Monday, August 1, 2011

Apa? Potato Starch?? - Eh..Jangan Pening Dulu...


Some info to share:

Dulu-dulu saya tak pernah nak peduli hal-hal kedapuran. Tapi hal-hal pemakanan saya peduli sebab saya suka makan. Hihihi... Tapi hal-hal kesihatan saya tidak berapa kisah. (Macam mana tuh?).

Ok, menceceh banyak-banyak takkan sampai ke Honolulu.(eh?)

Sejak berjinak-jinak tak semena-mena tentang hal-hal main-main tepung ini, saya mula alert dengan beberapa perkara yang saya tak pernah nak ambil tahu dahulu. Perkara ini mungkin terjadi kerana kekangan waktu yang dimiliki oleh seorang gadis itu (aku lah tuh, saja gedik ayat pusing-pusing bajet puitis!) adalah besar (banyak juga, bukan lah 100% atau tahap macam surirumah yang tunggu suami pulang dan layan anak - Ya Allah, kalau saya begini, syukur betul saya! Suka!).

Kekangan yang sempit maknanya tiada ruang waktu. Sebab itu selalu orang cakap "I busy"., "I have no time for that kind of things". Saya pernah berada ditempat begitu selama 6 tahun awal karier saya. Saya tahu rasanya bagaimana. Sebab orang itu dkekang waktunya.

Macam Kes saya waktu tak dikekang lagi seperti dahulu. Makna kata lain I'm FREE. Ewwahh!..Eh..bukan beli satu percuma satu OK? Cuma adalah masa membelek-belek, menelek-nelek. something else. Toleh kiri, toleh kanan. Ambil tahu hal-hal luar, spend time with beloved. Do something I wanna do. Eceh! Macam itu sahaja. Alhamdulillah untuk itu. Sebab itu yang saya mahu - sebab saya tidak mahu ter-miss apa-apa momen yang saya rasa "I'm deserved for it". Lagi saya bukanlah muda belia trang tang tang seperti dulu. Dah bermutasi dan berevolusi dah (apakah kau nih? Alien kah?). Cycle of life dah tukar rentak. Faham? Tak faham tak apa.

Bila baca resipi-resipi. Akan muncul lah segala jenis-jenis bahan yang kau tak boleh bayang. Selama ini kalau duduk buat kuih, kita kenal lah tepung itu. Hebat-hebat tepung gandum. Tapi rupanya ada pelbagai tepung lagi aku tak kenal.

Ada satu resipi memerlukan penggunaan "Potato Starch" sebagai bahan utama dalam adunan. Aku dah macam "eh..apa nih? sama macam tepung ubi biasa tuh ke? yang itu aku tahu lah!. Tapi tepung ubi biasa ialah "Tapioca Starch" atau dalam bahasa ibunda "Tepung Ubi Kayu". Dah sah-sah tepung ubi kayu dengan ubi kentang tak sama. Ubi kayu buat ala potato whipped sedap ke kau rasa? --- > Aku rasa sedap jugak kot! Hahahaha! (Kan sekarang fries ade yang ubi kayu, ade yang ubi kentang?)

OK, banyak iklan lah saya ini kan? Sekolah mana lah dulu ni? Dengan siapa dia kawan nih? Ahli Dewan Undangan Negeri mana-mana ke? Banyak cekadak ni (eh..masuk politik pulak tiba-tiba).

Setelah membuat eksperimen :

1) Resipi asal - Guna Potato Starch
2) Gantikan bahan utama kepada Corn Starch (Tepung Jagung)
3) Gantikan bahan utama kepada Tapioca Starch (Tepung Ubi Kayu)

Saya mendapati penghasilannya adalah SAMA. Lagi pun seperti yang kita tahu, jika penggunaan tepung jagung adalah untuk tujuan memekatkan, kan? Selain itu merangupkan, kan? Betul? Sama lah fungki dengan "Potato Starch" ini. (eh..saya tak cuba lagi letak potato starch dalam kuah ladna untuk memekatkan atau guna potato starch dalam membalut sotong tepung supaya rangup..hahaha!).

Habis? Yang aku sibuk-sibuk nak buat ekseperimen kenapa? Sebab pasal harganya.

OK. Sekarang sampai ke segmen...

"TAHUKAH ANDA?".
(Eh? bila pula wujud segmen nih?)

Sebab saya nak tahu apakemendanya "Potato Starch" itu, saya usha-usha lah. Tambahan tak kenal, kenalah berkenalan kan? Jangan la sombong kan. Tak gitu?

Hasilnya:

1) Potato Starch jarang dilihat melainkan dikedai bahan-bahan kek. Contohnya seperti kedai BAGUS. (hehe..promot nampak? sebenarnya sepanjang hidup saya, ini antara kedai terpaling lengkap saya masuk. Yang lain - ada saya masuk satu kali, semua barang ada, tapi alih-alih kedai tutup terus pulak! pindah agaknya).

2) Jika nasib baik, boleh jumpa dipasaraya biasa yang besar contoh macam "GIANT". atau seumpamanya. (Kalau kedai runcit bawah rumah kamu atau kedai aci depan rumah ada ke tak tahu lah kan, saya tak usha). Tetapi tak jamin. Musim raya jumpalah tepung jenis ini. Itu pun sebab memenuhi permintaan pelanggan yang mencari. Luar musim raya, orang tak cari dah. Kan?

3) The part I most concerned about isssssssss the price of course. Bukan lah I ini bertangkai jering (cuba bayang kalau aku ade bertangkai-tangkai cam jering? kikikiki) a.k.a kedekut. tapi dari segi arena ber-business (Eh..ah kak tak jual kueh okei) adalah wajar seseorang mencari alternatif lain. Orang berniaga nak untung kan? Bukan nak rugi kan? Jangan aniaya orang sudah. Itu saja.

Hasil yang diperolehi:

Brand BESTARI & Windmill. Harga adalah seperti tertera. Berat adalah untuk 350g sahaja.

Re-pack balik dekat BAGUS jumpa...

RM4.50 untuk 500g. (Tapi kamu boleh la cari tempat kamu. Murah untung la kamu. Kawan saya jumpa RM3.80. Tapi....errrrrr..dia duduk Perak lah...kikikiki)

Jadi sebab nak kenal. Kan tak kenal maka tak cinta, saya beli juga nak tengok hasil.

Balik rumah terus cuba tak sabar-sabar (tipu). Saya sabar je. Beli hari Sabtu. Tapi laksana niat hari Ahad. Sebab Sabtu mood saya "liat".

Resipi yang terpilih: MELT-in-MOUTH German Cookies. (Tak tahu kenapa German. Anggap sajalah dekat German mudah nak jumpa Potato Starch! sebab itu dia pakai ituKekekek!). Nanti saya share sini eh. Sangat mudah. Biskut tutup mata nih! Eceh! (KLIK).

Time guna tepung dia, rasa tepung nya sangat lah halus. Licin. Macam iras-iras perasaan rasa tepung ubi (tapioca) atau tepung jagung (corn).

Bila campur adunan- alahai....lembutnya...sampai adunan sangat lembut dan lembek. Bukan lembek cair tetapi tekstur dohnya sangat "alahai". Simpan peti sejuk kejap. Then baru boleh nak bulat-bulatkan.

Buat sekali round - Jadi!

Then saya ekperimen ganti 2 adunan lain yang berbeza. Satu bekas guna Corn Starch, satu lagi guna Tapioca Starch.

Nah sebalang dapat!

Hasilnya? -- SAMA! still melt-in-your-mouth! Yeay! joget-joget suka. Lalalalalaala. Mungkin kurang 0.05% saja dari ciri asal kot! Kehkehkehkeh! (Mana aku tau nih?)

Akhir kata, yang baru nak berkenalan dengan tepungi lah tawar eh tersasull pulak I. Sesiapa nak kenal jenis-jenis tepung, boleh baca sini. Saya baca dari FB.

APA ITU TEPUNG...

TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.
TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.


TEPUNG NAIK SENDIRI?
Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE?
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONGKONG?
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG GLUTINOUS RICE ?
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK ?
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA ?
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

U dapat ilmu, I dapat ilmu. Sama-sama kita dapat ilmu. Bukankah berkongsi itu bagus? :-)

No comments: