Tuesday, November 30, 2010

KA-Ching! Lagi "Rumah" Dah dapat CF


Aku macam kontraktor perumahan pula. Macam badan-badan yang bertanggungjawap bagi CF untuk kelulusan. Padahal langsung tak. Langsung.

Ini cerita SABTU. Aku makan nasi minyak sebanyak 2 kali dalam jarak 15menet. Fuhh!
Alhamdulillah. Tank saya besar. Tapi...itu lah...badan pun berkadar terus dengan keupayaan tank. Aiseh!

Pertama, kenduri kahwin di kawasan belakang rumah.

Kedua, kenduri rakan sekolah rendah dan menengah aku.

Rakan sekolah rendah - Leha
Rakan sekolah menengah - Muammar

Mereka berdua selamat disatukan. Sebab tu aku cakap mereka dapat "CF". kekekeke...
So aku bukan siapa-siapa. Tok kadi jauh lah sekali.

Tukang makan nasi minyak? Ya,..aku mengaku :-P

Ok...tempek gambar sedas-dua


Taken from FB- Pasangan Pengantin - Leha & Muammar

Taken From FB - artchan

Taken from FB too - Bersama Pengantin
Depan kiri: NAzim, Muammar, Leha, Pengapit perempuan
Belakang Kiri: Umi yang pregnant 8month, Anis, Saba, Aku dan Zuraserta anak nya

(antara muka lain yang sempat jumpa: Rimma Melati dan Miza, tapi tiada gambar,huhuhuhu)

Tahniah untuk semua yang selamat diijabkabulkan. Semoga kalian sentiasa bersama di dunia dan akhirat.

* Aku pergi bawa anak makcik aku (Sepupu yang umur 10 tahun). Hmmm...OK la kan dari tiada teman kan? Sorang-sorang i malu tauuu...
* Lepas itu sepetang aku melepak kedai UTAMA Optometrist. Jumpa Haf. Lama tak jumpa dia. Lama gileTak gebang. Dia tidak pergi kenduri sebab kerja. Banyak juga lah di chot-chet-chot-chet kami

Ala...AKu Baru Nak Excited




Ala...Aku baru saja teruja tau tengok amount dia. Tup-tup dapat email Nuffnang kata masalah negara. Salah kira. ter-duplicate. Ceit!

Memang la amount dia tidak banyak mana. Saja mahu mencuba. Kot-kot boleh buat pendapatan pasif ke kan? Macam tips from Hot. Fm cakap. eceh!Dan-dan aku petik siaran radio ini. Dulu-dulu rancangan 3R pun ada cerita pasal pendapatan pasif ini tau. Kamu tahu ke apa pendapatan Pasif tuh?

Anda tak mahu cuba?

Marilah cuba klik ini. Tak tipu. Tapi tidak payah la harapan tinggi. Tengok nasib. Kalau macam saya ini, belog pun belum tentu orang singgah mahu baca. Harapan to earn some fulus macam sikit lah.

Kalau blur-blur, pergi saja di FAQ nya. Klik. Nah! Kalau aku explain nanti takut kau pening. Maklum lah aku ini macam terbelit-belit dalam meng-explain.

Lain lah kalau kau memang glamer, Ramai follower atau ramai admirer ke ramai stalker sebok busy body hal kau. Memang ranking kau naik segaligus membantu memfofularkan kau lagi dan memberi pendapatan buat kau.

Lepas itu komposer ke pengarahke mari dekat kau dan offer kau job. Kau buat album ke filem,,Pufffff!! Meletop! Lepas itu kau tinggi lampai, so ada orang minat mabil kau jadi model. Jadi duta! Kaya kau! (Berangan banayk kau nih). Sebab itu tulisan ini kelabu. Hanya igauan. Kalau jadi 1 dalam sejuta agaknya.

Oh?Macam itu kah? Bagaimakah saya boleh membantu kamu wahai Cik Zira?

Ohh! Terharunya saya ada yang bertanya sedemikian rupa. Bergenang air di kelopak mata ku Srot..srot

Cehh! Wehhhhhhhhh! Kau ni. Orang mahu tolong kau boleh pula buat drama. Cuba kau jawap soalan sikit. Ini tak sudah-sudah tersasar.

