Wednesday, May 29, 2013

Boleh lagi ke aku Cakap Pasal BBW??


* lama sangat post ni dalam draft.

Assalamualaikum.

OK. Dekat FB ada dalam 8 minit lebih lagi kena tunggu. Dekat Telefon ada 5 minit lagi kene tunggu. OK. Saya tunggu turn main Candy Crush. Gila ke tak dekat FB pun masuk, android pun masuk? Can you imagine?

Sebabkan masalah-masalah begitu, maka saya tengok gambar untuk ditempek kan. Menyesal wo tak tempek. Sebab gambar bersepah-sepah snap nak share. Cuma ada kualiti dengan tiada kualiti sahaja lah.

Jom!

Akhir tahun lepas (2012) kut kejadian Big Bad Wolf. Apa itu? Oh...tolong la Google sebab banyak dah cerita-cerita. Secara basicnya tiada agenda memburu musang. Apatah lagi memerangkap Musang Berjanggut itu. Yang ada hanyalah jualan buku. Buku sahaja? Alahai...Hoii! Buku-buku dia yang dinanti-nantikan sebab harga dia jatuh sampai 80%. Can you imagine that? Contoh adik-adik yang minat memasak selalu telan air liur dekat kedai buku MPH ke Times ke Kinokuniya dan sewaktu dengan nya sebab tak mampu nak beli buku Jamie Oliver yang senaskah berharga dalam RM 150 menjadi RM30 di BBW?? Agak-agak gila ke tak? Hmm...OK lah. Banyak sangat nak cerita. Walhal blog-blog lain pun akan cerita perkara sama sahaja. buku-buku ilmiah semua ada, masak-masak, seni reka, novel, komik Manga segala...ahh....penat lah nak cakap. Buku baby2 pun ada tauu!











 Macam mana tak gila kalau offer macam nih? (alah..cilok website jek images ni!)


OK. Sebelum tuh nak bagi tips lah sikit-sikit. Ini pertama kali saya pergi ke BBW. Itu pun dengan penuh kegelapan. Bukan gelap apa, maksud saya - SESAT. Ya. Saya dan kesesatan tak boleh dipisahkan. Anyway BBW kali ini diadakan di The Mines Convention Center. 

Alah. kembali kepada tips:

1. Sampaikan diri awal. Sebab untuk merebut parking. Masam saya tak silap sampai jam 8.30pagi kottt! Hahahah! Gigih tak gigih tak? Ini akibat tak tahu jalan lagi segala semua. Bila awal, kamu tidak akan berasak-asak dengan orang ramai. Dan paling penting pemandangan anda lebih terang untuk melihat-lihat dan membelek-belek.

Ni gambaran dikala saya sudah mahu pulang...belum tengah hari lagi. Kalau dah tengah-tengah hari tak tahu la apa rupanya kan...
 

2. Masuk ke parking yang betul. Sebenarnya masa datang sini ada parking yang berharga RM3 per entry. Tak payah lah tertipu dengan RM8 punya tiket bagai itu. Tapi kalau dah terdesak...kau bayar sahaja lah RM8 tuh kan. Bukan selalu kan?? Hahahha!

Haaaaa..awal tak awal eden sampai...sampaikan tempat parking yang menunggu ku...bukan aku yang menunggu cari parking! Ewwah!
 
3. Sebaiknya makan la atau bawa bekal. Sebab food court berdekaan yang ada  mungkin tak memenuhi selera kamu. Terhad. Sebab kan saya rasa terhad, maka membawa diri ke The Mines untuk mengisi perut yang berkeroncong. Bantai la The Chicken Rice Shop dan tiba-tiba gatal nak makan ini juga. Sedap juga!




Tak pernah cuba. Maka ambil kesempatan. Sedap juga ni! Price? Macam tertera lah

4. Yang ini paling penting. Bawa beg yang besar untuk meletak buku-buku pilihan anda. Kamu faham-gaham lah kan, betapa buku berkualiti ini mahal-mahal ini berat dan tebal. Di sarankan kalau tak nak rebeh bahu, elok kamu bawa beg Akademi Fantasia ke..Troley mak pergi pasar ke. Harap maklom. Suasana sesak dan kau akan tak akan mahu berebeh-rebeh bahu. Senget ok nak pikul...

Antara buku-buku...Tahu tak buku Jamie Oliver yang kalau pergi kedai buku jual RM150 tapi dekat BBW ni jual RM25-30 jek? Jadi? Mana tak gila?

5. Ketahui lah. Dengan RM100 kau boleh beli macam-macam buku. Ibu-ibu yang gemar membeli bahan bacaan baby, sila lah rebut peluang ini. Cloth Book (apa betul ke aku panggil nih??) di luar bukan murah. Tapi sini??? Kau rasa macam mahu menangis nak beli semua. Ya. Semua. Saya tak tipu. Dan kadang-kadang kamu mungkin terbeli benda yang tak patut beli sebab rasa rugi tak beli walhal tak pakai pun! Hahaha

Apa yang dirembat tuan badan?




 
Boleh pula jatuh chenta dengan makanan2 india ni...ada hati ni. Tapi serius selera lah nampak...kadang-kadang nak tukar angin jugak...

Ada lagi....haa...beli untuk kawan pun ada...



Haaaa..tuh dia...orang duduk cakap-cakap...mari lah beli walau tak tahu bila nak bacanya. Orang cakap apa yang dicakap dalam buku nii make sense...hehehe 


Semua-semua ini harganya...kan dah cakap. Bawa sikit pun dah dapat 2-3 ketol
Harga? Not bad kan? Sampai rebeh bahu-bahu ni pikul beg mesra alam tuh... 


Lepas keluar ada counter untuk stamping. Percuma jek!

Yang ini yang dibalon oleh kawan-kawan saya..

Peminat Jamie sebab masak mudah-...dia belanja tak sampai RM200. Kalau betul-betul nak beli mahu RM700 dah kot! Imagine...satu buku RM150 kalau harga sebenar






Yang ini pulak kawan beli untuk anak-anak dia. Seronok kan anak-anak dia...banyak gila buku syok-syok...buku kanak-kanak memang best! Kawan saya belanja tak smpai RM200 pun untuk segala buku-buku ni. Puasss sungguh!

OK la...tuan badan nak enterframe. Kasi laluan

 Saya nak datang laaagi lah walau kaki dan bahu macam nak tecabut rasa. Seronok! dan...gila!



No comments: