Monday, September 12, 2011

Cerita Pra-Raya: Kita Mula Di Sini lah...



Sekarang saya tandus. Eceh.

Sebenarnya saya keputusan sumber ber-blog. Tak tahu mahu mula di mana. Memandangkan potret suasana Hari Raya Aidilfitri masih tersemat di dalam camera canggih Abangah, maka saya sangat frust mahu berkongsi cerita... (*__*')

Cerita Ramadhan saya pun terbengkalai sampai hari ke-14 sahaja. Nak cerita balik, dah rasa macam terbengkalai memori saya. Hahaha. Seingat saya biasa sahaja. Masih sama dengan hari-hari sebelum nya. CUMA beza sikit - Saya ada ruang waktu untuk berbuka di luar. Bukan lah special sangat, tapi tetap special buat saya. Ehem.

Hari Sabtu sebelumnya (27/08/2011) sempat lah bawa keluarga shopping dekat Klang. Saya bawa ke Klang yang dekat dengan masjid yang dekat Pasar Jawa itu. Kalau bawa Mama pergi KL Jalan TAR kang tak larat dia. Baik pergi sini saja. Sama juga. Orang pun tak la pusu-pusu berlaga bahu dada bagai. Pergi selepas solat Asar. Balik selepas buka puasa dekat Kedai Lontong yang best itu. Mama beli tudung sarung-sarung. Saya? nafsu beli tiada. Jadi tak membeli apa-apa.

Balik tak terus balik rumah. Tapi menjelajah Jusco Bukit Raja sampai waktu tutup. Beli la sepam-dua masing-masing. Dengan saya-saya sekali tak pasal-pasal terjebak beli sebiji beg setelah beberapa kali di-komen Mama beg saya sedia ada tak menarik langsung. Yo la...saya paham la beg ini buruk. Saya pula bukan senang nak membeli-belah. Walau suka meronda, tapi membeli belum tentu. Melainkan betul-betul saya rasa suit dengan my taste baru beli. Kalau tak....pusing la 6 jam. Tak beli apa pun. (saya memang lambat hal membeli barang-barang sendiri, kalau beli barang makan tak apa...memang laju aku! :-P)

Seketul beg. Mungkin diguna sampai 3 tahun ke depan...Simple saja...

Model yang penat senyum tapi tak masuk gambar....

Sempena Aidilfitri, Saya juga cuti awal. Iaitu 29/08/2011 - 05/09/2011. Fuhhh! Rasa macam ini antara cuti raya terpanjang ambil. Terima kasih sebab cuti umum jatuh pada weekdays. So weekend ada kelebihan di situ!. Uhuk!

Sebenarnya masa menaip entry ini, saya masih berkira-kira mahu cerita yang mana. (kejap pergi usha photo di kemara buruk kejap untuk cari ilham).

OK. Rasa nak lompat ke cerita raya. Saya pulang pada 28/08/2011 (Ahad) ke Kelantan - Kampung tanah tumpah ibu-bapa dan juga semsetinya tumpahnya darahku juga. Hahaha. Perjalanan adalah smooth KECUALI apabila sampai ke jalan Kuala Krai. Rasa macam hendak menitiskan air mata. Kalau ikutkan jika bertolak jam 11pagi. Waktu jangka sampai adalam 7-8jam selepas itu. Tetapi telah diheret dalam tali-arus kereta yang tak tahu apa hujung pangkal punca jadi demikian pula. Cisss betul!

Punah harapan dan angan-angan saya berbuka puasa di hari-hari terakhir di rumah Mek. Uwaaaaaaaaa.Kami berbuka di kedai tepian jalan yang nasib baik buka. Tambah-tambah hujan lebat. Jadi adalah macam rasa memang patut berhenti tunggu waktu berbuka dari duduk melangut dalam kereta mengharung jem yang macam WTH.

Tetapi still macam nak mengamuk diam-diam juga. Kami kumpulan ke 3 masuk kedai. Masuk dalam 30minit sebelum waktu berbuka. Tetapi...alahai...mungkin tuan kedai kena culture-shock pula bila customer ramai-ramai. Habis order makanan sampai berterabur-terabur. Uwaaaaa... mula-mula sampai Sup perut dia. Rasa-rasa sedap....TAPI.....sampai dah nak habis hirup sup perut baru nasi puteh sampai. Baru air sampai. Hidangan yang dihantar adalah dihantar secara "seketol-seketol". Frust pula rasa. Kita dah la mahu sambung perjalanan, dia served makanan lambat pula. Aiseiihh!

Pelanggan penuh kedai resah menunggu. Arrrghh! Nasib baik la dekat situ ada kedai jual Roti Canai & Roti Cotek. Kami baham yang itu dulu lah. Nak cancel order tak sampai hati. Tapi harus lah bersyukur juga sebab kami pelanggan awal. Kalau yang masuk lambat? Can you imagine how their feel? Meja sebelah saya ada satu makcik sampai marah-marah gila. Last-last panggil suruh kira air sambil membebel. Lepas itu blah.

Aduhh. Last-last Mama ajak kami balik dah sebab fed-up. Terpaksa la kami cancel last menu itu. Menu-menu lain: Nasi, tomyam campur, udang pedas, nasi goreng kampung, telur mata, air sampai satu-persatu dalam gap yang agak lama. Kami blah dari kedai jam 8.00 malam.

Selamat sampat rumah Mek jam 9.00 malam dengan teraba-raba di waktu malam.


Perjalanan kami dari KL - Kg Keting, Gunong, Bachok, Kelantan...


Alhamdulillah. Selamat sampai ke kampung halaman dengan jayanya.

* kalau lah ada highway, patut jarak perjalanan ini dalam 5 jam pon boleh sampai kan? tapi apo dayo...apo nak dikato...belum ado laie. Pok Nik, please Pok Nik..bikin la satu...senang anak-anak rantau nak balik...Zasss! je sampai...yiihhaaa!



No comments: