Wednesday, November 30, 2011

Apa Hijrah Kamu?


Salam Maal Hijrah semua. Saya kira masih belum terlewat untuk ucapkan kepada kalian semua. Walau Maal Hijrah sudah meninggalakn kita 3 hari di belakang (masa entry ini ditulis, tapi saya yakin akan lambat published atas dasar kekangan waktu tambahan lagi skill menulis tak pernah nak bagus). Tapi tak mengapa.

Orang-orang selalu ternanti-nanti saat datang nya 1Januari setiap tahun sebab macam merupakan titik-tolak untuk memulakan sesuatu. Masa ini lah kita menanam cita-cita yang mahu digapai bak menanam benih-benih cinta agar berkembang mekar sepanjang waktu. Ceh! Konon-konon sahaja. Menunggu detik 12malam untuk mengucapkan "Happy New Year!" kepada orang-orang yang terpilih dan salah pilih. Saat itu lah berkuat-kuasa segala planning. Sukses ke tak, kita tak tahu lagi. Huhuhuhu..

Apa kata kali ni dari kamu tunggu-tungu kehadiran 01 January untuk melancarkan niat, baik kita lancar sahaja niat-niat kita sekarang? Lebih berkat dengan kehadiran 1 Muharam bukan? Amacam?

Untuk gadis-gadis cun comel yang terdetik niat "Mahu pakai tudung tutup aurat"...jom lah mula pakai sekarang. Tak perlu tunggu hadirnya 01 Januari ke...Bulan Puasa ke...etc lah. Jom mula sekarang. Perlahan-lahan. Tidak mendadak-dadak. Orang cakap slow dan steady sahaja. Biar orang lain tak perasan perubahan kamu itu, tapi cukup kamu sahaja yang perasan? Amacam?

Yang bertekad mahu memenuhi lubang-lubang solat yang selalu "terkoyak" sana sini itu..apa kata kita mula sekarang. Terus-menerus tanpa henti? Tidak perlu menunjuk-menunjuk atau perlukan semangat-semangat luar. Yang perlu hanya kehendak dan kerelaan serta keikhlasan hati sendiri sahaja. "Eh? macam mana saya nak tahu saya ikhlas ke tak ya?". Hmmm...Keihklasan ini hakikat sebenarnya kamu sendiri pun tidak tahu. Apa yang pasti buat dengan kerelaan hati dan patuh suruhan Allah dan percaya akan dikurniakan sebaik-baik kurniaan dari-Nya.

Yang mahu mulakan hidup baru? Mari lah hayun langkah. Jangan tangguh-tangguh. Takut tak kesampaian pula...

So, kesimpulan nya, mari lah kita menuju ke arah kebaikan bersaman-sama. (ayat mati kutu sebab tak ingat dah nak cakap apa. Feeling dah hilang)


Wassalam...

Yang selalu duduk bergossip-gossip tak tentu hala, apa kata hari ini kita cuba sikit-sikit kurangkan gossip kita sampai la dia menuju ke angka "0". Bercakap tentang kemuliaan adalah jauh lebih baik dari duduk-duduk di tepi kain orang dan buat orang sakit hati. Betul tak? Jadi mari lah kita bertukar. Kalau dulu kamu dikenali sebagai Kepoh Kecoh. Sekarang kita bertukar. Kepoh itu bukan sesuatu yang comel. Hahahaha! (tapi kadang-kadang comel juga kalau mencuit hati..hehehehe).

Bagi yang mahu bertukar peribadi dalam diri juga, mari lah buat sekarang. Yang baran? yang suka fikir bukan-bukan? suka syak sana sini? suka membangga diri? riak? bakhil? Mari lah bergerak. Semua ini bergantung kepada keinginan diri kita sendiri.

WW #6: Should Try!






You should try this one...


Chow! (Bukan di ChowKitRoad OK!)

Tuesday, November 22, 2011

Walau di Darat tapi Boleh Menggapai Awan


Amboi amboi amboi Combi...dah macam pramugari ke pramugara tah. Macam cerita Awan Dania pun iye jugak Tapi malas la nak cerita-cerita siri TV nih kan....

Kita nak cerita HOT je sekarang. TERKINI. Kang kalau cerita lambat kata "ala cerita basi". (Padahal masa type ni pun memang dah nak 24jam basi. Isk...)

Walau begitu, jangan bantutkan hasrat tapi sila tingkatkan stamina supaya kita bergerak seiring. Eh? apa kau melalut?



TAHNIAH HARIMAU MUDA!!! Auuummmmmmmm!

Andalah wira negara. ececececece!

Sebab?

Tentunya atas julangan pingat EMAS untuk Bola Sepak di Sukan SEA (SEA Games) yang berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Palembang.

Ibu segala emas yang direbut-rebut semua milik Malaysia!

Syabasss!! Walau harimau hanya berada di darat, tapi dapat juga menyambar Garuda di udara! Fuhh! Tabik spring lah.Walau banyak dugaan dan rintangan, nampak nya kalau sudah rezeki menang, tetap menang juga. Tak cukup rintangan sedia ada, perang psikologi yang dihadapi pun mampu dicantas skuad. Terbaikkk!

Semua bermain sangat bersemangat dan steady walau awal-awal dah kena gasak dengan Indonesia yang balun rempuh macam makan apa entah. Alhamdulillah. Kita masih boleh bangkit dengan tandukan Asra tuh!.

Last-last penalti sahaja penentu segala.

Orang cakap, menang penalti "apa la sangat", BUT! sebagai penentu, kita kena fokus juga! Rugi tak menang kalau pingat kemenangan hanya di depan mata! Mesti terkilan gila kalau tak gapai.

Memang stress la tengok time penalti tuh. Saya tengok time tuh saya tutup telinga mata terbuka (boleh imagine). Lepas tuh stress sebab sepakan ke dua tak dapat tembus gawang. Aiseh! Sengit tuh! Tapi apa-apa pun, tendangan terakhir Badrol berjaya memecahkan kegamatan di kedai saya! Woooohooo!!

Terloncat-loncat, terlaung-laung semua gembira. Sahut menyahut sana sini. Kedai saya bunyi, kedai depan sana berbunyi, kedai mamak sebelah kiri laaaaaaaaaaagi lah jangan cakap. Penonton ramai gila...Asal bola dah nak dekat dengan gol, semua pakat jerit " Haaa! Haaa! Haaaaaaaa"....lepas tak dapat "Aduhhhh" ramai-ramai. So sweet. So fun. Muafakat betul!

But berlainan pula dengan penyokong dipihak lawan (Indonesia). Kalau nampak macam nak gol, tapi tak gol, mereka cakap "Boddddohh!" dekat player itu. Huhuhuh. Seee?


Saat kemenangan...Ibu segala emas kita yang punya...yiiiihaaa!

Kita menang! Kita bukan menang motor...tapi menang emas..Ibu Emas!

Time lawan tuh, time Indonesia mendahului 1 gol, pekerja saya happy gila. Siap malam itu pakai baju merah kau! Time tuh kita frust lagi mengharap gol juga lah. And then penalti, masing-masing duduk doa masuk lah gol. Pekerja dah siap janji-janji dah, kalau menang nak buat apa (tak nak cakap apa lah, hahahah!).

Lepas semua selesai, naik la status-status facebook dengan macam-macam bentuk ucapan tahniah. Tak kurang juga sebelum-sebelum itu ada yang menyalahkan pemain itu pemain ini. Well, this is a game. The player do not know what will be happen, but they try their best to play and win. They know what to do. So don't blame lah kan. They are in a team. Let them play the rules. Kita support lah! Saya percaya kalau kita kalah malam itu, mesti some of us keep blaming sana sini. Kan? Not good lah...

Jangan lupa say "thank you" to Mr Ong Kim Swee (jurulatih Harimau Muda) yang membuat percaturan mendebarkan...

OK, lastly, Tingkatkan prestasi, kurangkan kontrovesi. Jangan bongkak dengan kemenangan ini...

Bung...Jangan menangis, boleh cuba di lain kali ya!

* Anyway komen untuk tuan rumah: Persediaan Sukan SEA tidak memberangsangkan. Attitude penduduknya juga tidak mencerminkan sesuatu yang comel. Time lagu negara ku dimainkan pun tak hormat, lepas itu skuad Harimau Muda terkandas dalam bas beberapa jam selepas tamat perlawanan kerana penyokong lawan frust tak puas hati buat sesak jalan. Siap meluah kata-kata tak comel meludah-meludah bagai. Sangat tak beretika, tahu ngak kamu? Kita seharusnya mengekalkan kemuafakatan antara kita. Kalah menang adat pertandingan.

* Dan-dan tuh nak buat doping? Ek elllehh...steady la dulu...

Monday, November 21, 2011

Memang Kami Tak Terer!

At Bowling Summit USJ, Friday nite, 8pm - 11pm...

Tapi kami enjoy! Hoh!

Sempena annual dinner yang around the corner, kami semua kena main bowling to grab the prizes! Yaww!

We play in team. If play individual, I bet, I boleh masuk dalam beg bowling ke apa sebab malu sebab longkang memang antara pilihan yang wajar buat saya. Hahahah!

Jom la mana sempat ya.

Situasi:

1) Hanya 5 orang sahaja main memandangkan the rest da play last week. Habis all 4 frames each! So sesiapa yang ada aral melintang, harus tampil minggu ini demi kejayaan team! Eceh!

2) Group saya last week semua empat-empat tak datang (memang hampeh!) sebab komitmen lain, maka harus datang semuanya this week. Tetapi yang malangnya hanya tampil 2 orang kesatria baja hitam dalam ini kumpulan iaitu: Saya dan En Dzul!

3) Group lain cuma kurang 1 orang sahaja, tapi group saya kurang 2 orang! Arghh! Tipis harapan nak menang macam ini,

4) Sebagai pengadil, Connie decided to let us play on behalf of the absent players for each groups. Ya a aaww! Meaning? Me and Dzul kena play 8 frames each memandangkan Mr Lee & Mr Chia tiada!! Wahh! Apakah? Kecundangan akan berpihak kepada kami? Oh No!

Sebabkan yang kami-kami semua (seramai 12 orang totalnya, tapi tak jadi 12 orang la sebab absent 4 orang!) bukan lah teror bermain bowling, malah ada yang tidak pernah langsung menyentuh permainan ini, maka macam-macam aksi lah yang muncul. Semua mencetus derai gelak ketawa bukan sahaja dikalangan kami malah kalangan jiran-jiran lane sebelah menyebelah! Hohh!

Antara score yang sempat di ambil gambar...

Tragedi:

1) En Man, pemain kidal, jadi jari boleh masuk 1 lubang sahaja. Dia sempat menjatuhkan (eh bukan, terjatuhkan) bola sebanyak 2 kali di lane sebelum sesi membaling. Nampak dah stanby, baru nak hayun, pap! gedebuk dekat lantai. Ada sekali terbaling ke belakang

2) Main salah lane. Kami booked 2 lanes. Jadi mainan adalah cross. Tapi entah macam mana salah lorong baling. Nasib baik En Dzul & Saya sama group!

3) Macam terer, sambil baling sambil cakap dekat telefon. Bajet champion! Siapa itu?

4) Sebab mainkan on behalf, boleh pula score saya dan En Dzul rendah berbanding Mr Lee (Dzul) & Mr Chia (Saya). Hohohoh! apakah?

5) Pelbagai teknik balingan. Ada menghempas bola, ada meluncur tertiarap! Masuk longkang jangan cakap lah! Tak lupa ada yang tak boleh bend the knee sebab last week main separuh jalan, then sambung this week!

6) Total keseluruhan frames yang dimainkan oleh kami seramai 5 orang adalah 31 frames!

OK, sebelum tengok score, mari tengok antara aksi-aksi...

Encik Din & Encik Man...

Aksi balingan kidal...sebelum itu ada terjatuh bola dilantai...hehehehe...

Fuh...tengok libas Encik Dzuk, dah nampak macam tanda-tanda kemenangan...

Oh! dibalas oleh Encik Man. Nampak semuanya macam semua prestasi meningkat naik.



Now, jom kita scroll antara score yang sempat di snap... (Dalam ini ada 4 nama sahaja, tapi selepas itu diganti-ganti dengan pelbagai watak orang tak datang, D yang pertama & A adalah mewakili kumpulan saya...yeah! Walau hakikat yang main 2 orang sahaja. Faham ke saya cakap?)

1st round semua tak snap...but start from 2nd....


OK, sorry, Connie dah tertekan "enter" time saya snap ini gambar...

3rd round....

4th round... (last round untuk diri sendiri)

Bermulanya bermain frames untuk on behalf...
(A = Mr Lee = presented by Dzul, 1st D = Mr Chia = presented by Azira)..the rest? Saya tak sure mana satu, 1 untuk James, 1 lagi for Rajes

Last...

Finale...hohoho! Main untuk orang lagi terer dari diri sendiri?

* anddddd...the group winner issssssssss: Mine! Yeay! Kalau tak, siapa kalah kena battle karaoke..lagi teraniaya rasa nak buat malu diri...hohohoho!


Awak Boleh Teka?



Can you guess what it is?

Hoho! Ampuni daku kerana selalu menmpekkan sesuatu yang kamu tak terliur. Tapi ketahui lah ianya merupakan sesuatu kegembiraan buat seorang saya yang baru belajar. Kahkahkah!


Saya bet entry selepas-selepas ini yang muncul memang menyampah orang nak baca. (hakikat: memang tidak akan ada orang baca).


Kan saya dah cakap, kamu mesti boleh teka.

Siapa yang tak tahu boleh layari INI dan cuba. Sangat simple ya aa awww!!


Tata!


Friday, November 18, 2011

Air Mata Kegembiraan Parents


Semalam UPSR. Terima satu pengkhabaran gembira tentang anaknya memperolehi 5A's. Ya Allah, betapa saya pun turut mahu melompat-lompat gembira sama. Rasa bergenang air mata terima berita macam ini.

Saya yang tiada kena mengena pun begini rasa, apatah lagi yang tukang sampai. Sangat gembira bukan kepalang sampai terdengar getaran di hujung talian. Sebak yang tak mampu berkata apa-apa. Hanya air mata mampu menggambarkan segalanya. Semua perasaan puas, gembira, sejuk hati, dan segalanya tergambar.

Tak cukup dengan itu. Nenek pon menangis juga bole dikhabarkan berita itu. Menangis lagi sekali sang parents bila mendengar nenek berjurai air mata.

Kini, baru lah saya dapat mengalami dan memahami hati seorang ibu-bapa. Baru saya sedar kenapa tiap ibu-bapa mempunyai impian dan doa yang tinggi untuk anak-anak. Perkara ini bukan sesuatu yang memaksa tetapi satu pengharapan dan kepuasan. Anak-anak mungkin tidak atau tidak mahu faham apabila ibu bapa membebel "Baca buku, buat kerja sekolah, jangan main-main..". Mereka sebagai anak-anak berasa stress dan annoying. Tetapi sebenarnya ibu bapa mahu yang terbaik buat anak mereka.

Saya rasa kejayaan seseorang anak juga umpama ubat spikologi untuk ibu bapa. Contoh macam bapa seorang yang belajar tidak setinggi mana, jangan cakap kolej biasa, universiti pun apa tah lagi tak pernah jejak. Sepanjang hidup dari muda sampai ke tua tak pernah la busuk-busuk pun terima gelaran "Budak U". Memang tak pernah. Siapa tak teringin bergelar "Budak U" waktu itu. Sebab orang cakap bukan senang. Baru masuk "U" dah bergegar kampung orang cakap sana sini, apatah lagi dah graduate dan dapat pula sandang jawatan kerajaan. Yang tak jadi pegawai pun orang kampung duduk anggap "pegawai" juga. Tapi itu dulu lah. Zaman sekarang tak payah cakap lah. Mungkin boleh lupakan niat nak jadi staff kerajaan sebab yang sedia ada pun, umur bersara dah lanjut ke umur 60 tahun. So tak nampak banyak peluang yang boleh diisi.

Tapi percayalah, once anak-anaknya berjaya lagi-lagi anak yang pertama sekali berjaya jejak ke "U", ada rasa kebanggaan dalam hat ibu bapa. Tolak ke tepi tentang gelagat kebanyakn makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang cakap penuh berlagak bahawa anaknya berjaya masuk Universiti wal hal ambil jurusan yang entah apa-apa. Itu tolak ke tepi. Tak penting. Tapi nampak tak situasi sebagai ibu bapa itu? betapa bangga tak terkira. Kalau yang stok ibu-bapa tak bangga diri dekat orang, pastinya hatinya terdetik juga cakap "Anak aku masuk Universiti".

Tahu tak walau dia cuma berdetik dalam hati tapi apa pengharapan dia? Jauh lebih besar dari sekadar perasaan "Anak aku masuk U".

Dia akan penuh tersenyum bangga puas sekiranya anak-anak nya berjaya cemerlang dan seterusnya memperolehi pekerjaan yang baik, bertambah senyum lagi bila anak-anak tidak lupa mereka bila dewasa, melayan mereka dengan baik. Dia pasti tersenyum bahagia gembira yang susah nak ungkap dengan kata-kata. Hanya Allah yang tahu.

Begitu juga, hanya Allah yang tahu bila hatinya sangat terhiris apabila anaknya seorang yang derhaka, melupakan mereka, melayan dengan buruk contoh: Menghalau ibu-bapa sendiri dari rumah dan membiarkan ibu-bapa merempat di rumah orang tua (perangai apa ini?)

Jadi...setiap pencapaian baik anak-anak adalah sangat menggembirakan ibu-bapa tak kira sekecil-kecil atau sebesar-besar kejayaan. Hatta nampak anak sudah pandai berjalan pun sudah seronok, tumbuh gigi pun seronok, inikan pula berjaya dalam kehidupan?

Jadi mari la kita jadi anak-anak yang terbaik buat ibu bapa kita seperti mana terbaiknya ibu bapa kita kepada kita.



* Cuma yang pasti, anak-anak sekarang perlu lebih kental untuk merebut peluang yang ada. Tidak kira di Malaysia atau luar negara. It's doesn't matter as long as U can make your parents proud with you!

* OK, nak main bowling...bye!

Wednesday, November 16, 2011

Selalu Ingin Bersama



Hola..hola...

Sengaja mengambil cuti Aidil Adha yang panjang. (Oh! Cerita basi kah ini? Ya! :-P)

1) Mahu habiskan cuti tahunan yang terkumpul. Nak kata kumpul untuk cuti kahwin ke apa ke, tak juga. Jadi ada baiknya habis kan sedikit demi sedikit di waktu yang bijak. Eceh! (faham ke maksud saya ini?)

2) Yuyu pulang ke pangkuan keluarga selama seminggu. Jadi ada baiknya menghabiskn waktu bersama. Kalau tak bosan la dia selaku "tetamu" di rumah sendiri.

3) Mahu meluangkn masa untuk diri sendiri juga sambil meliat-meliat dan ke sana kemari tanpa ikatan dan dikejar bos. Hehehehe!

4) Menghabiskan duit? Errr..bole dikira begitu juga.

Jadi, sebelum beliau pulang ke perantauan yang jauh macam mahu masuk Thailand, maka marilah kita makan bersama-sama. Oh. Asyik makan sahaja. Tahukah anda bahawa sekarang saat ini Malaysia merupakan nombor 1 negara ASEAN dan nombor 6 di Asia Pasifik yang mempunyai penduduk yang rakyatnya obesiti? Tidak gerun kah? Ohhhhhhhh! *sambil letak kedua tangan di dada dekat jantung macam heart-attack*

Tak percaya geleng-geleng kepala lagi kah? Bole baca sini. Bukan1MalaysiaSahajaTapi1ObesitiJuga

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Tapi bukan bermuafakat tanpa jaga kesihatan. Tabiat itu boleh buat ekonomi merudum! Rakyat semakin pupus, pendatang samakin menimbun! (sebab semua sudah obes tak larat buat kerja).

OK. Walau dah cakap obesiti, masih juga suka menikmati hidangan yang menyelerakan. Agaknya sebab Malaysia ini negra kaya - kaya dengan makanan dan kaya dengan sifat melepak sambil cikai-cikai kunyah kacang atau keropok atau fries! Hohh!
Apakah benar-benar rakyat Malaysia ini kaya-kaya? Erm..macam bukan, tetapi "mewah" makanan. Keriangan rakyat Malaysia menikmati hidangan tidak berkadar terus dengan keriangan melakukan senaman. Hmmmmm * Nak menitis air mata, menanti kesedaran dalam diri*

Maka saya akhiri dengan tempekan gambar yang menjurus ke arah...errr...*sila jaga kesihatan.

Here we come again E San, with Yuyu!


Kita mulakan dengan muka menunggu...

Mama & Abah...

Ngah & Yuyu yang berpaling. OK, lukisan ikan belakang tuh RM800!

Kemudian...apa yang dijamah...? Mari jenguk dekat...


Mula-mula otak-otak kelapa (Otak-otak Coconut) sampai...dalam kelapa OK, siap ada isi kelapa...saaaaaaaaaangat wajib order setiap kali kunjung!

Lepas itu...kerabu betik..Ini sedap...tetapi boleh jumpa dikebanyakan tempat juga.


Tomyam (bukan tomyam dalam kelapa, tapi kuahnya putih berisi santan). Tom Kha Hai (Chicken Galangal Soup). Ini saaaaaaaaangat di-rekemen. Sebab bukan semua tempat masakan Thai ada. Tapi kan, hari ini kan rasa dia kureng sikit banding masa first time. Agaknya tukar tukang masak?


Kari hijau ayam (green curry chicken). Sangat suka dong! Patut ada dalam list! This time, saya vote Kari Hijau menang berbanding Tomyam Kelapa


Yang sangat ditunggu-tunggu aku dan abik...Crispy kangkung!


Dalam pinggan

Tahap kelicinan? Ada 3 group lagi selepas kami...

Memang habis tak tinggal!


OK, I'm Yuyu ..* peace!
Next time kita pergi lagi E San Thai Kitchen!


Oh...boleh datang lagi. Nanti cikai-cikai nak order crispy kangkung set besar dengan otak-otak sudah...Fuuhh~ (hanya berkata dalam hati)


* Makan 4 oang tak cecah RM100 lagi...

* Lepas ini saya teror masak makanan Thai dengan melayari. INI (Resepi-resepi Thai)



WW #5: Punca

Nah...ambil untuk this sweet Wednesday...saya tempek 2 "WW". (bukan selalu ada chance..hehehe)

Keadaan asal (contoh)

Menjadi penebas berjaya..

6 plastik hitam besar dihasilkan dari jerih-perih during cuti yang panjang di Aidil Adha...

* yang terbiar-biar memang selalu begini, ada mahu hulur bantuan?
* will see berapa banyak masa to take untuk menyemak-samun di belakang ini...please help me... :-(


Chaloh!

WW : Melepas?

Oh! Sama sekali tidak akan terlepas Rabu kali ini...


Bahana...

* fuh...seb baik ingat hari ini Rabu. Asyik terlepas selalu jek...

Bye!