Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Payah Jumpa Kot?


Assalamualaikum...

Salam hari Jumaat buat semua. Hari ini saya tak tahu nak cakap pasal apa. Tengok draft ada banyak, tapi banyak "telopong". Jadi tak akan published lagi lah.

Hari ini saya cakap yang ringan-ringan sahaja. Tentang bagi salam. Niowdays saya tak tahu lah keadaan saya atau keadaan sekitar. Saya rasa macam kurang saya mendengar orang memberi salam sekarang ini.

OK memang penah membaca salah satu tanda-tanda akhir zaman, kurangnya orang memberi ucapan salam. Tambahan lagi kepada orang yang tidak dikenali.

Sekarang pun saya notice, orang datang bagaikan "hantu" alih-alih terpacak. Sayang betul tak bagi salam dan tak jawap salam. Kalau tak mesti sama-sama dapat pahala kan?

Jadi apa kata, kita-kita semua amalkan dengan memberi salam? 

Salam itu penghubung silaturrahim.

Ucapkan "Assalamualaikum".

Terima kasih

Wednesday, March 28, 2012

Yang ni nak marah bona nih...


Assalamualaikum...

Rancak nya akak hari ini main published entry. Ha ah. Kamu mana tahu, akak type entry ini zaman berzaman sebab itu banyak gila gambar. Imagine la berapa lama? Kalau setiap saat duduk snap-snap nampak sangat macam nak buat kerja photography bukan pergi cari ilmu kan...

Tak apa lah. Akak saja lah cek-cek kan keyword yang orang-orang pakai sehingga terjejak dekat blog akak yang tak semenggah ini kan.

Sekali...



Eh..macam mana la boleh keluar blog akak untuk keyword macam itu?

Tak apa.tak apa. Akak bersangka baik sahaja lah.Mungkin mereka sedang search bagaimana bermain dengan beg darah dalam ambulance. Atau bagaimana ..bagaimana..ah apa-apa lah. 

Bye!

Tuesday, December 27, 2011

Boleh Pulak TER-Google

... pasal Lisa Surihani dan Insya-Allah pasangan hidupnya kelak Yusri KRU tuh. Hahaha...ramai gila yang minat Lisa sampai berdarah-darah hidung menahan kecomelan dan kecantikan dia (orang lain lah cakap, bukan aku).

Sekarang kena terima lah hakikat ya. Berputih mata.


So, ayat pujuk-pujuk standard :

1) bunga bukan sekuntum..
2) nanti Insya-allah kita diberikan orang yang lebih baik...

What ever it is....Lisa dah kena chop dah! So sila lap hidungh berdarah anda ittuwww!


Sebab kan buat masa ini, mereka belum diijabkabul, jadi tak payah tempek gambar berpeluk mesra. Tak comel dipandang walau hakikat so sweet nampaknya...ehemm

* dulu-dulu Nora Danish dah melepas, sekarang Lisa si muda (lahir tahun 1986) pula sudah dipetik orang. Jadi siapa yang tinggal? Fasha je lah... (batch seangkatan, yang baru-baru tak masuk lah)

* aku suka je tengok mereka dua nih. U all> kita doakan semoga perkahwinan Yusri kali ke-2 & Lisa yang buat pertama kalinya ini kekal abadi hendakNya.
Aaaaminnn..

* ada kesah?

Wednesday, December 21, 2011

Apa ke Gaya Nak Claim Duit Nuffnang ni?



Ewwah ewwaaah! Amboi amboi. Macam lah banyak sangat duit dalam tuh! Seakat duit syiling boleh lah kan. Tak gitu?

Awok...awok...dah awok tuh blogging pun tak aktif....follower ade la 2-3 das...kamu pula bukannya rajin bebeno nak meng-folo orang...err...haruskah memfolo-folo eh?

* OK, patut lah Duit tak penuh. Kamu pun malas tak nak kawan orang. Padan lah...sape je yang nak click iklan kamu tuh? Hishh! Srot-srot ambil tisu...sreeettttt!

Tabiat Tengok Gambar Belakang



Hahahah!

Tabiat tuh weh..tabiat tuh weh! Belakang apa pulak ni? Belakang badan kah? Montot kah? Apakah? Udah-udah la nyah..jangan nak geli-geli sangat nanti karang dapat percuma kahadiran ketumbit tanpa diundang. (adakah benar melihat perkara yang gitu-gitu mengundang ketumbit? Hahaha! Pastilah tidak. Tapi apa pasal, asal ada ketumbit je orang tanya "Ha..ngintai apa eh?" ). Kalau ketumbit menambah seri menawan, may be I nak jugak. :-P

Sekarang, saya nak mengaku. Malu juga nak cakap. Tapi saya ada habit suka tengok part belakang- belakang. Selalunya begitu. Lepas itu akan gelak sorang-sorang (mungkin orang lain tak faham) sebab tengok belakang.

Belakang apakah yang Makcik maksudkan nih? Adik tak faham lah!

Isk U oulss! Ni nak cakap la ni. Nak ajak kamu sekali. Kan ada antara kamu jenis stok malas membaca. Jangan kata buku sekolah, Makcik pon malas juga. Ini kira kalau baca surat khabar stok tak baca cerita tapi baca tajuk je sebab malas sangat. Ada ke gitu? Ke jenis tak baca surat khabar macam I nih?

Ha..kalau ada, ada satu blog kau tak payah baca sangat, kau tak payah belek-belek sangat, tak payah kecik besarkan mata kau masa nak membaca sembunyi-sembunyi sebab kau takut kantoi dengn bos.

Tadi.

Lunch hour. Tapi tak keluar lunch. Sebab saya sarapan jam 12 tengah hari! Hohoho!
OK, tak nak cakap banyak. Nak cakap time lunch tadi "main-main" blogwalking, jumpa tentang ini.

Ini sah-sah level pakcik-pakcik. Mempunyai gaya tersendiri dalam meng-ekspresi sesuatu. Kenapa saya cakap macam itu?

Pakcik a.k.a Uncle (ada yang membahasakan Unkel Gedek) ni macam blog concept "Photos (pictures) speak louder than words". Tak perlu menaip panjang. Tak perlu fikir banyak-banyak nak mengarang. Kiranya ayat mudah masuk kepala. Tak ada lah merepek kuat macam saya. Tapi saya tak kencing kamu, kan? Heheheeh

Umpama konsep "Sampaikan lah walau sepotong ayat".

Serius! Tiap entry adalah sangat-sangat ringkas. Dan kau faham terus! Kadang-kadang kau rasa rahang kau longgar sebab tahan gelak ke ape tah! Tah apa yang kelakar tah. Tapi kau jengah, kau faham maksud aku.

As simple as that. So siapa cakap blogging ni susah? Siapa cakap "kalau tak pandai buat blog tak payah ber-blog?". Apa susah. Tengok Uncle Gedek ni. Tajuk entry just letak tarikh-tarikh gambar diambil kot. Semuanya yang dilaluinya sendiri. Tempek gambar seketol dua pam, type 15 patah perkataan macam slogan masuk pertandingan "Pakcik Menang Motor". Tekan Published. Setel! (jarang la title dia panjang-panjang)

Lepas tuh "lu pikir la sendiri".

Kira blog ada imej dan trademark. Tak macam blog www.loyaliris.blogspot.com tuh... T___T. Merapu tak sudah-sudah. Orang pun pening baca. Sebab masa sekolah memang tak suka buat karangan. Cakap boleh la... (eh? gossip ke?)

Tak percaya boleh review ini UNCLEMUKASAMAJE. Hahahah!

Pas tuh orang baca dah faham. Siap pakej gelak sengih-sengih. Hahahaha! U try first! Tak tahu lah kalau saya yang gila. Sebab saya yang faham tapi kamu tengok "Tak ada apa pon. Tak best pon. Apa punya taste budak nih?". Up to you. I don't mind pun. Hehehehe

Again, apa yang dikenalpasti selaku saya sebagai pembaca blog Uncle Gedek:

1) Self potrait daily. Memang dilalui sendiri situasi itu.

2) Setiap photo akan ada gambar mukanya dengan ekspresi yang sama. Tak kira apa-apa gambar. Latar belakang sahaja berbeza.
Mempunyai kerutan dan memek muka sama setiap gambar. Jadi saya nak panggil Uncle ni "Uncle Muka Stret". Boleh?

3) Tak payah type cerita banyak-banyak. Macam type MMS ke SMS tah!

Ok lah, sebab post ini dah diperam zaman berzaman sejak zaman Tun Teja ke apa tah, saya dah lupa nak type apa dah.

Jap...mari tempek dua tiga kerat muka Uncle ni...cuma spot apa yang berubah di memek mukanya? Kekekekek



Eh? Banyak pula gambar tertempek. Tengok betapa saya saya nak tunjuk dekat kamu (uih! usaha gigih ni!) yang kerutan, kelebaran hidung, bukaan mata, keluasan dahi, perimeter muka, darjah sudut dan sebagainya tak berubah! sipi-sipi mungkin.

Eh? Macam ini pun boleh? Mesti gigih mengejar akak si akak balancing atas kepala tuh. Aku syak Uncle ni ada alat setting macam mana nak ambil gambar lah! Imagine..mesti lepas kejar-kejar akak tuh muka dia mengah..tapi? Acu ko tengok kerutan muka tuh? Apsal steady jek? Hahahah

Pergilah bergelak ketawa dengan "PAKCIKMUKASTRET"


Bye!

* So maknanya saya ada tabiat belek gambar sampai gambar latar sekali. Lepas itu gelakkan gambar latar itu bukan nya gambar watak utama (bahan fokus gambar
)

* Tengok lah, cerita entry ni sahaja dah panjang berjela-jela (tah faam ke tak kamu?). Uncle tak payah cakap apa-apa pun!

Wednesday, November 30, 2011

Apa Hijrah Kamu?


Salam Maal Hijrah semua. Saya kira masih belum terlewat untuk ucapkan kepada kalian semua. Walau Maal Hijrah sudah meninggalakn kita 3 hari di belakang (masa entry ini ditulis, tapi saya yakin akan lambat published atas dasar kekangan waktu tambahan lagi skill menulis tak pernah nak bagus). Tapi tak mengapa.

Orang-orang selalu ternanti-nanti saat datang nya 1Januari setiap tahun sebab macam merupakan titik-tolak untuk memulakan sesuatu. Masa ini lah kita menanam cita-cita yang mahu digapai bak menanam benih-benih cinta agar berkembang mekar sepanjang waktu. Ceh! Konon-konon sahaja. Menunggu detik 12malam untuk mengucapkan "Happy New Year!" kepada orang-orang yang terpilih dan salah pilih. Saat itu lah berkuat-kuasa segala planning. Sukses ke tak, kita tak tahu lagi. Huhuhuhu..

Apa kata kali ni dari kamu tunggu-tungu kehadiran 01 January untuk melancarkan niat, baik kita lancar sahaja niat-niat kita sekarang? Lebih berkat dengan kehadiran 1 Muharam bukan? Amacam?

Untuk gadis-gadis cun comel yang terdetik niat "Mahu pakai tudung tutup aurat"...jom lah mula pakai sekarang. Tak perlu tunggu hadirnya 01 Januari ke...Bulan Puasa ke...etc lah. Jom mula sekarang. Perlahan-lahan. Tidak mendadak-dadak. Orang cakap slow dan steady sahaja. Biar orang lain tak perasan perubahan kamu itu, tapi cukup kamu sahaja yang perasan? Amacam?

Yang bertekad mahu memenuhi lubang-lubang solat yang selalu "terkoyak" sana sini itu..apa kata kita mula sekarang. Terus-menerus tanpa henti? Tidak perlu menunjuk-menunjuk atau perlukan semangat-semangat luar. Yang perlu hanya kehendak dan kerelaan serta keikhlasan hati sendiri sahaja. "Eh? macam mana saya nak tahu saya ikhlas ke tak ya?". Hmmm...Keihklasan ini hakikat sebenarnya kamu sendiri pun tidak tahu. Apa yang pasti buat dengan kerelaan hati dan patuh suruhan Allah dan percaya akan dikurniakan sebaik-baik kurniaan dari-Nya.

Yang mahu mulakan hidup baru? Mari lah hayun langkah. Jangan tangguh-tangguh. Takut tak kesampaian pula...

So, kesimpulan nya, mari lah kita menuju ke arah kebaikan bersaman-sama. (ayat mati kutu sebab tak ingat dah nak cakap apa. Feeling dah hilang)


Wassalam...

Yang selalu duduk bergossip-gossip tak tentu hala, apa kata hari ini kita cuba sikit-sikit kurangkan gossip kita sampai la dia menuju ke angka "0". Bercakap tentang kemuliaan adalah jauh lebih baik dari duduk-duduk di tepi kain orang dan buat orang sakit hati. Betul tak? Jadi mari lah kita bertukar. Kalau dulu kamu dikenali sebagai Kepoh Kecoh. Sekarang kita bertukar. Kepoh itu bukan sesuatu yang comel. Hahahaha! (tapi kadang-kadang comel juga kalau mencuit hati..hehehehe).

Bagi yang mahu bertukar peribadi dalam diri juga, mari lah buat sekarang. Yang baran? yang suka fikir bukan-bukan? suka syak sana sini? suka membangga diri? riak? bakhil? Mari lah bergerak. Semua ini bergantung kepada keinginan diri kita sendiri.

Tuesday, November 22, 2011

Walau di Darat tapi Boleh Menggapai Awan


Amboi amboi amboi Combi...dah macam pramugari ke pramugara tah. Macam cerita Awan Dania pun iye jugak Tapi malas la nak cerita-cerita siri TV nih kan....

Kita nak cerita HOT je sekarang. TERKINI. Kang kalau cerita lambat kata "ala cerita basi". (Padahal masa type ni pun memang dah nak 24jam basi. Isk...)

Walau begitu, jangan bantutkan hasrat tapi sila tingkatkan stamina supaya kita bergerak seiring. Eh? apa kau melalut?



TAHNIAH HARIMAU MUDA!!! Auuummmmmmmm!

Andalah wira negara. ececececece!

Sebab?

Tentunya atas julangan pingat EMAS untuk Bola Sepak di Sukan SEA (SEA Games) yang berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Palembang.

Ibu segala emas yang direbut-rebut semua milik Malaysia!

Syabasss!! Walau harimau hanya berada di darat, tapi dapat juga menyambar Garuda di udara! Fuhh! Tabik spring lah.Walau banyak dugaan dan rintangan, nampak nya kalau sudah rezeki menang, tetap menang juga. Tak cukup rintangan sedia ada, perang psikologi yang dihadapi pun mampu dicantas skuad. Terbaikkk!

Semua bermain sangat bersemangat dan steady walau awal-awal dah kena gasak dengan Indonesia yang balun rempuh macam makan apa entah. Alhamdulillah. Kita masih boleh bangkit dengan tandukan Asra tuh!.

Last-last penalti sahaja penentu segala.

Orang cakap, menang penalti "apa la sangat", BUT! sebagai penentu, kita kena fokus juga! Rugi tak menang kalau pingat kemenangan hanya di depan mata! Mesti terkilan gila kalau tak gapai.

Memang stress la tengok time penalti tuh. Saya tengok time tuh saya tutup telinga mata terbuka (boleh imagine). Lepas tuh stress sebab sepakan ke dua tak dapat tembus gawang. Aiseh! Sengit tuh! Tapi apa-apa pun, tendangan terakhir Badrol berjaya memecahkan kegamatan di kedai saya! Woooohooo!!

Terloncat-loncat, terlaung-laung semua gembira. Sahut menyahut sana sini. Kedai saya bunyi, kedai depan sana berbunyi, kedai mamak sebelah kiri laaaaaaaaaaagi lah jangan cakap. Penonton ramai gila...Asal bola dah nak dekat dengan gol, semua pakat jerit " Haaa! Haaa! Haaaaaaaa"....lepas tak dapat "Aduhhhh" ramai-ramai. So sweet. So fun. Muafakat betul!

But berlainan pula dengan penyokong dipihak lawan (Indonesia). Kalau nampak macam nak gol, tapi tak gol, mereka cakap "Boddddohh!" dekat player itu. Huhuhuh. Seee?


Saat kemenangan...Ibu segala emas kita yang punya...yiiiihaaa!

Kita menang! Kita bukan menang motor...tapi menang emas..Ibu Emas!

Time lawan tuh, time Indonesia mendahului 1 gol, pekerja saya happy gila. Siap malam itu pakai baju merah kau! Time tuh kita frust lagi mengharap gol juga lah. And then penalti, masing-masing duduk doa masuk lah gol. Pekerja dah siap janji-janji dah, kalau menang nak buat apa (tak nak cakap apa lah, hahahah!).

Lepas semua selesai, naik la status-status facebook dengan macam-macam bentuk ucapan tahniah. Tak kurang juga sebelum-sebelum itu ada yang menyalahkan pemain itu pemain ini. Well, this is a game. The player do not know what will be happen, but they try their best to play and win. They know what to do. So don't blame lah kan. They are in a team. Let them play the rules. Kita support lah! Saya percaya kalau kita kalah malam itu, mesti some of us keep blaming sana sini. Kan? Not good lah...

Jangan lupa say "thank you" to Mr Ong Kim Swee (jurulatih Harimau Muda) yang membuat percaturan mendebarkan...

OK, lastly, Tingkatkan prestasi, kurangkan kontrovesi. Jangan bongkak dengan kemenangan ini...

Bung...Jangan menangis, boleh cuba di lain kali ya!

* Anyway komen untuk tuan rumah: Persediaan Sukan SEA tidak memberangsangkan. Attitude penduduknya juga tidak mencerminkan sesuatu yang comel. Time lagu negara ku dimainkan pun tak hormat, lepas itu skuad Harimau Muda terkandas dalam bas beberapa jam selepas tamat perlawanan kerana penyokong lawan frust tak puas hati buat sesak jalan. Siap meluah kata-kata tak comel meludah-meludah bagai. Sangat tak beretika, tahu ngak kamu? Kita seharusnya mengekalkan kemuafakatan antara kita. Kalah menang adat pertandingan.

* Dan-dan tuh nak buat doping? Ek elllehh...steady la dulu...

Monday, November 14, 2011

Mengapakah Pilih Tarikh Best?



Salam semua. Amboi amboi amboi (stok Azwan Ali)...

Kan tarikh yang dikatakan "cantik" telah berlalu pergi. Apa lagi kalau bukan tarikh 11 November 2011 atau lagi nampak cun ditulis 111111. Ha amik kau! Triple 1 triple 1 you!

Banyak kenangan-kenangan manis tercipta hari itu. Dan terdapat juga kisah duka yang ditakdirkan hari itu. Salah satu tragedi menyayat hati yang berlaku :- (Tragedi rombongan sekolah & lori pasir). Semoga ahli keluarga terlibat dikuatkan semangat. Semoga yang terkorban dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan dalam golongan beriman. Amiiinnn.

Kebetulan seperasan saya, bulan ini, kejatuhan tarikh-tarikh nya juga sesuai dengan harinya di mana orang suka pilih untuk buat kenduri-kendara sebab jatuh hari cuti (Jumaat untuk negeri-negeri tertentu, contoh: Kelantan). Walaubagaimanapun tidak terhad untuk negeri-negeri yang tidak bekerja hari Jumaat sahaja berpeluang untuk merembat, yang negeri lain pun boleh grab juga! Khabarnya ramai yang akad nikah pada 111111. Semoga berbahagia selalu dan semoga kalian menjadi satu-satunya pasangan kepada pasangan masing-masing. :-)

111111 @ 11112011
20112011 @ 201111


Mana cantik?


Lagi-lagi kan nak musim cuti sekolah ni. Lagi sakan tiap minggu ada kenduri kendara uuu...

Penuh kalender...
* pada 12 haribulan terdapat 3 kenduri serentak! Oh! 2 darinya adalah rakan sekelas di Teknik Klang, 1 lagi rakan sekolah rendah...kiciwa tak dapat hadir..


Jangan tak tahu ya puan-puan dan tuan. 271111 itu lagi indah. Jatuh 1 Muharram! Tahun baru Islam. Lagi mulia kedengarannya. :-)

Saya sendiri mempunyai banyak undangan perkahwinan rakan-taulan di bulan ini.. Belum lagi undangan untuk ibu-bapa saya (saya kan tukang drive bawa sana sini..hehehehe!). Ada yang dapat saya penuhi ada juga tidak. What to do? Hmmmm

Anyway, sesiapa yang memilih tarikh-tarikh cantik tentu berdasarkan pada ciptaan simbolik yang mereka diperkenankan. Kan?

Kalau bagi I, yang cantik 1406every year jek! Hahahah! Boleh?

Bluekkk!! Muntah hijau semua sebab aku mention tarikh lahir sendiri lepas tu cakap tarikh lahir sendiri best. Hadoi!

Apa sebab pilih tarikh 111111? Bila ramai memilih nampak macam satu kegilaan pula, anyway semua yang memilih ada sebab yang berlaku secara kebetulan.

1) Tentu saja kerana ke-unik-an susunannya. Orang Cina cakap "ada Ong" ma...

2) Senang nak ingat. Isk...apa kamu ini tua sangat kah? Tapi saya percaya, ramai lelaki tak romantik lega dengan pemilihan tarikh ini sebab mereka kurang daya ingatan bab-bab hari special. So harap macam next next year come, dia tidak akan ketinggalan (terlupa) membuat ucapan Ulangtahun terhadap pasangannga. Jadi tiada lah kena cop "Tak romantik" oleh sang isteri. Laps itu masalah lain pula datang - merajuk!. Tambah lagi suami tak pandai memujuk...lagi naya. Oh tidak! Memang isteri makan hati macam ini. :-P . Harap-harap betul lah pilihan dia itu. Kalau lupo jugo...apo nak dikato yo? Haihh! Kawen ajo lah hari Merdeka ka Tahun Baru ka (Public Holiday). Setel! Mesti lagi ingat.

3) Saja suka-suka.

4) Dah jatuh hari cuti, gasak je la. Kebetulan cantik pula.

Apa-apa pun jangan la taksub bebenar yo!

Selain itu juga, ramai baby dilahirkan tarikh ini. Yang semulajadi lahir tuh biasa la..kejadian alam. Kebetulan. Ketentuan. Yang di-plan?. Kira ketentuan juga. Ibu bapa saja memilih tarikh yang sesuai supaya kelihatan "cantik". Insya-Allah anak-anak yang lahir secantik satu-satunya juga hendakNya.

OK, tempek sesuatu buat renungan dan peringatan diri:-


Ustaz Azhar Idrus yang kelakar itu komen...
(erkk! saya pasti sebenarnya kebanyakan memilih tarikh tersebut hanya sekadar suka-suka dan untuk menimbulkan ke-unik-an untuk sesuatu acara/kejadian)

Pelamin in Pinky theme...

Hanya satu kenduri sempat dihadiri pada minggu ini - Kenduri May (lebih 15 tahun tak bertemu mata) di Bukit Jelutong...
(sempat snap pengantin perempuan sahaja, pengantin lelaki nya tak mari lagii...)

* Selamat pengantin baru bagi yang selamat mendirikan rumah tangga.
* Selamat menjadi ibu bapa mithali bagi yang menerima cahaya mata.
* Dan tak lupa, selamat hari lahir buat KAMU yang menyambutnya di bulan November. Lebih-lebih lagi yang lahir 06th Nov 2011 (you know who you are. eh iye ke?). Semoga sentiasa berbahagia, dirahmati Allah dunia akhirat. Aaamiin.

Friday, October 14, 2011

Detektif Mengintai Seorang Kakak


Di suatu hari yang indah, tatkala seorang kakak duduk keseorangan merenung lantai dan tingkap akibat tiada teman sepermainan, maka kakak tersebut telah menggagahkan (tanpa membuat muka bengis dan berkeriut) diri menyelongkar almari mencari khazanah-khazanah berupa makanan yang boleh disantap.

Kejadian ini berlaku dipercayai akibat dari sikap malas tuan badan mengeluarkan diri dari pintu rumah itu untuk membeli makanan. (lain lah ada acik ketok pintu macam dekat asrama dan tanya "Adik nak nasi lemak dik? Karipap?". Sure kakak tersebut membeli seumpama memiliki makhluk seramai 5 orang di dalam rumah. T__T

Kasihan.

Walau kelihatan seperti malas mengeluarkan dari pintu rumah, tetapi kelihatan macam sedikit sifat rajin juga di dalam nya kerana kakak tersebut telah terjumpa (hoii! terjumpa apa, kau yang belikan. Kan?) sesuatu...

Ting!!

Cahaya lampu mentol telah muncul di kepala kakak yang blur itu. Dengan tidak semena-mena telah mengimbaskan beliau tentang apa yang dia ingini.

Apakah yang dijumpa kakak tersebut? Apakah yang diidami nya? Mari aku ajak kau menghendap bersama-sama aku. Aku mahu ajak kau jadi detektif. Detektif yang tak stress yang perlu memikirkan sebarang kebarangkalian. Manjadi detektif senang hati sesuka hatimu.

Apa kau merepek?

Jom lah tengok!


Oh...sepeket 250g Macaroni yang dibeli daripada pasaraya hero yang tak sampai RM2.00 (rasanya lah). Tahukah kamu bahawa250g itu adalah banyak juga? kakak tersebut telah membahagikan macaroni itu kepada dua bahagian

1) Kamu rebus macaroni kamu. titik kan beberapa titik minyak. Minyak zaitun sebaiknya. Kalau tak minyak biasa pun tidak mengapa. Jangan minyak tanah atau minyak gamat atau minyank senyonyong atau entah apa-apa sudah la...
2) siap direbus, sila tos kan airnya buk!

Mudah sahaja ini. Untuk bahan ramuan kesedapan jiwa-raga dan perut, ambil apa sahaja di dalam almari atau peti sejuk kamu.

1) Bawang besar dihiris-hiris dan bawang putih diketok-ketok dan dicampak kan ke dalam kuali. hingga naik bau.
2) Masukkan ayam/daging/udang / sotong/ hot dog/cendawan butang/ isi tuna yang telah dipotong-potong dan dicuci.
3) Tuangkan sos tomato, taburkan lada hitam, garam dan gula...
4) Tuangkan air sedikit.
5) Mahu pedas? potong la lada semahu kamu.
6) Masukkan hirisan dadu tomato
7) Akhirnya masuk lah maraconi yang telah ditoskan itu..
8) Masukkan sayur yang dipotong jika kamu mahu.
9) Gaul-gaul, letakkan didalam bekas yang boleh di bakar. Padatkan.

* Boleh juga letak sedikit serbuk kari. Sodap juge! heheheh

OH! Kakak itu rupa-rupanya mahu membuat MACARONI BAKAR...(eh..kamu lupa ya yang kita sedang mengintip kakak tersebut?)

Apa lagi kakak itu mahu buat?

Ini apa? Ini kuah caramel nya. Yang bakal dituang ke dalam adunan macaroni tadi.

Bahan simple:

1) untuk lebih kurang 150g macaroni, tiga biji telur diperlukan serta susu setengah kotak kecil yang 250ml itu.
2) Pakai whisk, godak la telur serta susu itu.


Apa lagi? tuang lah ke atas macaroni yang menunggu..

OOppps! Sorry...kakak itu buat dengan kuantiti telur yang lebih (lebih dari 3 biji u all semua tahu tak?), maka dia "banjir"


Walau kakak tersebut telah gusar akibat kebanjiran, tetapi dia mempunyai hati yang cekal juga. Takut Macaroni mengalami kelembapan. Maka dia potong-potong cheese dan atur. Look yummy pulak! haahaha (harapan semoga macaroni menjadi pizza with crust??)


Sila bakar selama 30jam dengan suhu 190darjah. Jangan lupa cover dengan aluminium foil...
- oh, kasihan kaka, setelah siap tidak seperti yang kakak tersebut imaginasikan...

Maka dia telah tak semena-mena menaggal alumium foil dan membakat lagi...maka hasilnya adalh seperti di atas....OH adik-adik. Jangan takut, dia sedap macam di atas pizza...hahahah

Boleh dimakan dengan sos..
(sebab itu kakak itu pesan kalau nak letak serbuk kari pon OK, sebab the cheese very the cheesy meesy youu!)


Jom lah tengok! Oh...itu rupa-rupanya yang dibuat oleh kakak tersebut di rumah seorang diri ya?

Tapi timbul persoalan di hati saya. Yang lagi separuh macaroni yang direbus di buat apa? Adakah telah dibiarkan semut makan atau kucing makan? Hmmm..

Rupa-rupanya...beliau telah membikin ini...

Baiklah, ini dalam versi yang lain dari di atas yang dibakar. Ini goreng ajo pong sodap eh!
Cara sama sahaja cuma tambah kicap dan sedikit perahan lemon. Pecahkan telur sebiji dan kacau lah. Di akhiri dengan Sayur-sayur letak la apa yang ado - carrot, pak choy...hantam!

Saya mendapati kaedah yang diguna pakai oleh kakak tersebut macam sama dengan proses di atas time buat macaroni bakar. tetapi dengan sikit bahan tambah di dalam bahan menumis menggoreng sebelum meletak macaroni ke dalam nya.


Oh...rupanya ini yang kakak tersebut buat...Membawa makanan tersebut ke kedai untuk menjamu pekerja dan ibu bapa.

Sekian.

* sekarang kakak itu fikir, lain kali nak letak serbuk Maggie + sos tomyam mesti macam sedap juga..kehkehkeh!




Thursday, October 13, 2011

Sepintas Lalu



Salam kepada sesiapa yang membaca. Ku tahu kau cantik. Ku percaya kau baik. Ku yakin pasti ada yang tertarik. lalalalala..ku sudah ada satu kekasih yang menunggu.

Eh..over pulak...termenyanyi.

Sangat-sangat tiada waktu untuk menaip. Atau kata lain sebenarnya selepas waktu kerja ada waktu, tetapi tempat untuk menaip dan meng-upload pula yang tiada. (lap top ternyata kini semakin uzur bak menunngu pengganti :-P)

Nak taip laju-laju sekarang tentang apa yang dilihat dan terfikir or may be something yang mahu di-share.

Tengok la dulu apa. Sebab saya pun tak pasti lagi sedang mahu menaip tentang apa. Ini semua keluar secara tiba-tiba konon-konon macam digerakkan oleh seuatu aura. Eh seram pulak. Dah macam dihantui oleh hantu je pula kan? :-P

OK move!

1) Gaya/ Trend terkini bergambar bertunang

Ehem. Saya bukan sengaja mahu menyibuk. Cuma memperkatakan apa yang terdetik di hati. Lately, saya lihat trend pose bergambar untuk sesi pertunangan ada "semacam". I do not know you get what I mean or not.

Cara posing adalah kelihatan seperti gambar perkahwinan terkini di mana pasangan tidak malu-malu segan bersilang-silang badan dan sebagainya.

Gambar pertunangan digambarkan seolah-olah gambar perkahwinan dengan sang arjuna di sisi dan sang dewi cinta disebelahnya sambil berangkul-rangkul bagai. Berpimpin.

OK, nak cakap isu itu sampai di sini sahaja.

Something goes not right now days. Everybody realize about it, but no one can do anything or something. All keep shut jek!


2) Bajet Malaysia 2012 yang...

Fuh..yang ini kalau usha FB, banyak status memperkatakan tentang Bajet2012. Ada lah suara-suara sumbang-sumbing duduk sound sana sini. Yang gembira ber-hip-hip horey! yang kecewa hanya menjeling sinis. Cemburu?

No, I don't think so yang menjeling adalah cemburu tetapi berfikir

"apa je kerja kau ha? Aku tengok kau goyang kaki jenjalan shopping sana sini jek...senang-senang dapat itu ini. Apa kami ni bukan rakyat Malaysia ke??"

Hahahaha!.

Ayat berbaur sentap-sentap manja. Don't blame orang yang cakap begitu, jika kamu memang benar begitu rupa. Tolong malu sikit. Jika kamu bukan begitu, kamu seharusnya tidak terasa luak atau terhiris atau tergores pun sebab itu bukan kamu. Tak terkena batang hidung kamu pun. Betul?


And yes, we all deserved to have apa yang selayaknya. Tetapi jangan lupa tentang rezeki di tangan Allah dan kita mengusahakannya. If belum ternampak hasilnya, maka anggaplah belum sampai waktunya sampai kepada kita.

Adalah lumrah duniawi, jika sesuatu yang dihebah-hebahkan secara tidak sama rata dan adil akan mewujudkan pelbagai soalan yang tidak puas hati. Cuba kalau tak hebah-hebah, tiada siapa tahu sangat dan tiada siapa pertikaikan. Diam sudah.

Masing-masing sibuk mempertahankan aliran kerajaan (yang orang panggil gomen) dan juga bukan kerajaan (ala anak tiri). No point!

Gaji kamu ciput pun, bukan kamu yang bayar hutang-piutang dia. Dia gaji besar gunung pun pun, bukan dia yang bayar hutang kau pun. Fair kan?

Just move on dan kerja sahajalah selagi hayat dikandung badan. Mudah. Rezeki masing-masing tetap ada. Yang penting, kamu perlu jaga tatasusila kamu dalam mencari rezeki. Jangan main "makannnnnnn" sahaja.

Kerja di mana-mana sektor pun hiduppp je juga...So...lu pikir la sendiri oi!

You get it?

3) Hudud oh Hudud!

Ini tak tahu nak kata. Apa yang ditakut sangat sampai tolak mentah-mentah? Kalau takut tak payah la buat sesuatu yang menyebabkan hudud dijatuhkan ke atas kamu. Tak perlu menolak membangkang dan emosi tak setuju sedangkan ilmu pengetahuan tentang itu cuma sejengkal. Ini tahu nak tolak tak tentu hujung pangkal. Yang Muslim, menolak hukum Allah samalah menolak kewujudan Allah. Kenapa perlu takut?

Jika undang-undang berkanun tidak mampu membendung, kenapa Hudud tidak boleh membantu?

Yang saya malu adalah komen-komen artis. What a shame. Siapa kata zina kena sula?? Haiyo! Buat kena gelakkan orang sahaja. Jangan bercakap kalau tidak tahu apa-apa tentang itu. Belek buku dan rujuk kepada yang berilmu baru komen. Tak faham jangan cakap.

OK, nak komen sampai sini. Cakap lebih-lebih sudah pastinya saya bukan lah berilmu tinggi sangat.

4) Semakin Gila, Apa Beza Manusia dan Binatang?

Membaling bayi comel dari tingkat atas ke bawah? Meliwat bayi sendiri yang berumur hanya 23 hari sahaja? Apa kau nih?

Membakar-bakar manusia? Memotong dan melapah daging manusia? Dan arrghh! tak tahu aku nak cakap macam mana gaya lagi yang ada. Isk!

Oh Mannnnnnnn! you are human being or what? Kucing pun comel lagi tahu?


OK. Habis dah membebel seposen-dua. Eh? Apa aku membebel kah? T_T

Monday, August 22, 2011

Cinta Antara 64 dan 34 & Kisah Tergolek-golek


Salam semua.

Saya ingatkan bulan-bulan puasa yang tak boleh nak rasa apa-apa , liat lah mahu membuat apa-apa. Rupa-rupanya dalam liat-liat 'lekat' juga sikit-sikit. Haih!

Sepanjang minggu bergolek-golek berguling-guling. Sabtu memang tiada meng-asapkan apa-apa. Saya tidak ingat buat apa. (atau sebenarnya tiada apa yang menarik, jadi terus lupa).

Yang saya ingat tengok Hindustan Tv3 yang ada Amitabh Bachan berlakon jadi Chef bujang yang tak kahwin-kahwin yang mengikat rambut kontot macam gaya cool. But finally akhirnya dia jumpa jodoh dia dengan wanita (lakonan Tabu) yang mudanya 30tahun dari umurnya sendiri.

So cerita ini macam cerita pasal liku-liku umur jauh, macam mana nak approach wanita yang macam sebaya anak, macam mana nak meng-approach bakal bapa mertua yang mudanya 6tahun darinya. Macam mana nak menghadapi karenah "penolakan" seorang bapa yang terkejut beruk yang anaknya memilih seorang lelaki yang berumur 64 tahun sebagai pasangan hidup. Best juga layan. KOMEDI ROMANTIK.


OK, gebang kuat buat sinopsis tapi tak bagi apa tajuk cerita, maka tiada lah gunanya kan? Tajuk cerita - CHEENI KUM.

Ada kamu nampak tocang cenonet dia?

Cerita ini juga diserikan dengan seorang watak kanak-kanak named "Sexy" yang mengidap blood cancer.
Cerita ini tiada nak menyanyi bergelek-gelek tukar baju banyak-banyak dan sebagainya yang memang menjadi trademark cerita hindustan. Cerita yang simple yang berlaku dalam masyarakat yang tak selalu ditunjukkan dalam filem/drama. Thumbs up to this movie.

Lelaki yang berumur 64 tahun...


Gadis manis yang berumur 34 tahun...

Dialog (yang tak berapa nak ingat dah)

How old are you actually?
34
Hmmm...so old
You?
Sixty.....four. 64
Hmmm...sooo young...


OK, kalau U tak puas hati, pergi U-Tube. Eceh! Saya tak rasa rugi dan menyesal pun tengok cerita ini, I tell U...Eh saya nak tempek sini saja lah




OK...jom tengok ini pula. Saya ingat puasa-puasa macam malas sudah nak terhegeh-hegeh main uli-uli tepung. Sebab tak boleh rasa on the spot OK ke tak. Kalau OK boleh proceed. Kalau tidak - Tak mahu!

Entah macam mana, jadi tergatal-gatal pula saya. Terbuat juga..
lallalalala lallalalala llalallaa

Ini sebab gara-gara terpesona sekali lagi dengan akak ini lah. Akak Masam Manis. Pergi klik. Cantik-cantik biskut dia. Jadi saya pun memohon la copy paste juga. Baru nak belajar. Macam saya cakap dalam edisi etry saya lepas-lepas. Saya buat sebab terpesona dengan gambar. Hahahahahah! Adei!

Kita terus lompat ke resepi sajalah. Copy paste akak Masam Manis tadi.

Bahan A

280 gm mentega

200 gm gula castor


Bahan B

250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung

20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia atau beli yang sudah siap
1/2 sudu teh baking powder

Yang macam ini. Kalau tak, beli la biskut oreo buang cream dia, hancurkan.


Hiasan


Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan guna kaedah double-boiled.

Croquant (* saya tak letak pun. Tak tahu pon apa tuh)

Cara-cara:

  1. Pukul bahan A hingga kembang
  2. Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  1. Bulat-bulatkan kecil. Jangan kecil sangat. Sebab biskut in bukan jenis mengembang.
  2. Gelek-gelek dia dalam serbuk oreo hancur yang dibuang krim itu.
  1. Masuk dalam cake cup kecil-kecil itu
  1. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
  1. Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
  2. Paip kan dengan coklat putih atas dia.

TIPS:

Apa itu kaedah double-boiled? Macam mana?

1) Guna 2 bekas/periuk.
2) Bekas 1 yang kecil diletakkan air ke dalam nya.
3) Bekas 1 yang besar pula, akan diletak bahan yang mahu dicairkan (contoh: white coklat)
4) Bekas yang besar akan diletakkan secara bertindan di atas bekas yang kecil (kira bahagian bawah bekas yang besar tidak mencecah air di bahagian bekas bawah).


5) Bila sudah cair, boleh letak dalam piping plastik. Gunting sikitttttttttttttt saja muncung dia. Dan kamu boleh mula menconteng-conteng kek/cookies kamu.



NOTE:

JANGAN BUAT GINI. Bagi parut/haluskan coklat kamu. Jangan letak seketul tersu macam ini. Sangat tidak semenggah OK!


Sekian. Dah tergolek-golek saya buat Cookies ini. Eden cadang masuk lebih sikit tepung jagung. Kasi rangup lagi.

Byeee!


Tuesday, August 9, 2011

Bagus Melabur, Jangan Melebur...



Salam.

Nak cakap sikit. Tak. Aku mana boleh cakap sikit-sikit. Kalau cakap sikit-sikit itu namanya control cun atau otak tengah blurr kosong tak tahu nak buka topik apa.
Kes terpencil. Sebab selalunya TAK.

Semalam. Balik lambat sikit sebab nak standby bahan-bahan bos nak bawa meeting esok untuk satu projek di Damansara. Kan bulan puasa balik pukul 5.00 petang. Tapi saya suka mengeluarkan diri lambat sedikit dari office sebab tak mahu meradang-radang berebut-rebut dengan umat manusia yang berpusus-pusu pulang dengan girang (girang kah??). Lagi-lagi pula waktu jam 5 macam sudah jadi waktu puncak. Sebab akan bersekali dengan waktu pejabat yang businessnya ditutup jam 5.00 petang.

Sangat lah tidak berapa enak jika terperangkap dengan selautan enjin-enjin di jalan raya. Lain lah kalau ada teman borak-borak. Boleh lah gebang -gebang walau tekak rasa macam nak kering. Hahahahah

OK.

Dalam radio dengar pasal yang kita-kita menjadi kakitangan awam/kerajaan sudah boleh mengeluarkan sebahagian wang dari Akaun 1 KWSP kamu. Wowww! Macam bagus juga tuh! Ye tak? Siap boleh dikelaurkan setiap 3 bulan sekali pulak tuh! Dulu-dulu cuma boleh kelaur dari Akaun 2 sahaja. Ye la kan, Akaun 2 berapa sangat lah value dia kan?

OK, berita rasmi adala seperti yang dikeluarkan pada 08 August 2011. Kira macam masih kategori berita panas lagi lah kan. BACA seluruh berita. Sila KLIK.

Pelaburan adalah untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS
1Malaysia).

Mesti ada yang tertanya-tanya berapa banyak yang kamu-kamu boleh laburkan, kan? Adalah dinyatakan amount pengeluaran adalah berdasarkan pengiraan (formula) tertentu. Bukan ikut suka kamu nak keluarkan macam cakap dekat kaunter

"Puan, saya nak keluarkan RM3juta dari akaun 1 saya. Banyak sangat saya tengok. Geram lah. Nak melabur. Ikat tepi lah".

Hahahah..

Weh...kau beli air ke apa nih?

Bukan begitu ya anak-anak. Kita ada procedure nya. So saya yang bukan kakitangan dan memang tak arif tentang KWSP - yang hanya tahu tiap-tiap bulan ada potongan masuk akaun ini pun pergila jengah-jengah www.kwsp.gov.my.

Apa lagi, terus selongkar terjah "Kalkulator Kelayakan Pengeluaran" mereka. Kalau kamu ada akaun KWSP Online lagi senang. Terus boleh kira. Tak payah hegeh-hegeh nak pergi pejabat KWSP berdekatan, nak scan jari baru dapat statement. Boleh daftar online di SINI.

Seperti tercatat, Cara kira untuk pelaburan adalah macam ini:

1) Sila cek baki akaun 1 anda.

2) Nilai yang boleh dilabur adalah berdasarkan formula ini : (

Baki Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%

Formula ini anggaran kasar lah. Kalau nilai sebenar still kena pergi kaunter KWSP yang berdekatan. :-)

OK! Jangan kerut-kerut dulu. Saya tahu mesti kamu fikir
"apekemendanya simpanan asas tuh?"
.

Ye tak?

Sebelum itu, mari kita belajar apa definisi dia.

Simpanan Asas adalah....
- satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.


Ingat dalam-dalam ya. Sudah?

Sudah faham, kena tahu Syarat-syarat pulak:

  • Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  • Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

Sudah? OK, sekarang kita sudahpun sampai ke subjek Matematik. Tak lah susah dan memeningkan macam Kalkulus. Ini remeh punya. Very easy. Eceh!


Sumber adalah dari KWSP sewaktu entry ini dikeluarkan. Sila klik image untuk penambahbesaran imej. Terima kasih.


So, faham? Jadi? apa lagi? Grab lah cepat. Kalau nak tunggu duit gaji sendiri simpan dalam dompet, jawapnya ke lain lah jadinya. Bukan MELABUR, Tapi MELEBUR. Habiss keluar asap.

Untuk kamu-kamu yang tak ambil kisah pasal KWSP, sila ambil kisah eh. KWSP bukan sekadar ada pengeluaran nak beli rumah, beli komputer dan melabur. Ada macam-macam.

» Pengeluaran Umur 50 Tahun
» Pengeluaran Umur 55 Tahun
» Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
» Pengeluaran Hilang Upaya
» Pengeluaran Meninggalkan Negara
» Pengeluaran Pendidikan
» Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
» Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
» Pengeluaran Membina Rumah
» Pengeluaran Membeli Rumah
» Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
» Pengeluaran Kematian
» Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
» Pengeluaran Perumahan Fleksibel
» Pengeluaran Kesihatan


Haaaaa...amacam? Weh...kalau kau punya duit dah sampai RM1juta (isk..kerja apa ni...eh? sampai sejuta simpanan).

Akhir kata....

KWSP Bukan Hanya Simpanan...


p/s: Info lain dari ASNB. Klik lah

* Saham Amerika jatuh merudum-rudum. Malaysia bagaimana? So far masih terlindung...Doa banyak-banyak