Friday, November 6, 2015

Perempuan Tak Pandai Masak Tak Apa

Ehem..

Saya tak tahu mana satu nak mulakan. Maklum lah. Terasa macam suku abad saya tinggalkan blog ini terkontang-kanting. Walau tiada orang membacanya pun, but saya masih rindu menaip merapu-rapu tanpa diketahui apa motif saya menaip disaat ini.

Tapi sekadar panaskan jari dan mahu menjana otak nak cerita dan share tentang apa. (walu tiada siapa mahu membacanya!)

Ok, maybe boleh kita mulakan dengan cerita memasak.

Saya bukan lah suka memasak. Tetapi saaaaangat suka makan! Ya!

Saya sejak dari kecil memang tiada kamus "memasak" secara ilmuan. Semua nya kalau masak pakai hantam sahaja. Itu kalau jadilah. Kalau tak jadi, pergi lah ke tong sampah hasilnya.

Mula memasak secara merepek bermula 13 tahun. Tapi masa itu sangat limited. Masak apa yang belajar di subjek Kemahiran Hidup di sekolah sahaja. Dan selalu jadi mangsa merasa ialah adik-adik saya yang dua ketul itu.

Dengan keadaan ibu-bapa yang sibuk berniaga menjual makanan di foodcourt/restoran membuatkan kami adik-beradik bagaikan tidak pandai mengasapkan dapur. Paling hebat goreng jemput-jemput. Atau goreng lah keropok. Yang lain "import" dari kedai makan Abah dan Mama.

Nampak nya tanggapan "anak orang berniaga makanan mesti pandai masak" adalah tidak benar 100% nampak nya kan?

Perkara ini berlanjutan sampai lah saya masuk ke Asrama di Tingkatan 4 & 5. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Politeknik

Pendek kata tangan ini memang hancur lah bab memasak. 

Lepas grad, kerja pula. Bila Kerja, tahu-tahu sahajalah semangat murni yang berkobaran dalam diri ini. Sangat busy. Keluar pagi, balik malam. Balik terus tahap mandi-mandi tidur. Surat khabar ke TV memang tiada dalam kamus nak melayan. Serius tak tipu.

But!

Keajaiban terjadi pabila berkahwin! iya!

Tapi mula-mula kahwin banyak episod la makanan jenis bukan-bukan. Tak tahu nama apa pun. Suami cakap "yang..ni masak apa eh?".. krik krik krik!

Hahaha!  tak apa lah.

---------> Nanti sambung lah type. Buntu..

BERSAMBUNG! 06/11/20015 

Hari jadi suami saya. Dah setahun 5 bulan kami bernikah. So hasil setahun 5 bulan ni kita nak tunjuk skill buat kek. 

Nampak hebat aje konon-konon. Walhal Kek Batik aje!

Cuma kita buat versi kreatif sikit. Kita campur Walnut lepas tu kita cari resepi Cheese Cake paling simple.

Hasil:





    Nampak macam terer-terer aje kan? 

Nanti kita share resepi Kek Batik Cheese ni eh..

babai!







No comments: