Wednesday, February 29, 2012

WW #17: Ketinggalan!


Salam. Memang betul-betul terbengkalai. WW bertemu WW. Yes. Sebab between WW ini tidak terselit sebarang entry. Kalau ditinggal, memang tinggal habis tak taip. Tapi kalau sekali rajin dan peluang terbentang luas, berderet-deret entry keluar sampai orang tengok rasa menyampah baca. Hahaha

Sebenarnya saya rajin tahu? (OK, orang yang rajin tak payah cakap rajin kan?). Cuma saya tiada ruang menyelit...

So, sebab lambat, saya nak ambil peluang menempek! Patut Wordless..tapi jadi Word Less... (?)




Lain kali cerita la ye.. 

Selamat ketemu ditarikh yang sama pada 4 tahun akan datang! Tahun lompat kita ni. Meaning that saya waktu itu sudah pun memasuki ahli 30-an. Ohh? (itu pun kalau aku masih lagi sang makcik yang rajin tulis blog ye??..hahaha!)

Bye!



Wednesday, February 22, 2012

WW #16: Power of Lights...




* Memang camera HP Nokia ku tak memberangsangkan!

Tuesday, February 21, 2012

Terbang Jauh: Mungkin Perjumpaan Terakhir untuk Tahun Ini..


Pagi itu. Sangat baik. Kena jumpa. Mesti. Harus. Memang patut pun. (berapa ayat yang sama maksud kau nak pakai nih? nak kena lepuk?) Sebab dia akan pergi jauh pada tahun ini. Selama setahun. Memang lah kejap, tapi jauh. Memang lah tak kerap jumpa, tapi perasaan mahu meluangkan masa bersama tentu lah ada. Insya-Allah, peluang itu mungkin berulang. 

Shu akan meninggalkan kami yang bertaraf GFF. Tinggalkan yang lain-lain. Yang lagi penting dan touching sebab meninggalkan anak yang comel, suami yang setia, keluarga yang disayangi di sini- Malaysia.

Tapi memang dasar kami, kalau plan mesti tak jadi. Ada sahaja aral melintang lah apa. Perjumpaan laju-laju diwaktu makan tengah hari terpaksa dilupakan untuk memberi laluan kepada urusan kerja yang lagi penting. Lagipun jumpa waktu yang singkat sangat menyesakkan dada kan? Sebab tak puas jumpa tambah-tambah dalam kepala duduk melintas macam-macam hal kerja perlu diuruskan. Mana nak buka mulut makan, mana nak buka mulut buka cerita, mana nak gelak. Mana lah comel perbuatan bercakap-cakap sambil makan penuh mulut kan? Kita bukan sweet 15 lagi. Kita dah gorgeous young ladies. Ewwahh! Taknak tuh state umur. Kekekekekeh!

Jumpa malam? Macam-macam hal sekarang ni. Keadaan kami bukan macam zaman kami bujang-bujangan dulu. Eh..padahal baru 2 orang sahaja dari kami yang sudah naiktaraf status kepada "Kahwin". So faham-faham sahajalah. Yang tak bujang pun buat-buat lah macam kahwin juga, kan?

Apa pasal ha ayat yang keluar semua macam ni dari atas sampai bawah ah? Kamu nampak tak nada dia? iskk

Ah next. 

Next day, pagi-pagi hari Shu da mesej kami-kami yang bajet gorgeous ajak kami jumpa. Terus set-set masa. After working hours baru jumpa. Haruslah ikut waktu office hour aku kan? yang balik jam 6petang itu. Dekat mana jumpa? Haruslah terpaling dekat dan mudah dicapai -CITTA Mall. 

Aku memang suka jumpa kawan. Kawan-kawan aku yang memang ada beberapa kerat ini. Seingat aku,  dari tahun lepas sehingga ke saat ini, kami cuma sempat kumpul berempat sebanyak 2 kali sahaja. Kasihan. Macam tak nak kawan sahaja kan? Hahahah! Tak apa, biar jauh, biar jarang tapi wangi. Ewwaahh!

Sebab jumpa petang, habis pulun semua waktu buka cerita itu ini. Gelak sana sini. Buka cerita zaman sekolah. Buka cerita happy. Buka cerita sedih. Buka cerita kantoi dengan cikgu. Sebab kantoi lah kami jadi wakil "ahli mural sekolah" conteng dinding SMK SS 17. Tak tahu lah sekarang contengan itu kekal macamlakaran purba didinding atau sudah ditukar untuk memberi nafas baru. Kalau kekal? Ehhh...I terharu U...menggamit memori!

Ah macam-macam lagi. Ada antara kami boleh ingat setiap momen dengan terperinci. Tak kurang juga bila buka cerita kita rasa kita macam tak ada dalam suasana tersebut padahal memang ada je. Rasa macam...

 "eh? aku ada ke masa tuh? apa pasal tak ingat?". 

Gila rasa macam lupa ingatan. Rasa macam tak tahu-menahu pun! Ceit!
 
Hahahah

Memang waktu jumpa ini pendek juga. Tak sampai pun 2 jam. Tapi penting. Sebab time jumpa-jumpa ini lah masing-masing update apa patut. Buat lawak selari dengan topik sambil recall memori ngok ngek zaman sekolah. Sebenarnya bukan semua itu yang penting yang penting hubungan silaturrahim yang terjalin itu. Harap tak putus dunia akhirat.

And now..Shu dah selamat terbang sampai di bumi kangkaroo. Dah seminggu dah sampainya pun. Nanti boleh lah kau makan rendang kanggaroo eh Shu? Peluk-peluk koala. Makan buah yang tak jumpa dekat Malaysia. Lepas tuh share gambar dengan kami-kami. hahhaa. 

OK, Dia pergi bukan untuk suka-suka, tetapi pergi dengan menggalas tanggungjawap sebagai pelajar di sana. Membawa pergi diri yang sarat bebanan rindu. Rindu dengan orang yang tersayang yang berpuluh ribu baru jauhnya. Yang tak dapat dipeluk cium tahun ini.

Raya pun di sana lah kan? Mesti touching habis. Nanti kena la rajin face-time pakai skype ke 3G ke dengan Raisha dan Roslim serta Keluarga kau. Melepaskan bebanan rindu...

Tahun ini, kalau ada antara kami yang upgrade diri jadi "isteri" tak dapat kau bertandang. Tapi tak apa. Kami faham. Kami doakan kesejahteraan kau di sana. Tapi tolong lah hantar kanggaroo ke koala ke apa tah kat kami ni... T_____T


* Kita dah lama tak ambil gambar sesama kan? Yang last pun tak sempat gambar sebab balik terkocoh-kocoh..but ini antara sweet moments yang kita miliki.
* Makan hari itu semua big portion. Zue je makan ringan....lain-lain semua tak koman...
* Entry ini bersifat "redundant"...cakap berulang macam minta untuk dilepuk!

Friday, February 17, 2012

Aku dan Baju Konvokesyen


Dan-dan nak sebut pasal konvokasi. Konvokesyen. Convocation.  Padahal benda tuh dah jadi almost 10year ago. Eh betul ke? Oh..aku graduasi pada 2004.


2004 dalam ingatan. DKA. PSA (mind U, buka PAS eh...). Sekarang tak PSA dah sekarang upgrade jadi PSSAAS (Premier) dah. Fuhhh. Fanjang lidah menyebut!

Nampak baju kami itu? Comel-comel belaka. Sekarang 3-4 kali ganda comel! Hahahaha!

 Ye. Zaman itu semua perempuan kena buat busana (ewwah busana bagai, bukan main kau lagi ye?) yang bertema putih semata. Ya, putih suci murni tulus. Nampak sinar cahaya menenangkan hati gitu. Lelaki harus dengan baju hitam. Formal. So tak baju Melayu, pakai coat bagai lah kan?

So?

Apa je yang bebas sikit? Kasut sahaja. Tapi kasut hitam. 

Sewaktu konvokesyen jubah harus lah dibagi kemudian pulang. Tidak dilupa dengan tudung yang beserta lingkaran atas kepala itu pun diberi. Memang seragam habis lah kami! Lingkaran yang siap jahit dengan kain tudung. Ala awning tudung trend sekarang la. Tapi dia panjang dan lebar macam pembaris!

Waktu itu, saya buat baju kurung sahaja. Time buat baju putih duduk fikir kenapa lah pihak tempat belajar tak bagi buat bebas janji formal sahaja. Kan boleh melawa bagai? Konon-konon aku nak melawa. Warna warni happening ke. Ha ah..Melawa la sangat aku nih.Set putih-putih time tuh orang suka la buat baju tunang ke nikah kan? Tapi zaman sekarang, warna merah menyala untuk nikah pong bolesss!

Tapi OK lah ada guideline, kang ada student yang datang dihari bahagia dengan gaya vouge super-duper kalah macam orang nak terima darjah kebesaran membawa pangkat Dato ke Tan Sri ke pula kan?

Tapi, sebenarnya dalam warna putih-putih pun pelajar perempuan still datang dengan vouge-nya juga! Siap berkebaya, kebarung. Baju moden juga.

Aku pula kan lurus skema kadang. Bila kata putih, aku buat semua putih sampaikan sulam-sulam pun aku bantai putih-putih silver je. Nasib aku ni "tak lurus sangat buat sulam". Kalau betul-betul lurus beli baju sekolah je lah. Hahahah.

 Sulam simple-simple di tangan dan hujung kaki baju

Dihari kejadian saya tengok atas sebab nak menyerikan warna putih bagi nampak kelainan antara beribu, maka gadis-gadis comel ketika itu pun membuat sulaman yang contra jelas nyata warna dari putih. Benang merah? pink? biru? emas? hitam? Macam-macam lah. Manik-manik? isk..macam-macam lah. ada sikit lagi memang nak iras baju nikah pun ada you!

Putih pula ada banyak putih. Ada putih melepak. Ada putih biru. Ada putih cream. Saya pon tak skema pakai putih asli, jadi saya pilih lah off-white. Theee hee hee!

Apa-apa pun we all happy youu!

Ni malam pragraduan...boleh pula kami nyanyi lagu "standing in the eyes of the world"! Hahaha

Siap ada pakai baju bangsawan ke hulubalang ke pendekar semua pun ada. Gara-gara nak menang pakaian terbaik...

And today, tahun 2012 aku pakai baju ini sekali lagi. But of course my dear, bukan dengan kain dan baju putihnya. Makcik tukar la jadi lain sikit. Kalau satu badan warna putih orang tengok saya berjalan sana sini kang dia kata buang tebiat ke apa. Hatta walau hari ini hari Jumaat yang mulia elok berwarna bersih, tapi saya...errr...malu la..

 Tudung hitam putih tahi cicak! (berani la kau snap gambar sendiri. Budak-budak laki semua pergi solat Jumaat!)
* muka syok sendiri macam tunggu pelempang jek! isk.

Kain batik sahaja..beli dekat pasar Jln TAR kot? Laaaaaaaama gila time survey beli kasut nak konvo. Fuhh..kasut konvo pun nak main survey2 ke? :-P

Ni tadi pun bukan main En Dzul dengan En Din duduk bahankan saya dengan baju ini.  Cuba aku pakai putih dari atas sampai bawah? Lagi hebat duduk membahan. Freddy pun mesti masuk punya sekali!

Saya ni comot sikit. Baru pagi tadi tapau nasi lemak dah terselet lengan baju dengan sambal. Pagi-pagi tak start kerja dah kena. Belum apa-apa lagi. T_______T

Lagipun lepas kerja kan saya nak tolong ibu-bapa kerja? Nanti tahu-tahu kalau pakai satu badan putih suci, balik-balik warna lain pulak! Macam mana? Kan?


OK. Aku blues..Memang suka ingat kenangan.

Bye!

Eh? Hari Tu ada Janji Nak Cerita Hal Mozek kan?


Ada cerita kan pasal step pasang tile/mozek/jubin kan?

Hari tuh main WW je. So today mari saya cerita panjang. Memandangkan macam ada guna/info sikit, baik kongsi. Mana tau rakan-rakan kat luar sedang sibuk-sibuk nak cari pasang mozek kan?

Meh saya bagi tahu. Sebenarnya saya tak sesekali mencuba memasang jubin sendiri. Walau dah baca tutorial. Tak berani juga. Lain lah cat lantai. Saya berani buat. Pasang jubin ni risiko dia tinggi sangat tak jadi dengan tangan saya ini. Jadi dari jadi sang tikus comel gendut yang membaiki labu, ada eloknya kita bagi kepada yang arif buat. Hanya jauhari mengenal manikam. (eh?)



Lantai parket aku berani lah..

So? Meh tengok mereka buat. Lepas tuh baru promo kat korang ye. Bilik ini kecil sahaja. Dalam 16'x10' macam itu sahaja.


Punggah-punggah barang keluar bilik


 Lepas bersih-bersih, ketok-ketok lantai.... dengan tukul je. Berhabuk satu bilik juga...

Lepas itu tanda la dengan tali berdakwat/berwarna dekat lantai dulu as a guideline...




 Moh le kita mula menempatkan mozek kita itu. Gunakan semua alatan yang sepatutnya termasuk la Aras spirit untuk keseimbangan.

Sampai siap...eh..nak dekat 8jam juga buat benda ni ye? Kalau depa 8jam, aku? 8tahun? 8bulan? 8 minggu? tak mungkin 8minit. Saat apatah lagi...


Buat kemasan...tempek-tempek...


Penyudah...Nasib baik aku tak buat sendiri. Aku pemotong jubin pun tiada! Memang cari pasal!

Siap! Yang tepi-tepi tuh nanti eden cat la sendiri. Cat lupo beli eh...


Alhamdulillah. Selamat suda salah satu perancangan.

Overall. Saya puas hati. Modal barang semua saya keluarkan sendiri. Mereka bawa alatan dan buatkan sahaja. Kira bayar upah sahaja.

Secara keseluruhan:

1) Jubin 160keping = roughly RM230

2) Simen = Rate dalam RM14.90 - RM16 seguni 25kg. 

* Saya pakai 5guni untuk bilik ini. Ya puan-puan dan tuan-tuan. Sepatutnya jika saiz sebesar ini perlu 3guni sahaja. Tetapi sebab bilik ini agak tidak sekata (melandai menurun, jadi part tengah-tengah bilik kene tempek banyak simen untuk selaraskan permukaan.

3) Cement Gum = Rate dalam RM10 - RM12 sepeket.

* Yang ini pakai 1 jek!

4) Oh! kaki pintu bilik kene potong sikit akibat dari ketinggian pemasangan mozek. Pintu tersekat nak tutup.

5) Cuma membayar upah pasang sahaja. Kemudian standard lah, pandai-pandai lah tuan rumah beli makanan ke, buat air siap ke teh o ais ke. And then sebab saya tau mereka duduk mana, jadi saya jemput pergi balik diorang. Dekat sahaja lah. Bukan apa, mereka ini mat-mat indon, kot-kot la depa "kosong" dah kena tangkap pula nanti kan...

Ada sesiapa berminat nak ambil mereka sebagai upahan? Boleh la email or leave comment. Bukan business saya. Tiada keuntungan saya pun cuma untungnya saya boleh berkongsi dengan anda mana nak cari sang pemasang jubin yang agak mampu kita bayar sesuai dengan budget. Insya-Allah. Upah tu patut-patu la ye. Jangan nak naya orang pula. Pasang nak banyak, nak cantik tapi bagi upah alahai macam boleh menangis si penerima susah la kan? 

Macam saya, saya bayar upah yang telah mereka persetujui selepas meng-review rumah saya dahulu.

* OK, sementara mereka buat kerja mereka aku buat apa? - cabut rumput, tengok TV. Aku seorang je kat umah ooii! Takut juga tapi gamble lah. Dah tiada siapa nak teman. Kucing pun takde! T_________T

* Upah + beli barang tak sampai pun 1K lagi. Even kurang from that. Nego la ye?

Sepintas Lalu Laju-laju: Lagi-lagi pasal ....


Makan. What else kan? Saya kan Duta Pembeli Makanan yang tidak diiktiraf. Food always make me happy, tahu tak? So kalau macam nak mengorat saya boleh la pakai tactic ini. Manalah tahu berkesan. Hahahaha! Kidding!

Let's start.

Birthday Cake for January Buddies...Have a blast awesome day/year you guys!


 Nice cake after "makan besar"

Last ngaku (arrow head) in my hand...miss you. See you next Chinese New Year...sroott! 


Asyik duduk terjah je musim-musim dia...



Yang ni batch ke dua kot?


 
Last-last ini je tinggal. Bawa je ke mana-mana letak dalam kereta... (tapi sekarang dah "selamat" dahhh) - abaikan kusyen ber-peta ituwww

Durian puff menyedapkan aku masa tunggu Mama beli belah barang periuk belanga di PJ


 

Sedap yo? Sodap untuk anak tokak eden nih... 

Apo laei makanan den ado dalam HP nih?

Oh..OK..kek-kek ais krim yang saja nak suruh aku menjejeh..Ada ke ej sesiapa nak bagi saya Ais Cream Cake? Pleaseeeee T_____T (amacam? ada boleh raih simpati tak?)


 Look at it...menjejeh pula saliva panas-panas ni. Padahal deco dia biasa jek...tapi duduk bayang nikmat ais krim..hmmm...


Ini yang bukan ais krim tapi macam menarik juga...



Again..menjejeh dibuatnya. Rasa macam nak masuk peti sejuk sekali je! Tengok la tukang snap gambar tuh....memang nak enterframe jek!

Next is....

Dori Grilled... (?)

 Ini sesi terapi penat kerja ni. Hadap ah seorang diri pun tak pe...
Look yummy kan? Yes yummy panas-panas. Next time tak mau dah..hehehe!Nak yang lain pulak!

Next is....

Steamboat at Tupai-Tupai Restaurant. Selain steamboat dia juga sedia ala-carte dan juga Chinese Food Style...Steamboat ni RM28/head. Jangan banding dengan Flaming Steamboat lah. Apa-apa pun Tupai-tupai ni OK juga, tahu tak? Dia punya Desert siap ada tapai ubi, ada sandwich tuna, ada mushroom soup, bubur nasi. Flaming tiada yang macam ini kan? Dan pastinya Ice Cream pong ado yo! Puas hati yo sampai terik perut,OK!


 Yang ni memang ada 2 gambar je snap. Sebab control cun. Ewwahh! Bukan ah tapi nanti takut orang panggil aku orang Kampuchea...hahahahah!

Hok Tupai-tupai ni tiada sedia tupai gorng ke tupai terbang masak halia ke. TAK ADA. Boleh la Google sesiapa yang berminat. Senang je ni. Tuju je Service Apartment Acapella yang berdekatan dengan Giant Stadium ituww...auuww

And last lah. entry ini membuatkan perut ku lapar dan saliva melelah pula.

Makan Beradap. Ewwaahh! Pandai je aku. Tak lah. Ni customer upah tolong masakkan barang-barang yang dia dapat dari Sabah. Kalau bawa rumah adiknya, adiknya bukan tau masak...So...upah la Anika Selera tolong masakkan...


Ikan terubuk masin masak gulai? Sambal bilis petai? Ikan terubuk goreng? Ah..tah apa tah atas meja tuh makan 10 orang sesama mereka...
Makan ramai-ramai memang syok habis!

OK. Sungguh aku lapar nak siapkan entry ini. bye!