OK..OK...aku serius.

Macam ini. Mudah sahaja. Jika kamu menziarahi belog saya. Dan kelihatan iklan-iklan bermain-main di bahagian sisi atau header belog saya, sila klik dan klik iklan tersebut. Itu sahaja. So dengan klik-an anda, saya pun berjaya mencari wang pasif seposen dua. Siapa lagi mahu support jika bukan readers. Takkan diri sendiri yang mahu buat. Looser lah. Lagipun Nuffnang kira aku tak aci lah sebab poyo klik dekat diri. Macamperasan sorang-sorang. Kalau I artis tak apa, peminat ramai. Hahahahah! OK! Aku mahu pasang azam jadi artis soon. So tunggukan kemunculan aku.

Ha! Sampai sudah lah tak muncul kau tuh Nozie ooi!

So anda sudi ke tak tolong saya? Terima kasih kepada yang meng klik, OK?

Jika terhibur tolong klik. Tak terhibur tak mahu klik tak apa. Kalau mahu juga klik, terima kasih buat kamu. :-)

KLIK la selalu. Banyak kali. Ngeeeeeeeeee (Senyum luas-luas sebagai ucapan terima kasih walau gigi tak cantik)

Muka kasihan minta tolong kamu...hehehe


Again saya ulang.

1- Klik di iklan yang terpapar di bahagin sisi atau header belog saya. itu sahaja.

Thanks...

Sentimental La Kau Ni...

Mentel ke mental ke mentol kau ni? :-P

Hahahaha...(OK...belum cerita apa-apa aku dah gelak. Perasan la tuh bajet orang paham. Padahal sorang pun langsung tak paham. Nyampah!)

Tak..tak...

Tak mengapa kalau kau tidak faham. Sebab aku sedang meng-imaginasikan keadaan.

Hari itu. Jumpa Bai Roti. Kamu kenal kan Bai Roti itu siapa dan apa kan?
Biasa lihat kan?

Erm...siapa yang tidak biasa, pernah tak kau nampak Pakcik Pakai "Dut" jual roti pelbagai naik motor? Dia naik motor sambil bunyi kan "Pooonn POOooN PoOOnn" (atau Porn porn? how to spell untuk menjiwai bunyi itu eh?Ah! abaikan..kang orang cop aku lucah! Blah!)...Atau kadang-kadang ade yang bunyi nya "Piinnnn...PPPiinnn..PiiiNn" (Ayah Pin kah tuh? Ntah!)

OK la..skip la..mukaddimah mahu meng-explain siapa Bai Roti pun sudah habis setengah page. Lece kau ni Nozie, B.M out dalam menterjemah maksud.

Wait a minute. "Dut" kau tahu kan? Yang macam serban kaum Singh pakai tuh. Ah...sudah-sudah la explain. Orang tak minat nak tahu lah.

Baik lah..baik.

Mama cerita masa dalam kereta. Masa balik dari Kelana Jaya ke rumah.

Dia cakap dia terkenang kan kami adik beradik. Macam-macam perangai.

Along (Aku)

1- Masa aku kecil, aku menangis satu pasaraya Emporium dekat Kluang Johor sana sambil jerit-jerit cakap "Nak PACECEK..nak PACECEK!" sambil jari tunjuk-tunjuk. Mama dan abah tunjuk semua barang aku tak mahu. Then sampai dekat ruang makanan/minuman. Kau teka , Apakah itu "PACECEK!PACECEK!"?

JAwapan: Vitagen (aku pon sekarang fikir apa pasal Vitagen boleh bunyi PACECEK)

2- Masa aku sudah besar sikit, time tadika lah. Kawan-kawan beli jajan tiap kali habis sekolah, Aku tak beli. Tapi follow teman kawan aku yang tinggal rumah sebelah beli jajan. Diorang belilah Sate Ikan lah, Gula-gula Susu ada gambar arnab lah, Aiskrim Pop lah! Gula-gula belang-belang yang ada percuma cincin lah. Balik rumah aku cerita dekat Mama. So mama pun bagi aku 20sen esoknya. TAPI! bagi 20sen, bawak balik 20sen ke rumah. Tidak beli apa-apa. Padahal semalam sebok-sebok minta duet mahu beli jajan. Bila sekolah rendah, mama bagi 50sen ke 80 posen ke...balik-balik, aku bawa duet balik. Mama tanya kenapa tak belanja? Aku cakap "Tak tahu nak beli apa". Hakikat: aku malas mahu pergi kantin lepas itu beratur ramai-ramai. Lepas tuh aku malas mahu cakap banyak dengan Makcik Kantin. Sebenarnya aku malu mahu bercakap. Aku suke main dengan kawan-kawan sekolah main sep-sep tiang ke kejar-kejar jek. Toilet pun aku takut mahu pergi sebab aku dengar cerita "Toilet sekolah berpuaka". Cess! Buat malu.

3- Suruh aku jadi tester makanan. Aku akan cakap "Sedap" "OK". Tak kira lah apa-apa. Semua "OK". Itu yang malas mahu tanya tuh!

Abangah

1- Masa kecil-kecil. Dia keras. Dia macam membesar dengan slogan "NAK JUGAK". Makna kata lain, IF dia mahukan sesuatu, dia mahu juga, Macam lalu jalan mana-mana tengok-tengok ada permainan robot-robot ke...kereta lori ke apa, dia MESTI mahu beli. Kalau tidak beli, dia duduk macam Tugu keras kejung dekat situ. Siap orang heret ke dukung dia buat keraskan / beratkan badan. Kadang siap dengan package guling-guling dekat lantai sambil meraung-raung nak. Hoh! Tak senonoh la kau ni ngah! Buat malu Kak Long je. Sebab itu lah, masa kecil-kecil, kalau mahu berjalan ke mana-mana, Zone Barang Mainan mesti di elak. Kalau tak sure ada TUGU JADIAN.

2- Macam biasa, masa kecil, Abangah lah paling banyak mainan.. (Umur saya dengan dia beza 5tahun.) Satu bakul kau tahu? Kakak dia? ada seekor patung Arnab telinga panjang sahaja. Itu sahaja di pelok sampai umur aku 10 tahun! Lepas itu hilang. Mama buang. Mama cakap busuk. Koyak-koyak. Patah hati aku tidur tak lena.

3- Sebab kan banyak mainan, asal beli je..boleh jamin setiap barang yang di beli akan rosak. Sebab? Abangah bajet macam terer. Padahal curious. Dia akan buka-buka mainan dia. Kunun me-repair, padahal menjahanamkan adalah.

4- Selalu dapat roti free dari Bai Roti. Hari-hari sure dapat. Sebab Bai itu suka budak-budak. Lagipun time kecil-kecil Abangah ni muka "Tampan". Hahahahaha! Sekarang? Huhh! Jangan harappppppp.... :-P

5- Dia ini sukahati sikit tau. Keluaraga saya tiada amalan menyambut hari jadi. Tiada any celebration Habis kuat beli kek. Itu pun setelah kami-kami pandai sikit, pergi sekolah, Cikgu tanya "When is your birthday?". Balik rumah baru tanya Mama. Saya sendiri tidak pernah terfikir hari jadi saya. Saya cuma excited makan kek jika ada rakan-rakan membuat sambutan hari jadi sahaja. Mahu dijadikan cerita, Abangah masa itu tadika. Sudah pandai. Sudah tahu bila harijadinya. Oleh sebab dia sudah tahu, dia pandai-pandai jemput rakan-rakan kelas nya datang ke rumah. Dia cakap ada party harijadi. Balik rumah dia tanya Mama

"Mama, hari ni nak masak apa? Abangah dah jempot kawan datang rumah".

Mama tercengang. Mama tanya

"Jemput kawan-kawan kenapa?"

Dia jawap

"Harijadi abangah lah"

Mama terkejut.

"Hishhhhh...siapa suruh jemput ni? Dah...bagitau kawan-kawan semua tak ada buat makan-makan. Kenapa Abangah buat macam tuh"

Abangah jawap

"OOO..ingatkan ada. Ingatkan tiap hari jadi kena buat macam tuh"

* dia ingatkan party itu kewajipan. Sebab beberapa hari sebelum nya kawan dia jemput ke rumah untuk Birthday Party. So dia fikir, dia punya pun begitu.

Mama cakap, kalau dikenang-kenang perangai Abangah, memang lucu. Paling lucu dalam adik-beradik.

Yuyu

1- Kalau jaguh Milo. Bagi dekat dia. Dia kuat minum Milo. Kecil-kecil, semua orang tidur, dia bangun ke dapur buat Milo sorang-sorang. Lepas itu tinggal cawan atas meja. Esok mama jumpa cawan.

2- Kalau Kak Long dia, mama bagi duit, bawa pulang semula sebab tak tahu mahu beli apa, tetapi Yuyu, kau bagi lah berapa, confirm selamat habis. (aku dengan Yuyu beza umur 9 tahun)

3- Masa kecil Yuyu sangat senyap tau. Diam sahaja. Orang agah-agah, dia senyum sahaja. Tak berbunyi gelaknya. Mama dengan abah ingat dia bisu ke apa. Diammm aje. Rupanya bila geletek baru ade reaction. Oh! adik ku. Sekarang tak payah cakap. Mulot bercakapppppppppppppppp aje. :-P

OK! no photo mahu tempek. Sebab kena geledah Album. Akan ditempek jika ada harapan ketemu Album Nostalgia.

Bye


Monday, November 29, 2010

Dalam Banyak-banyak Masa...


Tempoh hari (beberapa hari yang lalu lah)

Macam biasa, on the way ke Kelana Jaya membuat rutin. Macam biasa juga, sejak Abah tidak berapa sihat, saya tidak membenarkan dia menunggang motosikal nya. Sekali pun saya tak benarkan dia menunggang. Bukan saya kedekut lah. Tapi untuk mengurangkan risiko terjadi apa-apa. Saya tak mahu.

Jadi sebagai solusinya... Abah akan duduk di rumah sahaja di waktu pagi sampai petang. Hanya boleh keliling-keliling rumah atau membuat aktiviti secara tidak menaiki/memandu kenderaan. (Kasihan juga...macam anak tak baik saya ini tau).

TAPI...

Itu kehendak dia. Dia cakap bosan jika dia di kedai sepanjang hari. So saya bagi lah dia buat aktiviti sendiri. Tapi apabila saya balik kerja, saya cakap saya akan jemput abah di rumah untuk dibawa ke Kelana Jaya. Itu lebih baik. Kira macam siang hari buat aktiviti sukahati sendiri. Malam duduk dengan kami. So tidak lah dia keseorangan sangat. Sudah lah anak nya seorang sahaja yang ada dekat...jadi siapa lagi yang mahu jaga kalau bukan aku?

Tahu-tahu sajalah. Life style family saya memang begini. Saya perasan mungkin hidup saya macam tak berapa mahu sama dengan orang lain. Masa saya packed. Tapi Alhamdulillah. Sekarang masa yang dimiliki jauh ketara dari masa yang saya ada dahulu. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. :-).

Walau keadaan sekarang mungkin tak memungkin kan saya untyk membuat banyak aktiviti, Tapi sekurang-kurangnya saya ada ruang waktu untuk berbuat sesuatu. :-)

Sedar tak sedar, masa terbang. Kini semakin bertambah umur semakin laju terbang.
(Hoh! apa pasal kau bernada slow lagi sayu?)

Tiba-tiba "Eh? Sudah tengah tahun?" "Aik? dah hujung tahun??" "Hmm...tak lama lagi masuk tahun baru". Kejap saja. KEJAP. Hmmm

Saya tanya Abah masa dalam kereta.

"Kita makin tua, makin cepat masa jalan kan bah?"

Abah sambut:

"Ha ahh...kalau nak tau, masa belajar lah paling seronok. Paling tak ada masalah sebenarnya. Bila kita habis belajar, tanggungjawap bertambah. Kita makin leka. Tahu-tahu sudah kawen, sudah ada anak, anak dah besar. Memang kejap sangat kalau banyak tanggungjawap. Sampai anak sudah besar sudah dewasa pun tidak perasan. Tahu-tahu kita sudah tua."

Itu lah...masa itu sentiasa ada. Kita tak perlu cari pun dia memang ada. Cuma masa itu ada masanya. Kita tidak boleh cepat kan..atau lambatkan. Time never lie. Apa yang boleh tipu? "Rancangan" nya. Plan nya.

Sebab itu lah, rancang lah waktu kita sebaik-baiknya. Buat lah sesuatu yang boleh membawa kebaikan kepada kita, Kepada sekeliling.

Mungkin macam kau yang muda-muda terasa enjoy menikmati hidup. Mungkin juga akibat enjoy, kau lupa buat sesuatu yang baik untuk masa depan kamu.

Contoh mudah: Berjimat, mengumpul wang.

Sebab muda, macam-macam kita mahu. MAcam-macam kita ikutkan kata hati. Yang tidak penting pun jadi penting. Kita tidak sedar masa itu sedang beterbangan. Mempunyai had. 1 jam ada 60 minit, 3600 saat. 1 hari cuma 24 jam sahaja.

Selalu kita cakap masa yang mencemburui kita. Pada hal kita yang mengejar masa, Masa tak kejar kita pun. Kita cuma rasa masa mengejar kita jika planning kita tidak cantik. Kalau planning cun, Insyallah, semua smooth.

Jadi? Siapa yang tergila-gila siapa? aku tergilakan kau ke..ke kau tergila-gilakan aku nih? atau kita sama-sama gila? hahahaha!

Sebab kita gilakan masa, Jadi MASA tuh memang wanted habis lah. Kira glamour lah sebab jadi pujaan ramai kan? Itu lah untung jadi masa. Dia tak payah kejar atau cemburukan kita. Kita saja kena kejar dia untuk mengharungi hidup. Tapi kau cemburu tak dengan masa? ah! Macam tidak sempat fikirlah cemburu ke tak. Yang aku tau, setel!

No wonder la wujud orang yang tidak sabar dengan masa. Kau janji time itu, kau kena ada time itu. Kalau kau takde. Kena marah. Kau tinggal. Padan muka.

Yang hairan, ada juga orang yang lupa. Dia berlagak diva dan melambat-lambat. Bajet superstar yang ada fan berjuta-juta menunggu dia. Sangat tidak hormat masa. Tak baik tau buat orang menunggu. Kamu tidak hormat. Macam mana mahu orang hormat kamu?

See..See..

Ok..patah balik lah sikit. Sebab kita leka, tahu-tahu umur kita sudah banyak. Tiba-tiba kita tersedar. Baru mahu fikir. "Kalau aku tidak buat ini, mesti sekarang aku boleh dapat ini".

Contoh:

Kau muda-muda tergila-gila mahu itu ini. Padahal bila kau beli, kau tak gunakan pun. Lepas tuh jadi tukun. Useless.

Then kamu rasa macam mahu beli rumah. Tapi saving tiada. Gaji ada, tapi tidak tahu ke mana pergi. Kamu lihat tukun-tukun kamu, di congak-congak kau sudah bazir sama harga macam downpayment sebiji rumah idaman kamu. Akibat: kamu terlepas rumah idaman.

Konon-konon aje lah. Itu contoh. Kau saja tahu apa kau mahu. Aku bagi contoh je atas tuh...hehehehe

Kot-kot ada antara kamu fikir mahu kahwin ke...mana lah aku tahu.

Sebab lupa kumpul (beringat-ringat untuk masa depan), Lelaki/Wanita idaman hilang dikebas orang yang lagi laju mengumpul duit. Tidak mustahil bukan?

Alah...LOAN saja lah. Hello, berapa banyak hutang kau mahu buat? Anak 6 pun entah habis ke tidak. Lagi menyampah mahu bayar IF perkahwinan itu pendek. MEsti rasa sangat membazir. (OK! macam salahkan takdir pulak ye?)

So, ingatlah untuk kebaikan sendiri. Kamu mungkin perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Tidak semua kita akan dapat. Jadi percaturan mestilah berstrategi. So?

Kau pergilah main chess (catur!)...percaturan hidup...hehehe

mASA bERTERBANGAN...
Vroooommm!

Tiba-tiba Dalam Mood Bengang

Hoh!

Apa ini?apa ini?
Today is Monday...
Sangat glamer dengan orang panggil "Monday Blues"..
Biru-biru..

Yes...

Hari ini macam ada orang menggangu "Zone" saya lah!
Saya tidak gemar orang membuat kacau di zone saya...

Actually entry ini, saya cuma mahu nyatakan, jika kamu bekerja atau bekerjasama, sila hormati orang lain. Jangan suka suki mak tok nenek jingle bell terjah-terjah dan rosak kan kerja orang lain yang sedang in progress. Just simply-simply macam itu? Oh please..please...

Hoh! kau ingat sini tiada procedure? suka-suka terjah...tak baik tau...
Kejap-kejap kau di flow sana...tiba-tiba kau di flow sini...tapi mahu semua?
bagaimanakah itu?

Jika mahu orang entertain you well, sila datang dengan proper way...tak aci tau kau buat macam ini...

Mana-mana u kerja..ada procedure. So make it professional lah kan...

Oh! sila hormati kerja saya...

Nehi..nehi...jangan kacau the flow...i have my own plan...
I know which one is more priority.

Pls understand..

OK lah..

Saya blah...

tata...

Friday, November 26, 2010

Untuk Awek Mahu Cantik, Cowok Jangan Merajuk


Apa punya merepek tajuk Entry ini.

Tidak memberi kesan sampingan apa-apa juga. tidak akan bertukar menjadi Ultraman atau Powerpuff Girl apatah lagi bertukar jadi Brad Pitt (??). Maaf kan


Tapi I betul lah..I serius ini. Mahu berpoya-poya dengan gadis cantik. Begaya lagi wangi. Funky! (Errr..Monkey masuk tak? Errr..Tak payah lah...Monkey in the Zoo Sahaja)

Lalu Monkey berjalan-jalan kecil hati. Terus terbaring-baring tidak mahu gerak tanda protes.

Takmau!takmau!kecik hati I...buekkk!Nak juga! Naakkkk

Sudah-sudah lah tu. Bukan nya apa. Ini tidak sesuai buat kamu. Kamu mana pakai skirt ke cardigan ke baju ropol-ropol bunga-bunga ini. Anting bling-bling pun kamu tidak pakai. Susah kau mahu panjat pokok kelapa nanti. Telinga kau tersangkut.

Sudah..

Hai Awek Cantik...

Kamu kan tidak punya masa kan? Tapi mahu bergaya dan melawa-lawa, betul? Mahu melihat pilihan yang banyak di depan mata agar kau tidak kecundang dalam berfesyen?

Mari KLIK Sini...

Terima kasih meng-klik sebagai mukaddimah. Sudah lihat? Menarikkan? Segala pilihan mak nenek ada di depan mata. Kamu boleh berkongsi-kongsi melihat bersama rakan-rakan, teman baik, teman lelaki, ibu malah nenek kamu juga!

Apa yang menarik?Cuba tunjuk sikit..mari..mari...


Haaaaaaaaaaaaa..amik kau! dari hujung kepala hingga hujung kaki kau ada! Ambil..ambil lah semua..tapi jangan lupa bayar tau.

Jadi kau mahu pergi dating ke...candle light dinner ke..party-party ke..promp nite ke...tak payah la kau pening kepala lalu rambut gugur terus gonjeng kepala.

Klik saja sini. Nahhhhhhhhh..kau tengok lah..belek lah satu-satu...senang kan?

So apa lagi?

Marilah melawat ke JIPABAN. Hanya di hujung jari tangan anda juge...

OOOpppss! Untuk si hensem kacak bergaya jangan bersedih hati...

Untuk kamu juga ada..tapi faham-faham saja lah...barangan perempuan mestilah pemenang dia...banyak di pasaran. Tapi apa-apa pun Kamu masih gagah perkasa mencuba pelbagai fesyen...


HEp! Kau ingat kau yang besar-besar muda remaja glamour je mahu? Budak-budak kecik pun boleh lah!
OK adik-adik..mintak kakak kau yang suka berfesyen belanja sehelai dua. Ok ape? Jangan lupa cakap thanks dekat akak tau...



Ok..last...kau ingat kau saja mahu bergaya? HP kamu juga boleh tau! boleh pilih-pilih mana suka..macam biasa..JANJI BAYAR...Eksesori lain pun ada..

Haaa...sekarang kan orang perpasangan, sedang masyuk cinta..cople sana sini suka pakai baju yang "couple". Sini pun ada untuk macam-maca design...


Apa lagi?

KLIK SINI untuk cuci mata serta untuk mendapatkan keterangan lanjut.

AAAaaaaaaaaummmmmmmmmm!!

Tata...


Saya Sedang Menjadi Guru Kepada Senior Citizen


Salam...

Ehem...sekarang panggil saya Cikgu Azira! Tak kira..tak kira...panggil juga! Walau saya tidak lah menunjukkan ciri sebagai Guru. Kamu kena panggil juga! Saya paksa!Saya paksa!

Hishhh! Kau main paksa-paksa. Cikgu apa kau macam nih? Aku takut. Belum apa-apa lagi kau stress. Emo pula tuh! Tak layak..tak layak...

OK, FINE, now aku berlagak cool eh? Tapi cool itu macam mana? Isk...

Tidak mengapalah...tidak mahu panggil pun tiada apa-apa sebenarnya. Kalau kau panggil pun tidak akan dapat sebarang piala juga. Anugerah pun tidak dapat. Apatah lagi Anugerah Globe Silk Store (???)

Today...mahu share story. Saya menjadi tenaga pengajar. Bukan pendidik. Sebab saya tiada mendidik apa-apa macam majalah "Didik" (kalau kau budak sekolah, kecil lagi, kau tahu lah wujud majalah ni. Kalau kau sudah besar kau tahu majalah Remaja, Eh, Mangga etc, Kalau kau kahwin mungkin kau tahu majalah Pa & Ma...AAaaaaaaaaahhh! Merepek lagi aku). Itu sebab tak boleh jadi Guru.

Nak tahu siapa saya mengajar? Hehehe.. boss saya. Tapi bukan C.E.O lah. Cuma saya labelkan dia sebagai senior lah. So saya panggil boss. Sebab dia berpengalaman dalam bidang nya. Tahu umurnya berapa? Saya fikir sudah 60+. See..see...See...

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. So pada kamu-kamu yang umur mantap lagi...badan solid lagi tiba-tiba malas mahu kerja, malas mahu itu ini...Malu lah sikit! Kalau malas juga...kau turn la yourself jadi orang-orang tua yang tunggu anak-anak jaga. Apa aku merepek?

Actually, boss ini, Mr Yee mahu belajar menggunakan aplikasi Autocad. Katanya mudah untuk dia jika mahu bawa pulang kerja. Jika macam kerja stok urgent, Dia boleh adjust sendiri sikit-sikit.

Aku ON saja mengajar. Tinggal kau faham ke tidak aje...Jadi, siapa mahu belajar?Hands up!

Apa yang pasti, bile kau jadi pengajar, kau kena la full pay attention kepada murid kan? So? Meaning that aku baru cuit kerja aku yang sebenar...anak murid tidak rasmi saya akan panggil dan tanya. Jadi Cikgu yang dedikasi macam aku perlu melayan pertanyaan macam kaunter pertanyaan. Tinggal aku tak pakai baju batik saja macam si Gadis Kaunter.hehehe..

Errr...Agak-agak kalau aku cas Boss, boss bagi tak seringgit dua kat aku?hahahah! Nampak macam boss ni fast learner juga. Aku ajar simple-simple sahajalah. Kalau yang rumit-rumit..karang boss suruh aku buka kelas tuisyen weekend. Mana boleh....I nak dating lah! auuuwww! :-P


Angle belakang- ambil gambar curi-curi...See..dah tua...kepala mahu botak. Rambut baru inai...

Pandangan sisi.Sebelah tu Freddy. He is 40+ years...with 3 children. Kecik-kecik lagi anak dia...

* So for YOU...not too late to learn...
* Nasib BoQ saya siap sudahhh..hehehe...boleh menari joget-joget kejap
* Boss masih kusyuk melayan Matapelajaran Baru dia..Ehem boss...nest year boleh tak promote bagi gaji saya naek? :-P..Hishh! Tak baik. Set dalam kepala ajar ikhlas lah Zira. Ok..ok...dah set balik. TAPI..kalau bos mahu bagi...saya Ambil..kihkihkih!

ChoW!