Friday, December 7, 2012

Cuti-cuti Sabah (3): Rondaan Hari Pertama (16Sept, Ahad) - Pasar Gaya Street



Assalamualaikum..

Salam ceria semua. Kali ini nak bagi tau. Memang pesta gambar sana sini. aktiviti hari pertama kami dimulakan dengan menerjah Pasar Gaya. Rugi woo kalau tak pergi (pandangan aku lah kan). PAsar Gaya hanya dia buka setiap ahad dengan waktu operasi dari jam 5.30pagi hingga jam 1 tengah hari. Remember - AHAD only. So apabila cuti-cuti sini, kamu pastikan diri kamu tidak terlepas kemeriahan hari AHAD.
 
Waktu operasi (business hour) Pasar Gaya (530 - 1300 hrs)
 
Pasar Gaya (Gaya Street) betul-betul bawah belakang hotel kami - Pantai Inn. Jalan kaki dalam 30 tapak sampai kot! Tak la aku kira kan. Sebab teruja sangat kan. Maklom lah. Aku dan teruja bagai aur dengan tebing. Eh tiba-tiba kau nih kan?

Hari itu bangun pagi. Oh lupa. Sabah ni awal satu jam waktu dari jam semenanjung. Matahari pun awal. Subuh pun awal. Dalam jam 5pagi dah masuk waktu Saya yang biasa bangun menuju jam 6 pagi selalu nak terbabas dah subuh dia. Aduii la. Teruk betul. Dalam jam hampir 7pagi kami jejakkan kaki ke pasar. Ya Allah terang benderang tanah. Hahaha

Kami mulakan dengan sarapan. Kami sarapan dulu lah dekat kedai bawah tu - Kedai Kopi Kak Tini.

Kak Tina pengisi perut... Alhamdulillah bawah hotel dah terus jumpa kedai Melayu. Saya bukan apa. Macam sikit hairan juga kedai-kedai di Sabah ini. Mungkin sebab saya tak biasa, so tidak tahu mana port nak makan. Sini saya perhatikan Islam (saya kenal melalui pemakaian tudung sahaja) ada je dekat kedai yang saya was-was. Kebanyakan kedai tulis "Served No Pork" kita boleh lihat orang Islam kelihatan. Hmmm

 
Kami pekena soto. Sedap u olls. Kuah jernih tapi berperasa u olls. 

Kalau nak tahu, kedai Kak Tini antara kedai yang juga menyediakan Nasi Kuning - kira macam special menu di Sabah la. Bukan semua kedai boleh jumpa. Nasi Kuning ini warna kuning lah dan berlaukkan ikan atau ayam sambal. Tapi yang popular ikan lah. Dibalut dalam daun pisang. Sebenarnya kami ingatkan yang itu nasi lemak. Apa barang kan nak makan nasi lemak. Konon diet. Harap maklom ye - KONON


Nasi Kuning yang di Google.. Sempat lah juga kami merasa di hari terakhir kami bersarapan di KK - itu pun selepas tau info bahawa Nasi Kuning ini special dan tak semua tempat ada. Nasi kuning ni macam antara sarapan pilihan ala--ala nasi lemak lah

Lepas itu mula lah jelajahan kami. Dari warung Kak Tini ni dah boleh dah nampak kesibukan pasar Gaya.



 Ini tapai...sedap u oolss..takde rasa gas. Pakai daun apakah? entah? Palas? Kelapa? Macam lupa nak tanya MakCik tuh.


  Ini kuih jelurut...sedap dengan tekak saya tak terlampau manis. Just nice. Rasa macam kuih sumsum. Tapi tekstur dia padu.

 Ini? Tempe dan jagung...rebus? Ahh...No idea (adoi pelancong apa kamu ni tak tanya..kan tak tau). Tapi jagung tuh saya dah google dah. Hahaha. Dia jadung rebus jenis pulut katanya. Yang diikat-ikat leper itu pais jagung nama dia, Macam puding.


Ini imej aku google. untuk Pais Jagung. (sumber: SINI)




 Sayur-sayuran di pasar Gaya. Adalah yang saya tak pernah lihat di pasar semenanjung...


 Sini boleh beli baju-baju T-Shirt. Semurah-murah RM8. Tapi kalau T-shirt cantik macam "i Love Sabah" etc boleh didapati dengan harga RM18. Kebanyakan sini jual RM20 - RM25. Kena pandai survey la kan...



 Sini ada satu anjing bergaya setiap hari. Baik pula dia tuan dia pakai kan macam tuh eh?
- OK satu ketidakselesaan saya...pasar ini di bahagian belakang-belakang macam bercampur antara yang jual haiwan dan kedai jual sayur dan buah. Macam celaru-celaru sikit. Dan harap maklum, sini punya pasar jual anak anjing pun ada...hihihi..hati2 la ye

Kami jumpa ini...- hand painted

Antara hasil...

Kami kan suka baca buku, mari buat penanda buku. Yo yo oo je kau kan rajin baca buku kan? Sebabkan hand painted maka pokok buluh kami ada gemuk kurus. Pilih la nak mana. Memang masa kami datang dia duduk melukis buluh-buluh pon. Calit-calit siap dah..eh?

 
Tuan kedai..Indian Man...Kira kalau hari anda tak sempurna la di Pasar Gaya kalau tak tengok hasil dia....ececece. Lupa la nama Uncle..
  
 Alatan mengurut sakit-sakit urat sakit-sakit sendi dan juga gasing...

 Antara watak utama - Macam biasa yang tukang snap biasanya memang tidak wujud dalam foto...sob sob sobb

 Gasing tadi kalau tengok betul-betul macam bodo-bodo jek. RM5 kot satu. dia mampu berpusing laju dan mengeluarkan bunyi yang...ermm... membiung (?)

 Tuan tanah dapat bergamar...dengan gasing jek...hoorrreyyy!..eh eh...kurusnya cik puan pada ketika ini..tak macam sekarang (pejam mata) - ya..aku sedang membuat binaan lemak diseluruh pelosok badan...Ampehhh!

 Kraftangan dengan sabut. Kesian kan nampak mata orang itan tua nih? Hiihihihi


   Koleksi cendecahati berbentuk cengkerang san kulit siput...niceeeeeeeeee


  Cenderahati standard yang biasa dibawa pulang - Key chain..Kena pandai survey tau. Ada yang 6 RM10 ada 8 RM10 dan paling murah saya jumpa 10keychain RM10!

  Ini lah dia rumpai laut yang menjadi kegilaan wanita dalam mengawetkan diri menjadi muda dan mempunyai kulit yang cantik. Ada 2 jenis. Satu yang putih. Ini boleh dibela sendiri. Kira penanaman komersial lah. Yang hitam itu limited edition dan bermusim yang tumbuh meliar. Ianya menagndungi lebih banyak kolagen. Yang putih RM6 . Yang gelap RM7. Kalau nasib jumpa lagi yang murah. Tapi kalau nasib kurang dapat la yang harga lagi tinggi. (sapa pengguna kolagen ini, kalau ada kesempatan beli lah banyak-banyak. Pesan kawan-kawan ke. Kalau di semenanjung orang jual sampai RM60! What?? tapi boleh buat duit la kan...kalau nak kita pergi sendiri memang tak tau la bila nak sampai kan...hahhaa)

  KAntara binatang yang dijual. Ini kucing. Baka American Curl. Yang telinga dia makin besar makin lentik tuh. Lincah tak duduk diam. hai lah bergegar imej.


Ini muka pegun yang di Google (sumber: SINI). Lahir-lahir tak nampak lentik. Bila besar makin menajdi.

Buah-buahan...ini sebab ada nak beli durian belanda. Wakakak...kawan aku gelakkan kot aku balik semenanjung bawa balik bendalah ini. Teringat kawan kat semenanjung. Mak dia sakit. Teringin durian belanda. Payah nak jumpa pula waktu tuh.


Ini? Lobang idung apakah? Ini tempat ikat pario lah! Pergi lah Google.

Selain dadi itu terdapat kerepek-kerepek seperti amplang kuih cincin kerepek angry bird pong adoo!

Selamat jalan-jalan


No comments: