Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Tutorial Pasang Mozek/Tiles


Kan next week cuti lagi kan? Sempena Maulud Nabi hari Ahad, jadi dragged Isnin, Thaipusam pula hari Selasa. Jadi ada 4 hari cuti.

Jadi macam selalu kene mem-plan something utnuk memenuhi hari-hari cuti. Konon je ni. Back-up plan. Sudahnya kalau banyak aktiviti, ke belakang la nampak nya plan ni.

Rentetan WW #12...

Saja gatal Google. Kot-kota lah saya punya kerajinan tinggi bak buruh. Jumpa tutorial. SINI.

Dia cakap kena ada barang alatan tangan macam nih:


1) Jubin/ Mozek/ Tiles --> Setel. Cakap dah kat WW #12.



2) Sudip. Bukan sudip memasak goreng-goreng. Tapi Sudip simen ye adik-adik.

Image besar Google dengan keyword "Sudip simen"

3) Alat penguji spirit. Tak payah la main "spirit-spirit" of the coin" tuh. Lagha tuh!

 Image besar Google dengan kyword "Pengukur aras spirit"

4) Pasir 



5) Simen



Yang item 2-5 itu tiada masalah. Bole beli. Tetapi...tetapi...kaedah tuh...Jom tengok Video. Kata nak ilmu. Video Macam mana nak pasang mozek/tiles/jubin:





Haaaa...itu yang gue seram sikit. Den yakin kalau takat mengecat lantai parkey/parket den masih berani. Sebab macam enteng sahaj cuma masa dan kegigihan diperlukan. Den cakap berani sebab den dah try dah Cat lantai dulu. Cerita INI dan ITU. Oh dan INI LAGI. 3 sesi saya buat. gigih tak? dari tahun 2010 hingga 2011? Aduyaii! Rasa yang last Master bedroom. Tapi mana tah cerita dia. Hahahah!

Ini yang pasang jubin sendiri nih? Isk... Kalau masa sekolah Teknik dulu ambil jurusan "Binaan Bangunan", gue rasa...gue proceed saja dong! Kata skill ada. Ini buat pun tak pernah. Gerun nih...

Buat memang boleh buat. Tetapi kenangkan karang ada pecah-pecah bagai..huiii...fenat mak. Nak nangis ni.
Jadi..payah-payah upah sahaja la ye? Sedia duit la ye? So siapa yang mempunyai bakat ini? Hehehehe

* Tolong belanja saya pasang boleh ke? gigih ni Google...


Tuesday, January 3, 2012

Kalau Gini Stepnya...


Agak-agak berapa lama masa orang macam Makcik ni amik eh? Mau Muka Makcik turn jadi apa tah. Tapi Makcik syak...mesti tak jadi punya buat gini. Dengan tangan keras kekong! Mau berair biji mata ni.

Apa-apa hal, siapa yang nak belajar make-up...boleh la follow adik nih...



Wednesday, September 21, 2011

Bukan Tutorial (Kerja Sekolah) Adik...



Memang gila berhabuk laman ini. Kasihan kerana tiada belaian kasih sayang. Hanya dambaan rindu saja. Hahaha. Merepek bajet jiwang. Langsung tak pun. Ceit!

Hari itu kan dalam entry lepas saya cakap mahu cakap buat tutorial untuk Abangah kan. Nampak macam seorang kakak yang baik hati pula membantu adiknya membuat kerja sekolah. Sooooo sweeeeeeet... :-P


Sebenarnya mana ada. I'm not that sweet, OK? Hahahaha. Saya buat tutorial ajar dia macam mana mahu memadatkan (compressed) atau erti kata lain mengecilkan kapasiti sesuatu gambar bagi memudahkan penghantaran. Dey kichi!! What roundabout you talking about ha?

Sebenarnya ajar Abangah hantar gambar-gambar raya kepada saya sahaja.

Let's go straight don't belok-belok OK (ayat iklan The Star). Saya mahu kongsi dengan kamu tentang permasalahan macam ini:

1) Kamu ada thousand may be a million photos yang berkapasiti berat (let say satu photo pun berat dah 3MB atau belih). Maklum lah kamera canggih. Set pixel pun bukan main hebat. Kemain sabar lagi nak hantar pictures kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

2) Kamu sedang mencari alternatif bagaimana cara cepat menghantar gambar yang banyak tanpa perlu berleceh-leceh upload satu-satu photo atau satu-satu zip file, etc

3) Kalau kamu bekerja, katakan kamu menjadi seorang surveyor yang memerlukan kamu menghantarkan segala maklumat dan gambar tinjauan kamu immediately. Dengan tahap kecekapan internet lembab memang mencabar jiwa dan hati nurani kamu yang perlu bergerak tangkas (sebab banyak hal nak kena kejar)

Baiklah, sebelum saya membuat situasi yang bukan-bukan di atas, mari saya tunjuk Harap membantu kamu yang memerlukan penyelesaian.

Kamu klik imej saja lah untuk penambahbesaran. OK?

TAJUK: MACAM MANA NAK KECILKAN GAMBAR UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MENG-EMAIL



OK. Setelah "Save". Boleh la hantar. SETEL!

Adalah lebih baik jika kamu meng-zip kan semua file menggunakan software winZIP atau winRAR lagi bagus. Tugas zip tersebut adalah untuk memadat mampatkan saiz file kamu tanpa mengubah size hakikat sebenar.

Apa lagi? boleh la email je...yeayyy!!

Nota Jari Manis:

Jangan la kecilkan saiz terlalu kecil (contoh berat gambar 20kb jek ke..) nescaya si penerima akan kecewa kerana gambar akan "pecah-pecah" apabila di zoom besarkan. Sampai lobang hidung pun tak boleh nampak lalu menjadi amat frust. The nice one is, cukup lah setiap gambar adalah berkadar berat 200kb. Comel dah mata memandang...

Bye.


Friday, May 6, 2011

Tutorial 4 (Autocad) : Rectangular, Segi empat --- REC


Salam.

Semudah command:


REC > Enter

Kamu bisa membentuk geometri berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama sisi. Mudah kan? Sila ingat koman dalam hati. ececece. (Dah start tak serius dah)

OK, serius balik.

Saya nak capture steps kejap ye. Macam biasa. Jemputlah minum sirap selasih ni. & Mini Triffle. Sedap. Hahahaha! (sila imagine jek!)


Sedap je tengok...
(Image di angkut dari SINI)




Satu hari, siap kau! Aku buat. Geram tengok...iskk
(Image di ceduk secara penuh macam 'air liur meleleh' tengok di SINI)


OK, saya akan kongsi 3 kaedah yang mencakupi 2 tujuan sahaja sebenarnya (?). Aku cakap apa ni? Mencakupi tujuan apa?

1) Tujuan 1: Membuat segiempat secara sukahati (tanpa terikat dengan ukuran). Atau kata lain "Aku tak peduli pasal saiz. Aku nak dia empat segi jek!" (Wah! kau!)

2) Tujuan 2: Membuat dengan berpegang kepada "skala/ scale". Lebih realistik dalam mengukur/meng-agak/men-design sesuatu. Skala banyak membantu tauuu...

Nampak? Faham ke apa aku cakap?

Takpe.

Lets moveeeeeeeee!

Kaedah 1 (Peduli apa aku dengan skala)

Lagi sekali, saya ulang command nya.

1) Type REC kemudian tekan enter


2) Point kan bucu pertama (1st point) empatsegi kamu itu.



3) Bukak la sebesar mana empat segi kau nak tuh. Bila rasa macam besar dah memenuhi citarasa kamu, kamu point ke point ke dua (endpoint).


4) Siap!

Mudah kan?


Kaedah 2 (Skala penting bagi ku..Oh!)

Jalan 1----- > REC, enter, D, enter, masuk value 'a', enter, masuk value 'b' enter. Siap!

Menggunakan kaedah yang sama macam di atas, tapi lain sikit. Kamu kena masuk dimensi/dimension yang dihajati oleh kamu atau boss kamu. Hahaha

1) Type REC, tekan Enter.



2) Point kan bucu pertama (1st point) empatsegi kamu itu.


3) Kamu akan jumpa "ayat" macam dibawah ini. Kamu tekan D dan enter. "D" (tak kisah huruf kecik ke besar, sama jek!) ini membawa maksud "Dimension".



4) Kamu type size kamu nak. Katakan kamu mahu empat sigi kamu size 6000 x 2500. Maka, kamu type "6000" kemudian enter. Kemudian type "2500" tekan enter lagi.


5) Klik kiri mouse kamu, Siap!



Jalan 2 ----- > REC, enter, @ukuran 'a', ukuran b', enter. Siap!


1) Type REC, tekan Enter.


2) Point kan bucu pertama (1st point) empat segi kamu itu.


3) Kamu akan jumpa "ayat" macam dibawah ini. Kamu type terus @value1, value2. Contoh kamu nak size 6000x2500, jadi kamu type @6000,2500.



4) Terus tekan enter. Siap!



OK, habis sesi segiempat kita. Mudah je Kan?


* Tips hari ini:

Command ini boleh dikaitkan dengan tajuk "PLOT". Kenapa? Kan dalam tajuk itu kite ada belajar pasal saiz kertas. Kalau-kalau lah kamu ada drawing tanpa sebarang frame, maka kamu boleh la mula belajar/cuba buat empat segi frame/title block kamu tuh. Cuba la!

Friday, April 29, 2011

Tutorial 3 : Plot/Print --- PLOT




Salam anak-anak murid. So sorry, Teacher mood tak sihat. Dia takde mood nak ajar kamu secara menulis. Maaf. Bukan marah kamu, tapi mudah nk ajar secara cakap terus. Tapi tak apa.

Sekarang Teacher nak ajar tentang mem-plot/ mem-print file autocad kamu. Mungkin ada antara kamu-kamu yang bekerja dalam bidang yang memerlukan anda merujuk sesuatu lukisan untuk menjalankan kerja peringkat lain.

Ada kalangan kamu yang kerapkali menerima email dari client dalam bentuk autocad tapi ada masalah lain timbul.

Sama ada:

1) saiz lukisan yang anda terima tidak menepati kehendak saiz yang anda mahu cetak. Contoh anda terima lukisan yang bersaiz A1, tapi anda mahu print in A3 dengan menepati ciri skala.

2) Anda menerima lukisan yang "togel" tanpa frame, jadi kamu pon terpaksa la nak kena buat frame semata-mata nak print drawing.

3) Letak lah apa-apa sebab yang kau hadapi time nak print..heheheh


Sini, aku nak ajar langkah-langkah how to plot your drawing

1) not to scale
2) in scale

OK..beres! Kejap saya nak capture screen jap..boleh pergi buat teh 'O' ke ape dulu. Kalau nak makan Maggi pon OK! :-)

Command yang di guna untuk memprint ialah:

PLOT > Enter

Mula-mula jom berkenalan dengan papersize lah:


Perlu tau size besar ke kecil..kecil ke besar...OK? :-)


Perlu diketahui, kamu boleh mencetak (print) drawing kamu melalui:

i) Model
ii) Layout

OK, kamu nampak yang bulatan sebelah bucu kiri tuh?
Satu tab untuk "model" yang tab seterusnya ialah layout yang boleh di rename (alah..macam file excel tuh)
(* klik image untuk pembesaran)


Bergantung pada keadaan drawing kamu tuh lah...


Tutorial ini, saya cuba seberapa daya upaya meningkatkan ke bahasa yang paling mudah. supaya kamu faham. Saya taknak kamu berkerut-kerut muka. Cepat tua tentu lah tidak comel lagi cun serta hensem bergaya Boomm! (harap maklum, bahasa saya mungkin terbelit-belit, maafkan saya dulu siap-siap...hahaha)

KATAKAN DRAWING KAMU BESERTA TITLE BLOCK BERADA DI "MODEL"

Ke pelajaran pertama: Anda mahu print sesuatu tanpa menitikberatkan hal-hal skala (scale). Kire scale tak ada kepentingan dalam kerja kamu. Skala diabaikan.


Mula-mula, mestilah kamu lihat skala yang telah di stated pada drawing...

Lepas itu kamu pun fikir nak plot. Nak yang ber scale ke tak?
OK, kalau tak scale, kamu tengok image atas ni untuk pengambaran (?) lebih berkesan.
Tick jek terus "fit to paper "

Lepas kamu pilih "Window", kamu perlu menandakan window kamu...


Cara tanda window, klik pepenjuru kertas kamu tuh...


Klik satu lagi penjuru...

Preview lah dulu...

Apa lagi? Klik Kanan dan pilih plot...keluarlah drawing kamu tuh


Ke pelajaran kedua: Skala itu penting. Makna kata lain, kamu nak buat kerja memerlukan skala yang tepat untuk meng-estimate sesuatu

Masih method yang sama semuanya, kecuali kamu kena tukarkan Skala nya dan UNtick "fit to paper".
Contoh: Macam atas ni saya tukar jadi 50 sebab? dalam drawing (rujuk image ke 2 di atas) dia stated begitu.. :-)

* sila alert: macam kes atas ni, dia kata size untuk A3 punya scale kan? tapi konon-konon kamu nak dia dalam size A1, maka kamu kene kurangkan Skala kamu kepada separuh dari asal. Contoh, dekat atas ni 1:50 untuk A3, jadi kalau kamu nak A1, kamu buat 1:25 lah. Begitulah sebaliknya kalau besar nak ke kecik punya kertas.

Faham kah? Fuhhh..harap kamu faham. Besar tugas Cikgu ni.
(TQ cikgu)

OK...lain kaedah...

KATAKAN DRAWING KAMU BESERTA TITLE BLOCK BERADA DI "LAYOUT"

Ke pelajaran pertama: Anda mahu print sesuatu tanpa menitikberatkan hal-hal skala (scale). Kire scale tak ada kepentingan dalam kerja kamu. Skala diabaikan.


- Gunakan kaedah awal sampai habis yang sama di atas juga, saya attached balik image ye...bezanya cuma title block di "layout"



Kaedah masih sama ye anak-anak...


Ke pelajaran kedua: Skala itu penting. Makna kata lain, kamu nak buat kerja memerlukan skala yang tepat untuk meng-estimate sesuatu

Semua kaedah adalah masih sama, CUMA!


Beza di kotak yang berwarna magenta sahaja.

Jika drawing anda memang sudah pada size yang kamu idam, maka jadikan dia 1:1 (atau type je la...

Contoh situasi:

Kamu nak A1 size ke A3 (besar ke kecil) maka skala anda bukan lagi 1:1 tapi 1:2

Kaedah masih sama ye anak-anak...dari preview, klik kanan dan plot SAMA saja...

- HABIS -

OK, Makcik (laa...makcik ke yang mengajar ni, ingat siapa tadi) nak minum air. Haus rasa menaip. Hahahaha


TIPs:

Jika kamu menggunakan printer yang sama saja untuk kerja ploting seterusnya, memadai lah kamu buat cam nih jek...so semua setting remain the same. Kalau lain..kamu kena la set select balik...ok?

Cer try....cer tryyy


Thanks. Harap dapat bantu. Mungkin berbelit-belit..tapi saya sangat terima kasih jika sudi memahami. Jangan malu-malu tanya.

Salam Jumaat untuk semua..

Monday, March 28, 2011

Tutorial 2: Autocad - Bulatan/Circle


Hai..See you again. Cikgu nak cakap laju-laju sekarang. Pasal belajar bulatan sahaja. Yes. Itu saja.

Tanpa buang masa, sila lihat gambarajah. Sila klik imej untuk penambah besaran. Thanks.

command dia?

C --- > Enter/space bar

Siap! secara basic, itu saja command utama dia.

Saya tunjuk kepelbagaian pula, OK?

Tengok screen, once u type "C" and spacebar/enter...the command appear macam nih:


so saya akan cakap untuk 4 jenis itu.

1) point any point to do circle


point kan, klik kiri..siap! (so ini sukahati bukak tanpa any dimension)

2) 3P atau 2P...maksudnya: 2 atau 3 point.

Lets say kau ada line macam ini, nak buat bulatan.

C -- > enter --> type 3P---> enter


point 1, klik kiri

point 2, klik kiri

point 3, klik kiri, enter!

Tara! siap!


pilih point 1,2 & 3...jeng jeng...bulatan kau siap!

3) C, enter, Ttr

Lets say ada 3 bulatan, then nak buat tangen, (konon)...so pilih la command atas nih




4) Bulatan yang berdimension

C - > Enter -> point 1 point, klik kiri -> masuk length (diameter, lets say kau nak 4500) - > enter!


Cuba cek...dapat kan diameter berapa?

Tips:

Nak tahu dimension? type:

DLI - > enter - > point ke 1st point ke end point yang di ukur..then tarik...dapat?