Wednesday, August 29, 2012

Explorasi Raya 2012



Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah pun 11 hari kita menyambut Aidilfitri. Ehem. Orang kita rayanya sebulan ye? Baiklah. Elok lah kita-kita saling kunjung mengunjung merapatkan silaturrahim. Insya-Allah hubungan yang ada akan terikat kuat dunia akhirat.

Persiapan Aidilfitri serba serbi sekadar mampu. 

Baju kurung 3 pasang RM100..dekat Subang Perdana jek..

Ini pun Alhamdulillah sempat juga balik kampung. Even Mama & Abah tak berapa segar tapi masih boleh bertahan. Balik kampung hari Sabtu pagi. Jalannya? Jangan dicakap. Sangkut di Karak hampir 2jam dengan kelajuan kurang dari 20km/j. Harap maklum. KURANG ya. Otot betis saya boleh membesar bagai johan kalau begini hari-hari.


Ku harungi kesesakan ini...gigih ni. Nak raya punya pasal kan...

Sebab sesak sampai orang boleh lalu lalang jalan kaki, pak polisi juga tidak ketinggalan melayangkan surat cinta buat orang yang menggunakan emergency lane.

Fuhhh...memang ini lah pancaroba balik ke Kelantan. So, kepada sesiapa yang pasangan orang Kelantan tuh harap tabahkan hati. Kalau tak tabah jawapnya pasangan anda menangis tak dapat balik kampung setiap tahun. Kesian tau? Hahhah! Tak apalah, asal sayang semua sanggup redah, kan? Hahahah

Kami bertolak jam 9.30 pagi dari KL. Selamat sampai sana 7.30malam. Sesuai sangat lah. Waktu berbuka bersama keluarga di hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan. MAsak juadah raya? Langsung aku tak peduli. Teruk betul punya cucu. Tapi Mek dan Mokyah dah ready dah sebenarnya.



Hidangan tapai dan nasi dagang penyedap perut dipagi Aidilfitri

Sudah rezeki, masih ada durian di pohon Ayoh tanam

Raya pertama memang tak ke mana cuma menjelang malam baru bergerak beraya ke rumah wajib-wajib - Rumah level nenek and atok saudara. Senior level lah.
Sempat lah malam itu bergambar sikit-sikit, 

Aidilfitri tahun ini memang tak meriah mana. Nak berjalan pun tak meriah. Sebab Abah tak berapa boleh berjalan akibat Cellulitis. Tapi tak meriah-meriah pun sampai raya ke 5 juga kamu bertenggek di kampung. Hidup udara nyaman orang cakap...Hahhahaha

Raya pertama sampai 8 round saya makan. Semuanya nasi. Patut lah 'mangkuk tingkat' di pinggang macam menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Kesempatan ini saya menyusun 10 jari andai terdapat kata-kata yang menghiris hati, kelakuan yang merentap jiwa dan sebagainya. Semoga kehadiran lebaran membawa sejuta keinsafan, kenikmatan, keberkatan dan kerahmatan buat kita. Aaamiin.



Friday, August 10, 2012

Review Makan-Makan



Assalaumualaikum Sweeties and gorgeousesssssssss..kehkehkeh!

Apa pasal kau gelak? Nak kena pelangkung ka? Tak..tak...saja je. Semalam kan kita Menang Olimpik. Tempat ke 3 Terjun 10m. summersault (betol ke eja? gasak lah). So dapat gangsa. Syabas untuk Pandalela. Chaiyokk! Siapa lagi nak sumbang pingat negara selepas ini?

Saya up status FB. Hari ini Yuyu call.

"Hello..Pandalela..buat apa tuh?".

bla..bla..bla...

Ending saya pun cakap

"OK la Polarlela..nanti Pandalela confirmkan balik"

Hehehe. Actually ini bukan nak main-mainkan nama athlete tuh tau. Jika Pandalela betul-betul baca blog ini atau peminat atau sesiapa sahaja yang sangat prihatin. Saya bukan memainkan nama. Tapi secara kebetulan berseloroh. Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung.

Saya rasa perbualan pagi tadi cute. Buat saya tersenyum. Bukan lawak atau kelakar. Sungguh tak tipu. Rasa sweet berborak dengan adik macam itu. :-)

OK lah. Saya nak review makanan yang semalam saya cakap tuh.

Iftar saya dimulakan dengan memakan makanan yang luar dari biasa sikit dengan Stimboat. Tahun ini hotel-hotel tak mahu pandang. Kami pilih tempat biasa-biasa sahaja. Hotel rasanya ratenya sangat melampau walau istimewa. Macam lah hidangan dia unta golek, burung kasawari black pepper, arnab tandoori, fillet o fish with bombay sauce ke soba ke smoked grill  Salmon ke apa tah. Buah avocado ke apricot ke. Huhuu

OK. Melampau sangat menu aku sebut. Yang bukan-bukan kot!

Yang ini yang betul-betul. Saya dan teman berpeluang berbuka di Island BBQ Steamboat. Dekat Kampung  Melayu Subang. Senang sangat nak pergi. Dari Monterez terusssssssssssss je sampai jumpa petronas sebelah kiri. Nanti ready la nak belik kiri yang simpang empat ada trafik light. Terus sahaja. Anda akan jumpa surau sebelah kanan. Terus lagi...nanti jumpa la kedai tuh sebelah kanan kamu. 

Mula-mula macam nak makan di Tupai-tupai sekian kali. Tapi masa pergi harga sudah berbah untuk Ramadhan. Biasa RM28 tapi sudah bertukar menjadi RM48. Mungkin pertambahan menu kot. 

Kemudian usha Kayangan Steamboat yang berdepan dengan Tupai-tupai. RM36. Ada kambing golek lagi! Niceee...tapi member cakap KIV dulu. Dia nak ajak pergi Island BBQ Steamboat. Aku layan je lah. Janji steambot kan.

OK. Buffet di Island BBQ Steambot ini berharga RM26.90 sekepala. Tak sampai RM30 lah. Menu dia standard steamboat lah. Tapi yang specialnya dia ada BBQ punya tempat. Selalukan yang sup-sup sahaja macam Flaming Steamboat and Tupai-Tupai dekat Shah Alam kan? Yang ini siap ada tempat bakar. So nak masak telur mata boleh la sangat.

Udang dia besar-besar. Stok dia segar-segar. Hari saya pergi siap ada laksa Johor. Nasi goreng kampung pun ada. Tapi saya tak pandang. Hahhaha sebab betul-betul nak balun steamboat sahaja. Hari lain saya tak tahu adakah sama.

Jom lah saya ulang tayang apa yang ada secara rawak. Kalau buat secara detail jawapnya aku tak makan lah. Jawapnya aku makan gambar sahaja lah. Hahahah






Ini rupa dia....steamboat berkuah di tengah-tengah. BBQ steambot di tepi. So bileh la grill kan apa sahaja sesuka hati. Janji kau makan.

Disertakan dengan pelbagai jenis sos. - Sos Thai, BBQ sos, Kicap dan cili potong, minyak bawang dan apa-apa tah. Black pepper dan lada sulah juga ada.

Pastinya merjerine dengan kuantiti banyak untuk meng-grill. Dah rasa macam abang-abang jual burger pun ada...hahahah! Berasap satu meja. Tak kurang juga bau hangit...hahah

Tempat sesuai bawa anak-beranak ibu bapa mak mertua semua rakan taulan. Enjoy... Makan lah sampai terbahak-bahak halkum. Tapi tak sopan OK. Jangan kau tersedak sudah

Secara overall - yang special sbb dia tawarkan BBQ grill. Untuk kuah-kuah tuh biasa sahaja. So kamu kene ada ciri kreatif lah sikit. Saya buat kuah tomyam kow perah limauu youuuuuuuuu..zass jek

Anyway..just nak bagi tahu, disaat entry ini keluar tempat di Island BBQ in dah pun fully booked sampai hari Khamis ini. Untuk sesiapa yang kepingin, datang sahajalah lepas raya...OK? Jangan sedih sangat sebab saya pun tak dapat buat ulangan nak makan sini waktu Iftar. Hmmmm...eden sodih mengenang udang-udang itu dan soso black pepper nya....wuwuwuwwuwu

Yang berminat:

Island BBQ Steamboat,
Lot 3370, Jln Kemboja U5,
Kampung Melayu Subang,
40150, Shah Alam,
Selangor.
HP: 012-6800041

On je GPS: N03 09.746', E101 31.765'

Website: http://islandbbqsteamboat.wordpress.com/

OK. Seterusnya. Menu biasa sahaja lah kot. Tapi seronok sebab keluar dengan kawan-kawan. Kawan-kawan office lama lah kan. Tak apa lah dapat sekejap pun jadi. Lagi-lagi  kan dah jadi isteri-isteri dan ibu orang. 

Kami pergi Murni, USJ. First time pergi. Dulu dengar-dengar saja. Selalu saya pergi William. Tapi William jauh kedepan dari segi menu kot.

Apa kami hadap?



Masing-masing kepingin Chicken Chop. Rasa dia boleh la..Di kepingin oleh Zura, Ona & Aja. Apa la korang nih. Amik menu sama...

Kemudian adik Aja merangkap assistant jaga anak makan Sizzling Chicken Chop

Wahh..ini Ida punya. Nasi Goreng Meletop! Memang meletop..menangis-nangis makan pedas gila. Rasa macam nasi dia perap dengan lada jekkk..setiap inci nasi ini pedass...sumpah tak tipu...berlinangan air mata dibuatnya..tapi tak ada pula terkena cirit..hhahaha. TEBABAOOOMM!




Speghetti Meat Ball di idami oleh ku...

Aku juga yang order Cheese Nan. Aku Haloba





Air Longan by Ida, Fair Lady by Ona & I love You by Zura (kot?). Yang zura punya tuh sedap..masam

Sempat lah celebrate birthday Zura yang ke tut...tut..tutttt. Semoga dipermudahkan rezeki, bahagia dunia akhirat, dikurnia pasangan yang baik luar dan dalam..Aaaaminn.




Kami-kami...



Isetri-isteri orang...

Budak kecik kuat makan strawberri masam...Awish anak Aja

Overall. OK lah. lebih kepada mamak style sikit kot? Harga? Mampu dimiliki..hehehe..

Kek memang untuk bagi orang gembira...sampai gemok! Kan?

Bye!

Selain Nasi Tiruan boleh Cuba Quinoa


Assalamualaikum.

Pernah saya cerita pasal nasi tiruan. DULU

Tapi hari ini saya nak cakap lain pula. Saya nak cakap pasal Quinoa. Cara sebutan macam bunyi "Kinwa". 

Quinoa ini ialah yang kelihatan macam nasi apabila dimasak yang berasal dari Amerika Selatan amnya, khususnya di Pergunungan Andes nun di sana. Digelar superfood. Sesuai sangat untuk orang yang berdiet dan berpenyakit macam sakit kencing manis sebab dia berkarbo rendah dan berprotein tinggi. Karbo bukan karbonat ya adik-adik. Akak nak cakap karbohidrat. Hehehe

Kalau nak masak, kita buat macam cuci beras. Tapi kena cuci lama sikit kasi bersih kalau tak terasa  kepahitan nya disebabkan oleh saponin nya. (sapo saponin nih?? ni yang sarung luar tuh..kalau beras ada sarungnya kan..apo ko namo dipanggilnya?). Dia masak nanti mengembang macam nasi. Boleh makan dengan lauk pauk. Boleh digoreng. Alah, kamu imagine nasi sahaja lah. Mudah.

* Because of its high fat content, quinoa should be stored in the fridge or freezer so it doesn't go rancid.*

Mana nak dapat bendalah ini?

Sepanjang pemerhatian saya, ianya boleh didapati di pasaraya yang ala-ala Cold Storage, Presto etc. Dekat tempat-tempat yang macam ini banyak jenis bendalah ni. Carrefour saya tak pastilah pula.

Ini rupa Quinoa yang dijual dalam peket. Terdapat di Sunway Giza (Kota Damansara) - Aku lupa la persto ke Cold Storage ke apa..huhuhu. Macam-macam jenis:

Ini bukan makanan ikan atau makanan hamster OK...



 
Yang putih...

Yang merah...red quinoa


 
Yang campur...mix quinoa



Ya puan-puan dan tuan-tuan. Orang kampung tak biasa benda macam ini mesti terpinga-pinga nak masak nak guna macam manakan? 

Tak apa, tak apa, saya sediakan satu resepi. Tapi resepi ini bukan saya reka. Tapi dipinjam dari dapur Mak Long. Mohon Mak Long izin kan la saya kongsi-kongsi kan...

Quinoa Pilaf

Bahan-bahannya
1 cawan quinoa
1 sudu besar butter atau minyak sapi
1 camca teh parutan halia
1 cili hijau
1/4  bawang besar dicincang halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/4 camca teh serbuk kayu manis
1 3/4 cawan air
1/2 cawan kacang pis (frozen)
garam secukup rasa

Hidangan 4 orang
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang dan kacau selama 4-5 minit. Masukkan halia, cili hijau dan  serbuk kunyit, ketumbar dan kayu manis.  Masukkan quinoa yang telah dicuci bersih dan air. Masukkan garam. Biarkan mendidih sehingga quinoa mengembang dan berekor. Kecilkan api dan renih selama 15 minit. Masukkan kacang pis, kacau dan tutup sehingga semua air telah menyerap ke dalam quinoa

Selamat mencuba! Resepi lain boleh pergi dekat Mak Long atau sini lah untuk ala-ala style Mat Saleh. Sebelum itu mari baca ini info:

Klik untuk penambahtumbesaran...

OK di akhiri dengan.....

..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

Yang ini bukan Quinoa itam putih, tapi ini salah satu penyumbang diabetic...tapi sedap la bendalah berupa macam ini kan?

haaaadoii

sekian. Bye

Mungkin Ada Sesuatu Kalau Kamu Lama Sangat Menunggu di Hospital



Assalamualaikum..

Panjang dan skema dan misteri sahaja title entry ini. Ya. Yang menaip entry ini juga kelihatan skema dan cuba menjadi misteri tak pasal-pasal dengan cara penggunaan bahasa dan kosa kata yang sesuai tapi pastinya tatabahasa yang digunakan ini memang selalu tak sesuai dan tidak bertahan lama. Mahu tahu mengapa? Kerana dia seorang caca-marba. Hahaha!

Baiklah.

Pernah tak kamu-kamu bila pergi hospital/klinik especially hospital kerajaan lah. Hospital swasta tak payah nak dipertikaikan sangat sebab pastinya service dia superb baik punya sebab meng-entertain patient membawa maksud duit masuk yang masyuk juga selain dari sebab memberi bantuan atau menyelamatkan nyawa pastinya.

Yang pastinya fungsi hospital secara umumnya adalah tempat orang sakit minta bantuan untuk disembuhkan dan diselamatkan. Orang sakit mana pergi kedai basikal mahupun kedai roti. Kan? Tapi kalau nak beli roti naik basikal nampak logik. Tapi kalau nak beli basikal tapi makan roti dulu pun nampak logik juga. Macam mana nih? Merepek dah mula.

Baru beberapa hari yang lepas. Hari Nuzul Quran. Cuti umum di Selangor. Tapi saya tak rasa bercuti pun sebab menunggu terlalu lama di hospital selama 9jam gamaknya sebab saya perlu membayar parking RM9. Bukan hal parking yang aku nak cerita. Jangan nak buat propa aku berkira hal parking sebab hal kesihatan lagi penting dari segalanya. Ewwah ayat aku  kelihatan garang nampak nya? Dan mungkin juga bengang?

Ya, memang aku agak berasa geram dan bengang apabila menunggu terlalu lama di hospital. Mana tak lama kalau kami dah di hospital dari sebelum jam 8pagi lagi tapi sampai jam 6 petang masih terpampang muka paling kacak dan hensem di kerusi menunggu? Takkan aku tak bengang. Lain lah kalau bukan bulan puasa. Mesti aku habiskan masa mengunyah dan mengunyah makanan. Mungkin lah aku tak berapa nak marah kan..hahahha

Oo..lupa cakap. Aku bawa Abah aku. Dia bengkak kaki dan badan pun macam kuning-kuning. Aku takut. Abah aku ada kencing manis. Cucuk insulin lagi. Aku takut sebab 
1) Masalah hati
2) Masalah buah pinggang
3) Masalah jantung
4) Masalah-masalah kesihatan yang serius yang aku sendiri tak tahu.

Memang lama betul menunggu. Aku ni dah banyak kali kot keluar masuk bilik konsultasi tolak Abah pakai kerusi roda. Tolak pergi ambil darah nak buat test. Banyak pula kali ini. Di isi dalam 6 botol kecil untuk dibuat ujian. Abah yang kuning bertambah kuning aku nampak. Tapi tak la macam orang kuning DiGi tuh. Dah la member tuh tak lalu makan, Hadeiii.Risau guwe!

Lepas ambil darah pergi buat X-ray. Result darah keluar dalam masa 2 jam. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Lepas 2 jam doctor panggil, Cek Abah lagi. Lepas itu dia cakap tak keluar lagi satu result darah. Kene tunggu lagi. Wal hal patient hari itu memang tak banyak. Tak sesak pun kat PPUM tuh. Sabar saja lah. Abah ni dah terlentok-lentok tidur dekat kerusi roda. Kesian.

Dalam sejam lepas itu nama dipanggil lagi. Rupanya kene buat ultra sound pula. Pelik betul kali ini. Selalu tak ada pun nak banyak-banyak kali scan. Baiklah. Tunggu turn tak lama sangat. Masa scan pun tak la lama sangat. TAPI...TAPI...Tunggu pihak berwajib yang hantar kami ke bawah itu saaaaaaaaaaaaaangat lah lama. Serius aku nak bertukar jadi hijau. Sebab apa kami tak boleh pergi turun sendiri? Sebab access kami hanya boleh dilalui dengan access card sahaja. Isk...marah benar aku masa ni. Macam nak berguling-guling meronta nak tunjuk protes.

Memang lama kami tunggu. Tengok TV dari Sinetron Indonesia 'bukan anak sebenar' mula sampai habis sampai sambung cerita bersiri Filipina yang anak tertukar. Sampai cerita drama Filipina habis. Imagine? Lama tau. Nak nanges je. Asyik pandang jam je.

Tambah pula Nurse sebelah ni duduk bukak kedai ketupat. Mengumpattttttttttt jek. Cakap dah la kuat. Sampai ada patient bengang-bengang sebab dia sakit tapi que dia kena potong orang lain. Dia dah tak tahan nak tunggu. Dengar pula suara kuat-kuat gossip. Lagi sakit kot patient tuh rasa. Dia pergi tegur la nurse tuh kan. 

Nampak Nurse tuh macam bengang sambil jalan-jalan nak followup turn sambil  cakap slow-slow.

"Kecoh la. Nanti nama kene sebut masuk lah. Ingat dia saja ke yang sakit?"

Ha ah. Ko tak tau orang sakit ni kadang lain macam. Cuba kau sakit, orang layan kau macam ni. Aku nak tengok kau buat apa? Bole?

Fuhh. OK. Aku hembus nafas tanda melepaskan bengang. Puasa-puasa ini tak baik marah-marah kan. Tapi telinga aku dah berdosa menadah dengar diorang mengumpat sambil mata aku layan sinetron dan cerita Filipina pasal bertukar anak la ape tah. 

Akhirnya. Aku macam  dah tak boleh sabar. Kebetulan ada nurse lain masuk kot terus aku tahan nurse tuh nak sekeh dia. Eh aku tipu.

Aku mana ada sekeh. Aku tanya dia.

"Adik...adik ada nak turun bawah tak?"

"Tak kak, saya nak naik ward. Saya atas. Kenapa kak?"

"Oh...iye ke...akak nak tumpang turun bawah lah sebab dah lama sangat tunggu sini tunggu orang lain jemput. Turun bawah kene pakai kad kan lift ni kan? Lift lain ada tak? Nak turun dekat bahagian kecemasan terus?"

"La..iye ke kak. Saya tak bawa kad access pula."

Baik nurse ni OK. Layan aku cakap sambil bagi idea nak keluar macam mana. Aku sengaja tanya Nurse dari luar tuh depan Nurse yang jaga meja buat group mengumpat tuh. Sebab aku tak nampak dia buat action pun. Tapi Alhamdulillah. Akibat action saikologi aku yang dah nak bertukar biru-biru hijau dalam diam nih, sorang nurse kat meja tuh bangun.

"Tak apa lah kak. Biar saya hantar lah. Saya dah telefon orang tuh 7 kali tapi tak naik-naik. Nanti saya call kawan saya yang lain tolong tunggu dekat lift"

Haaaaaaaaaaaaa....boleh rupanya kau buat action. Kenapalah kau tak volunteer dari awal lagi. Kan? Akak tau la puasa kan. Akak pun puasa juga. Isk

Eh? Aku termengumpat nurse la ni eh? OK. Berhenti. Tadi geram jek.

Sampai bahagian kecemasan kene tunggu lagi kitorang. Kitorang tengok Doktor yang rawat abah dari pagi tadi dah cantik-cantik dah dia. Bawa beg sambil bawa kunci. Nak balik. Memang pun waktu balik dah pun. Tukar shift doctor lain. Maknanya doctor lain la kene take over kes abah macam ini. Hadeiii

At last panggil masuk ke dewan konsultasi lagi. Rupa-rupanya. Kes Abah ni lambat sebab doktor yang cantik-cantik tadi kene refer specialist. Orthopedic Specialist. Sebab takut salah bagi andaian. Doktor yang dah balik suspect abah kena "Septic Arthritis" which is very serious kalau sesiapa kena. Terus kene tahan wad dan tak teragak-agak by hook by crook kene bedah terus. Tak ada kompromi.

Septic Arthritis : 

Keradangan sendi akibat jangkitan bakteria yang menyebabkan pengumpulan cecair. Bahaya. Perlu dibedah untuk membuang dan menyucikannya. boleh berlaku di mana-mana bahagian sendi (joint) seperti lutut, buku lali, siku, pinggul dan sewaktu dengannya. 

