Tuesday, October 2, 2012

Sudah lah berkurun, Ditimpa Todak pulak Rasanya - Imej berpalang



Salam.

Apa khabar semua? Semoga dalam lindungan dan keberkatan Allah lah hendaknya. Pejam celik pejam celik dah bulan Oct 2012 dah pun. Tak lama lagi masuk tahun 2013 pula. Entah saya ni makin muda ke makin tua tah. Eh eh eh. Mengada nak muda konon ya.Logiknya makin tua lah...sob sob

OK. Saya sangat-sangat busy. Sebab tiada pembantu tukang taip untuk menaip entry. Kecewa pula. Sebab dikala idea menderu bercucuran kalahkan cucuran air mata apa tah, saya pula tiada tempat untuk menulis. Memang masa cemburu.

Akhir-akhir ini saya perasan segala photo dalam blog ini "Berpalang".Apakah maksud semuanya ini? Adakah petanda atau bayangan aku dihalau? Kalau dihalau siapakah makhluk yang begitu berani berbuat demikian terhadap aku yang baik hati ini? Siapa? Siapa?

Eh Emosi kau ni kan? Aku ber-drama sahaja. Hahahhaa.

Apa-apa hal pun saya cubalah sedaya upaya mengembalikan imej-imej tertampal yang hilang. Tahukah kami setiap imej adalah kenangan bagiku? Siapa lah perdajalkan diri ku ini. Sampai hati.

Nasib lah folder mengarut ada dalam PC ini. Kalau tak menangis tak berlagu dangdut ke dondang sayang dah, Mungkin Genre terbaru akan muncul. Siapa tahu? Wahahahah! (kau tak paham aku cakap tak apalah. Otak aku laju dan cepat melompat dikala berimaginasi. Maafkan saya. Ini tentulah akibat hormon melalut sedang bertebaran sana-sini. I'm stressed. Uban pun ada. Help me.

Eh..sempat pula mengadu domba dia ni. Apa-apa pun, saya yakin saya tidak dapat mengembalikan segala imej seperti sediakala. Sebab mungkin telah selamat ditongsampahkan.

Doa-doa kan kejayaan saya. Akan mengembalikan imej dikala waktu lengang. Contohnya seperti sekarang.

Bye u olllsss~

I kecewa tau semua hilangggggg

Mentang-mentang lah blog ini diabaikan bersawang bergelap gelita. Jadi begini pula. Anyway...Saya aktif ber Instagram! Fenomena kah? Macam la juga. Sebab Instag snap gambar dan attach lepas itu tak perlu menggunakan ilmu merapu tahap ke 18 macam nak karang blog. Hakikat orang tak baca. Tak apa. Memang aku suka pun! 

Eh? Bukan kah aku sudah bye-bye tadi?