Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Random: Sekarang kan Sudah Masuk Bulan Rejab!



Assalamualaikum.

Apalah khabar semua ya? Cuaca sekarang ini panas selalu membawa ke malam bahangnya. Cuma 2-3 hari ini selalu juga hujan diwaktu subuh. Harap semua jaga kesihatan ya. Banyak kan minum air.

Saya nak buat random post terlintas dihati dan berpandu kepada gambar-gambar yang saya ada dalam PC jek.

Diam tak diam tahun 2013 dah pun sampai bulan Mei. Diam tak diam bulan Rejab pun dah masuk 19 hari dah. Maknnaya kurang 40 hari Ramadhan kita akan bertemu kembali.

Jadi sesiapa yang belum habis berganti puasanya itu, mari lah sama-sama kita ganti ya. Jangan ada yang malas-mals dan fikir "alah..bayar fidyah jek la". Salah tuh. Kalau kamu ada yang belum berganti-ganti dari tahun-tahun sudah, Fidyah memang bayar tapi puasa wajib digantikan semula juga ya. Tiada alasan melainkan atas sebab-sebab keuzuran yang tiada nampak akan pulihnya.

Perihal kebaikan bulan Rejab, kamu boleh lah Google kan sahaja. Sebab banyak dinyatakan syafaat dia. Lepas Rejab pula Syaaban. Pun digalakkan berpuasa sunat juga. Jadi mari la kita buat saving sikit. Insya-Allah amalan kita diterima dan moga-moga dapat membantu kita apabila kita sudah berpindah ke alam lain pula. Insya-Allah.

Oh! Ya!

Ada satu saya nak tegur. Tak tahu kenapa tahun ini, banyak saya lihat orang di FB tersilap menyatakan sekarang sudah masuk bulan Syaaban dan "buku lama diangkat, buku baru dibuka". Salah sangat-sangat. Menyampaikan sesuatu yang baik itu bagus, tapi kalau salah perkongsian nya, jadi lain nya. So please take note tau. Kita kalau nak berkongsi, pastikan sebolehnya kita yakin dan tahu apa yang kita nak sampaikan. Jangan membuta tuli sahaja..

Akhir sekali. Saya nak tempek juadah buka puasa tahun lalu. Hahahaha! Aci tak?


Meriah sangat kan untuk 5 orang makan. Maaflah. Keluarga saya memang sangat menghargai dan enjoy makan. Dan sebenarnya sangat susah saya sekeluarga nak berkumpul ni. Yang dalam bekas hijau tuh buah sentul!

Salam dan babai!

Friday, November 2, 2012

Koleksi


Salam..

Tadi main geledah-geledah harta karun dalam PC. Jadi jumpa lah benda karut-karut. So nak share dengan U all kan.

Biasa la, some people like to collect something as hobby. Tapi tak pasti kalau collect banyak boyfriend ke girlfriend ke...isteri ke apa tuh hobby ke tak. Atau Naluri semulajadi tanpa diminta? hahahah

So...jom mula...Macam adik saya (laaaaa..ingatkan saya tadi) suka sangat kumpul benda percuma. Macam-macam. Tapi salah satu koleksi ialah gelas Coca-Cola free beli Mc D.






Ada banyak dia collect. Gundam la. Kereta Tamiya la. Pinggan mangkuk percuma la. Patung Snoopy yang banyak-banyak negara tuh la...

Macam-macam.

Korang? Suka kumpul apa?

Saya suka kumpul makanan jek...wakakakka!

Thursday, September 6, 2012

Turn to 52 Years Old...


Assalamualaikum..

Mesti kena masuk blog. Ewwwah. Padahal orang mana peduli. Tapi saya peduli. Suka nak buat entry kalau ada masa lapang. Sebab merepek ialah hobi saya. Boleh terima tak? hahaha

Tanggal 25/08/2012 hari itu hari jadi Mama. Kebetulan Mak Cik saya buat makan-makan sikit. Saya pun tak lepas peluang membeli sebiji kek. Walhal tuan badan mana la makan kek sangat. Kena jaga makan. Luka operation  pun tak baik lagi. Tapi tak apalah. Nak buat kenangan.

Hadiah? Kebetulan handset Mama rosak. Jadi belikan dia handset baru. Biasa-biasa sahaja. Cap Nokia.

OK, jom tengok gambar laju-laju.

 Kek beli laju-laju. Adik tuh memang tau. Tak berseni tulisan. Orang suruh tulisan sambung. Baik akak je yang tulis..Tapi tak apalah. Janji kek.

Abangah duduk sibuk pacak lilin. Dah la pacak tak pakai pemacak yang dibagi. Dia main sondol je lilin tuh. Nasib tak tumbang. Iskk...

Mama ready nak potong...sambil senyum
 Mama & Abah...

Birthday cake...Banana Chocolate

Kak Long nak set gambar Mama besar-besar. I love Mama!

Selamat hari lahir yang ke 52 tahun Mama. Semoga Mama dikurniakan Allah dengan kesihatan yang baik. Dipanjang umur. Dipermudahkan rezeki. Dikelilingi dengan kasih sayang anak-anak  dan suami serta sanak saudara dan juga sekitarnya. Ditingkatkan keimanan. Dijadikan isteri mithali dan solehah. Kalau nak cakap apa Kak Long buat dan doakan memang tak terbanding dengan limpahan dan pengorbanan Mama terhadap Kak Long dan juga adik-adik. Apa-apa pun Kak Long berdoa Kak Long menjadi anak yang solehah buat Mama. Tolong daya mampu Kak Long. Kalau Kak Long buat salah termarah termerajuk terluka kan hati Mama, Kak Long minta maaf. Kalau Kak Long ada jodoh harap suami Kak Long itu yang terbaik buat Kak Long. Harap dia bantu Kak Long jadi anak dan isteri serta ibu solehah. Harap Kak Long tabah macam Mama. Insya-Allah, Kak Long jaga Mama sampai hujung nyawa. Aaamiiin.

Amboi panjang ucapan. Macam la Mama baca blog ni kan?. Hahaha.



Friday, August 10, 2012

Mungkin Ada Sesuatu Kalau Kamu Lama Sangat Menunggu di Hospital



Assalamualaikum..

Panjang dan skema dan misteri sahaja title entry ini. Ya. Yang menaip entry ini juga kelihatan skema dan cuba menjadi misteri tak pasal-pasal dengan cara penggunaan bahasa dan kosa kata yang sesuai tapi pastinya tatabahasa yang digunakan ini memang selalu tak sesuai dan tidak bertahan lama. Mahu tahu mengapa? Kerana dia seorang caca-marba. Hahaha!

Baiklah.

Pernah tak kamu-kamu bila pergi hospital/klinik especially hospital kerajaan lah. Hospital swasta tak payah nak dipertikaikan sangat sebab pastinya service dia superb baik punya sebab meng-entertain patient membawa maksud duit masuk yang masyuk juga selain dari sebab memberi bantuan atau menyelamatkan nyawa pastinya.

Yang pastinya fungsi hospital secara umumnya adalah tempat orang sakit minta bantuan untuk disembuhkan dan diselamatkan. Orang sakit mana pergi kedai basikal mahupun kedai roti. Kan? Tapi kalau nak beli roti naik basikal nampak logik. Tapi kalau nak beli basikal tapi makan roti dulu pun nampak logik juga. Macam mana nih? Merepek dah mula.

Baru beberapa hari yang lepas. Hari Nuzul Quran. Cuti umum di Selangor. Tapi saya tak rasa bercuti pun sebab menunggu terlalu lama di hospital selama 9jam gamaknya sebab saya perlu membayar parking RM9. Bukan hal parking yang aku nak cerita. Jangan nak buat propa aku berkira hal parking sebab hal kesihatan lagi penting dari segalanya. Ewwah ayat aku  kelihatan garang nampak nya? Dan mungkin juga bengang?

Ya, memang aku agak berasa geram dan bengang apabila menunggu terlalu lama di hospital. Mana tak lama kalau kami dah di hospital dari sebelum jam 8pagi lagi tapi sampai jam 6 petang masih terpampang muka paling kacak dan hensem di kerusi menunggu? Takkan aku tak bengang. Lain lah kalau bukan bulan puasa. Mesti aku habiskan masa mengunyah dan mengunyah makanan. Mungkin lah aku tak berapa nak marah kan..hahahha

Oo..lupa cakap. Aku bawa Abah aku. Dia bengkak kaki dan badan pun macam kuning-kuning. Aku takut. Abah aku ada kencing manis. Cucuk insulin lagi. Aku takut sebab 
1) Masalah hati
2) Masalah buah pinggang
3) Masalah jantung
4) Masalah-masalah kesihatan yang serius yang aku sendiri tak tahu.

Memang lama betul menunggu. Aku ni dah banyak kali kot keluar masuk bilik konsultasi tolak Abah pakai kerusi roda. Tolak pergi ambil darah nak buat test. Banyak pula kali ini. Di isi dalam 6 botol kecil untuk dibuat ujian. Abah yang kuning bertambah kuning aku nampak. Tapi tak la macam orang kuning DiGi tuh. Dah la member tuh tak lalu makan, Hadeiii.Risau guwe!

Lepas ambil darah pergi buat X-ray. Result darah keluar dalam masa 2 jam. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Lepas 2 jam doctor panggil, Cek Abah lagi. Lepas itu dia cakap tak keluar lagi satu result darah. Kene tunggu lagi. Wal hal patient hari itu memang tak banyak. Tak sesak pun kat PPUM tuh. Sabar saja lah. Abah ni dah terlentok-lentok tidur dekat kerusi roda. Kesian.

Dalam sejam lepas itu nama dipanggil lagi. Rupanya kene buat ultra sound pula. Pelik betul kali ini. Selalu tak ada pun nak banyak-banyak kali scan. Baiklah. Tunggu turn tak lama sangat. Masa scan pun tak la lama sangat. TAPI...TAPI...Tunggu pihak berwajib yang hantar kami ke bawah itu saaaaaaaaaaaaaangat lah lama. Serius aku nak bertukar jadi hijau. Sebab apa kami tak boleh pergi turun sendiri? Sebab access kami hanya boleh dilalui dengan access card sahaja. Isk...marah benar aku masa ni. Macam nak berguling-guling meronta nak tunjuk protes.

Memang lama kami tunggu. Tengok TV dari Sinetron Indonesia 'bukan anak sebenar' mula sampai habis sampai sambung cerita bersiri Filipina yang anak tertukar. Sampai cerita drama Filipina habis. Imagine? Lama tau. Nak nanges je. Asyik pandang jam je.

Tambah pula Nurse sebelah ni duduk bukak kedai ketupat. Mengumpattttttttttt jek. Cakap dah la kuat. Sampai ada patient bengang-bengang sebab dia sakit tapi que dia kena potong orang lain. Dia dah tak tahan nak tunggu. Dengar pula suara kuat-kuat gossip. Lagi sakit kot patient tuh rasa. Dia pergi tegur la nurse tuh kan. 

Nampak Nurse tuh macam bengang sambil jalan-jalan nak followup turn sambil  cakap slow-slow.

"Kecoh la. Nanti nama kene sebut masuk lah. Ingat dia saja ke yang sakit?"

Ha ah. Ko tak tau orang sakit ni kadang lain macam. Cuba kau sakit, orang layan kau macam ni. Aku nak tengok kau buat apa? Bole?

Fuhh. OK. Aku hembus nafas tanda melepaskan bengang. Puasa-puasa ini tak baik marah-marah kan. Tapi telinga aku dah berdosa menadah dengar diorang mengumpat sambil mata aku layan sinetron dan cerita Filipina pasal bertukar anak la ape tah. 

Akhirnya. Aku macam  dah tak boleh sabar. Kebetulan ada nurse lain masuk kot terus aku tahan nurse tuh nak sekeh dia. Eh aku tipu.

Aku mana ada sekeh. Aku tanya dia.

"Adik...adik ada nak turun bawah tak?"

"Tak kak, saya nak naik ward. Saya atas. Kenapa kak?"

"Oh...iye ke...akak nak tumpang turun bawah lah sebab dah lama sangat tunggu sini tunggu orang lain jemput. Turun bawah kene pakai kad kan lift ni kan? Lift lain ada tak? Nak turun dekat bahagian kecemasan terus?"

"La..iye ke kak. Saya tak bawa kad access pula."

Baik nurse ni OK. Layan aku cakap sambil bagi idea nak keluar macam mana. Aku sengaja tanya Nurse dari luar tuh depan Nurse yang jaga meja buat group mengumpat tuh. Sebab aku tak nampak dia buat action pun. Tapi Alhamdulillah. Akibat action saikologi aku yang dah nak bertukar biru-biru hijau dalam diam nih, sorang nurse kat meja tuh bangun.

"Tak apa lah kak. Biar saya hantar lah. Saya dah telefon orang tuh 7 kali tapi tak naik-naik. Nanti saya call kawan saya yang lain tolong tunggu dekat lift"

Haaaaaaaaaaaaa....boleh rupanya kau buat action. Kenapalah kau tak volunteer dari awal lagi. Kan? Akak tau la puasa kan. Akak pun puasa juga. Isk

Eh? Aku termengumpat nurse la ni eh? OK. Berhenti. Tadi geram jek.

Sampai bahagian kecemasan kene tunggu lagi kitorang. Kitorang tengok Doktor yang rawat abah dari pagi tadi dah cantik-cantik dah dia. Bawa beg sambil bawa kunci. Nak balik. Memang pun waktu balik dah pun. Tukar shift doctor lain. Maknanya doctor lain la kene take over kes abah macam ini. Hadeiii

At last panggil masuk ke dewan konsultasi lagi. Rupa-rupanya. Kes Abah ni lambat sebab doktor yang cantik-cantik tadi kene refer specialist. Orthopedic Specialist. Sebab takut salah bagi andaian. Doktor yang dah balik suspect abah kena "Septic Arthritis" which is very serious kalau sesiapa kena. Terus kene tahan wad dan tak teragak-agak by hook by crook kene bedah terus. Tak ada kompromi.

Septic Arthritis : 

Keradangan sendi akibat jangkitan bakteria yang menyebabkan pengumpulan cecair. Bahaya. Perlu dibedah untuk membuang dan menyucikannya. boleh berlaku di mana-mana bahagian sendi (joint) seperti lutut, buku lali, siku, pinggul dan sewaktu dengannya. 

Kalau jadi benda alah ini, esakit akan mengalami pembengkakan sampai deman-deman tak lalu makan. Kawasan bengkak jangan lah nak sentuh-sentuh sebab pesakit akan berteriak tak tahan sakit. Hatta kalau dekat kaki, nak sentuh simen pon jangan mimpi. Kalau kene sakit ini, hospital akan treat as "emergency action". 

(Haaaa..pantai tak? macam doktor tak aku? yang ini ayat yang aku faham dari Specialist tuh cakap lah..nak tau lanjut Google la ye?)


 Images: Confirm akak Google dik...

Keterangan lain: SINI

Alhamdulillah. Lepas kena check dan di review oleh specialist, Abah cuma disahkan kena "Cellulitis" sahaja. Tak la seserius kena "Septic Arthritis" tuh. Kalau tak naya juga rasa kan? Nak kena buat pembedahan pula..Naya...naya...


Cellulitis:

Ini bukan selulit ya puan-puan. Ini kerengsaan/keradangan tisu kulit. Yang menyebabkan berlaku pembengkakan. Sakit juga. Tapi tak la sesakit Septic Arthritis. Bila di tekan permukaan rasa sakit..tapi tekan lagi dalam tak sakit pun sebenarnya. Kaki masih boleh dipusing-pusing. Boleh bergerak. Perlu memakan ubat-ubatan la jawapnya.  Atau nak berjaga-jaga kena la tahan wad 1-2 hari untuk pantauan kalau nampak serius. (ayat aku dengar Doctor cakap lah kan. Keterangan sila Google la)

So rupa-rupanya kami ni lewat sangat dibagi balik bukan sebab doktor-doktor tak buat kerja tapi doktor-doktpr nak pastikan yang mereka dah periksa dengan teliti setiap pesakit mereke. Bukan takat melepaskan batuk di tangga kemudian balik. Tunggu gaji tunggu bonus. BUKAN. Diorang nak mengelakkan kejadian buruk. Kang kalau diorang assume sakit yang tak serius dan dibagi balik dengan ubat yang salah. Mereka juga yang susahkan? Pesakit lagi lah susah kan?

So, sometime kalau kamu kene tunggu lama-lama  bukan sebab mereka tak nak periksa kamu, tapi mereka kene tunggu beberapa result dan pandangan dari yang lebih pakar. Itu sahaja. 

Kaki Abah yang bengkak dan sakit bukan main..akibat Cellulitis

Bye!

* Tolong jaga kesihatan
* Maaf lah dekat nurse yang aku complain atas nun ya..

Tuesday, July 17, 2012

Bagi laluan dekat wanita akhir 20an kejap..bole?


Assalamualaikum semua.

Sila beri laluan ya. Tapi tak payah macam laluan bagi ambulans dengan bunyi siren nyaring macam yang sedang kejar kecemasan itu.

Alhamdulillah kerana Allah masih bagi laluan nyawa dalam saluran pernafasan saya ini untuk menikmati kehidupan hingga ssat ini. Syukur alhamdulillah.

14 June (tolong simpan nota dalam Handphone atau diary atau buku tiga 5 anda as reminder! ewwahh! dan-dan paksa orang dia eh??) hari itu genap lah saya menjadi wanita akhir 20an. Terasa semacam perasaan sedih menusuk kalbu hatiku juga tahu-tahu dah mahu mengungkai tirai kamar 30an. Ewwah. Kamar bagai pulak kau ya?

Tapi memang betul. Raa macam "eh? dah 29 tahun aku?". Nada blurr tak sedar diri.

Disebablan blog saya mengalami permasalahan yang tidak diketahui, maka entry pun turut serta bermuafakat tak bertaip a.k.a tak diendahkan tanpa belas kasihan dan belaian kasih sayang 100%. Hahahah.

Anyway just want to abadikan kenangan sikit sempena hari kejadian satahun sekali dalam kehidupan.

Malam itu dihadiri 2 gadis di kedai. Wahhh...tak sangka. Ingat tua bangka tiada yang nak beli-beli bagaikan. Tapi...ada juga...jadi mari lah kita feeling adik-adik sikit. Bajet dimanja-manja lah. Padahal mana ada. Kami borak banyak ada lah.

 Dah membuat selebrasi awal sejam...rasa macam anak-anak dibeli kek oleh ibu bapa je kot!

Terima kasih untuk Tina Turner dan Hasni Gomez. You rock my day sambil makan kek balun otak-otak sambil gentel-gentel Galaxy Note Hasni. Wahahaha. Gentel-gentel ambil berkat kot...Padahal time makan Opera Cake tuh belum pun masuk tarikh 14 June. Bantai ah...gasak jek

And than...terima kasih juga dekat Abah dan Mama. Telah mengurniakan saya sesuatu yang telah lama saya pasang niat. Kejadian 14 June tuh...termakbul hajat dengan tiba-tiba sambil seloroh-seloroh.

"Apa kata Abah , Mama, Abangah semua tong duit ramai pastuh bagi ni" (sambil gentel Galaxy Note . Main-main je pun)

"OK. Nanti pergi beli. Abah belanja".

Gulp!~

Terkedu kejap padahal main-main sahaja. Abangah cakap "Dah...jangan nak cakap tak nak - tak nak. Orang bagi ambil je laaa"..

Hahahaha! Sebenarnya parents saya dah banyak kali kutuk-kutuk hand set saya. Kamu tahu kan betapa handset itu buruk gila siap pecah dan diikat getah kan? Budak IPT pun pakai handset lagi canggih dari den. Tau tak? Sampai dah lali kena kutuk sebab buruk sangat katanya. Sebenarnya bukan takat parents...adik-adik..kawan-kawan...teman hati semua kutuk sama. Tapi nasib baik telinga tebal buat tak tahu sahaja. Lagi pun mati-mati dalam hati niat nak beli cap Nokia juga. Tapi entah macam mana boleh terpaling tadah pula. Ptuihh~


Saya terpaling ke Galaxy Note akibat tergentel-gentel Handset Hasni Gomez..so macam mana? heheheh

"Ya Allah ya tuhan ku, Ampun kan lah segala dosa-dosa yang aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja sepanjang kehidupan ku ini. Semaikan titik-titik insaf dalam hatiku untuk terus berusaha menjadi hamba Mu yang Taat. Kuatkan lah hati ku untuk mengharungi kehidupan ini berlandaskan syariat Mu Ya Allah. Kurniakan lah kesihatan yang baik buat diriku agar aku dapat menjaga orang-orang yang ku sayangi dengan baik. Yang dapat menggembirakan hati mereka. Tidak sesekali menyusahkan hati mereka Ya Allah. Kayakan aku dengan sifat mahmudah. Hindarkan aku dari sifat mazmumah. Tumbuhkan Iman yang kental dalam diri ini. Sayangi lah daku hingga hujung nyawaku terus bersambung di akhirat. Aaamiiin"



Untuk yang mengingati, terima kasih atas setiap ucapan dan Doa. Saya sangat menghargainya.

* Time published entry ini saya dah umur 50 tahun kot! Wakakakak! Lama gila nak published...

Tuesday, May 15, 2012

Katak Ungu Hijau-hijau & Jatuh Cinta


Salam Semua. 

Ya Allah, ku bersyukur atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepada kami. Sama ada yang kami sedari atau tidak. Sesungguhnya yang baik itu dari Mu Ya Allah, yang tidak elok dari kami sendiri.

Alhamdulillah sangat. Saya sibuk. Hahahah! Sibuk pun nak mention dekat orang macam lah dia yang paling sibuk atas dunia kan?

Masa saya kecil-kecil dulu, saya lambat dapat adik. Tapi bukan anak manja. Tak manja pun. Sebab Abah saya tegas orangnya. Sekali dia cegil mata aku takut. Sekali kena libas aku ingat sampai ke tua. Mama pula sangat lain peribadinya dari Abah.

Sebab saya lambat dapat adik, jadi Mama akan melayan saya sahaja.Masa saya darjah satu, saya demam. Mama tidak benarkan saya ke sekolah. Tetapi saya selaku budak yang baik... ewwahhh...claim diri dia budak baik pula eh? Saya gagah juga mahu ke sekolah. Sampai sekolah? Saya pergi tidur sampai habis waktu dekat meja.

Kawan-kawan pula semua baik dan prihatin. Setiap nota cikgu bagi mereka dengan ikhlas hati masukkan buku mereka dalam beg saya supaya saya dapat menyalin semula apa yang tertinggal. How nice is it? One of them saya ingat nama dia Saiidah. Si gadis comel bertocang dua kadang-kadang pakai riben.

Balik-balik ke rumah saya tunjuk kerja sekolah bersepah-sepah dekat Mama. Mama macam selalu ada sebelah saya tengok apa saya buat. Mama nak tolong buatkan kerja sekolah saya, tapi saya marah. Tahu-tahu saya tidur dengan buku. Bangun-bangun saya tengok kerja sekolah sudah siap. Siap dengan warna-warna. Warna-warnakan benda adalah salah satu part yang saya suka. Walau hakikatnya saya bukan pandai mewarna pun. Comot!

Belek punya belek...tiba-tiba katak saya Ungu! Mama warnakan dengan warna Ungu! Aduhhh...saya rasa saya nak warna coklat+ hijau-hijau. Kenapa jadi Ungu. Mama cakap Ungu cantik. Saya cakap katak mana ada warna macam itu. Katak warna coklat hijau-hijau. Baik lah. Terpaksa la padamkan semua dan warna balik.

Nice kan? Jadi anak kecil dan disayangi dan dilayan keleteh selalu? Rasa tenang dan selamat dan rasa macam boleh seronok-seronok selalu tak payah fikir masalah.

Padahal Mama ada masalah mana ada mengadu dengan saya kan? Saya sahaja sibuk mengadu itu ini sampaikan saya main tarik-tarik pokok sekali tercabut dan pasir masuk hidung pun saya duduk mengadu. Dah tuh? Siapa suruh saya main hal-hal macam budak laki kan?

Selamat Hari Ibu Mama.Kak Long tahu, sambutan dan ucapan "Selamat Hari Ibu" memang tak cukup dan tak setimpal dengan pengorbanan Mama. Tiada kata dapat dilafaz. Semoga Kak Long jadi anak yang baik buat Mama dan Mama gembira ada anak macam Kak Long.


OK! Kan Hari Ibu kan? Saya tiada planning apa-apa. Cuma ada niat semoga mood saya rajin untuk mengerjakan sesuatu. 

And finally...Mempersembahkan...


The Lovely Pavlova..

Maaf lah buruk atas tuh. Sebab tiada perancangan deco. Sekali strawberi tak cukup nak susun keliling sebab ada tak tahan nafsu dah makan-makan. Hahahah! Abaikan.

Sesungguhnya saya rasa ramai orang mampu dan boleh buah kek ini. Mudah sangat cuma mungkin kos tinggi sikit sebab dia memerlukan buah-buahan yang lagi masam lagi bagus. Buah yang padan adalah Strawberi, Manggo, Peach, Kiwi, Blueberry dan segala berry atau ikut suka kamu lah. OK je.

Buah-buah sedemikian adalah mahal sikit. Macam saya pakai Kiwi dalam RM5.50, dan straaberi saya dalam RM7.50. Saya ronda tempat lain tengok strawberi dengan packaging yang sama RM10. 

Bahan lain yang mahal iala Whipped Cream dia. Whipped cream ini benda yang selalu orang picit setoet atas ice blended ke...cappucino tuh. Cream tuh la.

Boleh beli dalam kotak atau yang ready to use dalam spray tin tuh.

Kalau kotak, kena la pakai mixer jap bagi kembang-kembang masuk gula 20gram dan tempek atas crust pavlova ini. Kalau pakai spray punya? Kau bukak tutup dan picit saja lah! Hahahaa

Beli kotak whipped cream besar dalam RM18kot. Dalam spray tin yang besar dalam RM13. Yang pastinya, adalah lebih untung beli dalam kotak. Kalau malas-malas beli sahaja spray. Selesai satu masalh dunia.

Sebab lain yang leceh? Kena bakar dengan sabar selama 1jam 15 minit. Hahahahah! alah...bakar je pun. Set timer je kan...

Honestly, saya bukan penggemar makanan manis sangat. Extra manis lagi lah saya menyampah. Sikit sahaja saya makan. Tapi, this time I'm falling in love. Saya jatuh cinta. Tapi saya kurangkan sukatan gula dari asal lah kan.

Hahahah! Tak tipu. Rasa macam apa sahaja jatuh cinta dengan hasil sendiri kan? 

Saya sebenarnya tidak pernah makan Pavlova di luar. Tak pernah beli mana-mana. Cuma lihat gambar dan Google dan buat.

This is 2nd time. 

Personally, biar saya describe rasa Pavlova saya. Ewwahh! Aku tak tahu rasa sebenar macam mana, OK? 

Rasa dia:

Sweet tapi dapat distabilkan dengan pemilihan buah2 masammmmmm macam kiwi dan strawberi....lembut2 macam gula2 kapas macam mashmellow....cair dimulot...macam makan coklat yang nama "crunchy" pon ye..dia cair di mulot..crunchy

Can You imagine kalau you combine dengan ais cream atas dia dan tuang sos coklat? Walllaah! Menangis.. Saya jatuh cinta 18kali. * menangis terharu

Ewwahhh testimonial dia..mengancam kan?

Aku jatuh cinta. Kalau lah ada suami ke yang buatkan (sebab senang)...aku jatuh cinta berkali-kali sebab terharu sebab rasa macam dapat layanan princess! (Berlebihan tak aku?)..

Hahahah!

Akan kongsi dengan kamu bila ada waktu nak type.

Bye.

* kawan saya buat dia cakap rasa macam chewing gum kenyal2...tak tau kenapa jadi macam tuh. Ikot nasib kot?


Friday, April 13, 2012

Macam mana Malaysia Duduk Tangga 51 Dunia?


Assalamualaikum semua.

Mula-mula nak ucap takziah la dekat mangsa Acheh, Indonesia berikutan gempa bumi yang menyebabkan amaran tsunami mungkin melanda beberapa hari lepas. Semoga kita semua di bawah lindungan dan kerahmatan Allah Subhanahu Wa Taala dari sebarang bencana dan malapetaka. Aaamiiin.

Rata-rata dah tahu kot, Malaysia diletakkan di tangga ke 51 oleh pemerhatian/kajian PBB sebagai antara negara yang rakyatnya gembira sokmo.

 Malaysia tangga ke 51 yang rakyatnya gembira. Sila klik imej untuk berasa gembira melihat penambahtumbesaran ...yeyeyeye! gembira...
(untuk kalau tak terang, klik sini lah - BERITA)

 Adakah gembira itu membawa maksud selamat? Insya-Allah. Walau zaman sekarang perangai manusia pelik-pelik dan memudaratkan dan kadangkala di luar batas akal, harap kita-kita semua dijauhkan musibah macam itu lah ye? 

Ada terbaca di akhbar hari itu. Gila ke tak tah BF dia pergi libas GF dia pakai tali pinggang. Duduk sakit-sakit dia bantai tekap seterika dekat belakang makwe tuh. Dia ingat dia tengah masak burger stim ke? Lepas makwe tuh duduk sakit-sakit bertimpa-timpa kene libas dan sterika dia bantai curah air panas atas badan Makwe tuh. Serius sewel je rasanya. Tak hensem betul la perangai macam ini kan?

OK. Perenggan emosi. Tinggalka perenggan itu. Kita zoom dekat fakta bukan auta.
 Eh...salah pula fakta. Ingatkan fakta cakap kenapa rakyat Malaysia gembira tadi...heheheh 
* dikatakan tiga negara terpaling gembira ialah Denmark,  Finland & Norway kot! Jom cuba! Kekekeke!

Tak apa lah. Sekarang kita pergi tengok fakta. Fakta yang betul - Saya pergi makan sekeluarga laju-laju.

Maaf lah. Harap jangan menyesal baca sebab semua entry keluar tak lain tak bukan semua tentang memenuhi perut. Jangan salahkan saya. Saya akui makan adalah antara terapi saya selain dari jalan-jalan pasar. Haa..amacam? Mudah kan jaga saya kan? Bukan I minta Lamboghin ke, Mini Cooper ke..Kereta Hybrid ke, LV ke apa. kan? :-P

Nampaknya tanda melalut akan muncul. Untuk tak bagi buat lencongan melilau. Mari lah sama-sama kita menuju kebenaran dalam melihat makanan yang kami masukkan dalam perut. Semua ini sebab bukan mudah nak mengumpulkan semua ahli keluarga dalam satu masa. So sebab Yuyu balik, memang harus lah bawa pergi makan.

Sekian kalinya. Kami ke William Corner. Tahun ini aku rasa macam dah lebih 5kali jejak sini penuhkan perut. 2 kali dengan keluarga, selebihnya bukan dengan keluarga.Sini ada cerita dia.

Layannnn...

 Mixed grill

Eden rasa dia tertinggal chicken wing...hehehe
Start dari 'jam 6' ikut arah jam: pepperoni, turkey slice, lamb chop dengan kuah, sosej dengan kuah, ayam dengan kuah, rib, stik daging. Tengah-tengah kentang lenyek. Yang hijau campuran daun-daun apa tah...hahah


 Set ayam dua alam.

 
Pernah tengok masa keluar makan ramai-ramai hari itu dengan Haniem dan suami dan anak, alang dan suami dan anak, Tina Turner & HAsni Gomez. So hari ini cuba.
Kandungan: Nasi goreng kampung dilengkapi 2 peha ayam yang berbeza rasa. Satu macam percik.satu macam apa tah. Tapi sedap lah...

Rupa-rupanya perut boleh masuk lagi lah...kami order...


 
Salmon ...Risotto...hahaha..aku tak ingat. Tapi ada perkataan Salmon. Makanan laut.

Ditaburi keju...


Dalam Mama tak nak taknak dia sebat juga...geram tengok kata dia..balik dia gatal-gatal..aisehhh...sorry Mama



OK. Ingat nak order roti cheese nan garlic caramel rangup. Tapi tak order pula. Lagipun ramai orang juga hari itu. Kami duduk tepi-tepi jalan je pun nih.

Sekarang aku nak tunjuk muka gembira kenyang...

 Tahap licin jangan pertikai....

 Sampai ke tulang-tulang...

 Ko buat apa ni yu? kak long bukan sabotaj ko eh...tak eh..tak eh...

 Anything else nak order Ngah? Kenapa kau kembang kan hidung? Kan dah kena sabotaj..


 Amacam? Nyaman? Sampai tangan duduk tahan kepala kasi badan tegak sebab perut full... (dah macam model deodoran je plak aku rasa)



Harga-harga di atas semua total tak sampai pun RM150. OK la tuh kan. Makan 5 kepala.


Eh..siapa nak ajak saya..ajak la..saya ada aim satu barang ni...nak order...

Bye.

* Momen denga keluarga antara benda terpaling gembira aku ada. Love them so much
* Bukan salah aku badan kamu naik, kan? Kekekeke! Badan guwe pun naik nih
* Sekarang kau dah tahu ke antara sebab rakyat Malaysia gembira? Bukan sebab ada Kedai 1Malaysia tuh..Klinik 1Malaysia atau bantuan-bantuan tuh. Itu lain cerita..

Sepetang ber Stimboat @ Tupai-tupai Shah Alam.


Assalamualaikum. 

Ini bukan kedai jual Tupai masak stim atau black pepper atau apa-apa. Ini sekadar nama sahaja Tapi perasan ada seekor tupai hidup di display dalam akuarium untuk tontonan.

Kedai yang bercirikan santai. Menyediakan masakan ala Chinese Muslim. Berbentuk ala-carte. Tak terlupa juga, ada menawarkan set stimboat!

So, sebab kan minggu ini hari bermanja-manja 1st class untuk adik, maka marilah kita berstimboat. Kami berdua sahaja. Ololololo...romantik la tuh konon!

Ini kejadian hari ahad yang lalu. Lepas buat spek Yuyu, terus bawa diri ke Service Apartment Acapella, Shah Alam. Berdepan dengan block itu ada satu restoran "Tupai-Tupai".

Jom laju-laju bawa. Maaflah beberapa sesi entry akan keluar dalam bentuk makanan. Dalam HP saya penuh dengan gambar makan sahaja. Percayalah. Tiada tersesat gambar kucing atau bebiri pun. T__t. Yuyu pun cakap "henset kau ada makanan sahaja ke?". Baiklah.

Jom!

 Suasana - Ada yang beratap dan tak beratap (open air) dan juga bertutup kaca (aircond). Kami duduk bertutup dan terbuka.

Tempat makanan dia, air-air, pencuci mulut. Barangan makanan macam biasa lah terdiri dari segala ball, jejari, sotong-sotong, ikan ayam, bebola bagai, kepah, lala, cencawan kecik, cendawan tiram, bendi, cili, sayur-sayur, mi-mi, nasi semua lah. Air pula pelbagai jenis. Ada sejuk panas. Teh cina pun ada. Roti Sandwich, bubur nasi, sup cendawan, ais cream, kuh, buah, tapai segala..

