Friday, December 30, 2011

Macam Ini..Ombak Rindu Pun Kalah!



Hahahaha

Belum apa dah ketawa macam syaitan-nirrojim di pagi Jumaat. Ooopps! Sebenarnya senyum-senyum sahaja dipagi hari ini.

OK, semalam jam 7, maka terungkailah permasalahan teka-teki Tentang Dhia. Ah...korang jangan la buat-buat muntah ke apa sebab entry berturut-turut pasal cerita ini. *shy

Sebelum itu main teka-teki tuh salah lah. Akhirnya Dhia dan Zikir sehidup-semati bersama. Sad ending but I Like! Sangat suka dan sangat touching! Percayalah!

Happy ending dalam kesedihan..
Zikir + Dhia together forever...

Antara babak...dan pelakon yang menjayakan nya...

Sesungguhnya pandangan peribadi saya:

1) Nak ucap Syabas mere bette! Eh..Syabas Nora Danish sebab berjaya membawa watak "Dhia" dengan baik sekali. Tak sangka Nora boleh berlakun watak-watak yang touching. Sebab rasa-rasa selalu Nora berlakon watak comel-comel budak-budak macam cerita yang ada trademark cakap "Jom kita enjoyyy!". Memang nampak kematangan Nora dalam ini.

2) Cerita yang sangat touching buat saya. Siapalah yang bikin ini cerita? Ombak Rindu pun kalah ni. (Padahal Ombak Rindu pun aku tak tengok lagi!)

3) Cerita yang buat kita berfikir betapa banyak nya ragam manusia. Yang kadang-kadang diluar batas. Rasa nak sekeh sepak-sepak dan seangkatannya.

4) Sabar itu separuh daripada iman. Berapa ramai lah agak-agak nya yang boleh setahan ini. (walau ini lakonan, tapi in real life mesti ada orang terima nasib yang berat nak pikul)

5) Pintu taubat sentiasa terbuka. Kita tidak pernah terlewat untuk bertaubat! Yang penting kemahuan dan perlaksanaan. Allah Maha Pengampun.

6) Watak Melly (ala yang jadi cikgu Zakiah Juvana) pun saya nak thumbs-up! Dengan watak manusia yang sadis memang menjadi. Plus dengan watak "mulut puaka" memang menjadi. Agaknya berlakon cerita ini pun dia pakai spontan kot? Nama sebenar dia Azminda kot!

7) Saya suka ending dia. Kebahagiaan dalam suasana sedih. Touching! Merembes-rembes juga lah air mata ini. Tapi I boleh cover lah...Malu lah I depan customer nak berlap-lap air mata bagai. Tapi kalau sorang-sorang ni mahu aku berjurai-jurai...

8) Jauhi lah perkara yang syirik. Boleh membawa ke murtad. Nanti hantu Pak Boon datang makan kau, nak tak?

9) Seharusnya kita jadi contoh yang baik. Macam kes Dhia ni, dia jadi mangsa. Mak Mertua bomohkan dia sebab Mak Mertua dah biasa main bomoh-bomoh. dulu arwah suami dibomoh, rupa-rupanya dia tau macam mana main bomoh tuh? Sebab nenek Zikir pon main bomoh dulu. Like mother like daughter. Sudahnya orang lain yang tak berdosa yang mati.

10) Ini la drama yang bukan cerita perang-perang atau kisah pembunuh bersiri atau kisah-kisah hantu balas dendam yang banyak wataknya mati. Hmmmm

11) Apa-apahal...sebenarnya point bawah-bawah makin melalut dah. Saya nak cakap, dari kamu tengok OMbak Rindu baik kamu tengok "Tentang Dhia". (walau saya tak tengok lagi Ombak tuh..tapi komen-komen dari rakan-rakan (yang dirahsia nama) yang boleh dipercayai memang cakap "Ombak rindu tuh tak sesedap yang digembur-gembur".

12) Well...Good Job untuk semua pelakon yang terlibat dalam "Tentang Dhia". Terutamanya watak Antogonis : Melly & Ku Salmi. And of coz watak Dhia...Nora Danish memang boleh bawa watak lain dengan lebih baik rupanya berbanding watak-watak ala-ala cerita "Puteri". Pappapapapapapap! (tepok tangan)

Para pelakon...


* Watak yang harus bagi pujian:



Watak Dhia (Nora) yang tabah dan penyabar,


Melly (Izreen Azminda) yang sangat menggeramkan semua orang yang akhirnya kembali ke pangkal jalan,


Ku Salmi (Liza Abdullah kan nama dia?) yang penuh dengan hasad dengki dan pengamalan ilmu syirik
Mummy ni jahat lah! * eh...emo pulak I


Zikir (Adi Putra) ? Errr...tidak berapa menonjol tapi membantu dalam bab pen-touching-an...


OK..I touching dah. Nanti kena tengok ulangan episod 30 sebab semalam kosentrasi saya terganggu dek customer nak bayar-bayar pulak. So mulut melopong semasa menghayati tidak dapat di-praktikkan. Namun begitu sempat la juga memberi peluang untuk air mata bergenang-genang tapi tak sempat nak meledak berjurai-jurai...

Bagi mengenanginya, saya abadikan episod akhir (30) Tentang Dhia. Sila ulang-ulang-ulang banyak kali...Oh....Touching again...



* Status dekat FB banyak yang emo-emo tuhh...
* Si Ros jadi Janda Berhias.
* Bapa, Ibu, Anak habis mati akibat perbuatan syirik.
* Ramai tertunggu-tunggu apa jadi dengan watak jahat tak habi-habis Ku Salmi (Mak Zikir kan?). Tapi tak apa lah. Kan tajuk cerita pun "Tentang Dhia". So cerita kesudahan Dhia je la. Kalau nak tau ending apa jadi dengan Ku Salmi kena buat drama tajuk "Tentang Ku Salmi" lah pulakkk...

Boleh kirakan berapa banyak "touching" dalam entry ini?

Thursday, December 29, 2011

Syak-syak Macam mana Berakhirnya episod "Tentang Dhia"


Salam U oulllsss!

Siapa tak kenal Dhia memang lah dia. Tidak syak lagi dia memang tak tengok cerita bersiri TV3 "Tentang Dhia". Tengok bukan sebab pelakon-pelakon comel macam Nora Danish, hensem gagah macam Ady Putra dan gila-gila "Cikgu Zakiah" Juvana. Tapi sebenarnya adalah sikit-sikit membantu. Hehehehe!


Saya tengok siri ini macam emo-emo tau. Ha...nak cop aku macam makcik-makcik filem air mata lah tuh! Tapi betul la weh! Sedap cerita ni.

Saya malas nak bersinopsisi ulang tayang cerita balik kat Uools pasal semua itu boleh Google, U-tube dan sebagainya.

Saya kadang-kadang berlubang-lubang juga tengok cerita ni. Maklom lah kadang-kadang sampai depan TV lambat sangat. Banyak hal-hal macam ibu-ibu nak kena setel. (konon).

Dah skip.

Tadi lunch hour dah khatam sampai episod 29. Maklum lah I naik kapal korek ke kapal selam yang lambat sangat nih. So bila tak tengok yang jadi tukang ulang tayang cerita dekat kedai mestilah Mama saya. Tapi...Mama cerita saya tak boleh feeling sangat lah. Maklum lah dengan loghat Kelantan dia lagi...memang lah saya faham...tapi macam tak feel. U know what I mean? Apa? Kau cakap tak romantik? Ha...itu eden no komen.

Sampai lah semalam saya tertinggal terus tengok episod 29, lepas dengar ulang tayang cerita dari Mama, terus saya SMS rakan yang macam "sebulu" dengan saya dengan tak sabar-sabar.

Tanya apa kes dah jadi. Lepas tuh macam biasa, sebab saya lagaknya macam penulis skrip ke tuan Director tah terus SMS dekat teman macam ini lah lebih kurang: Eja pun lintang pukang lah lagaknya kan. Dah kata SMS. Kalau tak main short2 kata kita skema ke tak stylo-mylo kan....

"Ku stress sket2. Agak2 ko pe ending Dhia...? isk"

"Dhia baik dgn Zikir, pastu ngandung., tp pas bsalin mati. Mase tu bru zikir tau dhia sakit. Pastu sedih, nyesal, salahkan diri sendiri. Pastu semua tembelang pecah. Zikir suh mak dia n zetty blah...lalu hiduplah beliau dgn anak beliau saje...the end. OK x?

"Ni ko reka ke? Ada x ko rase mcm dorang kawen cross? Mak ku ckp dhia kene kenser, jahat ah mak mertua 2, nk je aku apa dia buat kene kat dia blik...kat anak2 dia, fadan muke...pastu antu raye panjattingkap umah dia makan2 korek2 mata ngan tgn dia sebelah..tp dia idup, pas2 dia pun busuk2, isk"

Aah, kene kenser. X ok eh ending tuh? Xpun dh blik penang antu raye pak boon dtg mkn dia. time tu sume org tau cite sebenar tp tlambat sbb dhia mati...

"ah apa la siksa dhia ni, tp smua laki ada possibility dpt dhia...ros tu amek je la rafi ke azmi da la"

Azmi nk kawen ngan Melly. Raffi la kot dpt Ros

"Xpon, ros kawen ngan zikir tp zikir pulak mandol, xpun kalau xmandol, manjang ngandung anak kena curi ngan antu...

Ko ni byk sgt tgk cite mengarut. Hahahahahah

Ah, sok ku kene habis tgk kan dhia..slalu mak aku je aku pakse tgk pastu cter kat aku"


"Xpn, meli n dhia bmadu...zikir xdpt ape, pasal rupanya dia saket...

Pastu hari raya semua bemaafan. Mak mertua dia plak nyanyok. Anak2 xjage, buang umah org tue sambil saket2"

Tp dasyat sgt la. Aku bace pun seram. Samada zikir dh kene mandrem ngan mak dia atau dia mmg bongok! hahahah. emo kejap..

"Alah, ku ni pengaruh cter kuat, 2 tgk sambil tenganga kdg2"

"Dia emo je maklom la 3bln koma, dia pulak dok mikir Dhia xlayan...aku rase patot la anak2 kene wal hal mak buat.Tp dr segi positip...mak nye 2 xjd pe, sempat tobat...kan awal akhir cter ada hadth ckp pasal tobat..."

Pastu diammm lame-lama...tgh2 malam eh da pagi..dalam jam 1.44pagi kot dapat SMS teman lagi...

Eh, ko punya tekaan da nk betol. Ada psl Dhia bermadu, mybe calonnye ros. Xsbr nk tgk ending!

"Hoh! pe btol ke? Mana tgk? da ade teaser ke? kau da tau ending nye?

Jap, mungkin bmadu ngan ros...tp time majlis kawen, ros n zikir eksiden lg...ros mati ke ape ke, zikir plak slamat tp kaki kene potong...last2 dhia gak jage zikir...erm jap, aku nak cakap mak dia ada dlm rombongan skali. Termati skali. Zeti plak muke parot2 cacat...

Tp kalau fokus dhia n zikir je, cmane ngan laki2 baek mcm azmi n terutama rafi...aku ke ko ke tina ke nak ganti?"

Daku xtau, tp ada sinopsis separuh cite ni. Separuh lg kene tgk esok....xthrill la klu dh tau. Hehehehehe...pandai la ko imagine, xsia2 tgk cite karut

"Eh, lupe nk ckp, terer pndai gak antu raye pak boon tu...pasal pndai maen hnset siap tepon2 bagai kan?"

"isk..siap cari sinopsis ni. Kau gugel2 coz xsanggup tnggu ending ke?

ku igt sok mesti episod laju2. Mane smpat nk tnjuk mak mati kene makan sumpah antu...ros nk berdrama lagi nak amek zikir..nk nyesal2...x dan...paling laju pn bole buat dhia kawen ngan azmi atau rafi. Zikir geget jari pasal tsasul emo crai talak 3...so lupekan je la rujuk"


Hahahaha, xlah ada kwn aku post dr mane tah sinopsisi tu. Tah ye tah tak. Xde keje aku nk cari. aku yakin mesti esok aku ada hal yg menghalang aku tgk episod last. sob3.


Ha...macam-macam andaian tuan director ni ko...Dah macam-macam lagi la. Last-last saya SMS rakan baru kejap tadi (2jam sebelum Citer dhia episod 30 start) cakap:

"Aku rase Dhia mati la...teraniaya sgt2 da...hmmm"

"aku syak dhia mati. Pasal dia salam2 zikir ckp halal mkn minum"

Rilax2...wpun aku nervous jugak ni. Ahhh...kite tunggu ptg ni


* Ok la...entry ni memang tak siap...tapi saja gatal nak published! Sebab duduk terkena 'bahang' dah nih...

* Kita tengok apa ending ye....

Ohhhhh

Tuesday, December 27, 2011

Dakwaan Tayar Ditoreh...Tidak Benar Sama Sekali


Ehem...memandai-mandai sahaja gadis itu cakap tayar ditoreh, disiat bagai. Kene toreh? Siat? Macam lah ada orang dengki sangat dengan kamu kan? Macam lah kamu cikgu sekolah yang budak menyampah smpai nak pancit tayar ke nak simbah cat ke...isk...

Melampau kamu ni.

TAPI...

setelah dirujuk pada yang lebih Arif

"Isk...ini bukan kena toreh ni. Ini alignment awak nih. Dah makan tayar"


Kalau tayar kereta anda kelihatan begini, sila ambil langkah untuk bertukar tayar dan langkah-langkah lain yang mana patut...

Oh...iye ke? Errr...ingatkan terlanggar apa-apa sampai tersiat. Erm, meaning that I need to replace the tyre la ye? huhuhuhu!

Ini la dia kalau orang perepuan bawa kereta. Opps! silap. Bukan perempuan, tetapi kalau orang yang tak tahu atau ambil tahu pasal kereta. Tahu-tahu sahaja dah ditimpa masalah. aiseh! Kesian hijau saya. Dah la merana sejak umur tak sampai setahun akibat buatan orang. Sekarang ini pun? Masih ditimpa masalah.Akibat "kaki" yang tak selanjar. Punca sebenar pernah cerita dulu.

Durjana sungguh dari implikasi pertama ituwww. Tak aci tau. Saya sayang ini Ijau. Huhuhuhuh...

Tak apa, tak apa, kita pergi jumpa doktor kereta lagi lah gamaknya.

* agak-agak, masa bawa kereta, boleh meletup tak? Takut nya macam nih...
* agak-agak bonus ada dapat banyak kah?
* sayangi kenderaan anda walau anda memang mampu tukar-tukar banyak kenderaan sepanjang hidup.
* Hijau saya menuju 5 tahun perkhidmatan. (mungkin?). Hope dia bertahan cun walau sudah habis bayar nanti lagi 2 tahun. Lap U!

Lain-lain cerita HIJAU.

Boleh Pulak TER-Google

... pasal Lisa Surihani dan Insya-Allah pasangan hidupnya kelak Yusri KRU tuh. Hahaha...ramai gila yang minat Lisa sampai berdarah-darah hidung menahan kecomelan dan kecantikan dia (orang lain lah cakap, bukan aku).

Sekarang kena terima lah hakikat ya. Berputih mata.


So, ayat pujuk-pujuk standard :

1) bunga bukan sekuntum..
2) nanti Insya-allah kita diberikan orang yang lebih baik...

What ever it is....Lisa dah kena chop dah! So sila lap hidungh berdarah anda ittuwww!


Sebab kan buat masa ini, mereka belum diijabkabul, jadi tak payah tempek gambar berpeluk mesra. Tak comel dipandang walau hakikat so sweet nampaknya...ehemm

* dulu-dulu Nora Danish dah melepas, sekarang Lisa si muda (lahir tahun 1986) pula sudah dipetik orang. Jadi siapa yang tinggal? Fasha je lah... (batch seangkatan, yang baru-baru tak masuk lah)

* aku suka je tengok mereka dua nih. U all> kita doakan semoga perkahwinan Yusri kali ke-2 & Lisa yang buat pertama kalinya ini kekal abadi hendakNya.
Aaaaminnn..

* ada kesah?

Wednesday, December 21, 2011

Awek Cantik Ajak Mengundi!



OK, kalau cakap awek cantik sahaja, laju dia. Dasar. Kehkehkeh. Tapi memang macam itu pun!

Kalau nak feed-back cepat-cepat mesti kene umpan-umpan bagai. So, rasa-rasa sebab apa PA boss mesti cun-melecun bergetah wangi-wangi? Rasa-rasa kenapa Pramugari mesti kena ambil yang ramping-ramping, cantik-cantik, hot-hot? Agak-agak kenapa eh?

Kenapa agak-agaknya bahagian sales kalau boleh nak orang-orang yang cantik bergaya marvellous untuk kaut untung? Kenapa bos kadang-kadang hantar awek cun dan juga pandai untuk close deal kasi release itu invoice? Mengapakah? Kenapakah?

Ah, malas dah asyik duduk tanya kenapa-kenapa sini. Lu pikir lah sendiri.

OK, saya rasa laaaaaaaama gila tak baca surat khabar dengan sepenuh hati. Jadi segala update tidak berapa tahu melainkan orang lain perkatakan. Baru lah saya hegegh-hegeh cari fakta dan info dekat internet. Maklom lah..konon-konon saya ni macam wakil rakyat. Fuh...nasib baik saya tak ketinggalan tahu pasal Student kita yang kahwin gay di Ireland ituuuew. Fuh. Kasihan sangat ku rasakan. Semoga beliau pulang ke pangkal jalan Aaamiiin (hanya itu yang mampu, nak bebel banyak akan mengguris banyak perasaan rasanya. Jadi mungkin diam adalah yang terbaik, tak gitu?)

Yang saya rasa saya tengok dengan sepenuh jiwa ialah cerita bersiri "Tentang Dhia". Ah. Melalut. Lain kali cerita. Orang nak cerita pasal

"Mari Daftar Undi, Mari Mengundi, Mari Pangkah-pangkah"
*bagaimana nak daftar undi?

Semoga kita semua tersenyum bahagia. Kalau dah jadi...tak ada apa boleh buat...Hmmmm

Lagi sekali, atas seruan AWEK CANTIK AJAK MENDAFTAR. Jom lah cepat daftar undi kamu tuhhh! Serius aku tak tipu, dia memang cantik oii! Tak percaya tengok lah!

* Andalah wira negara...ececececece! Percaya tak kamu tuh wira? Bukan Iswara?

Bukan Gigih Sangat



Salam,

Ewwah-ewwah...sampai 2-3 entryy published hari ini. Bukan lah hebat sangat. 2-3 published pun, entry nya dah disimpan macam pekasam. Nampak tak gigih ke tak nak ber-blog bagai? Saja suka-suka buat isi masa dan terapi diri mungkin...

Apa boleh buat. Idea menderu-deru...bahan bantuan menaip pula tiada. Bila ada, lenyap terus idea dalam ingatan ini. Maklum lah, makan semut banyak. Pelupa pula jadinya. Kawan saya cakap, saya ni kalahkan orang tua kalau pelupa. Disuruhnya saya makan kismis bagi tingkat daya ingatan. Dia cakap

"Ye la...kasi kontra semut-semut tuh dengan kismis, baru balance."

Baiklah. Nanti saya makan seguni. Eh? apa betul ke? Den ni bukan nya senang nak dengar kata sangat. angguk je lebey nih!

Rendang memang sedap. (Yahooo! saya orang ke 15489246972300 yang pandai masak rendang! yeahh! Vangga I. Padahal masak sekali je baru! T____T)


Kuih/Kek Sarang semut enak dimakan. Suka (OK, yang ini langsung tak pernah buat, tapi makan memang banyak kali. Sekarang rasa macam lama tak makan)


Tapi kalau semut dijadikan rendang? Best kah? Macam rupa rendang kerang kah? atau apakah?

Well, hari ini, sebenarnya Big Boss out-station to Philipine (again). So? Marilah kita berjimba-jimba. Hahahaha!

Tak ada maknanya, ingatkan bos kau jauh kau boleh meronggeng-ronggeng datang lambat balik awal lunch lama gila bagai? Tak ada makna nya, Tahu tak? Telefon berdering-dering. Clients menelefon macam kami dah jadi artis-artis glamer.

Hahahaha...


* cuma nak cakap sape makan banyak semut, sila makan banyak kismis juga!

* semut masak rendang best kah? Kehkehkeh!

* imej google dengan kata kunci "Rendangs semut"


Layannnn!

WW #8: Simptom Menua Adalah Lumrah!







Dah cemas ni. Baru perasan dah tua kamu. (aik? baru nak perasan?) - adakah kehidupan kamu sejajar dengan penuaan kamu?

Chow Chin Choww!


* patut lah Erra Fazira yang cantik jelita manis pun buat rawatan pelangsingan muka. Now saya tahu kelogik-kan nya. ..hahaha..apa yang logik?

Apa ke Gaya Nak Claim Duit Nuffnang ni?



Ewwah ewwaaah! Amboi amboi. Macam lah banyak sangat duit dalam tuh! Seakat duit syiling boleh lah kan. Tak gitu?

Awok...awok...dah awok tuh blogging pun tak aktif....follower ade la 2-3 das...kamu pula bukannya rajin bebeno nak meng-folo orang...err...haruskah memfolo-folo eh?

* OK, patut lah Duit tak penuh. Kamu pun malas tak nak kawan orang. Padan lah...sape je yang nak click iklan kamu tuh? Hishh! Srot-srot ambil tisu...sreeettttt!

Tabiat Tengok Gambar Belakang



Hahahah!

Tabiat tuh weh..tabiat tuh weh! Belakang apa pulak ni? Belakang badan kah? Montot kah? Apakah? Udah-udah la nyah..jangan nak geli-geli sangat nanti karang dapat percuma kahadiran ketumbit tanpa diundang. (adakah benar melihat perkara yang gitu-gitu mengundang ketumbit? Hahaha! Pastilah tidak. Tapi apa pasal, asal ada ketumbit je orang tanya "Ha..ngintai apa eh?" ). Kalau ketumbit menambah seri menawan, may be I nak jugak. :-P

Sekarang, saya nak mengaku. Malu juga nak cakap. Tapi saya ada habit suka tengok part belakang- belakang. Selalunya begitu. Lepas itu akan gelak sorang-sorang (mungkin orang lain tak faham) sebab tengok belakang.

Belakang apakah yang Makcik maksudkan nih? Adik tak faham lah!

Isk U oulss! Ni nak cakap la ni. Nak ajak kamu sekali. Kan ada antara kamu jenis stok malas membaca. Jangan kata buku sekolah, Makcik pon malas juga. Ini kira kalau baca surat khabar stok tak baca cerita tapi baca tajuk je sebab malas sangat. Ada ke gitu? Ke jenis tak baca surat khabar macam I nih?

Ha..kalau ada, ada satu blog kau tak payah baca sangat, kau tak payah belek-belek sangat, tak payah kecik besarkan mata kau masa nak membaca sembunyi-sembunyi sebab kau takut kantoi dengn bos.

Tadi.

Lunch hour. Tapi tak keluar lunch. Sebab saya sarapan jam 12 tengah hari! Hohoho!
OK, tak nak cakap banyak. Nak cakap time lunch tadi "main-main" blogwalking, jumpa tentang ini.

Ini sah-sah level pakcik-pakcik. Mempunyai gaya tersendiri dalam meng-ekspresi sesuatu. Kenapa saya cakap macam itu?

Pakcik a.k.a Uncle (ada yang membahasakan Unkel Gedek) ni macam blog concept "Photos (pictures) speak louder than words". Tak perlu menaip panjang. Tak perlu fikir banyak-banyak nak mengarang. Kiranya ayat mudah masuk kepala. Tak ada lah merepek kuat macam saya. Tapi saya tak kencing kamu, kan? Heheheeh

Umpama konsep "Sampaikan lah walau sepotong ayat".

Serius! Tiap entry adalah sangat-sangat ringkas. Dan kau faham terus! Kadang-kadang kau rasa rahang kau longgar sebab tahan gelak ke ape tah! Tah apa yang kelakar tah. Tapi kau jengah, kau faham maksud aku.

As simple as that. So siapa cakap blogging ni susah? Siapa cakap "kalau tak pandai buat blog tak payah ber-blog?". Apa susah. Tengok Uncle Gedek ni. Tajuk entry just letak tarikh-tarikh gambar diambil kot. Semuanya yang dilaluinya sendiri. Tempek gambar seketol dua pam, type 15 patah perkataan macam slogan masuk pertandingan "Pakcik Menang Motor". Tekan Published. Setel! (jarang la title dia panjang-panjang)

Lepas tuh "lu pikir la sendiri".

Kira blog ada imej dan trademark. Tak macam blog www.loyaliris.blogspot.com tuh... T___T. Merapu tak sudah-sudah. Orang pun pening baca. Sebab masa sekolah memang tak suka buat karangan. Cakap boleh la... (eh? gossip ke?)

Tak percaya boleh review ini UNCLEMUKASAMAJE. Hahahah!

Pas tuh orang baca dah faham. Siap pakej gelak sengih-sengih. Hahahaha! U try first! Tak tahu lah kalau saya yang gila. Sebab saya yang faham tapi kamu tengok "Tak ada apa pon. Tak best pon. Apa punya taste budak nih?". Up to you. I don't mind pun. Hehehehe

Again, apa yang dikenalpasti selaku saya sebagai pembaca blog Uncle Gedek:

1) Self potrait daily. Memang dilalui sendiri situasi itu.

2) Setiap photo akan ada gambar mukanya dengan ekspresi yang sama. Tak kira apa-apa gambar. Latar belakang sahaja berbeza.
Mempunyai kerutan dan memek muka sama setiap gambar. Jadi saya nak panggil Uncle ni "Uncle Muka Stret". Boleh?

3) Tak payah type cerita banyak-banyak. Macam type MMS ke SMS tah!

Ok lah, sebab post ini dah diperam zaman berzaman sejak zaman Tun Teja ke apa tah, saya dah lupa nak type apa dah.

