Wednesday, June 6, 2012

Ketua Keluarga Cool, Ayat-ayat Baik Punya Diamalkan untuk Cool


Salam semuanya. Semoga semua sihat-sihat dan dipenui berita gembira sahaja. andainya ada duka di hati semoga Allah gantikan dengan keceriaan tidak lama lagi. Aaamiin.

Saya ada membaca. Tapi   tak ingat di mana. Tapi sempat la saya buat note sikit-sikit kan. Conteng-conteng dekat buku kerja.

Nak kongsi pasal solat berjemaah. Kita tahukan solat berjemaah banyak syafaatnya kan. Saya berdoa semoga kalau lah saya ditakdirkan berkeluarga, Allah akan kurniakan seorang suami yang baik. Bukan sekadar baik duniawi tapi ukhrawi juga. Saya kadang-kadang berangan konon-konon kalau berkeluarga nanti suami ajak la saya solat berjemaah sama-sama. Kalau saya liat-liat suami tolong lah bagi sokongan jangan meliat-meliat. Harap la saya terkedek-kedek mengikut dia. Aaamiin. 

Apakah ini? Aku tengah buat malu diri sendiri berangan depan kau orang ke? Maaflah tuan-tuan dan puan-puan.

OK lah. Siapa dekat sini bercita-cita menjadi ketua keluarga yang cool, macho lagi baik? Hands up.Hahaha! Tak payah la nak main tipu-tipu kan. Saya bet kamu masa berdebardebar menuju hari akad nikah mesti dah pasang niat senyap-senyap nak jadi begitu begini untuk pasangan. Nak buat begitu begini dengan pasangan tercinta kan?

Dikatakan bahawa sebagai ketua keluarga, sebaiik-baiknya dia perlu berusaha untuk solat berjemaah sebagai amalan. Dikatakan kalau sebagai ketua keluarga kita bersolat jemaah Subuh di masjid/surau, maka akan dijauhkan dirinya dan keluarganya dari perbuatan dengki dan khianat, orang duduk mengata/mengutuk kita dan keluarga kita. Kita amalkan lah membaca surah Mathurat subuh-subuh.

Manakala kalau solat jemaah Asar di masjid, amalkan membaca surah Al-Waqiah. Semoga rezeki keluaga kita anak beranak dipermudahkan. Jangan lupa solat Dhuha juga. Kan solat Dhuha dikatakan pembuka pintu rezeki?

Selain surah Al-Waqiah sebagai pembawa rezeki, kalau lah sesiapa yang masih tercari-cari jodoh, dikatakan boleh amalkan membaca surah Ar-Rahman supaya kita dijodohkan dengan orang kita hendak dan semoga kita baik dimatanya juga.

Kalau student-student yang kadang-kadang rasa otak tepu sampai tak boleh sedut ilmu sangat tahap rasa-rasa macam lembab macam siput ke boleh la amalkan membaca surah Ibrahim. Semoga otak kita cergas dan cerdas tak la blur-blur je kan...

Surah Muhammad juga bagus diamalkan supaya mendidik dan membawa jiwa kita ke arah kebaikan. Kan kehidupan ini banyak pancaroba dan godaan. Senang sangat tergelincir. Tengok perempuan cun dah bergetar-getar berombak-rombak dada kita tak tahan iman. Tengok laki gagah perkasa kaya handsome tampan berkarisma dah berdetak-detak jantung kita macam genderang mahu perang kan. Payah...payah...hahahah

OK lah. Serba sedikit ilmu kita kongsi-kongsi. Untuk kebaikan bersama.

* Saya sedih lah...buka Al-Quran sehari sekali pun susah. Baik jadi budak-budak. Pergi sekolah agama buka Quran, mengaji...balik rumah mak kerah pergi kelas mengaji Al-Quran lagi. Banyak nya pahala..kan?


No comments: