Monday, November 16, 2015

Kenapa perlu haiwan kesayangan?

Sekarang taip apa terlintas sahaja.

Siapa sini ada haiwan peliharaan merangkap kawan baik dia??

Saja lah nak cerita kosong kan. Saya ini suka sangat dengan kucing. Part paling saya geram dengan kucing:

1. hidung merah
2. Mata bulat
3. Tapak kaki lembut
4. Bulu

hahahaha.

Kucing pertama saya adalah sejenis kucing kutipan entah dari mana. Nama dia Mekbu! Bela dari kecil remaja. Sampai lah dia bunting. Dua kali bunting dua kali juga lah dia beranak songsang. Dan semua anak nya mati.

Masa itu umur saya tak sampai pun 15 tahun. Sangat naif tentang nak bawa kucing ke klinik dan sebagainya.

Mekbu hilang (atau saya yang lupa?) entah ke mana. Hmm

Sekarang! Saya masih mempunyai kucing setelah sekian lama tak membela. Sebab masa tu sekolah. Asrama pula. Siapa yang nak mengasuh bulu-bulu semua ni kan?

Tak sengaja terbela kucing. Nama Manis. Sangat pandai tau dia. Berak pun dalam singki! Singki tandas lah kan. Kalau dapur memang memohon penyirapan dalam hati la Manis ni kan. Dia tak pernah buat perangai dan dia sangat behave. Selalu teman saya ambil Mama/Abah di kedai waktu pagi-pagi (jam 2-3 pagi) di kedai. 

Saya lah Manis tuh... perangai dia tak tipu...sangat adorable!

Manis hilang secara entah ke mana setelah kami membuat keputusan mengkasi (neutered) beliau. Sangat sedih tahu tak? dia ghaibbbb! entah apa khabar dia. Kalau tak...umur dia sudah 5 tahun pluss!


Gambar follow teman naik kereta malam-malam

Selain Manis, kami ada Bubu. Adik lelaki jumpa beliau dalam longkang diwaktu hujan lebat.

Oh...so cute dia. ekor kontot warna comot-comot. Sekarang masih bersama kami. Tapi dia bengis lah dengan kucing lain. Beliau juga selamat kami kasikan demi keamanan sejagat.

1. Elak dia memancut
2. Kami tidak mahu membiak kucing ramai-ramai kemudian tak jaga. Dah jadi penganiayaan.

Bubu masa kecilnya. Naif lagi masa ni.

OH! Manis dan Bubu di kasikan setelah mereka memperisterikan Lola. 

Gambar all time favourite saya. Manis dan Bubu. Manis remaja. Bubu tahap kanak-kanak.

Hasil perkongsian hidup Lola + