Wednesday, August 24, 2011

Niat



Trust me.

Tidak semua perkara yang kita niatkan akan menjadi. Semua ada sebab

Trust me.

Tidak semua niat baik kita akan dipandang baik juga oleh orang lain. Begitu juga sebaliknya.

Jadi apa yang boleh kita buat jika kita berniat untuk sesuatu kebaikan tetapi yang terjadi adalah sebaliknya pula?

1) Redha

2) Melihat ke dalam diri sendiri sebelum memandang ke arah orang lain. Cari semua kesalahan diri. Perbaiki.

3) Mungkin sesuatu yang kamu lakukan itu belum sampai waktu dan tempatnya lagi. Jadi niat kamu akan bertukar menjadi berlawanan dengan kehendak kamu sendiri.

4) Bersedia diri untuk sebarang kemungkinan kecewa dari niat tersebut.

5) Ingatlah bahawa Allah lagi tahu apa yang terbaik buat kamu. Setiap perkara yang terjadi adalah yang terbaik yang Allah lakukan. Contoh: Kamu nak sangat mak kamu belikan motosikal Cagiva dekat kamu. Kamu memberontak sungguh-sungguh. Niat kamu kalau mak beli Cagiva dekat kamu, kamu tidak lah menyusah-nyusahkan Mak mahu ke sana- ke mari berhantar lagi. Rupa-rupanya, kamu tidak tahu, jika dibeli kamu akan terbabit dengan sesuatu kecelakaan yang menyebabkan Mak kamu bersedih sepanjang hayat. Nampak tak?

6) Ingatlah, sesuatu akan diganti dengan sesuatu yang lain. Mungkin sesuatu yang terjadi kau rasa macam "Paaaaaaaaaaaaaanggg!!". "Pang" maksud saya di sini umpama macam gugur jantung mendengar khabar berita yang tidak enak macam itu lah. Tapi trust me, it will be better soon. Kamu kena tenang, kuat, tabah.

7) Jika itu memang rezeki kamu, tetap jadi rezeki kamu juga. Insya-Allah

8) Jika hari ini kamu disalah ertikan, mungkin orang yang sudah salah melihat kamu sebelumnya akan melihat sesuatu yang betul tentang kamu nanti. (ayat apa ni?)

9) Menghargai setiap perkara adalah penting.

Terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Nampaknya "Suka + Banyak Makan" Bukan Tempat Pertama lagi



Hari ini pejam celik pejam celik sudah 24hari umat Islam menjalani ibadah Puasa Ramadhan Al-Mubarak. Sekejap saja Aidilfitri bertamu lagi.

Apa punya panjang tajuk. Memang tidak menarik minat para pembaca. Tapi tak mengapa. Sebab bukan ada sangat yang baca. Hahahha. Lantak pi la ya. Rasa-rasa macam entry ini tiada diserikan dengan photo. Sebab tiada photo yang berseri-seri untuk ditatap. (saya agak saja. Tengok la apa jadi nanti)


OK, saya mengumumkan...ehem...I loss almost 10 kg's in one year plus! Tanpa planing. Fuh. Penurunan di luar sedar apatah di dalam dugaan sendiri. (adakah berhalusinasi? Tentunya bukan).

So saya selaku macam Pengintip kepada diri sendiri memulakan siasatan setelah ditegur oleh beberapa individu yang boleh dikenalpasti macam seseorang yang boleh dibawa percaya. (atau membuat aku perasan? Tak saya tak perasan. Perasaan biasa sahaja. Tapi syukur juga akhirnya turun juga badan saya ini, ingat pandai naik sahaja. Hahahah). Saya telah memulakan misi mencari punca mengapa boleh terjadinya keadaan yang sedemikian rupa. Saya cuma boleh fikirkan punca-punca apabila saya free/ teringat.

Sebenarnya, tiada apa pun yang saya lakukan. Keinginan untuk menurunkan berat badan ke paras ideal telah saya semat dalam hati berkurun-kurun lamanya. Walau telah disemat berkurun-kurun, memakan makanan yang enak-enak dan lazat lagi menggiurkan dengan kadar sepuas-hati tetap lebih utama dari berdiet. Kamu faham tak? Kamu nampak tak?

Maknanya kuasa makanan telah mengatasi kehendak yang tak seberapa untuk kurus. Lebih selesa memilih mengunyah berbanding menahan gejolak hati dan perasaan tatkala melihat dan menghidu makanan. Memang susah mahu melawan untuk menolak. Mesti terima punya lah!

Walaupun begitu, saya masih mempunyai kesedaran dalam mengawal pengambilan makanan. Lagi-lagi saya telah secara rasmi diisytiharkan joint kelab "Kolestrol Tinggi" lebih kurang 3 tahun lepas. Nah! Hamik kau! Hadap sangat makanan. Kan dah ada kad keahlian?

Apa lah pengintip ini kan. Orang suruh bentangkan apa sebab-musabab boleh kurus tetapi dia membebel tak tentu hala. OK maaf. Bercakap panjang-panjang dalam penulisan adalah boleh dikira kegemaran saya. Harap maklum. Sebab menaip tidak perlu buka mulut melainkan manaip sambil mengunyah makanan. Tapi menulis menggunakan pen/pensel akan mengakibatkan penat pergelangan tangan pula. Selain pergelangan tangan penat, ia juga mampu menghasilkan suatu kesenian dalam tulisan - tulisan akan semakin memburuk dan membesar yang akhirnya orang sakit mata mahu membaca.

Hahahaha.

Kamu faham ke apa saya cakap ini? Kalau kamu macam saya, kamu faham. Kalau tak macam saya, tak apa.

OK, sekarang tangan saya kata "haus lah puasa-puasa taip panjang-panjang ni...". Jadi saya pun kena akur dalam meng-reveal kan apa yang telah terjadi ke atas sistem tubuh badan sendiri:

1) Dipercayai penurunan telah berlaku secara sikit-sikit dan senyap-senyap sebaik sahaja saya telah di cop salah seorang Ahli Kelab Kolestrol.

Kesimpulan: Kesedaran diri sendiri dalam mengubah life-style.

2) Saya menambah/menukar corak pemakanan. Saya merupakan seorang yang sangat-sangat karnivor. Saya selalu membaham daging merah. Daging putih seperti ayam bukan keutamaan saya. Tetapi kulit-kulit ayam selalu menikmatkan lidah dan tekak apabila dikunyah. Arrgghhh!

Tetapi daging-daging tidak halal tidak pernah masuk dalam senarai. Saya mengamalkan pengambilan oat secawan atau lebih + Susu Omega setiap pagi sebaik sahaja saya masuk ke office. Makna kata kalau saya tak masuk/pergi office maka saya akan meninggalkan pengambilan yang baik ini. Sangat tak bagus bukan? Sila jangan follow tabiat ini. Pengambilan harian adalah baik sebenarnya.

Kesimpulan: Buatlah sedikit perubahan dalam pengambilan makanan. Tambahkan oat dalam menu harian anda. Oat telah terbukti mampu memerangkap lelemak berlebihan yang tidak diperlukan badan. Oat akan menjadi pekerja setia kamu tanpa gaji dengan membawa segala lelemak yang berjaya "ditangkap" keluar dari badan kamu melalui sistem penghadaman dan perkumuhan kamu. Susu pula pulih lah yang rendah kolestrol dan lemak. Saya memilih Omega sebab sambil menyelam minum air - jaga jantung. Insya-Allah.

3) Sebab yang dikenalpasti membantu - Bertukar tempat kerja. Sebenarnya kamu tak perlu tukar kerja pun. Cuma mahu bagi tahu, aktiviti kunyah-mengunyah saya seperti drop lebih dari 75% dari keaktifan biasa. Di sini - sarapan pagi saya minum secawan Oat + susu Omega. Kemudian lunch saya makan 1 kali sahaja. Tiada kudapan waktu antaranya atau selepas nya. Hanya sekali sahaja.

Kejadian ini dipercayai berikutan persekitaan kerja yang jauh berbeza dengan tempat yang saya kerja sejak 6 tahun dahulu. Sini macam nisbah seorang makwa boleh mempunyai 3 pakwa. 1:3. Faham ke tidak? Makwe-makwe di sini cuma 4 orang manakala pakwe-pakwe dalah seramai 12 orang. Hahaha. Menambahkan ketidak-aktifan saya memakan dan mengunyah adalah kerana makwe-makwe yang ada stok suka makan Maggi/Wantan Mee/ Bak Kut Teh! So...what to do..? Lunch hour sudah tentu saya makan nasi forever. Cuma sudah pandai ambil sayur sikit-sikit dalam menu saya. Saya juga cuba kurangkan daging-daging. Saya banyak ambil ayam atau ikan atau kedua-dua sekali.

Suasana di sini sangat jauh berbeza di mana jika dahulu saya akan bersarapan heavy berupa seperti Nasi lemak + telur mata atau nasi kerabu atau mihun/kue teow/mi goreng. Tak pun roti canai. Waktu antara sebelum lunch pula akan diserikan dengan sesi kunyah-mengunyah kerepek, snek, jajan, segala kuih-muih, asam-jeruk dan gula-gula yang ada. Bila menjelang lunch akan memakan makanan yang berat juga berupa nasi. Tak sah kalau bukan nasi. Dan tidak pernah minta "Akak, nasi separuh ye kak". Tak ada maknanya kak oii!

Balik dari lunch akan bungkus segala kuih-muih, keropok lekor segala, goreng pisang entah segala macam lah. Semua untuk dimakan di ofis bersama rakan-rakan nanti. Bila petang-petang tamat waktu kerja, sebabkan selalu balik lambat, jadi kawan-kawan akan ajak makan lagi. Saya macam biasa kan cakap "Jom!". Petang-petang pekena roti canai ke rojak. Waduh!

Belum kira lagi kompeni buat jamuan "Happy Birthday" atau acara lain setiap bulan. Bukan setakat kek sahaja yang ada tetapi nasi impit, roti jala, karipap, nasi beriani entah apa-apa lagi entah.

Tak cukup lagi. Bila solat Zuhur/Asar di surau sempat lah telentang tidur 10-15 menet. Kini setelah setahun lebih di sini, habit sedemikian telah pupus. (atau adakah sebab saya sahaja perempuan Muslim di sini?).

Nampak ke tidak kehidupan ku sarat dengan makanan? huhuu...

Kesimpulan: Kawal lah pengambilan makanan. Jangan telan semua. Jangan salahkan persekitaran. Hidup dalam limpahan makanan adalah rezeki. Cuma beringat-ingat lah sedikit. Tak perlu lah sampai kamu berhenti kerja dan tukar ke lain pula. Itu semua terpulang kepada offer dan rezeki. Selain itu kurangkan waktu tidur. Jangan berlebih-lebihan. Cukup lah 4-5-6 jam.

4) Ketiadaan rakan-rakan sehati jiwa dalam selera makan. Ini terjadi berikutan dari titik bermulanya saya bertukar kerja.

Kesimpulan: Ketiadaan geng-geng sekepala sepanjang waktu kerja mampu membantu kamu untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tidak tentu hala tujunya.

5) Sepanjang saya di sini hampir 1 tahun 1/2, boleh dikira berapa kali saya minum air manis seperti teh O, nescafe atau kopi. Saya minum air kosonggggggg sahaja. Bukan tiada bekalan tersebut di pantry. Tetapi hormon malas. Tambahan pula pakwe-pakwe di sini habitnya jika minum bersekali dengan aktiviri merokok. Mereka tidak minum dimeja sendiri sambil membawa aroma Nescafe yang boleh mencuit hati saya untuk "eh macam best je. nak buat satu".

Kesimpulan: Kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian. Alah bisa, tegal biasa.

6) Kesibukan membantu parents. Tapi saya tak boleh nak cakap sangat. Dulu-dulu pun saya masih membantu ibu-bapa. Siap balik pun pukul 2 pagi lagi. Tapi tiada nak turun-turun. Mungkin tak turun sebab saya sudah makan ber-tan-tan. Walaubagaimanapun serba sedikit aktiviti ini membantu. Sambil itu boleh lah juga saya sahut cabaran "1000 langkah sehari demi jantung sihat". Hahahahaha...

Kesimpulan: Jika kamu tiada masa mahu bersenam, ambil lah langkah mudah. Berjalan kaki sahaja. Saya sendiri kadang-kadang malas memandu kereta, saya jalan kaki ke Giant atau ke Bazaar Ramadhan. Tak adanya kamu sampai tergolek pengsan. Tapi sudah tentu Giant dan Bazaar adalah kurang dari 500m jaraknya. Hahahahah! Kalau berkilo-kilo meternya, basah ketiak den nih! Sikit lagi nak fengsan!

Jangan cakap saya cakap kamu kena ada parents yang ada perusahaan kedai makan baru boleh buat semua ini ya. Maksud sya, busy kan lah diri buat aktiviti keluarkan peluh. Cabut rumput ke, tebang lalang ke, tanam pokok bunga ke, mengecat ke. Membasuh lantai ke...apa-apa sajalah. Naik basikal keliling taman ke, joging-joging ke. Ikut selesa kamu lah. Kalau kamu selesa duduk telentang depan TV, tak dapat lah nak tolong kamu ye.

7) Waktu kerja yang pendek. Maksud saya, di sini, sekarang saya hanya bekerja secukup waktu sahaja. 9pagi - 6 petang, Isnin - Jumaat. Tidak perlu ber-overtime untuk termengah-mengah mengejar segala due-date yang macam "Ya Allah...aku pohon panjang kan masa lagi" sebab rasa nak gila nak meet KPI (Key Perfomance Indicator). Yang nak achieve target berjuta-juta dalam waktu yang singkat. Memang gila stress rasa macam nak makan meja ke ape tah.

Sangat berbeza dengan dahulu di mana saya akan pulang kerja secara pukul rata lebih kurang jam 9 malam dan kemudian bersambungan menolong ibu bapa di kedai. Kalau gila nak mati kejar macam-macam due-date pukul 10 malam pun pernah saya pulang. Dan sepanjang rekod, jam 5 minit lagi mahu pukul 12 tengah malam baru balik. Hanya sekali. No way buat macam itu lagi. Sangat tak mahu. Tak cukup kerja dihari biasa, hari Sabtu-Ahad mahupun cuti umum pun saya perlu datang kerja untuk swing semua kerja menimbun. Beserta report-report segala. Cuma hari raya sahaja saya tak kerja. Raya Cina ke Deepavalee ka..muka ku dan beberapa teman-teman seangkatan sedia menebeng muka di office untuk berkhidmat.

Dengan fenomena kerja sedemikian juga lah saya mendapati bahawasanya saya seorang work-holic. OMG! What???????

Kesimpulan: Elakkan stress. Hahahah. Actually saya tidak stress kerja di sana, cuma saya perlu waktu untuk diri sendiri dan keluarga. Itu lah sebab utama saya tukar kerja.Apa yang dapat saya simpul kan. --- Banyak kerja, banyak stress, banyak makan. Hahahaha!

8) Cuba amalkan diet-diet tertentu yang macam saya cakap di entry ini. KLIK SINI - TAKNAK GEMUK

9) Tidak menukar pola pemakanan secara drastik. Saya masih makan seperti biasa. Masih degil ikut kata Abang Kevin Zahry - kena makan nasi sebesar penumbuk sendiri. Kalau lapar ratah lauk. Jangan tambah nasi. Saya makan ikut keupayaan saya. Masih mengambil burger, cheese, pizza dan kek seperti biasa. Tiada istilah secubit ke apa. Bantai habis. Masih pulun apa sahaja makanan ikut BF saya makan apa. Hahaha. Tapi saya baru sedar beberapa hari ini sahaja - Tank perut saya sudah tidak seperi dahulu- yang boleh sumbat apa sahaja sepanjang masa. Sekarang kalau makan lebih, saya penat. Tetapi masih boleh makan banyak lagi, cuma masa yang diperlukan lama. So, sekarang saya kena fikir "Adakah buffet berbaloi untuk membawa saya jika kena makan laju-laju?".

Kesimpulan: Tak payah taksub-taksub sangat sampai push diri. Buat perlahan-lahan. Badan kita akan menerima secara perlahan-lahan. Biar waktu yang diambil untuk mengurangkan berat badan itu lama tetapi maintain berbanding diet kow-kow dan slim kurus kow-kow tapi bila naik semula ia jadi mendadak-dadak mengalahkan yang asal.

10) Oh lupa. Saya ambil supplement - pil Omega sahaja. Tak pernah beli krim-krim ke korset-korset buat masa ini. Lagi pun saya ini jenis yang macam kalau beli untuk diri sendiri fikir banyak kali. Bukan kedekut tapi rasa ada keperluan orang lain yang lagi perlu berbanding apa yang saya perlu.

Kesimpulan: Ambil lah makanan tambahan berupa vitamin. Walau gita ini gagah perkasa, mengikut kitaran alam, lama-lama kita makin lemah juga. Jadi untuk melewat/memlihara diri untuk orang yang tersayang, perlu lah kita berusaha. Tak gitu?


Dengan ini diumumkan, pada hari ini, saya menyatakan kesukaan dan keterujaan saya terhadap makanan adalah tidak seperti dahulu lagi. SEKIAN.


* OK, memang tepati janji nampak nya entry ini. Entry tiada gambar.

Bye!

Monday, August 22, 2011

Cinta Antara 64 dan 34 & Kisah Tergolek-golek


Salam semua.

Saya ingatkan bulan-bulan puasa yang tak boleh nak rasa apa-apa , liat lah mahu membuat apa-apa. Rupa-rupanya dalam liat-liat 'lekat' juga sikit-sikit. Haih!

Sepanjang minggu bergolek-golek berguling-guling. Sabtu memang tiada meng-asapkan apa-apa. Saya tidak ingat buat apa. (atau sebenarnya tiada apa yang menarik, jadi terus lupa).

Yang saya ingat tengok Hindustan Tv3 yang ada Amitabh Bachan berlakon jadi Chef bujang yang tak kahwin-kahwin yang mengikat rambut kontot macam gaya cool. But finally akhirnya dia jumpa jodoh dia dengan wanita (lakonan Tabu) yang mudanya 30tahun dari umurnya sendiri.

So cerita ini macam cerita pasal liku-liku umur jauh, macam mana nak approach wanita yang macam sebaya anak, macam mana nak meng-approach bakal bapa mertua yang mudanya 6tahun darinya. Macam mana nak menghadapi karenah "penolakan" seorang bapa yang terkejut beruk yang anaknya memilih seorang lelaki yang berumur 64 tahun sebagai pasangan hidup. Best juga layan. KOMEDI ROMANTIK.


OK, gebang kuat buat sinopsis tapi tak bagi apa tajuk cerita, maka tiada lah gunanya kan? Tajuk cerita - CHEENI KUM.

Ada kamu nampak tocang cenonet dia?

Cerita ini juga diserikan dengan seorang watak kanak-kanak named "Sexy" yang mengidap blood cancer.
Cerita ini tiada nak menyanyi bergelek-gelek tukar baju banyak-banyak dan sebagainya yang memang menjadi trademark cerita hindustan. Cerita yang simple yang berlaku dalam masyarakat yang tak selalu ditunjukkan dalam filem/drama. Thumbs up to this movie.

Lelaki yang berumur 64 tahun...


Gadis manis yang berumur 34 tahun...

Dialog (yang tak berapa nak ingat dah)

How old are you actually?
34
Hmmm...so old
You?
Sixty.....four. 64
Hmmm...sooo young...


OK, kalau U tak puas hati, pergi U-Tube. Eceh! Saya tak rasa rugi dan menyesal pun tengok cerita ini, I tell U...Eh saya nak tempek sini saja lah




OK...jom tengok ini pula. Saya ingat puasa-puasa macam malas sudah nak terhegeh-hegeh main uli-uli tepung. Sebab tak boleh rasa on the spot OK ke tak. Kalau OK boleh proceed. Kalau tidak - Tak mahu!

Entah macam mana, jadi tergatal-gatal pula saya. Terbuat juga..
lallalalala lallalalala llalallaa

Ini sebab gara-gara terpesona sekali lagi dengan akak ini lah. Akak Masam Manis. Pergi klik. Cantik-cantik biskut dia. Jadi saya pun memohon la copy paste juga. Baru nak belajar. Macam saya cakap dalam edisi etry saya lepas-lepas. Saya buat sebab terpesona dengan gambar. Hahahahahah! Adei!

Kita terus lompat ke resepi sajalah. Copy paste akak Masam Manis tadi.

Bahan A

280 gm mentega

200 gm gula castor


Bahan B

250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung

20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia atau beli yang sudah siap
1/2 sudu teh baking powder

Yang macam ini. Kalau tak, beli la biskut oreo buang cream dia, hancurkan.


Hiasan


Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan guna kaedah double-boiled.

Croquant (* saya tak letak pun. Tak tahu pon apa tuh)

Cara-cara:

  1. Pukul bahan A hingga kembang
  2. Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  1. Bulat-bulatkan kecil. Jangan kecil sangat. Sebab biskut in bukan jenis mengembang.
  2. Gelek-gelek dia dalam serbuk oreo hancur yang dibuang krim itu.
  1. Masuk dalam cake cup kecil-kecil itu
  1. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
  1. Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
  2. Paip kan dengan coklat putih atas dia.

TIPS:

Apa itu kaedah double-boiled? Macam mana?

1) Guna 2 bekas/periuk.
2) Bekas 1 yang kecil diletakkan air ke dalam nya.
3) Bekas 1 yang besar pula, akan diletak bahan yang mahu dicairkan (contoh: white coklat)
4) Bekas yang besar akan diletakkan secara bertindan di atas bekas yang kecil (kira bahagian bawah bekas yang besar tidak mencecah air di bahagian bekas bawah).


5) Bila sudah cair, boleh letak dalam piping plastik. Gunting sikitttttttttttttt saja muncung dia. Dan kamu boleh mula menconteng-conteng kek/cookies kamu.



NOTE:

JANGAN BUAT GINI. Bagi parut/haluskan coklat kamu. Jangan letak seketul tersu macam ini. Sangat tidak semenggah OK!


Sekian. Dah tergolek-golek saya buat Cookies ini. Eden cadang masuk lebih sikit tepung jagung. Kasi rangup lagi.

Byeee!


Thursday, August 11, 2011

Gelak-ketawa dengan Kuih-muih


Bergelak ketawa dengan kuih-muih...kata mahu raya...

kuih paling gangster=>lompat tikam

kuih paling sexy=>puteri mandi

kuih bajet cute=>cek mek molek
kuih untuk awet muda=>seri muka
kuih paling alim=>kuih ketayap
kuih penyakit lelaki yg kronik=>batang buruk
kuih dalam zoo=>badak berendam
kuih yg suka api=>kuih bakar
kuih yg bangun sendiri=>kuih bangkit
kuih org mandi=>perigi buta
kuih yg aman=.kuih makmur
kuih yang paling lembap=>kuih siput
kuih tak tenggelam = kuih sampan
kuih paling gatal = kuih ulat bulu
kuih paling racist =kuih telinga keling
kuih paling serabai = kuih cakar ayam
kuih negro = dodol

kuih xmandi = bau-lu

kuih lembab = kuih siput

kuih paling bahaya = kuih bom

kuih paling terang = kuih pelita

bapak segala kuih = kwe tiawwww!

Oh...begini kuih perigi buta...oh..baru tahu. Kamu tahu ke?

Cerita 5- 10 Ramadhan 1432H



Salam..yuhuuuuu!

Secara seluruhnya Ramadhan 5-9 saya sudah tidak sahur waktu pagi-pagi sebelum fajar menjelma. Apatah lagi kalau fajar siddiq...batal puasa aku. (apa kau cakap nih?)

Saya sahur jam 10.00 malam. Sahur lump-sump. Buka+ Sahur. Yeay! Bangun dalam pukul 5.15 pagi untuk meminum 2-3 teguk air untuk mengelakkan ke-gersangan. Kekeringan lah, lain macam pula sebut gersang-gersang ni.

Buka setiap hari semuanya kurma kecuali 1 hari yang saya sibuk buat lain jadi lain itu, saya berbuka dengan hasil tersebutlah. Habis jadi bahan menceriakan rakan-rakan keesokan harinya. Tapi tidak mengapa. Aiman tak kisah. Lagipun saya bukan pro. Kehkehkeh.

Selain itu, untuk minggu tersebut, hampir setiap hari ada popia basah. Mana tak basah sebab bazaar tempat parents meniaga terdapat 9 -11 kedai yang menjualnya. So gilir-gilir cari yang ngam. So far semua tak berapa nak ngam kecuali satu kedai yang jual popia tak basah (goreng). Harganya secara rata ialah 70sen seketul. 3ketul = RM2. Tapi ada yang semahal-mahal ialah 90sen seketul. (Oh! tak sangka aku ada mencapai harga 90sen seketul).

Minggu itu juga dihiasi dengan murtabak, roti metro dan juga kebab kambing, nasi ambang. Lain-lain? Hmmm...macam itu je kot yang saya makan.

Lain-lain menu sahur jam 10malam ialah Ayam Masak Telur. Takmau ayam ganti lain pon tak apo. Ikot suka kamu lewwwww. Sonang jek ni.

- potong isi ayam kecil-kecil
- goreng sehingga masak dengan bawang puteh seketul.
- angkat dan tos kan dari minyak.


- minyak lebihan angkat, tinggalkan sikittttt je
- masuk balik ayam dah masak itu

- masuk garam gula aji cili padi potong-potong, bawang besar dihiris-hiris...
- pecahkan telur sebiji
- goreng-goreng sampai hancur telur

- tabur black pepper secubit dua
- siap!

- if kamu nak letak sayur-sayur pon bole.


Memang camera tak memberangsangkan...ada sesiapa nak belikan saya camera tak?

* eh, tiba-tiba bagi resepi koboi lak! Selamat mencuba ya!

Ni ha. Nak tempek menu-menu yang dibuka sepanjang hari yang disebutkan di atas. Semuanya diperolehi HANYA dii bazaar berdekatan - Bazaar Ramadhan Kelana Jaya. Yang dekat Tabung Haji. Belum berkesempatan usha PARAM/BARAM lain. Apatah lagi juadah buffet-buffet.

Murtabak...RM2.50 Ayam/Daging...sedap..tapi belum boleh lawan murtabak pasar stadium..


Roti Metro...RM1.00 dicicah kuah kari...biasa saja...


Caramel Buah...RM3.00 sepotong besar...Biasa saja, rajin boleh bikin sendiri...


Kebab Kambing...RM4.00 seketol..OK juga..

Nasi Ambang berlauk Ayam...RM8.00...boleh cover 2orang makan..rasanya biasa saja..

* saya suka nasi ambang, terutama tang tempe dan mihun dan serunding dia...


Durian...supplier bawa di office 3GUNI. Boss suruh bawa balik seorang sikit. Saya bawa lah 5biji. Terima kasih dengan beg recycle Giant yang forever dalam kereta....LOVE Green!

Sebesar ini lebih kurang...suka saya, dapat durian mengkal...saya saja la pulun dengan Mama. Orang lain tak hadap mengkal-mengkal a.k.a mengko ni...


Tahun ini, nampaknya saya tiada apa-apa yang teringin sangat mahu dicari. Macam tiada mengidam apa sangat. Kalau yang mengidam semua hanya boleh dibuat oleh saya sendiri dihari cuti.

Tiada juga aktiviti terjah-terjah mana lagi. Belum ada yang sudi. Ecececece. Ku tunggu bawah pokok ceri ya dong! :-P

Lagi pula saya sedikit penat macam nenek-nenek sebab menyeru seruan kerajaan "1000 Langkah Sehari" demi kesihatan jantung. Hahahah...sebenarnya nak cakap dari kedai parents saya berjalan kaki ke bazaar. Kemudian balik semula ke kedai selepas sesi jalan-jalan usha makanan di bazaar (walau dah hafal berapa kedai jual popia, berapa kedai jual chicken wing, berapa kedai jual ayam percik, etc).

Balik kedai untuk menjadi model. Eh bukan. Jangan harap orang setinggi aku boleh orang tergerak hati nak jadikan model. Hahaha. Berjalan-jalan sana sini macam lipas kudung. Tak ada makna nak lenggang-kangkung Mak Limah busy-busy ini. Jadi tukang baca bill dan served makanan kepada customer, kadang-kadang sempat juga ambil order. Sempat jugajadi Tukang distribute kurma setiap meja sebelum waktu berbuka.

Tambahan pula trend customer sekarang yang gemar masuk 10minit sebelum waktu berbuka. Ha amik kau, time itu la baru order segala. And then expecting boleh terima makanan dalam masa 10menet. Tak sampai, bising-bising kata lama dah tunggu. Jemputlah makan kurma dan minum air dulu ya.

Kesian juga orang macam ini. Tiada kesabaran. Kamu masuk lambat. Orang-orang depan sebelum kamu tunggu steady saja. Terima kasih kerana memahami dan bersabar. Walau apa pun, terima kasih untuk semua customer, tanpa kamu apa la makna business kami. Ye tak?

Terima kasih juga kepada customer yang sudi call kami untuk booked tempat. Mereka ni bijak. Siap order terus menu apa yang nak. So mereka bole dapat on time la. Ini yg masuk waktu azan, time itu nak order..terpaksalah bersabar.

Macam mana pun, waktu saya menjadi lipas kudung adalah dalam sekitar 30minit sahaja. Hahahah. Sebab sebaik selesai semua customer dapat apa yang di order, kami bole slow down kejap. Boleh basuh pinggan, potong sayur-sayur nak top-up. Solat. Lap-lap meja

Sebaik semua sudah gendang-gendut tapi kecapi, kenyang perut suka hati, saya jadi mem kejap. Mem tukang kira di meja.

Alhamdulillah. Ada adik yang belajar di FIM time nak bayar cakap dekat saya "Sibuk betol akak hari ini?". Saya jawap "Tak boleh kalau tak sibuk. Orang meniaga kena sibuk. Itulah nak buat cover semua"..

OK, macam sudah melalut cerita saya. Tapi itulah antara rutin sepanjang 10hari Ramadhan ini. Baki hari lain tidak tahu bagaimana lagi. Harap-harap semua smooth.

Sekian.

Oh! Jangan lupa resepi atas nun.