Tuesday, August 2, 2011

Cair di Mulut Tidak di Tangan - Bukan Coklat M&M's



Alhamdulillah. Tahniah buat semua. Kita dah langkah ke hari 1 Ramadhan. Harap selesai la kita ke akhirnya ye. Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua ya. (burpp!! eh? siapa yang sendawa tuh? :-P)

Bukan niat nak menggiurkan sesiapa sebab bukannya seksi pun. Tapi nak share. Saya nak share dengan U all biskut mudah-mudah pejam mata buat pun jadi. Tek renyah. Tak remeh.Tak silap saya lah, saya dapat resipi dari blog MASAM MANIS. Suka betul saya baca sini. Dah la nampak semua best-best. Rambang mata nak buat. Tambah pula cantik-cantik gambar tambah dengan skill photography yang jadi minatnya.

Memang bertuah sungguh akak ini tau. Dia tak lokek nak share segala resipi yang menambat hati buat saliva saya mengalir-ngalir. Ewwahh! Tambahan pula dia seorang surirumah, lagilah pelbagai resepi utara barat timur selatan dia cuba. So saya nampak macam sedap, terus nak cuba. Tak payah fikir-fikir dah. Sebab Akak Ita dah buat dah! So sedap la tuh! U all boleh pergi ronda dia blog dia OK? Trust me...

Yang ini nak share tentang cookies mudah-mudah. Sila ambil pen dan kertas (terkenang zaman Mama saya dulu, duduk depan TV cepat-cepat salin resepi. Time itu saya tadika pun belum. Adik pun tak ada lagi!)

Biskut dekat bawah ni sangat mudah tahu? Telur pun tak pakai. Makna kata kalau dalam rumah tiada telur, biskut still boleh ON punya. Ececece!

Rasanya sangat rangup, masuk mulut memang terasa dia jadi cair. Tak manis sangat. Macam biskut makmur gitu. Macam suji pun betul juga (saya dah la suka jenis begini). Fuhh!

MELT IN MOUTH GERMAN COOKIES.
(Resepi asal dari Kak Ita Masam Manis)


125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik

(*) 40 gm gula icing
1 teaspoon,

untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional (ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)

(*) 125 gm potato starch
, (KLIK jika tak kenal)

(*) 80 gm tepung kek/tepung gandum




CARA-CARA (cara saya lah, jenis nak laju jek..kekekeke)

1. Ayak bahan tanda (*). Icing asingkan bekas ya. Yang geng-geng tepung boleh campur sekali

2. Dalam mixer, pukul mentega dan icing sampai kembang gebu ringan macam itu. (dalam 8-10 minit speed laju gitu)

3. Masuk esen vanilla. (Tambah serbuk coco kalau mahu perisa coklat, OK?).

4. Dah gebu lembut, tuang adunan dalam tepung yang sudah diayak itu.

5. Gaul membentuk doh. (di sini kamu akan rasa betapa lembutttt nya adunan ini)


6. Bentukkan. Gentel. Rasa kalau nak pakai acuan bentuk-bentuk leceh, sebab sangat lembut.


7. Hiaskan ikut kreativiti. (Cth: Lorekkan mata garpu, tabur-tabur choc rise, jalurkan dengan choc masakan ke, guling-guling dalam oat ke, ikut citarasa kamu lah)


8. Bakar dekat rak atas selama 10-15minit dengan suhu 170'c -175'C. Tak payah nak tunggu sampai kekuning-kuningan biskut ini.



TIPS:

a- Potato starch boleh ganti dengan Corn Starch (tepung jagung) atau Tapioca Starch (tepung ubi) dengan sukatan sama. (saya sudah buat eksperimen dah. Ewwah! Ekseperimensi bagai). Ada juga saya baca, mereka menggantikan dengan Super-fine Flour (tepung superfine).

b. Jika rasa adunan sangat lembut lembik, masuk dalam peti sejuk kejap. Dalam 5-10 minit

c. If nak lorekkan dengan mata garfu untuk kemasan, celup air matanya dulu baru tarik kemuka cookies itu. Supaya tak melekat.

d. Adunan seperti di atas, saya boleh dapat dalam 40-42biji cookies. (tiap biji dalam besar 50sen mcm itu.)

-hasil menggunakan ketiga-tiga tepung-
(bentuk lain-lain sebab saya nak bezakan bahan yang digunakan time eksperimen)

Selamat mencuba...

Versi gambar cantik...(image di cedok di SINI). Tengok lembut tak dia?
Nanti kamu buat lah cantik-cantik sikit ye? :-)

2 comments:

mizzura said...

wah...nozie...aku tgk kebelakangan ni ko dah rajin masak mcm2..hehe... pas ler skit...kiki


salam ramdan :-)

Azira...Nozie...Kechik said...

bukan rajin sangat sebenarnya. Nak habiskan tepung2 tuh jek...buat semua stok half adunan...huhuhu..saja la uji bakat 1-2 jam...