Tuesday, June 28, 2011

Bagaimana Lah Anak Kita, Baby?

" Baby, Baby, agak-agak U lah kan, macam mana agaknaya anak kita nanti?"

- Kata Balkis kepada Farid pada suatu hari sewaktu pertemuan sorok-sorok kerana mahu cover line dari hubungan sebenar yang tercipta antara mereka dihidu oleh Anna (isteri pertama) yang garang dan kuat cemburu.

p/s: Balkis dan Farid tuh watak cerita
ANNISSA. Siapa tak tengok, rugi dia. Eceh! Tapi dialog, aku sukhati buat...boleh? hahahah

- OFF -

OK..jangan lah blah dulu. Kasi la can saya merepek se-pam dua kan...OK, serius sekarang K..


Agak-agak kamu lah, macam mana anak-anak kamu? Yang ada sekarang? Yang bakal ada nanti?

Saya sudah lama perasan, saya rasa zaman Ben-10, Atashinchi, Chibi Maruko Chan, Shin Chan, Naruto etc sekarang-sekarang, saya rasa nak jumpa ibu-bapa yang mendidik anak-anak dengan cara memukul tidak keterlaluan sudah tiada lagi. Jangan kata pukul la, cubit atau marah anak-anak supaya menjaga perilaku pun susah. Ramai yang memilih untuk TIDAK memukul anak-anak sebagai cara mendidik. LANGSUNG TAK. Tidak langsung menegah dan melarang. Tapi tak tahu lah kalau dekat rumah anak-anak kena balun tapi depan orang ramai ibu-bapa cool macam angel sebab malu orang usha kau and then fikir kau macam Bapak Godzilla ke apa tah. Balik rumah...SIAPP!!

I wonder why. Adakah ini kasih sayang sebenar? Atau ibu-bapa tiada masa untuk menelek perihal dan perilaku anak-anak, atau apakah? Atau adakah ibu-bapa sekarang mempraktikkan dasar "Tak Apa" dalam mendidik anak-anak?.

Secara peribadi, walau saya belum lagi menjadi seorang ibu, saya merasakan perlunya ketegasan dalam mendidik anak sejak dari awal lagi. Melentur buluh biar dari rebung nya orang cakap. Jangan nak tunggu anak dah macam kayu balak baru sibuk nak bentuk-bentuk kan. Anak-anak dah tepu dengan cara kau sejak kecil lagi.

Maksud ketegasan di sini bukan kau suruh anak kau pumping ke lompat katak ke angkat berat semua itu. Itu tidak perlu. (tak tahu lah kalau kau prefer membesarkan anak ala tentera - sengih pun kene cubit..susah jugak! Stress anak kau!). Bukan balun pakai besi panas tu. Itu namanya mendera. Sangat lah bukan ciri-ciri ibu-bapa yang baik kalau kamu mendera anak-anak. Kalau dera kucing pun tak baik. Tahu?

Biar anak-anak kamu menangis sekarang sebab "TAK BOLEH" dan "JANGAN" kamu. Percayalah anak-anak akan absorb apa yang kamu terapkan asalkan betul caranya. Insya-Allah. Perilaku kamu juga mempengaruhi anak-anak juga, tahu? Anak-anak waktu membesar mempunyai otak yang sangat aktif dan senang tangkap apa yang didengar, dilihat, dibuat. So...sediakan lah diri apabila mendidik anak-anak.

Fuhhh..chewwahh! Macam penceramah saja saya ni. Padahal tak bertauliah. Hanya mahu cakap seposen-dua dari apa yang terlintas difikiran.

Saya nak share sesuatu.

Sudah banyak kali sebenarnya, saya lihat budak-budak yang behave lain macam. Saya tak kisah kalau anak-anak kecil membuat sepah, lari main kejar-kejar masuk bawah meja kedai. Saya tak kisah. Sebab itu perilaku normal budak-budak baru nak "belajar". Kan ada certain budak, jarang keluar rumah, asyik terperuk je kan. So bila keluar, dia punya excited lain macam. Faham-faham sajalah zaman sekarang anak-anak kecil banyak membesar di nursery. {tak apa...nak buat macam mana, kita cari rezeki kan? ;-) }

OK, apa aku nak cerita nih?

Macam ni, saya terkejut tau pada suatu hari tuh, ada lah customer anak ada lah dalam 5 orang kot. Yang sulung dah besar lah. Tak payah jaga dah. Tetapi kelihatan adik-adiknya jarak umur macam jauh-jauh.

Biasa la, bila kamu datang ke sesebuah kedai diwaktu puncak, kadang-kadang kamu lambat di entertain. I mean, bukan tidak dilayan sampai 10 minit tercongok ternganga macam dugong terdampar tepi laut tak ada orang peduli. Cuma kurang dari 5 minit menunggu gitu saja.

Terkejut tau saya, time on the way ke meja customer tuh, anak dia bole cakap macam ni:

"Wei nate! cepat sikit lah. Orang nak makan ni. Lapar. Dah la bayar..lambat betul nate nih"

* nate = binatang

Siot gila aku dengar. Dalam hati aku cakap "tak padan kecik budak ni, panggil orang macam ni. Mana belajar". Rasa macam "Weh..kau mai sini, aku nak piat sikit...kenapa tak pandai sopan nih?". Ha macam tuh la..

Dia cakap macam itu depan ibu-bapa dia tau. Aku tengok muka steady je mak bapak. Jangan kata cegil mata sikit apa dekat anak. Tak ada pun nak tegur "Apa cakap macam tuh? Nak kena ke??" (Sambil buat muka garang-garang bagi anak kecut perut menyorok bawah meja). Ini tak ada langsung! Hishh!

Saya faham budak-budak. Tapi saya macam tak boleh faham macam mana ibu bapa biarkan saja anak dia buat apa saja sampai orang lain tengok rasa annoying.

Kalau time saya kecik-kecik, jangan harap lah nak over excited. Ingat lagi, time pergi fun-fair aku terkinja-kinja nak itu ini, sekali aku kene "prappppp" (cubet)..diam aku. Dah bole behave comel-comel dah (konon comel). Tak ada nak marah lawan-lawan berbalas tinggi suara dengan Abah. --------> Abah saya memang garang, Mama memang opposite habis...Fuhhhh...

Ingat lagi satu hal. Aku kan budak. Tak pernah tengok banjir. Over excited duduk seronok main-main air siap rendam-rendam konon macam feeling Sunway Lagoon (time saya mana ada Lagoon-lagoon nih). Lepas tu Abah sound cakap suruh duduk diam-diam. Banjir. Nak kemas barang. Aku buat idakkkkkk jek. Duduk syok-syok lompat-lompat baring-baring, tiba-tiba keneacubit dengan Abah. Kena cubit dekat paha. Sakitnya...WOWW!. Rasa nak nangis, tapi kontrol. Esok hari tengok ada lebam bentuk "love". Hahahah...Esok tunjuk dekat Mama sambil gelak-gelak kelakar sebab paha ada "love biru".

Ha...itu baru aku ligat sikit dah kena cubit. Zaman sekarang?? Anak-anak panjat meja baling-baling cawan pun Mak-pak steady je. Pelik la tengok...hishhh! Anak-anak nak apa-apa, semua bagi, semua kasi. Haihh..susah hati saya...

Adakah waktu saya, saya juga begitu nanti?

Saya tahu ibu bapa sangat sayang akan anak-anak mereka. Jaga seperti menatang minyak SHELL yang penuh. (Minyak petrol kan mahal! hahaha).

Saya faham naluri ibu-bapa yang macam kalau orang busy hal anak dia, dia rasa sentap! Orang sebut lain macam sikit mata dah macam berapi hati menggelegak kebas macam nak cakap "Weh! Kau apahal cakap pasal anak aku? Aku tau la jaga anak aku". Boleh bertumbuk mak-pak kalau gini, ye tak?

Aku jamin, mungkin ada ibu-bapa macam berkecil hati apabila ada orang complain anak mereka berperangai yang kurang comel. Itu lah dia. Hakikat. Kalau saya pun mungkin memberi reaksi begitu. Entah lah. Tak tahu....

So...agak-agak macam mana anak saya nanti? Adakah bermuka angel di depan saya, tetapi bertukat menjadi Devil di belakang saya? Ada kah saya mampu menjaga dan mendidik anak-anak sepeti yang sepatutnya - tahu menghormati orang, memiliki sifat terpuji dan pastinya bukan seorang yang bongkak dan takde nilai-nilai sensitif.

Saya takut.


OK. Bye!


Friday, June 24, 2011

Ada Pencetus, Semangat Pun Berkobar-kobar.


Betul.

Eh? Apa yang betul nya Nozie?


Aku cakap, memang betul kadangkala kita perlu "pencetus", baru kita bersemangat. Contoh? Semangat memasak. Hahaha!

Aku tak tipu. Kau ingat senang ke kalau orang yang bukan hobinya memasak tapi tiba-tiba dia semangat beli barang masuk dapur bagai? Siap usha resipi dekat internet..

Tapi kalau setakat "pencetus" suam-suam...tak apa jugak...ini yang selalu tempek hasil kerja tangan yang halus membaking cake dalam FB tuh yang tak tahan. Tengok glowing-glowing melting-melting macam saliva sendiri menjejeh...tak ke jeles?

Tuh la orang cakap pencetus semangat. Dia bukan lah sikap yang sama wujud time dulu-dulu bila surirumah nampak jiran dia beli emas sampai pangkal lengan, dia pun sibuk nak juga beli emas sampai pinggang. Nak lebih!

Bukan macam perasaan bila akak hujung kampung duduk renovate rumah sebesar-besar tanah, kau pun sibuk nak renovate challenge kebesaran rumah dia.

Bukan jugak, bila tiba-tiba kau siram pokok bunga tiba-tiba nampak lori Court Mammoth lalu depan rumah kemudian kau terhendap-hendap busy body tengok rumah mana yang beli perabut baru kemudian tiba-tiba kau jadi peramah pergi melawat jiran. Padahal kau dah lama pun tak jenguk. Tapi sebab kau nak tengok mahal ke tak perabut, kau buat la mesra. Kemudian balik bodek suami beli perabut lagi mahal lagi cun dari jiran tadi.

Bukan semangat begitu. Kalau begitu nama dia - IRIHATI. Not a good attitude kalau begitu. Betul?

Saya suka tau tengok kawan-kawan semangat mencuba sesuatu terutama sekali memasak. Memasak kek dan segala pencuci mulut. Sumpah kagum aku tengok. Terer gila memasak rasanya walau hakikat rupa hodoh je kek tuh! Kagum dengan ketekunan.

Selain semangat rakan-rakan keliling, insan-insan tersayang pon boleh kira jadi pencetus semangat. Contoh: Anak-anak ke, adik-adik ke, suami ke, boyriend ke...bakal suami ke...kekekekek! betol tak?

So! Sebab semangat la jua gua secara tak semena-mena membeli oven demi merealisasikan impian gua jadi ibu yang pandai/tahu buat kek untuk anak-anak. Hahahah! Gua pernah cerita hal itu di sini. Kejadian itu merupakan titik tolak semangat tak semangatnya aku nak mencuba sebab kebosanan. Tulus dari hati. Hangit pun rasa seronok sebab tak sangka boleh buat juga!

Apa yang bagus apabila kau bosan tapi ada semangat? Jadi macam ni. Buat 2-3 jenis benda kemudian bagi orang makan. Sebab kau tukang buat da tak rasa nak makan dah. Rasa sikit jek!

Panaskan oven 190 darjah...

Ini apa?


Gaul dengan mentega roti tuh. Patut cair kan mentega, tapi I ni stok sempoi, I tenyeh-tengeh je roti tuh...janji rata


Dalam bekas lain, letak susu segar dalam kotak, pecag telur 2-3 biji, ikot agak-agak hati. Kacau...letak gula dengan esen vanila. Bahan ni agak-agak sesedap rasa je. Gula jgn la banyak benau..kang manes...


Letak la apa barang kau orang nak letak dalam ni. Ni eden lotak almond flakes dengan choc chip jek...Kismis pon boleh! ikot kamu la nak telan apa...



Apo kau tunggu lagi? Kau tuang sajalah. Letak tepi dalam menet kasi meresap adunan tadi dengan roti. Masuk oven, bakar lah 25-35menet.

Setel! Ini la puding roti koboi...hahahaha!

Ni plak kek mentega. Kamu cari aje resepi ye. Banyak. Ikut standard2 je. Ni den gatal buek perisa durian...hahahah!

Tak sampai 2 jam, kamu dah dapat 2-3 jenis dah sambil tengok TV sambil tunggu bau hangit! hahahah


Oh! Kamu la bau hangit tadi ye?'

Aku bukan apa. Nak cadang la kat adik-adik, kot semangat masak kek, beli la hand mixer seketol. Jangan jadi macam makcik ni dik Non. Sebab selalu lupa beli, maka berhempas pulas la memukul adunan pakai sudu sup la..pakai whisk lah...

Kang jadi cam ni, kamu tensen. (Nampak sangat whisk ni harga tak sampai rm4..hahaha!). Habis tertanggal...kene berhenti masuk kan balik dawai-dawai dia..haih!

Sebab kan rumah ni bahan-bahan dan peralatan limited, ini je la den buat mengisi waktu senggang...

Nasib baik adik laki aku mari. Aku paksa bawak balik! huhuhhu! Aku? Kemas-kemas siap pergi Kelana Jaya.

* sekian jumpa lagi dalam rancangan "Memasak Koboi"..

Memang HOT! Tengok la Annissa!

Imagine:

Kamu dan 3 kawan baik gila (makna nya masuk kamu, jadi 4 sekawan). Stok kamceng gila sampai kau orang saling percaya antara satu sama lain buka la bisness. Semua komited, tapi selepas beberapa tahun business kau orang ON, ada sikit "goyang" pulak.

Banyak hal melanda yang perlu kau tangani.

Imagine yang dalam kau berkawan ni...situasi kamu-kamu yang berbeza-beza:

1) Nama Anna. Seorang yang sudah berkahwin selama 5tahun tapi tiada anak. Pergi ceck doktor dan disahkan kamu seorang yang mandul. Seorang yang HOT!

"I tau suami I ada orang lain. I tau dia sayang I. Kalau I tau dia kahwin lain, I boleh mati. I tak sedia"

2) Nama Balkis. Seorang yang kau rasa kawan rapat kau paling kau percaya, tetapi rupa-rupanya dia jadi madu kau dalam diam. Dia baik, cuma silapnya dia ditakdirkan jadi madu kau dan selalu kena cover line hubungan dia dan suami kau. Seorang yang HOT!

"Kalau lah Anna tahu I la madu yang dia cari-cari selama ini..."
Jahat ke I? I sayang kan Anna..but I sayang Farid juga...I nak cium kaki Anna sebab I buat dia gini...ermm


3) Nama Shiela. Seorang yang rupa-rupanya gunting dalam lipatan. Songlap duit yang kau orang berbisness sampai RM5juta! Mak datok! Tapi kau orang semua tak perasan. Seorang yang HOT!

"Bodoh kau orang ni. Duit juta-juta hilang pun kau orang tak bole trace. Aku kayo! Aku tak peduli kalau company ni tutup"

4) Nama Sara. Seorang yang tak bersalah, tapi dituduh. Kemudian membawa diri kerana tak mahu kawan-kawan rapat sedih atas keadaan diri yang mempunyai penyakit barah otak. Kene tuduh jadi perampas suami orang, padahal orang lain yang salah tapi kau yang kena penampar free? Apa kau rasa? Seorang yang HOT!

"Apa salah aku? Kenapa tuduh aku? Aku tahu apa jadi tentang mereka, tapi aku tak sampai hati..."


Cuba kau kena macam nih...

Pendek kata memang semuaya HOT.

Cerita ni, duit bukan masalah. Tapi kemelut (eceh!) melanda tu. How to settle the probs.
Tengok la cerita ini. So far sepanjang 12 episod, adalah tidak mengarut macam aksi romantik Nora Elena yang ternyata buat kau menggelamun panjang sambil sengih-sengih ikut terbang naik bulan bintang.

Ehem...I tengah fikir macam mana nak cover line. Sorang i panggil "Sayang", sorang I panggi "Baby". Sometime I tersasul. I tersasul! Hish! I love both of them. I tak rasa bersalah i ditakdirkan kahwin dua, tapi I rasa bersalah bila tengok muka Anna. Haii...nasib..nasib...Yang penting jangan stress..

Cerita Annissa ni tidak mengecewakan. Malah buat sentap! Buat suspen! Memang cerita kehidupan, kisah suami isteri, persahabatan, kemelut kehidupan semua. Cerita pasal poligami, cover line cross line, jadi barua semua ada! Cerita dia laju dan tak boring! Kira kalau kau kerja esok hari pergi office boleh buat bahan cerita sensasi yang diborak seluruh pelosok office lah. (Lelaki aku tak tau ah...mungkin terpaksa tengok sebab wife/mak dia tengok...OK pe? Kau orang lelaki boleh belajar macam mana nak cover line bila ada 2 isteri..hahahah!)

Well..inspirasi dari Beckham & Vicoria kah? Lepas ni ada la wife request kat suami nak buat frame romantik berdua macam ni sebab nampak cool..

4 sekawan yang hot....

Cerita ini juga akan buat kau rasa macam.."Argghh!!"..sebab ada satu watak tuh Eizlan Yusuf ( Jadi Kamal dalam cerita ini) rupa-rupanya jadi barua dekat Balkis & Kamal (Zamarul Hisham yang jadi suami kepada Anna dan Balkis). Kasihann Oh!

Udah-udah la aku gebang banyak. Kau orang layan lah. Memang realiti punya lah...
Tengok lah teaser ni:


Rupa-rupanya madu yang kau cari ialah kawan paling kau rapat...tapi kau tak syak dia...amacam?

Amacam? HOT? Kalau minat tapi rasa terlambat, jangan kecewa, kau boleh kejar semua episod dan khatam dalam satu hari dekat sini.





* Jangan..jangan..jangan kau pergi....jangan..jangan..jangan tinggalkan aku...lalalalalala!
* Nak donlod terus pon boleh...simpan...hahahha...
SINI

Rezeki di Mana-mana...

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang mulia semua. Marilah kita saling mendoakan semoga kita terselamat dari sesuatu yang menjauhkan kita dari Allah. Insya-Allah, iman terjaga. Aaamiiin.

Kita mulakan hari dengan senaman Jepun kita.. (eh...rindu saya zaman sekolah, siap senaman bagai, kamu ade?)

OK, habis merepek sebaris dua.

Rezeki. Bila kita cakap tentang itu, apa yang kamu fikir? Duit? Kebahagian? Nasib? Cinta? Jodoh? Atok menang motorrrrrrrrrr??

OK, semuanya. Rezeki yang kita nak cakap kat sini pasal rezeki mencari wang untuk meneruskan kehidupan. Dengan kata lain - bekerja lalu memperolehi bayaran. Tak kira lah bekerja secara sendiri atau bekerja di bawah kuasa orang lain.

Untuk yang bekerja, tentu kamu tersenyum gembira bila memperolehi gaji/ bayaran. Elok duit panas-panas masuk account kamu atau sampai tapak tangan kamu, mula la otak ligat nak fikir buat apa. Selesaikan apa, mula lah plan nak habiskan ke mana.

Ada antara kita, bila terima gaji, gembira 18 macam. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Kadang sampai tak tahu apa nak buat. Punya lah banyak gaji kau. Tapi sayang, ada lupa nak buat saving sebab fikir masih muda dan akan sihat foerevr till the end of time. Chewwahh!

Tak kurang juga yang terima gaji dengan hati sakit kecewa atau tak puas hati. Mungkin merasakan bayaran tak berbaloi dengan kerja, rasa ditindas atau gaji yang diperolehi tak mampu menghilangkan bebanan kamu yang menangung hutang sana sini.

Sampai nak belanja awek keropok udang RM 2.50 pun berkira! Sampai nak beli boxer pun fikir banyak kali.

Macam-macam hal. Walau apa keadaan kita, kita kadang-kadang lupa juga nak bersyukur dengan rezeki. Sekurang-kurangnya ada wang juga kan? Kita lupa masih ramai orang yang kurang bernasib dari kita. Kita perlu ingat, JANGAN JADI HAMBA DUIT.

Walau wang itu perlu, tolong JANGAN JADI HAMBA. Nanti kau akan bertukar sebagai raksasa Gordon yang tiada belas kasihan. Yang akan membina diri kau sampai lupa nak melutut, menyujud bumi. Akan menukar kau dari orang yang aku kenali kepada yang aku tak kenal langsung. Seram tak?

Kalau kamu masih orang yang sama, Alhamdulillah.

Selain dari itu, dalam kerja, kalau lah boleh, jangan lah merungut banyak, dikhuatiri jadi tak ikhlas dihati. Bila tak ikhlas, rezeki pun pandai nak merajuk juga, liat berat je nak masuk poket kamu. Saya faham antara kalangan kita terasa terbeban dengan kerja, cuma yang mampu saya katakan, bersabar dan hadapi dengan tenang. Insya-Allah. Tetapi, apabila kamu tidak tahan, carilah peluang lain yang kamu rasa mampu menjanjikan apa kemahuan kamu dalam kerjaya.

Antara simptom-simptom kamu MUNGKIN perlu uba angin:

1) Bila kamu mula merungut banyak-banyak. Macam merungut lagi banyak dari hasil kerja kamu buat!

2) Bila kamu tiada hati lagi. Kamu di office, tapi hati kamu di Disneyland jadi badut.

3) Bila suara hati cakap "It's time to change"

4) Bila sampai offer yang lagi baik.

5) Bila merasakan diri kau takkan bekembang-kembang dari segi pemikiran dan skill.

6) Bila kau perasan life kau 85% hanya melihat kerja-kerja office tanpa kau melihat orang-orang kiri kanan kau. Progress kerja- Jalan. Tapi progress personal life kau - Statik!.

7) Bila kau perasan kau tak ada satu pun hobi yang kau boleh buat. Sampai koman-koman Perdana Menteri yang baru siapa nama pun kau tak tau, makaaaa...haruslah kau tukar.

8) Bila kau ditakdirkan dapat seru "Jom kerja sini".

Apa-apa pun, hal ini adalah ikut pada keadaan kau orang lah. Ada yang tukar kerja sebab environment, ada sebab duit , ada sebab tak tahan politik kotor. Ada yang bertukar kerja dalam keadaan "bersih". But aku percaya, sebab paling common - "Better Offer".

Mungkin juga, ada antara kita seperti "takut" mahu "melompat". Belum "lompat" dah fikir macam-macam hal. Semua ni perlu berani dan kesediaan. Perlu kira segala segi. Perlu bersedia apa yang mendatang. So, if ditakdirkan hati kamu terbuka untuk bertukar angin, kamu perlu menerima semua itu. Keputusan kamu bekerja di situ kan, kamu yang buat? Sama la juga kaedahnya dengan bila kau buat keputusan berhenti.

Percayalah, rezeki ada di mana-mana. Cuma nasib kamu tiada siapa tahu melainkan kau berani mencuba. Kalau kecundang, jangan kecewa. Bangun lah dan terus bergerak. Jangan nak buang masa habiskan masa, memaki-hamun, mengungkit semua. Kau pergi depan terus!

Ada orang cakap:

"Sekurang-kurangnya, elok kerja dari tak kerja"
"Tak apa lah gaji kecil. Elok dari tak bergaji"
"Nasib kompeni bayar gaji, dari tak bayar?"

Tepuk dada tanya diri kamu.

Sempat lagi makan-makan walau time itu agak peak dengan projek...Terima kasih semua

Licin...- songlap dari blog ex-officemate

Sedikit penghargaan. Terima kasih

Bulatnya dia...haiihh!

Terima kasih semua...Setelah 5 1/2 tahun di sini, saya perlu berubah demi komitmen lain...Sangat miss dan suka kerja di sini, tapi hidup kena terus...

And now....

May 2011, genap setahun saya di sini pula. Alhamdulillah. Saya dapat apa yang saya cari - Masa untuk diri dan keluarga. Bukan maksud saya tempat lama tidak seronok, tapi atas dasar komitmen untuk diri sendiri, ibu bapa dan pasangan (fuyyoohh!)...aku peru mengubah haluan to have a better life style. Insya-Allah.

Siapa nak tengok office baru saya? Meh saya bawa kamu jalan-jalan. Nak?

Jom!

Kita ke 1st Floor terus lah. Den tak snap tingkat bawah yang ado : Bilik, Surau, Pantry, Toilet dan Store serta pastinya ruang menunggu janji..eceh!

Sila tanggal selipar dan kasut anda..eceh!

Sawadikap....kekekeke!

Part design access ni yang mula-mula tarik perhatain saya time blur-blur datang interview...

Yang akhirnya jadi workstation saya...Teka mana satu tempat saya? ;-P

Meja apakah ini? Sampah kah? Errr..Meja diskusi lah!

Deretan catalog-catalog untuk keperluan kerja...

Tempat sidai kain..eh...bukan...Deretan pelan-pelan sebagai references....


Terima kasih Allah di atas setiap rezeki mu...

* Alhamdullah...ada rezeki di sini... :-)..walau tak kaya-raya melimpah ruah, tapi ia mencukupi...
* Kau takkan tahu apa yang menunggu kau hinggalah kau mula melangkah dan meneroka...
* Jangan terkejut bila suasana baru kau tidak seperti kau bayangkan...ITU PASTI...