Kalau jadi benda alah ini, esakit akan mengalami pembengkakan sampai deman-deman tak lalu makan. Kawasan bengkak jangan lah nak sentuh-sentuh sebab pesakit akan berteriak tak tahan sakit. Hatta kalau dekat kaki, nak sentuh simen pon jangan mimpi. Kalau kene sakit ini, hospital akan treat as "emergency action". 

(Haaaa..pantai tak? macam doktor tak aku? yang ini ayat yang aku faham dari Specialist tuh cakap lah..nak tau lanjut Google la ye?)


 Images: Confirm akak Google dik...

Keterangan lain: SINI

Alhamdulillah. Lepas kena check dan di review oleh specialist, Abah cuma disahkan kena "Cellulitis" sahaja. Tak la seserius kena "Septic Arthritis" tuh. Kalau tak naya juga rasa kan? Nak kena buat pembedahan pula..Naya...naya...


Cellulitis:

Ini bukan selulit ya puan-puan. Ini kerengsaan/keradangan tisu kulit. Yang menyebabkan berlaku pembengkakan. Sakit juga. Tapi tak la sesakit Septic Arthritis. Bila di tekan permukaan rasa sakit..tapi tekan lagi dalam tak sakit pun sebenarnya. Kaki masih boleh dipusing-pusing. Boleh bergerak. Perlu memakan ubat-ubatan la jawapnya.  Atau nak berjaga-jaga kena la tahan wad 1-2 hari untuk pantauan kalau nampak serius. (ayat aku dengar Doctor cakap lah kan. Keterangan sila Google la)

So rupa-rupanya kami ni lewat sangat dibagi balik bukan sebab doktor-doktor tak buat kerja tapi doktor-doktpr nak pastikan yang mereka dah periksa dengan teliti setiap pesakit mereke. Bukan takat melepaskan batuk di tangga kemudian balik. Tunggu gaji tunggu bonus. BUKAN. Diorang nak mengelakkan kejadian buruk. Kang kalau diorang assume sakit yang tak serius dan dibagi balik dengan ubat yang salah. Mereka juga yang susahkan? Pesakit lagi lah susah kan?

So, sometime kalau kamu kene tunggu lama-lama  bukan sebab mereka tak nak periksa kamu, tapi mereka kene tunggu beberapa result dan pandangan dari yang lebih pakar. Itu sahaja. 

Kaki Abah yang bengkak dan sakit bukan main..akibat Cellulitis

Bye!

* Tolong jaga kesihatan
* Maaf lah dekat nurse yang aku complain atas nun ya..

Thursday, August 9, 2012

Se-pam Dua Sebelum Habis Bulan Ini


Assalamualaikum...

Mesti sebelum Ramadhan datang dah bukan main ligat dalam kepala duduk memikir belanjawan. Tak kira la belanjawan apa kan. Dari belanja baju-bajuan, perabot-rabotan, kuih-kuihan, baju nak bling-bling glamer, duit raya budak-budak, duit untuk ibu bapa dan adik-adik kecil, semua tuh la...lepas tuh mula la niat nak pasang badan. Lagi-alagi bulan puasa ada yang ambil peluang nak berdiet (konon). Maklom lah nak raya. Nak la extravaganza je nampak, kan?

Guna lah ini..Hahahhaah! Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Tujuan snap ini photo? 1) Nak bagi tahu harga di offer adalah termurah dari tempat lain, 2) Saja nak bandingkan betapa besar botol itu dari kasut sport aku. Ni saja snap masa balik dari semangat kesukanan dari Fitness First, Kota Damansara. (aik? Akak pong pasang badan ke kak? hahahah!)

OK. Aku tipu. Aku bukan nak cakap pasal ini. Saja aku gebang yang bukan-bukan. Tabiat kot?

Yang ini yang betul punya. Sekarang dah hari ke 20 dah kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah tak lama sahaja lagi  Aidilfitri menjelang tiba. Jadi zakat dah bayar ke tak nih? Cepat-cepat la membayarnya ya...bukan apa..takut sakan shopping nak raya..last-last bajet zakat pun entah mana. Tak OK la kan macam tuh kan?

Tahun ini buka puasa pun biasa-biasa sahaja. Akak berjimat dik..hutang banyak..uhuk! 

Tahun ini memang tiada plan  apa pun dalam kepala. Nak makan mana. Nak beli apa. Memang tak sempat. Banyak urusan. Parents pun tak berapa nak segar. Jadi susah hati sikit-sikit. 

