Wednesday, June 20, 2012

Blog Sendiri Tapi Macam Bukan Sendiri Punya...



Assalamualaikum...

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!
(ini bukan menjerit tapi aksi menghirup udara segar macam atas puncak gunung).

Saja je nak mulakan entru dengan tarik napas. Bukan apa. Nak menzahirkan perasaan betapa syukurnya saya blog saya tak hilang. Rasa macam sangat kecewa jika harus menerima hakikat yang blog ku bukan blog ku lagi. Ngeri pula rasa.

Dah la berusaha membebel dan meloyar buruk dan melalut dalam blog. Sekali blog tak kenal tuan. Memang ah dia nak kena piatkan.

Asyik membebel sahaja ini orang kan?

Begini...

Marilah saya cerita. Sejak post terakhir saya, blog saya macam tak boleh function. Scroll sahaja error. Nak membuat entry baru apatah lagi. Terus tak bagi. Dia duduk pegun sahaja. Sakit hati betul saya. Dia mengejek saya sahja dengan mengeluarkan kenyataan begini...



Akak tak paham ni..tak paham nih...nak cari gaduh ke ni?





Asal scroll...dia keluar cakap "

bX-1io90b, bX-7ubjdv


Manalah faham kan?

Sampai lah terpaksa saya buat aduan pengguna dengan blogger help service centre. Eh? Iye ke? Yang penting saya minta help menyelesaikan blog kecintaan saya. Habis? Takkan akak nak create blog baru pula? Berapa banyak nak tukar-tukar, kan?


Last-last baru la akak faham kenapa. Problem dengan benda alah AVG antivirus search tool bar tuh. Selalu sihat walafiat je. Kali tuh lain macam jadi.

And then, hari ini eden check balik dah boleh post dah. sebab itu lah macam tak sengaja keluar entry ini.

hahahah..

* ada sapa-sapa punya masalah macam ini? Sila baca SINI lah ye. 

Terima kasih




No comments: