Monday, February 28, 2011

Ada ke Daftar Online untuk Mengundi?



ehem...saya belum daftar mengundi. * malu


Hari ini baru macam ada seru nak daftar (undi? tak tahu lagi lah). So how?
Dah search dah dekat internet, tapi yang ada cuma "semakan" jek...

Yang keluar di screen adalah:



Siapa nak semak dia punya pergi sini aje:

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx



Jangan Menipu, Walau Kau Rasa Lebih Mudah


Ye anak-anak (yang bernama KITA)...hari ini Cikgu (yang bernama KEHIDUPAN) nak cakap dekat kamu...

Masa kamu kecil-kecil juga ibu-bapa sudah ajar jangan menipu kan? Kalau kau kantoi kena tipu, kau kena la rotan ke bebel ke apa. Mungkin sampai berjuraian air mata kau. Hingus keluar-keluar.

Tapi kadang-kadang, main -main tipu-tipu menyakat kawan ke menyakat adik ke tak ape. Itu nama dia "have fun". Tapi jangan keterlaluan tau. Bahaya! Contoh macam kau buat prank call kat kawan kau...lepas itu dia tiba-tiba stok yang gabra. Dia terus lari tak tentu arah, kemudian tiba-tiba dia kena langgar time melintas jalan. Ha! amacam? "have fun" ke tak kau? So agak-agak lah..

Sebenarnya, kadang-kadang berkata benar itu susah untuk diungkap. Kelihatan menipu itu lebih mudah. Well..lidah tidak bertulang, rite? So sebab dia takda tulang, sukahati dia aje la ye nak cakap eh? Oh!

Sebenarnya, kenapa lidah tidak bertulang? Itu adalah gambaran hati. Kau ingat tiba-tiba saja kau boleh cakap kalau kau takde gerak hati nak bercakap? Betul? Hati di mana tersimpan niat. Lalu dizahirkan di mulut/perlakuan.

Ya, menipu itu juga kadang-kadang perlu. Yang perlu itu dipanggil tipu sunat. Tapi bukan boleh selalu dipraktik sewenang-wenang.

Menipu untuk menjaga hati. Ya...menjaga hati seseorang adalah satu sifat terpuji. Tetapi menipu itu bukan terpuji.

Menipu tanpa kantoi = tahniah untuk kau untuk masa ini sebab menggembirakan orang Mungkin bersifat SEMENTARA.

Menipu tapi kantoi = tahniah untuk kau juga, sebab berjaya mengguris hati. Mungkin kesan yang bersifat KEKAL.

Menipu mungkin untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik? Mungkin.


See? See? Senang jek kesan menipu ini.

1) Kebaikan,
2) keburukan

And the worse: DISASTER (bencana, eh?bencana alamkah? mungkin jugak!)



Kalau yang berkata bohong itu Pinochio, tak apa. Kau boleh kesan dari hidung dia yang makin panjang lepas itu kau boleh sidai kain tuala kau. Betul?

Tapi sekarang makhluk yang ada bukan perciri Pinochio Si Hidung Panjang.



Menipu itu bukan seenak kacang Pistachio yang banyak kebaikan.


Mungkinkah memerlukan Pistol untuk membanteras?

Ah...pakai pistol mana comel kan?

Sekarang kau pilih, kau mahu menipu atau berkata benar?

Kalau kau mahu menipu, aku nak tanya kau kenapa? Atau kau plan mula-mula menipu dulu sebagai pendekatan berkata benar? Tapi macam mana sampai sudahnya kau menipu saja?

Berapa kesan menipu kau nak cipta? Sampai macam penuh kesan paku di dinding yang telah ditanggal?

Sebab itu lah, kecik-kecik pergi sekolah , Ustazah pesan

" TIPU ITU BERDOSA. MASUK NERAKA"

Then time main-main dengan kawan, lepas itu kantoi, kawan ramai-ramai cakap sambil goyang jari dan cakap"

"Aiyok tak tayok! Tipu berdosa...masuk neraka"

Lepas itu kau ketar lutut...menangis sebab takut masuk neraka. Lagi teruk lepas itu semua kawan-kawan kau menjauh diri kau. Sebab depa tak suka kawan dengan penipu.

Then, kau pun perlu betulkan keadaan. Kebetulan nak raya, kau bagi kad raya (alahai...rindu zaman dapat kad)..cakap "MAAF".

Sebab raya-raya tak baik gaduh, kawan kau maafkan. Then korang pun jadi kawan semula. Then kau pun jadi budak baik.

Ok! bye!

Kesimpulan:

1) Jangan tipu
2) Cakap benar walau pun susah. Cari pendekatan terbaik sewaktu meluahkan.
3) Jangan malu meminta maaf, jika kamu bersalah. Sebab lepas itu kau tenang
4) Jangan ego. Nanti perkara yang kau tak nak kenang akan follow belakang kau
5) Jangan simpan dendam, nanti kau tak tenteram
6) Baiki diri. Jangan pencil diri sebab kesilapan kau. Percaya yang diluar sana masih ramai yang sudi. Cuma jangan nak ulang tebiat lama.
7) Hargai orang yang hargai kau. Mereka bukan minta duit kau, tapi kejujuran kau.
8) Kalau kau ditipu, kau redha sajalah. Roda kan bulat? Berputar? Ini masa kau. Nanti ada masa dia. So dia tak payah la rasa sakit jiwa bajet terluka dalam. Sebab dia kena tengok dalam diri dia, apa silap dia dah buat. Dan kau janga ketawa pulak ya. Lihat dalam diri kau. Mungkin kau terkena balik. amacam? Sentap!


OK..nak cepat..babai!

* bajet "beautiful liar" eh?


Tak Memungkinkan Buat Masa Ini


Kadang-kadang, atau mungkin juga selalunya, apa yang kau hendak, kau tidak dapat laksanakan.

No matter how hard you try, how full attention you gave, sebagus mana kau buat, kau masih tak dapat juga.

Soalannya:-

Kenapa?

Jangan pandang ke orang lain, tapi lihat ke dalam diri kamu sendiri. Mungkin ada yang tak kena. Setelah lihat ke dalam diri, sila pandang ke depan dan harungi lah dia dengan semampu kau.

Walau sakit, tapi dia mungkin manis. Kalau tidak manis, anggap saja bukan ketentuan kamu, tapi yang pasti ada sesuatu yang kau belajar, kan?

- nite -

Sunday, February 27, 2011

Itu lah Orang Pompuan..Habis Kereta


Hishhh...tak payah simpan hasrat nak pakai kereta besar-besar la macam nih. Kalau tak sakit hati tengok kan?

Kalau yang kereta besar itu cik abang punya, jawapnya jadi mem besar aje dekat sebelah. Jangan mimpi dapat drive. Kalau dapat pun mesti kena bawa slow-slow..takut tercalar ke ape tah, kan?

Errr..tapi...iye ke?

Tak po lah.

Nak habaq nih...

Tah bila masa kena tah. Mesti pergi gesel sagat time berangan. Al maklum lah...jalan rumah saya itu bukan comel sangat. Huhuhuhu..hasil nya?

Nah!


So? macam mana nak bawak kereta besar sikit? kereta kecik pun habis kena lanyak macam ni. Kalau lah ada cik abang yang ada kereta besar, aku buat macam nih, kompem cegil mata dia dekat aku.

Boleh imagine orang lain sakit hati, sebab kalau aku buat sendiri dekat kereta sendiri pun, aku sakit hati dengan sendiri.


Huhuhuuhu...


haiya!haiya! wa punya kereta habisssss

Saturday, February 26, 2011

Kalau lah aku...


Macam biasa, aku tak boleh tidur. So jadi pak guard di tengah malam. "Meronda-ronda" membaca.

Singgah ke antara blog favourite - Puan Nani Rostam mak nyer Hanis Zalikha.

Lalu terbaca pasal ini.

Lalu berjalan sekejap ke tempat ini. Tidak tahu benar atau tidak. Itu tak penting bagi aku. Cuma macam aku bermimpi macam membaca kisah dalam novel.

Kalau lah aku dalam situasi itu..apa agaknya aku buat? Kalau aku dipihak satu lagi, apakah aku buat?

OK...aku nak cakap tuh jek. Sape nak tahu sila pergi layan. Tak payah jadi stalker sebok macam langau..sudahhh..


Friday, February 25, 2011

Ong gedek-gedek..(bunyi apakah nih??)

Bunyi apakah itu? Katak kah? buluh betong kah? buluh perindu kah?

...ehem...ujibakat I tak lama lagi. Maklum lah, sekarang na jadi artis tak macam dulu. Kalau kau takde package, tak payah mimpi kuat-kuat. Eh? apa betul ke aku nak pergi ujibakat?
Hahahaha..jangan lelebey. Tak kuasa I nyah.

Ujibakat apa nih? Ujibakat menyanyi lah. Of coz vokal mantap baru meletup! jangan tebabas! Kau ke longkang aje lah.
Huhuhuh..anyway...untuk sesiapa yang rasa ada bakat dalam nyanyian, tapi rasa-rasa macam skill "tumpul", why not u all amik class? At least bole belajar teknik-teknik macam mana nak kasi gegar kerongkong kasi ketar-ketar bibir...kasi tarik-tarik suara tanpa kembang hidung ke ape tah. Teknik muka relaks2 tak kerut walau nada tinggi. Muka steady bole senyum.

Ehem...kalau kau rasa-rasa nak buat "homework" lebih, kau grab aje peluang INI. Bebaloi-baloi jugak rasanya, kan? Mana kau nak dapat belajar vokal dari cikgu-cekgi yang glamer dengan harga bawah RM100? Takde kan?



Jika kamu dewasa (adult) ada offer baikkkk punya. Cikgu Siti Hajar (ala...cikgu A.F tuh) nak offer kau cuma RM65 aje! Selalu dia cas mahal tau, RM188...sekarang dia nak diskaun 65%. Ha..amacam?
Apa lagi?

Jom attend class vokal. Mana tau perfomance kau makin bagus? Kalau tak nak jadi artis glamer, setakat nak pergi karaoke dengan kawan-kawan tak la kau malu sangat kan..sebab dah belajar skill macam mana nak kontrol suara tak bagi pecah-pecah time tarik-tarik microphone...Jadi tak ah kena ketawa terbahak-bahak dengan rakan durjana tuh. Hahahaha

Amacam?
JOM!!

Auuummm!

* Tak pernah blog nih nak buat iklan, tapi sebab saya rasa offer adalah best..jadi macam rugi tak share untuk war-war kan..hehehe

Tangan Kaki Di Manja-manja...Auuwwwww!

Kalau macam nak rasa ala-ala cerita Spa-Q ker...boleh ah nih. Macam best jugak nih. Saya tak pernah buat lagi aktiviti ini. Malu nak cuba. Nanti kene ejek dengan adik-adik kata saya bajet kontrol cun macam artis ke ape tah.

Eh? Eh? Takkan aku nak tunggu jadi glamer baru nak buat kan. Apa salahnya kalau tak glamer tak comel tak cun tak diva pun buat kan?

Tengok nih...cantik? Ha...baru ah suami sedap nak pimpin kite dalam shopping compleks ke jalan-jalan dekat padang bersiar ke ape ke kan. Ini jangan kau merajuk suami cakap

"Tangan awak nih macam baru lepas lepa simen jek..isk".

Kau muncung pulak kang. Lagi sentap kau punya suami boleh terpimpin tangan orang lain pulak lepas tuh cakap.

"Eh...sorry..salah orang"..

Sengih lepas itu buat muka selamba yaya. Amacam? Nak merajuk ah 3 minggu macam nih.


Ha...macam datin-datin spa tak? hehehe
Jangan merajuk eh. Sini dia kasi offer dekat kau bagi tangan kaki manja-manja. Kasi cantik



Atau...kau yang jadi suami ke...pakwe ke..makwe ke..tunang ke...anak ke...kasi hadiah dekat orang tersayang. Bagi dekat mak ke...awek (awek-awek) ke...Ok ape...dibelai-belai dimanja-manja, lepas tuh cantik! Macam datin-datin U...

So apa kata, kamu-kamu...yang tak kawin pun takpe...yang gadis-gadis HOT atau nak rasa HOT dan Spicy secara personal try amik offer ni. Amik dekat DIA.


RM35 jek kau! Selalu buat benda ni RM70 tau. Ni JAccs & Jans Damnsara Heights nak kasi kau offer 50% jek!


Cepat amik! Cepat!

Lagi sekali, pergi SINI eh...

* Asik main promot-promot aku ni. Siapa suruh offer barang best kan?
Slide 3

Gila Posing, Tak Gila Posing: WAJIB Rembat!




Haaaaaaaaa....

Baik percaya kata saya. Wajib je...wajib! Bukan macam hukum tajwid Wajibul Ghunnah tuh. Tapi kau wajib grab can ini... Rugi Wooooo kalau melepas can nih. Sapa nak bagi kau offer yang gila sakan macam nih.

Ada kau dengar offer buat Outdoor Portraiture selama 45minit harga RM42 saje?

Macam kurang dari RM1 untuk seminit jek! Macam kadar tepon mudah alih ke apa tah pulak ye?

Boleh dapat kat SINI

DFChannel Photography bagi kau diskaun 69% offer! Ha! Amik Mak! Amik Mama!

Ye puan-puan tuan-tuan adik kakak sekelian alam. Murah aje. Selalu mesti kene cas beratus ke atas kan?

Saya sangat TEKAN kan tawaran ini untuk kau yang::


1) Nak rakam potret keluarga secara santai-mantai?
2) Yang nak buat potret untuk banner kahwin kau nanti?
3) Yang nak buat pre-wed nyer potret santai lepas tuh boleh tempek dlam kad kahwen?
4) Ibu-bapa yang nak rakam potret dengan anak kamu yang comel kiut-miut tuh. Lagi-lagi baru dapat anak satu tuh. Then gantung dekat dinding..One happy family! Best nyerr
5) Gambar kamu berdua untuk menunjukkan kecintaan?
6) Saja suka-suka,nanti boleh letak dalam fail simpanan untuk ujibakat modelling ke?
7) Rakam gambar ibu-bapa kamu sempena Jubli Perak? Jubli Emas? Boleh gantung dekat dinding?
8) Hadiah ulangtahun?
9) Rakam gambar anak-anak lincah sebagai memori? Lepas itu masuk pertandingan baby comel kiut ke..pertandingan "anak ku Manja" ke?
10) Apa-apa sajalah...aku tak boleh fikir untuka pa dah..

Siapa-siapa pun boleh boleh rembat. Semua ada can! Tolong laju sikit tangkap tawaran nih. KLIK ajek!

Ha...tak cukup dengan tawaran yang murah tuh...kau jugak di tawar kan pakej yang sangat syiok buat kau senyum.

Kau akan tambah senyum girang-girang lompat sebab diberi:

1) 8 Photo saiz 8R secara percuma
2) Percuma CD dari fotografi tuh

Amacam sekarang?


Rembat lah dekat SINI! Cepat! Panas nih! Hot nih....

Wednesday, February 23, 2011

Makan Kek Berkali-kali Sebulan...



Lately...tak tahu apa pasal, saya menjadi macam penggila kek. Walau tak teringin tiba-tiba boleh jejak kedai kek dan beli. Dan makan. Kadang-kadang makan sikit saja, rasa...then bawa balik. Teringin!

Saya ingat bulan ni ada dalam 8 kali makan kek secara kecil-kecilan. Ha! Amik kau...lepas ni kena diabestis jangan salahkan kek yang yummy.

Asal lalu depan kedai ada jual kek, mesti beli seketul dua.

OK...

* Sekarang ada banyak benda aku teringin. Yang kalau lalu, aku jumpa, aku capai kan aje. Tapi mostly berbentuk makanan. Oh Pls...jangan goda aku. Nanti aku obes..siapa susah?

Bye...


Tuesday, February 22, 2011

Gendut-gendut, bergirang-girang...

Hi,

Saya tak boleh tidur. Ada barang dalam kepala. Yang pasti bukan ganja atau ecstacy. Tak tahu apa. Kalau barang-barang macam itu mungkin aku dalam keadaan di awang-awangan. (mane aku tahu, aku teka aje). Ini aku rasa susah nak tidur. Susah nak pejam. Then biarlah...sampai lebam mata. Sekarang kan ada banyak produk kecantikan. Eceh! Macam lah aku beli.


OK..moveeeee!
ini entry gambar-gambar sahaja.

Nak tempek kenangan lama. Siapa kenal aku, aku memang suka hidup dalam kenangan. Sangat menghargai tiap detik. Walau orang tak ingat, aku ingat. Tapi kalau pasal bab belajar Sejarah ke apa...erm...aku lupa. Aku paling ingat pasal hal paleotitik. mesolitik neolitik saja. Sebab tuh time ujian sejarah masa awal-awal form 4 dapat 93markah! Sebab bab tuh fun. I likee..
OK...nampak saya cenderung merepek layan jiwa. Bukan jiwang.

Nah aku tempek sekarang. (photo-photo telah cuba disusun mengikut urutan kejadian...)

Ini di Armada Hotel. Jamuan Krismas.
Orang lain sebok berkaraoke, aku sebok makan.
(baru teringat rupanya pernah masuk tempat karaoke bila jumpa gambar ni
- Kejadian: tahun 2004

Kenduri kahwin Akma dia Padang Kuda dekat dengan Tasik Titiwangsa.
Ingat lagi time nih, malam sebelum kenduri, aku practice dengan Abah suruh tunjuk jalan
sebab esoknya aku kena pergi sorang-sorang. Maklum lah, aku ni "buta" jalan.
Kelihatan macam tahun 2007-2008 macam itu lah

Ini time Head of Department belanja.Teh nama dia. Best dia ni. Kelakar pun ye...
2007-2008 lebih kurang

Besungguh betul minah bau hijau tuhh...
Ini BBQ untuk krismas di office
tahun akhir 2008

Ini makan-makan di Tuk Tuk Thai, Subang Hitech Industrial Park
Eh? Rasa macam tahun 2008 juge nih..huhuhuatau mungkin awal 2009

Ini makan-makan sempena Chinese New Year.
Buat dekat office jek..bukak khemah..
Tahun 2009 juge kot?

Makan last day Kak Syahrina (purple depan tuh) last day kerja..farewell at Secret recipe
Nampak macam tahun 2009

Steambot...tahun erm...awal 2010...atau akhir 2009

Raya 2009 di office. Asyik tempek gambar dengan perempuan jek. Padahal besepah laki juga. Tapi depa duk melepak tempat lain. Ini kamu kongker bilik meting jadi tempat sendiri..
Sambil tuh sambut birthday Ona (yang ke 4 dari kanan) & kak Jem (1st dari kanan)
Tahun 2009

Raya 2009..kenyang beb

Time Birthday Zura, tahun 2009

Chrismas 2009...BBQ office saje...

Belakang kami ada telecommunication tower...tau?

OK..maximum gambar yang ada bersama rakan-rakan office ialah sehingga May 2010 sebab lepas itu aku dah tukar tempat baru (sekarang la) setelah 5.5tahun perkhidmatan.

Habiskan usia tua dekat situ jek...setia tak saya? hahahaha..

Jangan tanya kenapa kami (khususnya aku) kejap kembang kencup. Ianya adalah berkadar langsung dengan suasana kerja dan juga promblem ketika itu. Eceh! (alah..cakap aje lah kau kuat makan...apa susah? ye tak?)

Gambar yang digeledah sangat lah banyakkk...sangatt...kebanyakan tentulah berlatarbelakangkan suasana ex-office. Sebab masa aku memang banyak habis di sana. Patut lah pakwe taknak dekat dengan kami. "kawen" dengan office rupenyer...hahhahaha...Busywoman always not the right choice eh? Are you sure? :-P (eh?tiba-tiba)

* Tengah pintal-pintal rambut. Patut kena potong. Tapi belum potong. Kan best tau-tau bukak mata rambut dah potong. Jangan botak sudahhhhhhhh..kes naya nama dia.

* Next time aku tampal muka sambut birthday pulak ye... (kan aku cakap...makan tak sudah-sudah). Gambar attend kahwin pun banyak jugeee...

Monday, February 21, 2011

Haruman Pipinya...Kalau Boleh Saya Nak Juga

Apa punya panjang tajuk. Ceh!

Gemuk makcik baju kuning tuh!

Ini anak ex-officamate - Salina. Nama baby - Athirah. Masa sia melawat office time pantang baru balik inject baby, kami gomol baby dia. Yeah!

Nampak semua orang asyik pulun bergambar. Bajet nak ambil berkat la tuh! :-P

Errr...kejadian adalah tahun 2009...

So budak ni dah berjalan ah! Mungkin ada toncit jugak!

Amacam? ada harapan tak dapat berkat?

Nak Habaq Sikit Nih...



Nak cakap ni jek. Siapa tau dekat Kelana Jaya ada Uptown? Baru awal bulan Feb 2011 bukak hari itu. Bisness aku rasa baru nak warming up jek.

Aku tak pernah pergi lagi. Tapi selalu lalu depan dia. Dia bukan pukul 9p.m - 6a.m.

Location dia? Nearby Tasik Kelana Jaya tuh. Berdepan dengan Stadium & Kolam Renang Awam MBPJ.

Landmark lain? Errr... Bangunan M.A.S...tahu? Kelana Brem yang ada LHDN tahu?

So siapa ada masa, boleh usha lah...

* So far, siapa pergi sekarang...memang stok suam-suam kuku ah. Macam banyak tak bukak lagi.
* May be ada tapak kosong lagi kot. Bole la call nombor dekat banner tuh untuk tanye pasal tapak.

Adioss






Sunday, February 20, 2011

Dalam Kegilaan Mencari Motivasi


Assalamualaikum everybody..

Yeahh...smile ya...and say cheeesseeeeeeee. :-)

OK! Confirm kau cun/kacak/anggun/bergaya hari ini. Sebab kau senyum. Yes my darling, dengan senyum kau akan lebih tenang dari kau buat struktur muka kau berkerut. Buat kedut muka kau jek. Apa hal eh? Tolong ah...

Anyway, even kalau kau dalam segala masalah yang berskala super duper kecil hinggalah ke skala super duper besar, kau jangan sedih sangat. Ya, Aku tahu...kesedihan memang tak boleh menutup air muka kau, tapi dengan tersenyum ia ada/mampu membantu kau. Walau sikit. Trust me.

Contoh, contoh ye kawan-kawan:

Hari ni kau down gila. Kau punya project, hasil kerja kau dan segala susah payah jerih perit kau tiba-tiba ada orang lain claim/cilok kata dia punya kerja. Amacam? Kau cool steady rileks tak? Kau emo tak? Kau sakit hati? Kau sure sedih. Merepek ah kalau kalau kau rasa steady. At least dalam hati mesti terdetik sikit, kan? AT LEAST.

Kalau kau stok payah marah, pasti kau diam saje. Tapi dalam hati sedih kan? Terkenang susah kau. Kalau kau stok panas punya, sure kau keluar se-das dua ayat berbau sarcastic-- sama ada semi-sarcasm atau super-sarcasm. Kau pilih lah nak mana. Sure orang yang dapat ayat kau tuh muka berpinar-pinar kot. Atu memang jenis tegar, dia buat derk jek (agaknya sebab dia tegar la sebab tuh dia boleh berjaya atas kejayaan orang lain kot??). Walau kau sudah marah, tapi hati kau mesti sakit, sedih juga kan?

OK..itu contoh jek. Tak kira kau susah marah atau senang marah, tapi hal utama adalah sama - Kau sedih, kau geram. Tapi ekspresi berlainan. Ada orang diam, ada orang suka luahkan dekat orang (asyik duduk memperkatakan hal itu). Bergantung bagaimana kau selesa lah.

So agak-agak, macam mana kau nak cool kan diri kau? To calm your self?

Honestly, antara cara yang kau boleh pakai ialah mencari "teman". Teman itu tak semestinya orang. Tak juga kucing. Kau tahu antara teman terbaik ialah apa?

Ianya ialah BUKU.

Ah! Boring lah! Apa barang baca buku?

Apa? Kau tak suka membaca? Aku pun tak suka baca. Tapi if kau jumpa dengan sesuatu kau minat, yang boleh menenangkan kau, kau akan boleh baca punya lah! Trust me.

Sebab aku cakap macam itu? Sebab pernah jadi dekat aku suatu masa dulu. (Boleh consider zaman kegelapan dan baru belajar tentang ragam manusia yang pelbagai warna). Aku bukan kategori suka membaca. Buku teks sekolah ke ape ke...bukan lah pilihan aku. Tapi yang aku perasan once aku start bace novel, aku boleh baca terus selama berhari-hari. (ini biasa fenomena di hostel, sekarang...erm...tengok keadaan)

Dan, sepanjang hidup aku, aku rasa, aku ada baca satu saja buku motivasi sebagai pemberi semangat. SATU sahaja. Nak tahu apa?



Kamu boleh cuba, bantu kau berfikir

Aku beli yang ini sebab saiz dia... (jam tuh macam kayu pengukur lah)


Buku-buku ini bantu aku banyak. Untuk melihat dalam diri aku, tanpa perlu menuding jari ke orang lain. Bila baca, banyak kurangnya aku ini. Itu pasal masalah menimpa, Rupa-rupanya aku yang lalai alpa sendiri. Buku ini, aku fikir boleh membantu kau memberi semangat.

Cubalah... :-)

* Aku ada niat untuk cari buku-buku yang memberi positif dalam diri. Tak kira lah untuk kehidupan gadis ke, keluarga ke, kerjaya ke, business ke, perhubungan ke...etc. As long as boleh motivate, aku sangat mahu sebagai teman time aku tunggu mata tutup malam-malam. Any idea?

Pastel Colour...I Like...Yeah!

Rasa macam warna sebegini sesuai dengan saya (mood sekarang la). Actually, I just LOVEEEEEE Pastel Colour. Tapi bila cek-cek balik barang-barang saya..takde pulak berciri macam itu. Huuhuhuh..Apa kesah? Asal kau suka...OK lah..nampak pun macam tak crowded kan? Atau adakah kelihatan macam seorang makcik-makcik yang melalui umur pertengahan abad? Hahahahaha


Boleh di dapati di SINI.


OK..tata


* So far tempek tema nih dulu. KAlau jumpa rasa macam lagi OK...aku tukar lagi (weh..dah macam tukar baju jek aku rase)

Apa-apa lah kakak, janji kau bahagia, kau tak kacau orang. Setel!

Thursday, February 17, 2011

Patah Balik Ke Keadaan Asal


Salam pagi...

Nak cerita sikit. Hari ini hari boleh kata hari terlewat saya bangun untuk ke tempat kerja saya yang baru nih. Fuh! Ya Allah..memang stok tak sedar diri. Terkejut, terjongket semua ada...Ya Allah.

Padahal bangun tiap-tiap malam banyak banyak kali juga.

Aduh!

Okeh...pergi ke cerita sebenar. Saya tukar balik templete blog saya ke asal semula. Sebab Makcik yang tak pandai nih, tak pandai nak edit-edit certain thing. Kira kena menuntut ilmu lah.

1) Entry saya jadi berdouble dia setiap pages
2) Ikon tertentu tak keluar

So saya tak tahu apahal..walau dah edit...dari jadi tunggang langgang...saya ambil langkah selamat. Eceh!

Chow!

Wednesday, February 16, 2011

Sekarang Kau Pilih, Kau nak Mengorat Siapa?



Minat ape weh? Minat ape? Agak-agak Abang David (Bukan David Arumugam lah..apatah lagi David Beckham...tapi David Teo) nak tak ambil kite-kite belakun filem dia? untuk filem terbaru dia? Dari post untuk Pak/Mak Pacak sampai la level Hero/Heroin. Lepas itu dapat pulak yang kite-kite berlakun tuh filem nyer box-office. Agak-agak ada can tak? Fuh!

Kalau tak jadi pelakun pun tak apa lah. Asal belakang tabir ke buat air sirap ke, lap meja ke, clerk ke..driver ke pun tak apa. Asal ada nama tokei kite "David Teo".

*Pangg! Jangan nak berangan kuat. Tapi tak apa. Tapi sikit-sikit saja lah. Kalau banyak-banyak nanti ikan dalam kuali pun boleh rentung, baju kering di ampaian pun boleh basah terkena hujan. Sebab busy berangan. Jangan ye rakan-rakan. Tak elok tuh.


Sebenarnya, Ni aku baca lama dah. Tapi tak tertulis entry nya. Ni pun aku tulis lepas tengok note dekat henpon 'canggih' aku.

Dia untung lebat habis sampai sangat bermurah hati nak share RM4.5juta hasil sebahagian untung yang memang besar gila (RM73j) dengan pelakun-pelakun dan pekerja dia. Fuh! WoW! dan Wow! Dan tak lupa pihak media yang tolong promot.



"Ehem..ehem...boss nak apa. Saya boleh jahitkan baju melayu dekat boss" (# tetibe jek! apa kes kau?).


Fikir-fikir balik, memang patut pun, sebagai penghargaan untuk kakitangan. Kakitanga bersemangat, maksudnya bawa untung akan datang. Ye tak? Itu nama dia motivasi ye tuan-tuan dan puan-puan.

Lu bagi gua untung besat, gua bagi lu besat laaaa. Kilija kuat-kuat lagi ha...this year kasi pecah panggung semua. Wa untung, lu untung, Wa lugi, lu tak lugi...wa sudah buat full payment suda. Wa nak garu kepala...

Mula dengan filem pertama - Syukur 21. Time tuh orang tak pandang dia. Siap gelak-gelakk kan style dia cakap ada lah kan? Kan? siap ejek-ejek kan?

Tup-tup filem dia Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit (memang sempit ah!isk!). Sampai la ke Ngangkung yang kow-kow...sampai Shaheizy Sam glamer meletup memang da bomb (eh?). (Padahal aku tak tengok pun Ngangkung lagi, tunggu Raya mesti masuk TV..kehkehkeh!)

--Semua filem dia aku takde tengok dekat panggung! Aiseh! Da tipis da can aku David nak ambik belakun, kan?

Okeh...gua nak buat liputan macam Melodi Basi tak guna. Kau tengok aje gambar. Siapa nak bagi? Gulp!


Oh Abang David...Auuwww
(Style nk lobi dapat kerja filem dia ah ni)


OKeh..Hi Sam, boleh berkenalan?
(ha..nampak gedik ke tak gadis-gadis tibe-tibe nak dekat dengan dia? hahaha)


Hi LIsa..I minat betul U. Berkarisma la u nih
(Tiba-tiba ramai puji ye? Bodek eh?)


Banyak lagi yang dapat. Semua senyum

* Cikai0cikai David bagi RM1K dekat orang-orang terlibat..


Senarai Bonus:

Sam-
Rumah berkembar dua tingkat dan pakej umrah untuk tiga orang bernilai RM30,000

Pengarah
Ismail Bob Hashim - Alphard 3.5 seketol..

Pengarah Eksekutif MIG Sound, Brian Ng - banglo di Saujana Putra

Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam MIG, Azahari Abdul Hamid - Mercedes-Benz (taun lepas kot dia dapat rumah dah)

Farid Kamil - RM30K

Ahmad Idham - Sijil penghargaan (dia nak maintain low profile sebab taun sebelum tuh dia dapat Merz

Intan Ladyana - RM15K

Lisa Cantik - RM15K

Nora Danish - RM10K

Pihak Media yang hadir - telefon bimbit BlackBerry Touch, TV LCD, set teater rumah serta pelbagai alat elektrik lain.




Semua confirm dapat. Yang tak dapat siapa?

Yang kau tukang tecongok tengok tuh...heheheh...tapi kau dapat hiburan kan? Kan? :-p

So..aku nak tanya kau sekarang, kau jawap:

Kau ada rasa nak mengorat siapa sekarang?
hahaha

Bye!

p/s:

Hari-hari tolong practice berlakon..auuwww.

Lepas ni mak pak mesti lagi ramai gila galak anak jadi artis. Huhhuu..Glamer uuuu...