Apa pasal ayat di atas begitu....begitu...erm..bosan? 

Sebenarnya aku nak tempek ini je ha. Gambar makanan yang sempat di makan secara tekun di bulan Ramadhan ini bersama teman. Lain-lain hari memang tak sempat nak menghayati sangat.Dalam kepala banyak hal nak fikir gamaknya...hahaha

Ini yang special luar dari kebiasaan saya je nak cerita. Takat makan nasi kuah lemak cili api ke..masak 3 rasa ke..taknak cerita. Yang ini je nak tunjuk buat action..bole? :-P

Dekat BBQ Island Steambot...



Dekat Murni, USJ 9, Subang Jaya







Tak ketinggalan....

Nanti eden cerita boleh? Terganggu gugat pula iman den ni masa puasa. Hahaha! Padahal hal eden hal lain nak dikerjakan ni. Putus idea-idea tak bernas I ini..Mengarut banyak

Bye!







Wednesday, August 8, 2012

Nak Jadi Derhaka Bukan Susah Kot Rasanya


Assalamualaikum...

Mula-mula nak tanya siapa yang tengok cerita "7 Ramadhan" yang duduk main kat TV3 malam-malam? Sedih dan geram kot. Kan? Derhaka.

Ha..Saya bukan nak ulas pasal drama bersiri tersebut. Saya cuma nak cerita apa yang saya tengah fikir.

Difikir-fikirkan balik adengan derhaka (ke durhaka?) sangat lah mudah terjadi. Terjadi sama ada sengaja atau tak sengaja. Banyak juga yang menyumbang ke arah berlakunya kejadian ini.

Orang kata kurang didikan. Tapi tak juga, kadang-kadang didikan tip top marvellous habis tapi jadi juga.

Sekarang nak bagi list contoh derhaka yang sengaja atau tak sengaja. 

1) Ibu-bapa mungkin boleh jadi penyumbang derhaka diri anaknya secara tak sengaja apabila membuatkan anaknya tersepit dicelah-celah dan jadi bingung memenuhi kehendak ibu bapa. Anak mungkin tak menderhaka kepada ibu bapa nya tapi dia mungkin menghadapi situasi derhaka tak sengaja dengan suaminya (jika dia anak perempuan lah) kerana perlu memenuhi kehendak ibu bapanya.

2) Suami mungkin juga boleh menjadi penyebab derhaka. Memang benar apabila seorang wanita berkahwin, dia harus mengikut arahan dan kebenaran suaminya. Kalau dapat suami yang menyuruh isterinya menjauhkan diri dari keluarga perempuan, apakah yang pihak perempuan boleh buat? Pergi nangis tepi katil atau tepi langsir kot? Hahaha

3) Isteri pun boleh buat suami jadi derhaka. Bukan suami derhaka dengan isteri lah. Tapi suami derhaka dengan ibu bapalah. Sebab mungkin tindakan isteri akan menyebabkan mertua terguris hati. Dapat pula suami yang jenis ikut telunjuk isteri sahaja. Mungkin mengakibatkan ibu-bapa suami sakit hati atau terkecil hati. Dah kena cop derhaka.Tahu tak terdetiik kecil hati dalam diri ibu bapa akibat perbuatan anak-anak pun da kira derhaka? takut tak?

4) Sebenarnya seorang perempuan/lelaki mempunyai peratusan yang sama tinggi penyebab derhaka kepada pasangan masing-masing apabila dia bersifat Queen/King control. Keadaan ini akan menyebabkan pasangan selalu berada dalam keadaan tersepit. Sebab itu perlunya tolak-ansur dan sifat understanding. Ketahui lah pasangan kita memerlukan sokongan dikala tersepit. Macam mana mak bapak kita tak terasa hati dengan kita? Cuba kalau kita dah tua anak buat kita macam tuh? Macam mana?

5) Situasi/Occation yang boleh buat orang derhaka dengan orang tertentu seperti suami dan ibu bapa ialah situasi musim raya. Masing-masing berebut bertekak nak balik kampung masing-masing. Kata sepakat tak jumpa terus end up dengan perang dunia ke 18. Suami tak apa lah. Allah mana ada cakap Suami derhaka dekat isteri. Tapi yang pastinya Allah laknat isteri yang derhaka dekat suami jika suaminya betul. Lain lah tak patuh benda yang salah. Lain cerita

6) Berbalik semula. Ibu bapa mungkin penyebab anak derhaka akibat sikap mereka sendiri. Mungkin ada ibu bapa yang suka membanding-banding kan anak-anak. Suka memaki dan sumpah seranah anak-anak apabila marah, selalu menghemburkan kata-kata yang tidak baik kepada anak umapanya "sial, celaka etc". Kata-kata yang keluar adalah doa. Kalau selalu menyebut tak hairan la anak itu membawa kesialan dan kecelakaan kepada diri sendiri. Sebab itu lah kot ada kita tengok anak-anak tak jaga ibu bapa, hantar ibu bapa ke rumah orang tua, tinggalkan dekat tepi jalan dan entah mana-mana. Mungkin juga ini karma?

7) HAaaaa..ini derhaka paling tak bahaya kot. Derhaka dekat resepi masakan. Apa jadi kau tanggung sediri. Hahahah! Itu lah kau...resepi orang bagi lain kau tak ikut. Buat macam expert jek..

Sekian. Banyak kot contoh nak bagi. Tapi cukup lah yang ini sahaja.

Solution yang aku boleh fikir untuk elak derhaka:

1) Jadi seorang yang memahami dan peka.
2) Jadi penyokong yang baik
3) Mengamalkan sikap tolak ansur dan tolong menolong
4) Cuba cari penyelesaian bersama-sama. Laksanakan bersama-sama. Contoh kalau kita tengah cari pasangan, haruslah bersedia menghadapi segala apa masalah pasangan kita. Kalau tak boleh tolong selesaikan, tolong jadi penguat semangat penyokong dari belakang pun tak apa. Jangan pula bila senang kau datang, bila susah kau tinggal. Apa punya hubungan kau tengah reka ni?
5) Jadi batu kayu kot...tapi Tanggang derhaka dulu baru jadi batu...macam mana ni?

Hmmmm
* raya nak dekat...da start ke bergaduh nak balik beraya mana ni?

Trimas...

Kesinambungan Kes Claim AirAsia Insure Travel Protection



Assalamualaikum. 

Saya datang lagi. Kali ini bwa kuih raya yang panas-panas dari oven. Harap memenuhi selera tekak anda. Cuba lah rasa.

OK. Padamkan imaginasi yang tersebut di atas. Sebab saya belum ada mood atau memang tak ada mood nak buat kuih raya tahun ini. 1) Sibuk 2) Mengutamakan yang utama 3) Parents saya kurang sihat dan membuat hatiku gundah.

Jadi kuih raya sila main ke tepi. Tapi Yuyu kelihatan macam rajin membuat kuih. Mungkin akibat sudah lama tidak pulang dan duduk di sisi ahli keluarga.

OK, Ini perenggan serius. 

Dulu saya pernah buat entry pasal claim AirAsia Insure akibat penerbangan lewat/delay kan? Saya janji nak kongsi feed back kan pasal claim insurans kan? Tahu ke? Tak tahu klik SINI.

Hari ini saya nak kongsi kesinambungannya. Sebenarnya claim ini selamat sampai bulan June lagi. Tapi faham lah kan Akak kau ni wakil rakyat. Busy nak entertain dan mengurus sana sini. Sampai blog pun naik berkulat bersawang segala.

Alhamdulillah. 

AirAsia tak menipu pelanggan nya. Sebab sebaik lebih kurang sebulan lebih claim saya dah dilangsaikan. Setiap penumpang diberi cek RM200. Semua ada empat penumpang yang terlibat. Cuba imagine betapa ruginya kalau saya tak claim? Rm200 x 4 orang = RM800. Maknanya kebarangalian kerugian RM800. Kalau kamu yang baik hati tak mahu buat claim, maka anggaplah macam kamu bagi saguhati dekat AA ye. Think twice. Termaktub hak pelanggan. Ambil la kan?

Akak tak kaya OK. Sebab all the claim bukan nama akak. Tapi nama Abah + Ngah + Mek dan Jihe. So takde perubahan pun dalam account CIMB akak itu. Ciput itu juga nilai nya. Hahahahha




Surat dan cek yang diterima beserta nama penumpang. Jadi tak payah risau-risau orang nak songlap duit kamu. Dihantar sehingga muka pintu.

Sekian. Harap perkongsian ini dapat lah bagi guide kat kamu-kamu yang selama ini naik pesawat tapi kelewatan akibat teknikal tapi tak tahu nak mengadu kat siapa..

Sila KLIK SINI untuk guide (aku bagi step aku la kan...kot ada lagi mudah..kau gasak lah).

Terima Kasih.