Tuesday, September 11, 2012

Pernah Cuba Berbekam?


Assalamualaikum.

Siapa sini pernah berbekam? Saya tak pernah. Tapi pernah melihat proses dari awal hingga habis berbekam. Bergelen-gelen gambar saya tangkap. Berkapal-kapal video saya rakam sambil muka kerut-kerut. Ewwah. Berlebihan betul lah wanita ini.

Dalam entry lepas-lepas saya ada kan cerita Abah bengkak kaki akibat jangkitan kuman kan. Cellulitis nama kedoktorannya. Doktor cakap tak merbahaya cuma perlu makan antibiotik dan ubat bengkak. Kalau cepat kita rawat, 2-3 hari dah baik dah tapi kalau lambat-lambat lepas itu kuman membesar gagah bagaikan johan Hercules dan sewaktu dengannya, lambatlah baik. Abah adalah dalam 25 hari kaki Abah bengkak. Beraya bertongkat berpapah la juga.

Walaupun jangkamasa pulih lama, tetapi Alhamdulillah ada progres memberangsangkan. Jika dulu kaki Abah sakit sampai bertongkat, nak pijak lantai betul-betul pun susah tapi sekarang tidak lagi. Abah sudah boleh berjalan macam biasa tapi masih ada saki baki kesakitan. Dia pun cepat penat.

Semoga Abah pulih seperti sediakala. Aaaamiin.

Jom recap rupa kaki Abah waktu kena Cellulitis.




Nampak beza kaki kiri dan kanan? Yang ini selepas beberapa hari. Kalau tak lagi kembang... 


Betapa besar kaki pak Ghani...tapi mulut ligat saja berborak dekat kedai. Macam sihat-sihat. Kain pelekat pon kain pelekat lah.

Bila balik kampung, tetamu yang datang beraya buat macam-macam cadangan berubat. Siap ada yang buat solat hajat dan hembus dekat air untuk diminum. Orang kampung panggil air tawar a.k.a air penawar kot? (bahasa kelantan, maklom lah ye)

Sebelum pulang ke kampung, Ada juga kami pergi ke masjid Tabung Haji untuk membayar zakat fitrah. Ustaz/Imam itu minta kami sediakan Air satu botol, minyak zaitun, bawang putih. Dia baca-bacakan juga. Kemudian di suruh bancuhkan bedak sejuk dengan air atau minyak kemudian tempekkan ke tempat berkenaan sambil berselawat.Kita hanya berusaha dan berikhtiar. Allah yang menentukan. Insya-Allah.

Rupa kaki yang ditempek 'air tawar'

Kulit menggelupas. Maaf kalau nampak geli...

Beberapa hari kemudian kaki abah yang makin mengecut dan menyebabkan penukaran kulit baru. Nampak tak kulit mengecut itu? Serius kau boleh tarik-tarik je...hehehehe. Waktu ini kaki masih sakit lagi.

Dan akhirnya. apabila kaki abah makin  baik, dan boleh berjalan, Abang yang hantar sayur dekat kedai cadang buat bekam. Elok kata dia. Buang darah kotor. Kebaikan bekam jenguk sini lah.

Saya bawa Abah buat Bekam Basah. Dekat Giant Mall, Kelana Jaya sahaja. satu 'cup' RM15. Ok la kot kan? Abah kena 16 cups.

Mula-mula dia tempek itu cups. Akan nampak lah badan kita ini banyak angin ke apa kan....

Haaa..nampak? Ada angin lah...

Dia akan pam-pam kan cups tuh...

Dia akan urut-urut...untuk memudahkan darah yang kotor keluar...


Dia pakai pisau cukur fresh tau....dia akan lorekkan laju-laju dekat kulit dan telangkup cups semula dan biarkan darah kotor berkumpul. Nampak? Saya ingatkan selama ini darah keluar dari liang roma..hahahah


Hasil? Jangan terkejut kalau dia begini. ada yang keluar dalam bentuk cecair, berlendir. Katanya semua itu darah kotor dan darah penyakit,,,


Lepas kena buka semua cups...

Kaki seksi berbulat-bulat..




Nampak lorekan pisau...? Ouuchh!

* Pengalaman berbekam: Sakit kejap bukan macam sakit sangat macam nak terberanak lah kan. Tapi melegakan selepas itu, Kaki terasa ringan...boleh cuba kalau mahu. Ini komen Abah saya lah kan. Kalau saya idaknya saya hulur lagi..hahahah!

* anyway..bukan orang sakit sahaja boleh buat bekam. Yang tak sakit pun boleh cuba jika mahu dan semangat kental macam Spiderman. Bekam ni Sunnah. Orang yang buat bekam ni cakap, buat dekat kepala yang paling baik. Tapi kene botakkan sikit lah.

* Hope kaki abah ada improvement. Maklum lah umur dah banyak-bayak, penyakit macam-macam datang

Bye!

Thursday, September 6, 2012

Turn to 52 Years Old...


Assalamualaikum..

Mesti kena masuk blog. Ewwwah. Padahal orang mana peduli. Tapi saya peduli. Suka nak buat entry kalau ada masa lapang. Sebab merepek ialah hobi saya. Boleh terima tak? hahaha

Tanggal 25/08/2012 hari itu hari jadi Mama. Kebetulan Mak Cik saya buat makan-makan sikit. Saya pun tak lepas peluang membeli sebiji kek. Walhal tuan badan mana la makan kek sangat. Kena jaga makan. Luka operation  pun tak baik lagi. Tapi tak apalah. Nak buat kenangan.

Hadiah? Kebetulan handset Mama rosak. Jadi belikan dia handset baru. Biasa-biasa sahaja. Cap Nokia.

OK, jom tengok gambar laju-laju.

 Kek beli laju-laju. Adik tuh memang tau. Tak berseni tulisan. Orang suruh tulisan sambung. Baik akak je yang tulis..Tapi tak apalah. Janji kek.

Abangah duduk sibuk pacak lilin. Dah la pacak tak pakai pemacak yang dibagi. Dia main sondol je lilin tuh. Nasib tak tumbang. Iskk...

Mama ready nak potong...sambil senyum
 Mama & Abah...

Birthday cake...Banana Chocolate

Kak Long nak set gambar Mama besar-besar. I love Mama!

Selamat hari lahir yang ke 52 tahun Mama. Semoga Mama dikurniakan Allah dengan kesihatan yang baik. Dipanjang umur. Dipermudahkan rezeki. Dikelilingi dengan kasih sayang anak-anak  dan suami serta sanak saudara dan juga sekitarnya. Ditingkatkan keimanan. Dijadikan isteri mithali dan solehah. Kalau nak cakap apa Kak Long buat dan doakan memang tak terbanding dengan limpahan dan pengorbanan Mama terhadap Kak Long dan juga adik-adik. Apa-apa pun Kak Long berdoa Kak Long menjadi anak yang solehah buat Mama. Tolong daya mampu Kak Long. Kalau Kak Long buat salah termarah termerajuk terluka kan hati Mama, Kak Long minta maaf. Kalau Kak Long ada jodoh harap suami Kak Long itu yang terbaik buat Kak Long. Harap dia bantu Kak Long jadi anak dan isteri serta ibu solehah. Harap Kak Long tabah macam Mama. Insya-Allah, Kak Long jaga Mama sampai hujung nyawa. Aaamiiin.

Amboi panjang ucapan. Macam la Mama baca blog ni kan?. Hahaha.



Memburu Durian Sayur.


Assalamualaikum semua.

Sekarang teringin betul nak makan Durian Sayur. Durian sayur bukan lah menjadikan daun durian D46 atau baka-baka durian yang saya lupa nama semua sebagai sayur. Tidak.

Eh, rasa annoying dengan diri sendiri mukaddimah panjang. Bagi tahu sahajalah apa. Baiklah. Durian Sayur juga dikenali sebagai Durian Belanda. Faham? Saya baru tahu. Mek saya yang panggil. Rupa-rupanya di Kelantan Durian Belanda dipanggil dengan nama itu. Selamat memepelajari bahasa loghat baru. Orang putih panggil Soursop. Sekian.



 Durian sayur a.k.a durian belanda. Nama saintifik Google lah ye..


Dikatakan durian belanda ini banyak khasiatnya. Khasiatnya sila lah Google ye. Sekarang saya mahu cakap satu perkara berkaitan durian belanda iaitu khasiatnya sebagai salah satu pelawan kanser. No wonder lah sekarang ramai juga yang mengusahakan tanaman ini. Tapi buahnya susah nak dapat. Kalau jumpa, mahal pula harganya. Durian belanda mengandungi aktibakteria, antikanser, antitumor dan astrigen.

Ibu kawan saya menderitai kanser. Kanser pankreas. Kanser tahap 4.  Kasihan dia. Kalau itu ibu saya pun, mesti saya susah hati. So salah satu usaha/ikhtiar kawan saya cuba lah cari durian belanda ini. Tapi susah sangat. Ibu dia tak selera makan dan minum. Makan ubat pun susah. Sedih.

Saya juga pernah bertanya dengan pekerja-pekerja kedai Mama pernah ke tak nampak orang durian belanda lately. Semua kata tiada. Saya juga pernah terjak Giant, Presto dan Carrefour. Hampa. Pasar malam pun tiada. Waktu nak mesti tiada, kalau tak nak ada je nampak. Hmmm

Oh, saya juga pernah ke pasar bunga. Yang saya jumpa hanyalah anak pokok Durian Belanda. Bukan buahnya. Hari itu pulang ke kampung pun, rumah Mek tinggal sebatang sahaja pokoknya. Itu pun mahu tak mahu hidup. Sebelum itu berbuah dua biji. Dah tiada rezeki. Kalau ada boleh bawa pulang KL dan bagi dekat kawan saya itu.

Mak Ton pun tahu tentang khasiat durian belanda melawan kanser. Dia kata orang yang sukar mengandung pun boleh cuba juga. Di Indonesia doktornya ada juga menasihati pesakit untuk memakan Durian Belanda kerana khasiatnya itu.

Jika sukar untuk mendapatkan buahnya, kita bolehlah memetik daun pucuk durian belanda. Bermula dari yang paling tinggi. Kita petik dengan kiraan ganjil. Maknanya kita petiklah daun sebanyak  5 ke 7 ke 9  dari atas. Kemudian direbuskan sehingga airnya kering separuh. Kemudian diminum didahului dengan selawat Nabi.

Pergi Carrefor jumpa lain. Buah delima dan avocado.

Terus gedik Instagram dan kawan cakap Alpukat sedap....uwaaaaa...Alpukat = Avocado + Susu pekat +  Ais diblender kemudian siap tuang coklat sos....terangkatttttttttt
* temgok gambar pun tahu aku Google jek,,,hahaha

* Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Insya-Allah.

Bye..



Monday, September 3, 2012

Mak Dah Mula Suka Bunga Nak, Tapi Mak Dah Melepas. Macamana?



Assalamualaikum nak.

Panjang tak tajuk mak? Mak ni bukan Mak Jemah tau. Tapi Mak Ya. Wakakaka! Aku bagi nama aku Mak Ya tetiba. Tetiba.

Bukan apa tau. Dulu-dulu saya tak suka bunga. Serius fikir kenapa kalau orang nak mengorat ke...nak tunjuk romantik ke mesti bagi bunga. Bunga bukan boleh makan. Kan?

Tapi...tapi...sejak Mak dah tua ni kan. Mak rasa macam naluri-naluri ke-Mak-Cik-kan atau kenenekan telah menjelma dalam hati sanubari Mak. Kenapa? No..no...no...Mak tak pernah ada lelaki romantik hulur bunga tanda perkenalan mahupun tanda mengorat Tak pernah nak. Muka macam Makcik ni mana lah ada orang kenan nak mengorat. (kot?)

Mungkin hasrat macam ini Mak kena pendam sendiri. Tapi..tapi...tapi...I pernah dapat bunga kawan baik bagi sebab hari jadi lepas tuh malu nak tunjuk orang sebab bunga tak boleh nak ketot-ketotkan masuk dalam beg dan satu lagi masa konvokesyen. Tuh je. Eh. I pulak kita.

Dah la. Sebenarnya nak bagi tau kamu-kamu tentang sesuatu. Korang pernah tahu ke tak ada "PAsar Bunga" dekat Stadium Shah Alam hari tuh? Makcik ingatkan forever dia buka macam Bazarena pagi tuh rupa-rupanya tak.

Hancur musnah harapan Makcik tau nak beli bunga. Tengah semangat tanam-tanam bunga tau. Tup tup datang...aik? Hilang dah Pasar Bunga tuh. Keciwa

Last week pergi ada lagi.

Tak apa lah. Nak tempek apa ada kat Pasar Bunga. Nama je Pasar Bunga tapi pokok buah pong ado yeop ooii!






Kita mulakan dengan gambar bunga-bunga lah dulu ye. Makcik baru nak try test tangan makcik ni subur ke berhantu. Kalau subur sihat la bunga tuh. Kalau berhantu, belum apa-apa dah mati. Kecik hati Makcik tau tahu-tahu mati. Sadis.



Pokok landskap. Bonsai pun ada nak oi. Yang tak bonzai pun ado! Akak taknak lah buat rupa kuda kepang macam ini. Nanti ada orang letak anak depan pagar rumah akak sebab ingat rumah akak nurser. Boleh? Hahahah

Ha..tak padan ketot pokok mangga ni. Dah berbuah-buah. Eh...best pula rasa kalau boleh tanam depan rumah. Mangga Maha Chernok. amboi...bukan main nama dia.



Sebenarnya kedatangan Makcik hanya nak kan pokok dalaman. Cadangan nak lah bagi mekar rumah Makcik yang tak meriah itu. Nampak lah hijau sikit konon-konon. Maklom lah kan..Hmmm

So keciwa punya pasal. Yang ini lah galang ganti Makcik.


 Mestilah bukan sebeban ni Makcik beli. Mana nak mampu beli banyak-banyak nak. Tapi kalau ada nak bagi free Makcik rembat jek nak..hahahaha

Terserlah sudah bakat menggubah yang macam tak payah gubah pun tak apa. Sangat kejung kelihatannya..hahaha!

Bye!