mulia sesiapa yang memulangkan tuh. Yang terus main zasss! buat harta sendiri, memang la dia tuh tau. Tak fikir bile kena diri sendiri la tuh! Tak baik lah awak ni...

So, kepada adik0adik yang pastinya baik hatinya, if kamu pergi sekolah jumpa barang ke...sila pulangkan. Kalau tak tahu pemilik, boleh jumpa cikgu dan minta tolong dia cari kan tuan punya. Yang Cikgu tuh jalankan lah amanah, Jangan pulak sondol barang masuk simpan dalam laci terperap terus! :-P..OOpppss! Cikgu jangan rase tersindir pula ye...I mean bukan cikgu sahaja...tapi sesiapa saja la...OK? :-)

" Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menakutkan Muslim yang lain, dan apabila seseorang dari kamu mengambil hak milik saudaranya yang lain, wajib lah dia memulangkannya kembali" (Riwayat Al- Tirmizi & Abu Daud)

So pandang remeh lagi ke? May be part nih gerun sikit:

Kalau tak kembalikan barang yang dijumpai, maka ia akan menjadi beban dalam kubur kelak. socontoh kan,,,jangan cakap kau orang jumpe lah...cakap lah kau orang ada pinjam duit from somebody, lepas tuh buat-buat bodo macam takpernah pinjam. Tak nak bayar pun! So faham-faham lah status duit itu bagaimana kan... (Moral: kalau ada hutang, sila lunaskan..)

OK..bye!

Nak balik..

Renung-renung dan selamat beramal buat kita semua.

Semoga semua dapat manfaat...

Aaamiiin...

Jaga Orang Tua Sakit sama Macam Jaga Baby




Nak kongsi. Saya rasa, betul. (eceh! boleh pulak sokong pendapat sendiri. Memang tak malu U ni!)

Untuk sesiapa yang berpengalaman melaluinya boleh lah sama-sama menghayati. Saya tak tahu mahu mulakan di mana.

Barangkali saya boleh memulakan dengan cerita datuk saya di kampung sakit.


Datuk saya, orang yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja dia kerjakan. Menyangkul lah...menebas lah...bawa monyet panjat pokok kelapa lah, berkebun lah...macam-macam lah. (sila bayang aktiviti kampung)
Sila keluarkan aktiviti melepak di kedai kopi main dam. Itu bukan dia.

Dia tidak minum susu. Tak suka. Kalau minum, boleh bikin dia muntah. Ehem. Kalau datang rumah orang, orang hidangkan air bercampur susu, dia minum juga lah. Tapi balik muntahkan balik. Malu la dia dekat tuan rumah kalau tak jamah minuman, kan? Dia cuma minum Teh O atau kopi O saja. Pagi-pagi cukup bagi dia air kegemaran dengan seketol kuih. Beres! Mudah jaga.

Makanan harian dia bukan ber-taste yang payah nak buat. Setakat nasi, sayur celur, ikan masin, budu..setel! Cuma: Nasi kena panas...bukan sejuk.

Oh..lupe..Atok saya, saya panggilnya "Ayoh".

Hi cucu-cucu..don't worry..I'm OK...

Ayoh jarang sakit. Jarang nak deman-demam. Alhamdulillah. Tapi! suatu hari, dia jatuh sakit. Sakit akibat mungkin terhidu racun (mungkin). ketika menyembur rumput. Bauan tersebut membuat dadanya berasa sakit dan sesak nafas. Bau itu buatnya terduduk pengsan terus kena tahan dekat wad.

Mama yang jauh di Selangor mendengar berita sangat lah susah hati. Eh..rasa macam duduk ulang cerita sama sahaja pulak. Siapa tak tahu, boleh baca yang INI.

Nak jadi kan kisah. Setelah beberapa lama dia keluar hospital dia pun kembali ke hidup sediakala dia. Cuma sudah dipesan mama tak payah la nak buat kerja berat meracun rumput segala. Jadi...duduk saja mesti bosan, kan?

And then, 2-3 minggu lepas, dapat tahu dia kena masuk hospital lagi. Kali ni lain pulak. Dia demam. Langsung tak lalu nak makan. Makan 2-3 suap. Seminggu dua juga dia kena tahan hospital. Adeh!

Kena tahan wad...

Ayoh tidak sekuat dahulu. Padanlah dengan umur nya yang 70++ tahun itu. Sejak pulang dari hospital, Mama dengan tegas pesan dekat Ayoh supaya tak payah rajin-rajin nak tebas-tebas, gali-gali, kerjakan tanah lagi. Upah saja orang. Faham-faham sajalah kalau orang tua duduk diam dekat rumah macam mana. Mati kutu tau!

Sepanjang dia keluar hospital ini, motif kami bagi dia lalu makan sahaja. Semua benda dia tak lalu. Kalau tak makan, macam mana nak ada tenaga, iye tak? Dia teringin bubur, dibuat bubur dan sebagainya. Ada satu kali tuh dia teringin makan tembikai kuning. Dan-dan time tuh Makcik saya dan keluarga cari, takde pulak tembikai kuning ni. Tembikai merah taknak. Nak kuning juge...last-last jumpe juge..jauh mencari. Fuhh...

Mama yang dekat Shah Alam ni, time pergi pasar jumpe tembikai kuning, terus teringat Ayoh. Dia cakap "Kalau kampung kite dekat, memang nak hantar terus tembikai kuning bagi Ayoh..". Saya faham...mama sebagai anak tetap risau dengan kesihatan ibu-bapanya. walau duduk jauh beratus kilometer. Alhamdulillah, buat masa ini nenek yang saya pangil "Mek" masih sihat lagi. Kalau tak? Hmmm..mesti gundah-gulana...


Again...don't worry about me. everything is OK...cuma sesak napas kejap...

Itu kisah Ayoh.


Sekarang kisah Abah saya.

Saya tak pasti sebenarnya. Adakah bila seseorang itu menuju umur yang makin tambah, karenah bertambah. Melalui pembacaan, dikatakan "Ya". Sebab dikatakan orang yang makin bertambah umurnya, sikap, sifat dan perasaan semakin sensitif dan tersentuh.

Anyway, kita semua kena ingat lah, semua ni putaran roda kehidupan. Sekarang kita muda mungkin kita cakap "Mengada-ngada pulak..dulu tak apa-apa, sekarang susah nak bagi puas hati". Hehh! Jangan cakap macam itu, OK? Bila kau tua, kau tunggu, tengok macam mana pula :-). Roda kan berputar? :-)

Ada sekali tuh, Abah demam. Tapi diajak pergi klinik, takmau. Bagi panadol, takmau makan. Lepas itu dia mengerang kata sakit, penat, lemah. Dalam demam-demam dia request nak makan ketam. Ya Allah, saya dekat office, habis kerja pukul 6 petang. Ketam mana nak cari? Ketam nipah pulak tuh. Oh!

Sudahnya sebelum habis office hour, saya meng-Google- tempat jual ketam nipah sekitar Shah Alam. Cari penternak ke..tapi tak jumpa. Yang jumpa cuma nama restoran saja. Restoran yang dijumpai tuh restoran Cina pula tuh. Dekat dengan Skypark Terminal Subang. Adeh!

Cari-cari lagi guna keyword lain last jumpe satu restoran dekat dengan Giant Stadium. Dekat Shoplot. Nama restoran Shuhaida kot. Then sebab sesak jalan nya lagi, nak kejar sebelum gelap, saya nekad belok macam nak menuju Sg Buloh. Sebab seingat saya ada saya pernah nampak orang jual ketam tepi jalan. Alhamdulillah, jumpa nasib orang yang jual tak kemas dan balik lagi walau waktu dah macam senja gelap. Berputar-putar saya. Nak kembali ke Kelana Jaya tunjuk dekat Abah ketam dia dah jumpa. Kang kalau takde, dia cakap taknak makan macam mana? Susah hati wooo...

Dia satu hari tuh dah lah tak nak makan langsung. Garang lagi. Ya Allah. Saya pujuk-pujuk pergi klinik, katanya "Dah lambat...lengah-lengah...hegeh-hegeh...malas pergi". Adey! Ayyoyoo! Saya suspect mesti abah darah tinggi naik. Demam kan panas + taknak makan ubat memang possibiliy tinggi darah confirm naik punyeee.

Pujuk punya pujuk, last-last saya cakap..."Kite pergi Kelana Medical Centre saja lah. Sana tak payah tunggu-tunggu. Private, amacam?". Sambil pujuk sambil suap air bali. Then dia cakap "OK lah". Fuhhhh.... (senyum dalam hati)

Padahal saya sebenarnya nak bawa dia ke PPUM jek. Segala sakit-sakit dia dah ada rekod di PPUM. Tapi nak bagi dia setuju...saya pancing jek ayat servis cepat. Hahahaha...Kalau pergi government..faham-faham saja lah kan? :-)

Sampai KJMC...doctor cek...memang tinggi darah dia! Then bagi ubat sikit...lepas tuh saya slow talk dengan Doctor, cakap suruh advice Abah ke Hospital..sebab Abah mati-mati taknak pergi Hospital biasa. Lama nak tunggu kata dia...Then...bila Abah da cool sikit...terus bawak pergi PPUM. Haaaaaaaa..kan senang cam tuh...huhuhu...

So? How to tackle orang moody? Cakap elok-elok, cakap baik-baik, bagi beberapa option yang menarik sampai lah dia tertarik. Ewwah! And of course perlu kesabaran. Kau tak payah nak angin-angin dengan orang yang sedang berangin. Mind you - Sia-sia saja.


OK..ni dekat PPUM..time dah cool down...dan darah dah turun dan setelah berjaya dingorati oleh sebiji pau kaya sebagai alas perot...


Balik-balik hospital dalam jam 12 malam cam tuh, terus hulus nasi sama ketam yang direbus. Nahhhhh! Habis! Selera!

Habis cerita Abah.


Sekarang cerita Ayah kepada pekerja parents saya yang bernama Kak Ton. Ayah dia jatuh sakit di kampung halaman, Indonesia. Sakit jantung. Perlu dibedah. Umurnya juga sudah tua. 90+. Katanya, kalau di kampung nya, orang yang tua-tua sangat macam level ayah dia, kalau sakit, diorang biarkan saja, tak bawa pergi hospital sebab katanya memang orang tua sakit macam itu perkara biasa. (tunggu mati)

Isk...

Ada ke patut? Akak tuh cakap, dia jadi anak mana sampai hati buat macam tuh. Lain lah memang tak boleh buat apa. Tunggu masa. Mereka anak-anak ni ikhtiar la kan. Takkan nak biar ayah mereka terjerit mengadu sakit, kan?

Mestilah kena jaga makan kan. Tapi ayah dia nak makan telur. Telur bergoreng mana boleh. dia cakap dia buatkan la juga, tak sampai hati...dibuang telur kuning, pakai telur putih, dia kukuskan gak bagi nampak macam bergoreng. Huhuhu...

Nak sup tulang, dibuatnya sup tulang yang paling kurang lemaknya. Dibuang-buang lemak segala. Dikorek isi dalam tulang sum-sum. Sebab? Janji ayah dia lalu makan, sudah. Kasi tenaga, bila da cergas sikit, ada tenaga baru pantang makan. Sekarang kena bagi naik selera.

Dan macam-macam lah ayah dia request. Nak makan kuih lah...kalau salah buat terus tolak tepi taknak.

OK..habis cerita...tentang tua. Sila jangan salah sangka saya nak merungut-rungut ke apa. Cuma saya nak kongsi cerita dengan kamu-kamu sahaja. Tak lebih dari itu. Sebab saya rasa, macam budak-budak juga, bila berkarenah rasa geram jek korang dengan anak-anak. Kau boleh la cubit ke ape, tapi dengan orang tua kamu jangan lah buat macam itu! Nak kena luku dengan saya eh?

Ini, kalau baby kecik tersumbat hidungnya pun kita dah susah hati...kan?

Anggap lah apa-apa yang terjadi dalam hidup kamu sebagai satu proses kehidupan...yang berputar bila sampai masa tertentu. So...hari ni kau belom kena...esok lusa..siapa tahu?

Sayangilah orang tua anda. Hari ini kamu sayang mereka, semoga nanti-nanti anak-anak sayang kamu lebih dari kamu sayang ibu bapa kamu lagi...Fair kan?

" Dikatakan bahawa, orang yang memberi akan gembira berkali ganda dari orang yang menerima dengan syarat - IKHLAS "

- tak tahu kenapa nak tulis pasal ni. TQ baca -


* lama gila entry ini...saya kasi lepas satu la...lately tak sempat nak kasi lepas apa-apa entry..sebab belum review apa yang saye merepek. Siapa yang jalan-jalan blog ni, thank you...dan nak ambik kesempatan dekat kau orang. KLIK-KLIK la iklan Nuffnang yang dekat sebelah kanan kamu tuh se-das- dua...hahahah (ceh! sempat lagi!)..bagi la seposen dua dekat saya sikit...boleh? :-)