Thursday, April 7, 2011

Tak Nak Gemuk! Tak Mau! Nak Kurus!


Tapi tak nak la kurus kering. Haiyohh!

Kurus tak sihat apa maknanya kan? Pastilah mahu kurus dan sihat. Fuhh! Baru bestt!

Siapa yang nak gemuk kan melainkan orang tuh stok kurus melidii ditiup angin melayang-layang macam nak terbang. Macam saya nih, tak terfikir nak meng-gemuk..tapi mengurus adalah kedengaran sangat realistik. Hahahah

Anyway, saya taknak sentuh pasal saya, sebab saya tidak mengamalkan sebarang diet. Saya makan apa saja. Jadi tak boleh nak buat contoh. Raksasa mana boleh jadi contoh, orang takut, kan?

So, apa cara kamu nak merealisasikan ber-body super walla nih? Ewwah! Main walla-walla bagai bajet jadi Kimora ke? Ke Kim Kardashian nih?

Kimora...ada anak-anak dah...

Kim Kardashian! Humangaihh! Banyak sangat gambar seksi-seksi..ini nampak sikit sopan

Abaikan.

Saya menulis ini atas dasar semangat mengembalikan zaman remaja mereka Ewwah! Not exactly. I mean..

1) Yang dulu kurus...kemudian gemuk...dan sekarang berusaha untuk kurus balik. Kira kalau jumpa dengan kawan sekolah takde lah kawan-kawan terkejut berok cakap

"Mak aih kau! Nozie ke nih....dulu lain gila...dulu pakai saiz S sekarang dah jadi XXL. Apa jadi?"

Wah wah wah...macam sentap juga lah kalau kena kan. Walau muka nampak steady senyum...tapi hati nak meronta-ronta raza nak pulas mulut cakap macam takde insurans. Haiiahh!

Padahal stress dalam hati, bukan kau taknak cuba kurus, tapi berpuluh-puluh sebut saja apa produk, semua kau cuba. Dah tak jadi, nak buat macam mana, ye tak?

Apa kata cuba ini. Dikatakan berkesan. Sebab saya kenal kawan saya ini. Menjadi U....auuwwwwwww..ramping Uuuuu

Sila ke FIGUREUP kalau minat, OK?

Jangan tanya saya, saya tak cuba pun. Tapi kelihatan kawan-kawan saya menjadi. Sudi-sudi lah baca di sana. Nak tak nak, anda tentukan, OK?

OK...contoh seterusnya...

2) Yang dulu bulat gemuk comel. Tanya apa saja yang tak pernah masuk mulut dan perut dia. Semua pernah kecuali yang haram-haram lah. Semua ditelan dilahap seperti mendapat kenikmatan yang paling nikmat. Huiiyooo! Kira macam andai bumi bergoncang diri takkan terkesan apa-apa kerana terlalu leka dibuai segala makanan. Nikmat!

Tup-tup...bangun tidur dapat hidayah nak kuruskan badan demi kesihatan. Bagus tuh.

Saya sendiri teruja tau mendengar kawan-kawan sana sini slim bergaya. Siapa tak nak kan?

Apa rahsianya?

Ya kawan-kawan, bukan susah nak gemuk (kebanyakan nya lah) dan bukan senang nak kurus. Secara majoritinya, di Malaysia, obesiti ni sudah macam perkara biasa. Dah lali kata orang. Sebab itu nampak budak-budak montel bukan nya susah.

Antara yang kawan-kawan saya buat?

KAEDAH 1

Menggunakan diet Atkin. Ini bukan adik beradik ayah Rowan Atkinson Mr Bean taik lalat kat pipi yang funny ada teddy bear tuh OK. Ini pakar diet.

Apa yang saya rasa syiok tentang diet ini, dia tak menyekat berapa banyak kita makan. Cuma menghindar apa yang tak boleh makan. Calon-calon kurus perlu menghindar sebarang makanan yang mengandungi karbohidrat.

Sebab?

Kaedah ini diperlukan untuk melaksanakan proses KITOSIS - menukar badan guna karbohidrat menjadi tenaga kepada menggunakan lemak tukar jadi tenaga. See..see...nak pakai lemak berbanding karbohidrat sebagai "bahanapi". Sebab kalau banyak karbohidrat, nanti lemak tak guna pulak..kan? Itu yang asyik berkumpul menyelit jek. Kalau tak macam mana nak ramping, kan? Ehem..

Cuma yang macam "konon berat" sikit time sesi induction 2 minggu tuh la kot. Tak surprise lah kalau ikut pemakanan nih boleh cepat turun 2 minggu pertama. Saya fikir mungkin air-air ke ape tah yang hilang. (agaknya)

Jadi, yang penting- D.I.S.I.P.L.I.N..yeahhh!

Apa yang perlu dielak?

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan se-geng dia lah...

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang se-kroni dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. Gula kapas segala mak nenek pun tak boleh! NO EXCUSE okeh? (eh..garang nya kamu)

4.) Elakkan Buah-buahan


5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhalKacang-kacang segala in NO!

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. Tapi kalau nak nyanyi Lagi Bola-Bola Api yang Nana nyanyi takpe...

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih. Tepung gomak semua tak bole. Asal keturunan "Tepung". NO WAY! Tapi make-up macam tepung...err...kurang kan lah...takut I tauu


----------------> Ini yang saya lemah dah. NASI tuh makanan harian saya. Bagaimana harus ku tinggal nya begitu saja...Oh! Respek dekat kawan saya yang boleh tahan tuh. Thumbs up!

Yang best aku rasa diet Atkin, dia tak sekali-kali "mengikat/mendera" selera kau untuk makan. Pernah dengar tak kalau orang nak diet jek, tiba-tiba taknak makan taknak jamah apa-apa konon supaya kurus, tapi kau tengok dia bulat macam tuh jugak? Then kesian tengok dia kelaparan tak bermaya segala? Badan nyer dah terkejut berok ah tuh! Ye la...sokmo makan 3 bakul tup-tup sebakul pun tak masuk, amacam?

OK, apa yang boleh dimakan dengan sepenuh jiwa raga?

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. (kan tepung-tepung cannot?lupe la tuh! :P)

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. And...the steak-steak sos segala, cannot eh...Okeh?

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang karbohidrat berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari.. Jangan balun satu peeriuk belangan besar. Maximum semangkuk jek!

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari.. Tengok..Cheese boleh la wey! Kan best tuh

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..karbohidrat agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..boleh?

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

** nota tambahan: Sehari makan jangan lebih daripada 22 grams carbohidrat!

Tahukan kamu wahai Nozie (eh..apa pasal point dekat saya nih??) sepinggan penuh nasi bersamaan dengan 88 grams karbohidrat? Oh!Oh! Patut lah...patut lah macam tuh je berat kamu ye? Waduh!
(saya kan peminat nasi-nasi...huhuhu)

So siapa nak buat, silakan, Info ini dicedok dari kisah benar tuan punya blog di TAKNAKGEMUK. Sila kunjung ke sana untuk ketahui lebih lanjut, OK? Siap ada menu-menu diet lagi..auuumm!

Kagum tau tengok dia...dia LELAKI tau...pun minat nak kurus..bukan perempuan saja yang suka kurus, tau?

Boleh jadi inspirasi kamu mungkin? So siapa cakap yang gemuk tak boleh kurus?

OK..jom kaedah lain pulak!


KAEDAH 2


Ya Allah..punya membebel baru masuk kaedah ke 2 rupanya..Ceh!

Saya panggil sebagai kaedah diet Kellog's K. Kamu tahu kan? ada iklan dia kan? Ada antara rakan-rakan kata menjadi.

Follow saja arahan dia tanpa tipu-tipu...tengok hasil, betul tak?

Hi..saya lah Kellog's K yang penulis sebok-sebok cakap kan tuh.. :P

Try la kaedah dia ye kawan-kawan! Sukses boleh la share experience..

* klik photo untuk penglihatan lebih puas. Terima kasih.

Akhir kata dari saya, saya sangat menyokong orang-orang yang berusaha dalam mengawal hal limit berat badan dari ter-joint geng obesiti. Bukan pandang slack dekat orang-orang obes OK, cuma ketahui lah, keadaan itu meninggikan peratus anda dihinggapi pelbagai penyakit. Obesiti juga boleh mangakibatkan tahap ke-hensem-an dan ke-cun-an anda jatuh mendadak sehinggan tinggal 2-5% hensem/cun saja, tahu?

Untuk siapa-siapa suka ejek orang-orang comel ni, memang ah dia tau! Nanti dia kena, baru tau! Grrrrrrrr..tak baik tau awak nih!

Oh! Jangan lupa...amalkan lah juga senaman dalam membantu pembakaran lemak-lemak lebihan yang tepu itu. Maklum lah, makin tua, metabolisme seseorang makin perlahan. So sila aktif sikit...

JADI! marilah kita hidup sihat! Yeahh!

p/s:

1) Eh..awak...awak nampak sangat kacak dan berkarisma sejak penampilan baru awak yang nampak lebih kemas, segar dan sihat... :-)

2) Lepas makin hensem/cun, jangan mengada-ngada nak buat perangai playgirl/playboy tau..NOT GOOD lah awak!

7 comments:

mizzura said...

kellogs tu pernah try...tapi tak menjadi pasal aku tergoda masakan mak aku bila balik dari ofis....caner...?huhuhuhu...


|Malay Wedding Ekspo @ Mid Valley|

Azira...Nozie...Kechik said...

kau takpe zura..slimm...hahahah...aku pun tak pnah try Kellogs nih

Yong Munirah said...

atkin ok, cuma kene senaman lebey..... :) doakan aku wahai kawan ku...

Azira...Nozie...Kechik said...

mesti boleh yong...Insyallah...

adaa said...

gud info! saya nak share cara turun berat dengan sihat..bukan kurus je, sehat skali..jemput jenguk kalo minat ye..untuk bf mom yg nk kurus tanpa jejas production susu pon ada..proven true n effective! 10kg dalam 4 bulan/kurang berat badan tanpa risiko/formula diet berkesan

Anonymous said...

perkongsian yang menarik admin.
saya pun nak share cara turun berat dengan sihat dan berkesan..bukan kurus je, sihat skali..jemput jenguk kalo minat ye..untuk bf mom yg nk kurus tanpa jejas production susu pon ada..proven true n effective! 10kg dalam 4 bulan/kurang berat badan tanpa risiko/formula diet berkesan

hadyla rose said...

info menarik :-)