Friday, July 29, 2011

Bila Diambil/ Dicuri Orang...



Itu lah kita, bila sesuatu yang kita miliki diambil orang, baru lah mula kita rasa macam nak salahkan diri sendiri. Ada juga yang tak segan-segan nak salah kan orang. Itu pun ada juga!

"Kenapa lah aku tak jaga elok-elok. Kan sekarang dah tak ada?"

Menyesal? Nak buat apa. Ye tak?. Hmmm. Itu lah.

Bila kita kehilangan barang, apatah lagi barang berharga, mesti rasa macam "kalau lah boleh aku undur waktu". ---> Ayat sesalan...

Nak cerita ini. Keluarga saya ditimpa nasib yang tak berapa baik beberapa bulan lepas. Tak tahu apa silapnya. Barang kemas Mama habis langsung lesap! Hilang! Yang tinggal hanya sekerat-dua yang dipakai dibadan. Yang pemberian turun temurun ke, yang anak-anak punya atau yang dibeli sendiri termasuklah rantai pernikahan semua hilang begitu saja.

Ya Allah. Menggigil lutut Mama saya. Macam rasa gelap bila semunya hilang. Ya Allah, kami sedang melalui ujian Mu. Kuatkan lah kami.

Selama kami menetap di sini sejak umur saya 13tahun, tak pernah sekali pun terjadi perkara sedemikian. Tak pernah hilang apa-apa. Tambah lagi pintu ber-grill selalu. Cuma yang pasti rumah jarang-jarang ada orang melainkan lewat malam. Maklum lah ibu-bapa sibuk dengan kedai. Saya sibuk dengan kerja. Malam pula terus tolong ibu-bapa. Adik-adik semua sedang melanjutkan pelajaran. Memang langsung tak pernah. Pernah sekali sahaja kot. Motor Abah hilang.

Hairan bin ajaib! Toyol kah ambil? Orang cakap toyol dia ambil duit saje. Itu pun dia tinggal seposen-dua balance bagi dekat kita (eh comel jugak toyol ni ingat nak tinggal balance dekat tuan rumah ye? :P)


Kalau bukan toyol, maknanya manusia yang bertopeng syaitan mungkin? Ceh! Sampai hati dia sanggup nak mencuri. Difikir-fikir rasa macam tak malu betul lah siapa yang mengambil itu. Terasa macam terlalu mementingkan diri sendiri. Mata dah kelabu sampai tak ada langsung simpati dan belas nak tinggal hatta sikit pun barang.

Fikir-fikir balik, dah kata nama pencuri. Mesti lah tamak. Tak cukup satu kali, boleh buat 2 kali. 3-4 kali mungkin. Orang cakap selagi tak kantoi selagi itu "selamat".

Saya berdoa semoga Allah memberi cahaya dan hidayah la untuk si pencuri itu. Digerakkan hatinya untuk memulangkan dan memohon kemaafan. Tambahan pula Ramadhan tak lama lagi. Mama cakap mama tak redha siapa yang buat macam ini. (saya pun rasa macam itu). Tamak betul dia tak pandai ambil sikit-sikit. Di sapu licin! Keterlaluan rasanya.

Hmmmmm..

Saya hanya bole tumpang sedih saja lah. Mama siap macam nak menangis cakap "Habis lah.....apa pun Mama dah tak ada dah...kalau Mama mati pun, itu saja lah yang tinggal dekat anak-anak. Nak kumpul/simpan sebanyak itu bertahun-tahun. Siapa lah yang buat ni."


Selain dari itu, terdapat pelbagai ikhtiar untuk kita si tuan empunya mendapatkan barang yang hilang/dicuri semula. Insya-Allah. Jika memang rezeki kita. Kita cuba sajalah selagi tidak melanggar hukum dan syirik. Sesiapa yang ambil itu harap-harap lah bertaubat. Dia kena fikir dulu if kalau jadi ke atas diri atau keluarganya, apa perasaan dia. Tapi mana orang macam ini boleh fikir kan? Lagi-lagi kalau nafsu sudah beraja. Tak kira halal haram semua bedal.

Antara ikhtiar jika kita kehilangan barangan atau barang dicuri orang:


1. Al-Fatihah 7x.

2. Al Fath 1-3 7x







1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata,

2. kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

3. dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).


3. Al Khafi Ayat 19 7x




19. dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.






4. Surah Al-Ikhlas 7x


5. Selawat 7x.
5. Selawat 7x.

6. Ya Allah 3x.

7. Kemudian wirid dibawah 119x.








8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.4. Surah Al-Ikhlas 7x.

Mengikut pengalaman saya yang jahil ini, amalan ini dilakukan 3 hari berturut-turut, InsyaALLAH bantuan ALLAH akan sampai.

Jika masih tidak berhasil, maka diteruskan sehingga 7 hari.

Andainya masih tidak berhasil, maka hari ke-8 setiap bacaan ditambah ke 9x.

Ingatlah, Istiqomah itu seribu karamah.

_______________________________________


Cara lain yang disarankan adalah macam panduan oleh Dato Dr Haron Din. Sila KLIK.

Jangan lah kita putus-putus berdoa semoga dimakbulkan. Ingat kah kamu bahawa doa orang yang teraniya akan dimakbulkan? Jika belum dapat apa yang kamu mahukan, jangan lah merungut dan mengeluh macam cakap "Penat je minta, tak dapat apa-apa pun. Tak ada apa-apa pun jadi. Sama aje.".

Jangan macam itu OK. Allah tahu apa yang terbaik buat kamu. Allah menguji kamu. Itu baru diambil sikit kepunyaan kamu, belum lagi

_________________________________________

Ada juga saya pernah terbaca tentang membaca Surah Yassin. Setiap kali habis bacaan sediakan satu batu kecil. Baca sebanyak 7 kali. Makna ada tujuh batu. Selesai bacaan, Rebus batu dengan air niatkan dalam hati semoga Allah pulangkan apa yang telah kita hilang. Kita niat juga apa yang kita mahu terjadi kepada si pengambil itu. (tapi jangan lah bukan-bukan). Contoh macam bagi si pengambil rasa tak tenteram duduk umpama macam rasa dalam air yang mendidih selagi dia tak pulangkan...

__________________________________________

Selain itu, banyak ikhtiar dan kaedah lain contoh jumpa dengan orang pakar dengan kes-kes sedemikian. Just make sure kamu jangan lah jumpa orang mengarut-ngarut menjurus ke amalan syirik.

Teringat balik pasal nenek saya. "Gelang Gajah" (orang panggil cam tuh) hilang ghaib dipercayai dicuri. Punya lah sedih dia. Hari-hari berdoa. Baca Yassin. Tidur nangis. Duduk sorang-sorang nangis. Akhirnya sebulan lebih tengok-tengok jumpa pula dekat para masak nasi. (Nenek saya suka masak guna dapur kayu luar rumah).

OK, Asslamualaikum. :-)

* Semoga dapat membantu sesiapa yang kehilangan barang lah. Insya-Allah, barang yang hilang ditemui kembali. Doa banyak-banyak. Aaamiiin.

* Orang cakap, apabila kita kehilangan sesuatu, Allah nak uji kita dan akan menggantikan sesuatu yang lebih baik. Tak kira lah barangan ke orang ke kan. Hilang kereta kecil, siapa tahu lain kali kita da rezeki kereta besar. Kehilangan suami/isteri secara cerai hidup mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu yang kita tidak nampak dan diganti dengan orang yang sesuai untuk kita. Tidak kah seseorang yang baik akan ditemukan dengan orang yang baik juga? :-)

Thursday, July 28, 2011

Gebang Pendek: Biasa la, dia tak Kahwin Lagi


Ehem...sejak beberapa ketika ini, blog ini kelihatan sudah bertukar seperti blog makanan (adakah blog berkongsi resepi? Not yet). Tapi boleh consider blog seseorang yang sedang dalam ke-taksub-an belajar membuat sesuatu didapur tertutama yang berciri manisan yang lebih berciri ke bentuk kek.

Baiklah. Saya bukan nak cerita pasal kek. Nak cerita sikit pasal hal pagi tadi.

Maklum lah kan, kita beberapa hari lagi nak melangkah ke penghulu segala bulan - Bulan Ramadhan yang Mulia. Pagi-pagi datang, officemate saya (yang semuanya adalah lelaki Muslim) tanya

Encik Din tanye:

"Long, baju raya dah siap tempah dah ke?"

Saya balas.

"Tak ada nak menempah-nempah mana sangat lah. Dah buat awal hari tuh. Dah tak baju raya dah pun. Belum raya sudah pakai dah. Tak berapa kisah sangat lah"

Lepas itu tanya lagi.

"Tak ada beli-beli ke? Kan baju orang perempuan sekarang macam-macam. Duduk biji-biji kat tangan lah, kat leher lah. Ada permata bagai"

Saya jawap

"Hahahaha..memang pun. Saya tak berapa sangat baju-baju ni. Biasa-biasa aje. Lagipun baju orang perempuan mahal-mahal semua bila nak dekat raya ni. Semua stok baru. Tak kuasa pula nak beli baju sepasang RM200 - RM300. Itu boleh tempah 5-6 baju punya upah tuh"

Dia geleng sambil senyum (duduk bayang baju perempuan yang fesyen macam-macam. Hahahah. Mesti dia duduk geleng-geleng memikir wife dia dan anak perempuan tunggal dia nak melaram baju apa. Kata bonus baru dapat. Terima kasih bos. Macam tahu-tahu saja.

Lepas itu En Dzul yang punya anak 3 menyampuk:

"Dia tak apa Din. Dia tak kawen lagi. Kau tunggu nanti bila dia kawen, nak macam-macam nanti. Baju sedondon lah apa lah. Hahahaha. Itu belum kira fesyen tudung lagi"

Saya sengih saja. Dalam hati aku "cakap berdasar pengalaman la tuh! kikikiki"

Se preparation raya kamu-kamu macam mana? (hahaha..puasa belum mula woii!). Alhamdulillah juga, rasa bertuah juga bila rupa-rupanya sini style-nya bonus 2 kali setahun. Generous bos saya ini. Semoga company ini terus success melayari bahteranya. Ececece. Boleh la saya menumpang mandi. Eh tak. Menumpang mencari rezeki..

Bye.

* psstt: Apa benar kah nanti aku begitu kalau sudah ada suamu dan anak-anak? Hmmm...

Wednesday, July 27, 2011

Barang Itu takde, Barang Ini Takde...Last2 = Pening


Konon-konon nak buat kek dekat BF. Tapi tak pandai. Tapi nak menunjuk kesungguhan kamu, kamu buat juga. Cari lah buku resepi. Baca-baca banyak kamu tak berapa nak faham (ye lah macam mana nak faham, kamu masak pun tak pandai! :-P). Jadi kamu pun macam kecewa.

OK sayang...jangan pening dulu OK. Hari ini I nak share sikit yang I baca dengan U. Ececece..aku main I-U I-U pula. Tapi tak mengapa. Saja ubah angin. Walau mentari sama, tetapi kalau kita berdiri di tempat lain-lain, rasanya lain kan? (Ceh! apa kau merepek?). Baik kau diam sekarang.

OK, tak mahu lah cakap panjang-panjang. Bila berjinak-jinak dengan arena bakar-membakar, kukus-mengukus, maka banyak la kejadian yang telah terjadi ditangan ini. Ewwah. Mula-mula macam menghadapi kesukaran juga sebab tak faham term. Keh! Gila terkial-kial cari Google nak faham apakah itu. Kadang-kadang ada juga tengah in progress nak buat-buat, tup-tup 1 barang dalam list tak ada. Kang kalau tertinggal jadi apa-apa dekat kek/kuih pujaan hati tak ke macam nak menangis duduk tungkus lumus?

So hari ni kita belajar "BAHAN GANTI" dalam masakan ya. Bukan "BAHAN API". Makcik ulang balik, hari ini nak share pasal :

INGREDIENT SUBSTITUTION / BAHAN-BAHAN PENGGANTI MASAKAN.

So jangan pening-pening lepas itu patah hati tinggal mixer acuan segala tonggang terbalik sebab frust eh? Ini ilmu sila terima kasih kepada joyofcooking.com ya anak-anak. So kalau konon dalam almari tiada Cream of Tartar (apakah ini? aku dulu pun mane tahu!).. Padahal cuka emak kamu ade sebotol dekat dapur, Lemon ada je belakang rumah, tapi kau terkedek-kedek pergi cari apabendalah "Tartar" tuh..Minyak atar kah? kehkehkeh

So, bila dah tahu, kita pun dah pandai-pandai nak adjust. Dalam resipi cakap "tepung naik sendiri" kau pun sibuk pergi beli sekotak padahal dekat rumah kau ada 3kilo tepung gandum dan baking powder. Padahal 2 barang ni kau campur dah pun membentuk "tepung naik sendiri" kau itu. Lepas tuh kot pening dalam otak "mascarpone" tuh apa? Al-Pacino kenal lah! Hahaha..Sekarang kan dah pandai sikit cari bahan alternatif nak ganti bahan yang tiada?

Jom baca! Chalohh! (zoom la eh. I macam fenin buat table sini..- ah!! katalah tak pandai..kikikikiki). Niat asal nak copy-paste from SINI saja.

Sila Klik untuk Tumbesaran Imej ya dong!

Selamat mencuba dan selamat beramal, OK? Harap membantu...

Monday, July 25, 2011

Cubalah Belajar untuk Taat

Kehkehkehkeh!

Dah macam tajuk lagu Krisdayanti (KD) "Cobalah untuk setia" saja.

Tapi bukan nak cerita pasal setia itu.

Taat.

Maksud nya mengikut kata.
Dikatakan bahawasanya seseorang yang taat itu 'lurus'. Lurus itu bagus tapi kalau dah jadi 'lurus bendul' dah tak macam berapa nak bagus dah. Lurus bendul itu mudah dikawal dan amat bernasib-baik kalau bertemu dengan orang yang tidak mengambil kesempatan.

Tapi kalau orang lurus bendul ditemui oleh makhluk yang suka mahu ambil kesempatan, memang kasihan. Kena buli forever atau mungkin selalu digelakkan orang. Sebab itulah ada Satria yang menyelamatkannya (apakah kau merepak?)

So, jika kamu jumpa orang yang "lurus bendul" sila lindungi dia dan ajar dia protect diri. OK, lurus bendul tidak bermakna orang itu bodoh, okei?


Tapi jangan lupa ye anak-anak sekelian. Sifat taat itu sifat mahmudah. Sifat terpuji. Allah suka. Tahu?. Ececececece. Tiba-tiba aku tukar jadi ibu.

Taatlah kepada ibu bapa mu selagi ianya tidak salah disisi agama. Taat lah kepada suami mu selagi ianya tidak melanggar syariat Islam dan memudaratkan. Lawan perkataan taat ialah derhaka ye puan-puan. (eh? aku dah bertukar jadi siapa pulak ni?)


Ok blah cepat!

Contoh ketaatan ialah ketaatan kepada resepi. Hahahhaah! Dan kawal lah sifat sabar yang melonjak-melonjak nak menderhaka. Kehkehkeh! Baiklah untuk menutup sesi habiskan barang-barang mem-baking, maka saya sudahi dengan ketaatan dan kawalan sistem pembakaran yang baru saya tahu nak guna-pakai. Kasihan. Lepas ini tiada lagi dah kot. Kata nak puasa dah...huhuh...


APAM DOT-DOT yang tak dot-dot

Mudah, tapi leceh nak men-dot-dot..Eden dot-dot pakai straw jek..plastik nak buat piping takdek!



Warna-warna yang dipilih..

Tuang dalam cup. If nak letak filling coklat ke jem ke, letak bancuhan half dulu, letak filling, kemudian tuang lagi banduhan, okeh?

Kukus lah ia selama 15-20 menet. Diikat tutup kukus adalah untuk memerangkap air wap dari jatuh lalu menghujani apam dot-dot kamu itu... (sepanjang hidup, ni la 1st time guna periuk kukus ni. Pinjam Mama punya)

Bila siap...

Dot-dot dan rakan-rakan nya yang tak berapa dot-dot dah..

* Saya tak suka rasanya kenyal dan menyesal tak letak filling sebab dia macam agak tawar. Kawan saya cakap next time letak soda bikarbonat sesudu..BAIKLAH...

And again, saksikan
BAHULU GULUNG yang tak digulung. Kehkehkeh! Memang senang, ada cerita dekat entry yang baru saja lepas. (Geng "enjoy cooking")


Seletkan jem atau apa-apa yang boleh diselet...

Hujan-hujan, minum teh O dengan dia, tengok TV, nyaman nih...Terbaekkk!

Potong-potong dan susun lah...jemput semua makan. Kuih bujang je ni..ececeece

Dibuat semula sebab pembaikan strukturnya. Saya nak kurang kan tepung supaya dia tak padat tapi soft sikit. Itu saja. Hehehee

Seterusnya, mari berkenalan dengan...


BROWNIES WITH CREAM CHEESE MARBLE.


Ini pun mudah. Sonang dan moist-moist ni. Resipi elok kamu Google. Yang penting sila TAAT eh...hehehehe.

Panaskan oven 175 Celcius okeh...


Cairkan butter 250g atas dapur api slow (saya kurangkan ke 3/4 buku). Dah cair, off api lah. Masukkan serbuk coco 1 cawan (I pakai cawan sukat 240ml yang macam sudu tuhh..RM3.90 se-set kat Giant. Pergi beli...yeayy!) Kemudian masuk kan 1/2 cawan susu (I pakai dairy milk dutch lady jek). Kacau-kacau. Bekas lain pakai whisk godak telur 3biji+ sula. Masukkan dalam bancuhan dan kacau. Kemudian masukkan sikit-sikit 1 1/2 cawan tepung gandum yang diayak bersama 1 sudu baking powder. Masuk sikit-sikit dan kacau. OK. Last masuk esen vanilla. Kacau lagi. Yummy

Lapik kertas masak, bagi terjuntai, Nanti siap senang nak tarik keluar. Tuang kan dan tinggal sikitttt jek untuk nak buat marble konon-konon-nya..

Dengan kuasa oven api atas dan bawah, bakarlah 20 minit gitewww (atau sebelum bau hangit keluar)...Tadikan panaskan 175 kan, time bakar saya turunkan ke 150Celcius.


Sementara bakar-bakar boleh prepare cream cheese dia. Cream cheese putar sampai gebu (I pakai 1/3 dari cream cheese yang berat 250g tuh jek).. Masuk gula kurang secawan (ikut suka lah, kalau u all kuat manis, letak lah lebey- tapi jangan lebey ah! Kang boleh potong kaki... :-P) Last dah gebu, masuk telur sebiji. Pukul lagi sampai sebati. Bila kek masak, keluarkan, dan tuanglah cream cheese yummy anda ituh..

Masih ingat dengan bancuhan coco yang saya suruh tinggalkan sikit itu? yang itu patut dilarik-larik atas tuangan cream cheese anda supaya nampak macam marble.


Contoh lorek-kan yang di Google: SINI

* Kesalahan saya: Kek saya menaik ditengah, tepinya rendah. maka semua cream cheese saya turun ke tepi-tepi. Uwaaa. So tak dapat menutupi puncak tertingginya ituww (ayat mengada)


HAsilnya (abaikan bahulu lapis di atasnya itu). Boleh ajak suami ke mak ke mak mertua ke duduk makan sambil layan cerita dekat TV sambil komen kek kamu OK ke tak. Kau senyummmm jek semua. Tak apa. Hahahaha


Cream cheese yang berlari-lati berkumpul di tepian...huuhuh

Bila dipotong, cantik jek. Mois jek. Anyway kena belajar lagi ni.


* sekian Terima Kasih.
* Ingat ya, taat itu penting. Kemudian kalau tak ikut resipi nama dia bukan derhaka tapi bersifat 'inovatif' - memperbaharui resipi konon-konon menjadi semakin baik. (hahaha..boleh gituh??)
* Selamat mencuba...(ada ke nak cuba nih??)

Dan salam "PRA- RAMADHAN"