Jap...mari tempek dua tiga kerat muka Uncle ni...cuma spot apa yang berubah di memek mukanya? Kekekekek



Eh? Banyak pula gambar tertempek. Tengok betapa saya saya nak tunjuk dekat kamu (uih! usaha gigih ni!) yang kerutan, kelebaran hidung, bukaan mata, keluasan dahi, perimeter muka, darjah sudut dan sebagainya tak berubah! sipi-sipi mungkin.

Eh? Macam ini pun boleh? Mesti gigih mengejar akak si akak balancing atas kepala tuh. Aku syak Uncle ni ada alat setting macam mana nak ambil gambar lah! Imagine..mesti lepas kejar-kejar akak tuh muka dia mengah..tapi? Acu ko tengok kerutan muka tuh? Apsal steady jek? Hahahah

Pergilah bergelak ketawa dengan "PAKCIKMUKASTRET"


Bye!

* So maknanya saya ada tabiat belek gambar sampai gambar latar sekali. Lepas itu gelakkan gambar latar itu bukan nya gambar watak utama (bahan fokus gambar
)

* Tengok lah, cerita entry ni sahaja dah panjang berjela-jela (tah faam ke tak kamu?). Uncle tak payah cakap apa-apa pun!

Thursday, December 15, 2011

Ke Ke....Tum Tum...Bit Bit...


Selak kamus (siri terjemahan sendiri lah semestinya, sini kamus mana nak jumpa sangat...atenyer kamu pandai bebeno cakap melayu? Haih?)

Keke? - Bunyi gelak ketawa macam mengekeh-ngekeh

Tum Tum? - Kalau saya yang rajin layan hindustan ni, maka tak semena-mena belajar sedikit diction bahasa Hindi ituw. Tum = kamu, kalau tum tum? maka jadi kamu-kamu.

Bit bit? - Ini lagi mudah. Sebab atenyer kalau tengok cerita Melayu macm "Ombak Rindu" macam tak thrill (Kau nak kena libas? cerita itu memang tak thrill, tapi kabonya romantik bebeno. Benar kah?). Ok Fine. Kembali ke makna perkataan. In english bit = sedikit. Bit bit = sikit sikit? Hahaha!

Makna gabungan? Ketawa Kamu-kamu Sikit-sikit. (?)

Hmmm..not bad... :-P

Hahahaha! Hantam sahaja lah. Amik kau. Translasi bukan setakat menggambarkan bunyi keke) tapi sangat majmuk (sangat ke?) dengan pengertian bahasa Hindustan dan juga English. Amacam?

Ehem.

Sebenarnya, semua translasi adalah perkara pertama yang timbul terapung di pemikiran saya. Spontan. Jadi jangan mahu percaya sangat! :-P

OK. BAik berhenti merepek dua-tiga perenggan ini.

Nak cakap saya disahkan terkena serangan ketumbit! Ya Allah! Nak kata saya mengintai-intai..jauh sekali. Tak sempat nak buat intaian dengan kesibukan saya sekeliling ini. (amboi...macam Menteri ke you ni?).

Tak pernah-pernah dalam kehidupan saya dihinggapi ketumbit! Malu betul saya kalau dia membesar dan membenjol dan membentuk seakan "tarikan" orang ramai merenung saya yang hensem ini. Heheheh!

Di bucu mata kiri saya.

Ni gambar contoh aje. Tak sanggup nak muka penuh, sebab errr...errr...

TIPs!

Aik? Dan-dan nak bagi tips. Ya la kan. Nanti senang kamu get ready macam mana kamu akan bakal memiliki sebiji-dua ketumbit comel di mata mu yang menawan itu. Mudah sahaja:-

1) Rasa macam tertarik-tarik urat mata. Sebenarnya urat tuh tak tertarik, tapi sebab nak membentuk benjolan menggoda, maka dia macam mengganggu kosentrasi kamu sebagai seorang berwibawa dan berjiwa murni ituwwwww!

Sebab kan saya tak pernah kena, maka saya mengadu dengan Mama.

"Mama Kak Long punya urat dekat tepi mata ni macam sakit tarik-tarik lah".

So! Kalau rasa gini kamu get ready untuk membenterasnya dari tumbuh lalu mengundang malu dan terima ejekan gurauan "OOOO..kamu mengintai siapa ni?".

Jangan sentap ya adik manis! :-)

OK, sebenarnya tips ada (1) saja rupanya. Poyo je letak nombor bagai. Macam la banyak simptom! Ceit!

Rawatan:

Mudah saja. Ambil seulas bawang putih. Potong sikit bagi keluar air bawang itu. Tenyeh je bucu maca yang disyaki akan dijajah oleh sang ketumbit durjana ituww! Got it? Jangan tenyeh dalam biji mata kamu sudah. Akak tak bertanggungjawap.

Tenyeh 2 -3 kali sehari. Insya-Allah. "Ketumbit! Nyah kau dari sini!". Hehehehe



* sebab langkah awal diambil, maka ketumbit terus musnah harapan bertakhta dimataku. Alhamdulillah.Kalau takk? Sendiri mahu ingat. Takkan aku nak pakai spek mata itam dalam opis? Apa buang tebiat kah?

* Kebetulan hari Isnin hari tu public holiday (birthday Sultan Selangor). Selamat saya. Kalau tak terpaksa hadap muka dengan ketumbit. Tak naya?

Sekian.

Bye!



Wednesday, December 14, 2011

WW #7: Also Available...

Ayam Penyet @ Restoran Anika Selera, Kelana Jaya...
(juga available dalam versi ikan keli dan udang)


Chicken chop , Grilled Chicken, Lamb Chop, Beef Steak, Sirloin Steak, Mixed Grilled

Siakap Stim...

Siakap 3 Rasa...Bawal pun ada juga...

Goreng-goreng pun ada juga...contoh: Kuew teow, Nasi gorang biasa, goreng kambung, goreng kerabu, goreng ketam, goreng pattani, goreng tomyam, nasi goreng belacan juga...

Sotong kangkung...

Minuman..biasa? air buah-buahan? Milkshake? Ice-blended? available here...

Semuanya ada di Restoran Anika Selere. Jemput lah!



* hoh! memenuhi tema Wordless Wednesday (WW) ke kalau begini eh?

Monday, December 5, 2011

Dah Ombak-ombak


Ombak. Kejadian alunan besar air laut membentuk alun-alun putih cantik mempersona.

Deruan ombak menghempas pantai membuatkan pasir berubah...ewwah!ewwahh!

Alun-alun bak rambut ikal mayang sang Puteri Duyung dalam buku cerita. Ada sesiapa pernah jumpa yang betul-betul?

Adakah secantik dalam cerita Narnia?

Ah abaikan sahaja. Bukan penting sangat. Kalau betul pun, kita masih perlu bayar yuran sekolah tadika anak juga (?). Eh. Tiba-tiba yuran sekolah anak pula jadi galang ganti.

Sekarang kita cakap pasal hal ombak ini. Bukan Bora-bora Ombak tetapi filem baru adaptasi novel itu lah...

Novel itu...

Oh Abang...Eh? Ini Filem nya...
Tengok bintang-bintang nya: - Aaron Aziz, (ehem), Maya Karin (ehem ehem), Lisa Surihani (ehem ehem ehem)

Amacam? Sana sini duduk cakap tentang ini. Status rakan-rakan di FB bersepah kata feeling ini cerita, So?



Trailer...

* Macam best. Dengar-dengar ada yang nangis tengok?

Berombak tak anda?

Wednesday, November 30, 2011

Apa Hijrah Kamu?


Salam Maal Hijrah semua. Saya kira masih belum terlewat untuk ucapkan kepada kalian semua. Walau Maal Hijrah sudah meninggalakn kita 3 hari di belakang (masa entry ini ditulis, tapi saya yakin akan lambat published atas dasar kekangan waktu tambahan lagi skill menulis tak pernah nak bagus). Tapi tak mengapa.

Orang-orang selalu ternanti-nanti saat datang nya 1Januari setiap tahun sebab macam merupakan titik-tolak untuk memulakan sesuatu. Masa ini lah kita menanam cita-cita yang mahu digapai bak menanam benih-benih cinta agar berkembang mekar sepanjang waktu. Ceh! Konon-konon sahaja. Menunggu detik 12malam untuk mengucapkan "Happy New Year!" kepada orang-orang yang terpilih dan salah pilih. Saat itu lah berkuat-kuasa segala planning. Sukses ke tak, kita tak tahu lagi. Huhuhuhu..

Apa kata kali ni dari kamu tunggu-tungu kehadiran 01 January untuk melancarkan niat, baik kita lancar sahaja niat-niat kita sekarang? Lebih berkat dengan kehadiran 1 Muharam bukan? Amacam?

Untuk gadis-gadis cun comel yang terdetik niat "Mahu pakai tudung tutup aurat"...jom lah mula pakai sekarang. Tak perlu tunggu hadirnya 01 Januari ke...Bulan Puasa ke...etc lah. Jom mula sekarang. Perlahan-lahan. Tidak mendadak-dadak. Orang cakap slow dan steady sahaja. Biar orang lain tak perasan perubahan kamu itu, tapi cukup kamu sahaja yang perasan? Amacam?

Yang bertekad mahu memenuhi lubang-lubang solat yang selalu "terkoyak" sana sini itu..apa kata kita mula sekarang. Terus-menerus tanpa henti? Tidak perlu menunjuk-menunjuk atau perlukan semangat-semangat luar. Yang perlu hanya kehendak dan kerelaan serta keikhlasan hati sendiri sahaja. "Eh? macam mana saya nak tahu saya ikhlas ke tak ya?". Hmmm...Keihklasan ini hakikat sebenarnya kamu sendiri pun tidak tahu. Apa yang pasti buat dengan kerelaan hati dan patuh suruhan Allah dan percaya akan dikurniakan sebaik-baik kurniaan dari-Nya.

Yang mahu mulakan hidup baru? Mari lah hayun langkah. Jangan tangguh-tangguh. Takut tak kesampaian pula...

So, kesimpulan nya, mari lah kita menuju ke arah kebaikan bersaman-sama. (ayat mati kutu sebab tak ingat dah nak cakap apa. Feeling dah hilang)


Wassalam...

Yang selalu duduk bergossip-gossip tak tentu hala, apa kata hari ini kita cuba sikit-sikit kurangkan gossip kita sampai la dia menuju ke angka "0". Bercakap tentang kemuliaan adalah jauh lebih baik dari duduk-duduk di tepi kain orang dan buat orang sakit hati. Betul tak? Jadi mari lah kita bertukar. Kalau dulu kamu dikenali sebagai Kepoh Kecoh. Sekarang kita bertukar. Kepoh itu bukan sesuatu yang comel. Hahahaha! (tapi kadang-kadang comel juga kalau mencuit hati..hehehehe).

Bagi yang mahu bertukar peribadi dalam diri juga, mari lah buat sekarang. Yang baran? yang suka fikir bukan-bukan? suka syak sana sini? suka membangga diri? riak? bakhil? Mari lah bergerak. Semua ini bergantung kepada keinginan diri kita sendiri.

WW #6: Should Try!






You should try this one...


Chow! (Bukan di ChowKitRoad OK!)

Tuesday, November 22, 2011

Walau di Darat tapi Boleh Menggapai Awan


Amboi amboi amboi Combi...dah macam pramugari ke pramugara tah. Macam cerita Awan Dania pun iye jugak Tapi malas la nak cerita-cerita siri TV nih kan....

Kita nak cerita HOT je sekarang. TERKINI. Kang kalau cerita lambat kata "ala cerita basi". (Padahal masa type ni pun memang dah nak 24jam basi. Isk...)

Walau begitu, jangan bantutkan hasrat tapi sila tingkatkan stamina supaya kita bergerak seiring. Eh? apa kau melalut?



TAHNIAH HARIMAU MUDA!!! Auuummmmmmmm!

Andalah wira negara. ececececece!

Sebab?

Tentunya atas julangan pingat EMAS untuk Bola Sepak di Sukan SEA (SEA Games) yang berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Palembang.

Ibu segala emas yang direbut-rebut semua milik Malaysia!

Syabasss!! Walau harimau hanya berada di darat, tapi dapat juga menyambar Garuda di udara! Fuhh! Tabik spring lah.Walau banyak dugaan dan rintangan, nampak nya kalau sudah rezeki menang, tetap menang juga. Tak cukup rintangan sedia ada, perang psikologi yang dihadapi pun mampu dicantas skuad. Terbaikkk!

Semua bermain sangat bersemangat dan steady walau awal-awal dah kena gasak dengan Indonesia yang balun rempuh macam makan apa entah. Alhamdulillah. Kita masih boleh bangkit dengan tandukan Asra tuh!.

Last-last penalti sahaja penentu segala.

Orang cakap, menang penalti "apa la sangat", BUT! sebagai penentu, kita kena fokus juga! Rugi tak menang kalau pingat kemenangan hanya di depan mata! Mesti terkilan gila kalau tak gapai.

Memang stress la tengok time penalti tuh. Saya tengok time tuh saya tutup telinga mata terbuka (boleh imagine). Lepas tuh stress sebab sepakan ke dua tak dapat tembus gawang. Aiseh! Sengit tuh! Tapi apa-apa pun, tendangan terakhir Badrol berjaya memecahkan kegamatan di kedai saya! Woooohooo!!

Terloncat-loncat, terlaung-laung semua gembira. Sahut menyahut sana sini. Kedai saya bunyi, kedai depan sana berbunyi, kedai mamak sebelah kiri laaaaaaaaaaagi lah jangan cakap. Penonton ramai gila...Asal bola dah nak dekat dengan gol, semua pakat jerit " Haaa! Haaa! Haaaaaaaa"....lepas tak dapat "Aduhhhh" ramai-ramai. So sweet. So fun. Muafakat betul!

But berlainan pula dengan penyokong dipihak lawan (Indonesia). Kalau nampak macam nak gol, tapi tak gol, mereka cakap "Boddddohh!" dekat player itu. Huhuhuh. Seee?


Saat kemenangan...Ibu segala emas kita yang punya...yiiiihaaa!

Kita menang! Kita bukan menang motor...tapi menang emas..Ibu Emas!

Time lawan tuh, time Indonesia mendahului 1 gol, pekerja saya happy gila. Siap malam itu pakai baju merah kau! Time tuh kita frust lagi mengharap gol juga lah. And then penalti, masing-masing duduk doa masuk lah gol. Pekerja dah siap janji-janji dah, kalau menang nak buat apa (tak nak cakap apa lah, hahahah!).

Lepas semua selesai, naik la status-status facebook dengan macam-macam bentuk ucapan tahniah. Tak kurang juga sebelum-sebelum itu ada yang menyalahkan pemain itu pemain ini. Well, this is a game. The player do not know what will be happen, but they try their best to play and win. They know what to do. So don't blame lah kan. They are in a team. Let them play the rules. Kita support lah! Saya percaya kalau kita kalah malam itu, mesti some of us keep blaming sana sini. Kan? Not good lah...

Jangan lupa say "thank you" to Mr Ong Kim Swee (jurulatih Harimau Muda) yang membuat percaturan mendebarkan...

OK, lastly, Tingkatkan prestasi, kurangkan kontrovesi. Jangan bongkak dengan kemenangan ini...

Bung...Jangan menangis, boleh cuba di lain kali ya!

* Anyway komen untuk tuan rumah: Persediaan Sukan SEA tidak memberangsangkan. Attitude penduduknya juga tidak mencerminkan sesuatu yang comel. Time lagu negara ku dimainkan pun tak hormat, lepas itu skuad Harimau Muda terkandas dalam bas beberapa jam selepas tamat perlawanan kerana penyokong lawan frust tak puas hati buat sesak jalan. Siap meluah kata-kata tak comel meludah-meludah bagai. Sangat tak beretika, tahu ngak kamu? Kita seharusnya mengekalkan kemuafakatan antara kita. Kalah menang adat pertandingan.

* Dan-dan tuh nak buat doping? Ek elllehh...steady la dulu...