Kuah. Ada 3 jenis. Tomyam biasa, tomyam kelapa, sup ayam. Kami pilih tomyam kelapa dan sup ayam

Sementara tunggu Yuyu pilih apa nak makan, saya menelan la 5 keping sandwich dan sup cendawan.

Deretan air. Nak puji ni. Tak manis tak tawar. Sedang-sedang sahaja. Memang sesuai la nak makan banyak. Kami buat strategi tak ambil air awal-awal. Sebab tak mahu perut full air, tapi full dengan makanan. Hehehehe...Memang berjaya taktik nih...


Pilih-pilih dan campak-campak ikut sukahati mu.....

Desert time...

Ikut kreativiti kamu lah nak cedok apa kan....Macam den nih...Bawah letak tapai ubi, lepas tuh siram creamer caramel, lepas tuh topping kan dengan ais cream cavilla, cucuk-cucuk dengan kek roll. Tempek sikit jeli mangga.. Yummmmmyy tekak saya lah..

Makan lah kami 2 jam dekat situ. Makan kena setimpal lah kan. Ber round-round. Bangun duduk bangun duduk lah. Bersila, melunjur kaki semua ada lah.

Per head RM29. Buffet! Makan sampai penuh asal jangan membazir. 100gm bazir bayar RM10.

Sekian. Terima kasih.

Sila bawa keluarga anda, anak bini, pakwe makwa rakan taulan berlibur di sini.
Jangan risau. Surau dan toilet disediakan. So boleh sambung makan ballik.

* orang tak crowded macam Flaming Steamboat. Tapi sini tiada mashmellow celop coklat. Eh? Apa ada hal. Kita datang kan nak makan steamboat? Ye tak?

* Macam mana Rakyat Malaysia tak gembira?


Jalan-jalan Non Stop 12 Jam (Kot!)


Assalamualaikum.

Yuyu kembali. Ya.Yuyu si adik pulang ke rumah sempena cuti semester. Haruslah sang kakak bagi layanan 1st class. Seminggu sahaja pun. Kalau hari-hari 1st class selama bertahun-tahun..tak dapat lah. Ayam itik kakak siapa nak jaga pula nanti?

Sabtu pagi-pagi jemput Yuyu di stesen bus Shah Alam. Pergi Kelana Jaya, tunggu jam 9pagi terus tuju PJ Old Town. Beli stok barangan Western Food. Hantar kedai.Setel! Eh...bantai makan pagi dulu.

Balik-balik, satu hari duduk diam di rumah. Sebenarnya atas katil. tidur sepenuh jiwa. Kakak dan adik bersama-sama. Adik sebab tak boleh nak tidur atas bus sangat. Kakak pula kebetulan tak tidur dari semalam. Semalam balik dari Anika Selera lambat. Kemudian balik rumah baca surat khabar. Kemudian mood rajin nak mengemas bilik segala. Sudahnya tak payah tidur sebab kejap-kejap lagi dinihari mesti adik sampai. Baik tengok TV.

OK. Yang itu cerita Sabtu. Ini cerita Ahad. Ya...mari...mari....mampir dekat rapat dengan semua.

Ahad. Pagi-pagi bangun pegi mana? Apa lagi....kalau Ahad benda macam wajib ialah menerjah Pasar Pagi Stadium. Hal pasar ini pernah cerita dulu sini. Kami jalan Row by row sampai matahari duduk atas kepala. Sampai jam 12.30 kot. Kemudian? Kita pergi hantar barang-barang ke kedai Mama setelah membeli semua yang dipesan termasuk la kuih apam besar leper 3 biji RM2 pelbagai perasa dan perisa. 

Kita bantai makan tengahari dulu lah.

Dala jam 2.00petang pergi Jusco Bukit Raja. Meronda dan membeli barangan. Kebetulan ada pameran Kraf Malaysia. Kita pun mengadap membelek la juga kan...

Apa ada dekat Pameran Kraf itu? Nanti cerita lain.

Beli-beli baju. Kemudian balik pergi singgah Jakel, Shah Alam. Tengok-tengok sahaja lah. Aku pening banyak sangat kain sampai semua kau tengok jadi tak cantik langsung. Hahahahah!

Kemudian kita ke Giant Stadium. Buat spek Yuyu.

Dan penutup acara malam ini dengan makan Stim Boat.

Eh. Tak apa lah. saya tempek sini la pasal Pameran Kraf Malaysia.

Welcome to "Pameran Kraf Malaysia"


Dari atas nampak terus nak terjun turun tengok..Nampak kain-kainan, batik-batikan, baju-bajuan, tudung-tudungan, brooch-broochan, beg-began..etc..Kain-kain dia cantik-cantik ooii...hidup habis corakd dia...



Gasing gergasi pong ado..eden suka lah kat gasing nih...


Keris-kerisan...

Haaa..yang ini saja enter-frame. Bukan dekat Jusco Bukit Raja tapi dekat tepi kedai dekat dalam Giant Stadium time buat spek mata Yuyu..

Bye~

* Hujung minggu ni boleh la bawa anak-anak terutama isteri (sebab isteri kan suka kain-kain bagai nih) pergi tengok Kraf di Jusco Bukit Raja. Sampai 15 April 2012 ini yo!