Monday, September 12, 2011

Cerita Pra-Raya: Abah & Buah Beko, Aku &....



Well. Ini cerita hari taerkhir Ramadhan. Elok masuk waktu, Ramadhan melambai pergi dan Syawal pun bertandang tanda kemenangan selesainya kita menjalani rukun Islam ke 3 dan pastinya harus selesai rukun Islam ke 4 juga. Alhamdulillah.

Just sesi recall:

Rukun Islam 5 perkara:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Bukannya apa ya anak-anak sweet dan cool. Saja nak recall. Saya tidak terkejut apabila kadang-kadang seseorang boleh lupa untuk menyenaraikan apa itu rukun Iman dan Islam apabila ditanya dengan tiba-tiba. Otak mereka blank. Perkara yang selalu diingat jadi tidak boleh di ingat dengan tiba-tiba.

Perkara yang boleh kita cakap terus semasa sekolah-sekolah tiba-tiba terkelu nak ulang di zaman tua. Mungkin berasa mudah tentang itu maka terlupa terus apa dia. Macam orang tanya Rukun Negara juga lah. Orang-orang dewasa boleh terkedu mahu menjawap. Itu adalah HAKIKAT sekarang. Kita ingat kita ingat, tetapi rupnya dah lupa.

OK ya anak-anak, ibu beransur dulu. Tersasar cerita.

Hari terakhir Ramadhan, saya seharsunya menjemput Yuyu pulang berhari raya dari tempat praktikalnya di Muhibbah Bakery, Kota Bharu. Sementara menunggunya sempat lah saya usha apa yang ada dalam kedai itu. Best juga. Barang-barang jualan sikit lagi nak licin. Saya berkenan dengan Hokaido Muffin tapi tak terbeli pula sebab terkinja-kinja nak terjah semua tempat. Frust pula bila balik.

Sempat saya terjah Pasar Besar Siti Khadijah. Abah excited bila terjumpa buah beko.Siap telefon Mama cakap

"Sayo jupo buoh beko ni. Buleh la buak kerabu male nih buko."

Atau dalam pelat Nogori

"Eden jumpe "buah beko" nih. Boleh la buat kerabu waktu berbuka nanti"

* kompius kenapa kena translate in loghat Negeri Sembilan. Hahahah

Siapa tak kenal buahnya? Hands up. Mari Cikgu Cucuk-Tanam nak tunjuk kamu...

Imej dicedok Google di sini

Enak dimasak kerabu. Imej cedok di sana. Nak resipi sila klik lah...

Pokoknya tinggi ya anak-anak. Buahnya terjuntai-juntai. Nampak macam petai..tapi bukan. Imej cilok sini pula..

Abah cakap buah ni susah nak jumpa sekarang. Sebenarnya sepanjang on the way balik kampung time saya drive itu Abah nampk je terus cakap "Haaa...tuh buah beko. Sedapnya kalau dapat buat kerabu". Alhamdulillah makbul dapat.

Harga? Seikat banyak juga sampai boleh buat kerabu semangkuk besar macam kenduri meja hidang itu RM6 kot. Tapi pergi dekat satu makcik lain kena hantam berbelas ringgit. Ceh! nak ketok kami eh? Sorry Makcik!

Saya pula dah macam teruja bila terjumpa ini.


Oh...saya teruja nampaknya...telur penyu...Nananananana Ganu kito! (nyanyi sikit). Tapi I dekat Kelantan lah! :-P

Yang masak...yang belum masak..mana satu pilihan kamu? Harga sama sahaja. 3biji RM10. Oh??

Dalam kereta terjengah-jengah saya tengok dalam plastik. Tak sabar nak tunggu buka puasa, nak rasa. Lupa nak ambil gambar isi dalam.nya. Rasanya masin. Nak makan, koyak sikit kulitnya dan seduuutttttttt...sorry lah jakun. First time cuba...hahahah


Yuyu pula bawa balik kuih raya dan kek. Tokei bagi. Terus cakap ni kek harijadi Mama (25/08/2011) & Abangah (27/08/2011).

Happy birthday Mama & Ngah...

Malam itu juga pesta menggosok baju raya bermula. Yang tukang gosok seorang Cinderella yang bernama Azira Manis. Hahahahah.

Ini baju orang perempuan. Belum baju lelaki dan segala tudung. Tudung periuk dan tudung saji saja saya tak gosok!

Mama dan Mok Yah sedang bertungkus lumus buat nasi dagang. I likeeee! Siang tadi Mek dah buat ketupat palas. Yeay!

* Alhamdulillah...dapat saya merasa. Tapi yang frustnya, saya tertinggal dalam peti 5 biji. Konon nak bawa balik KL. Patah hati...uwaaa....

No comments: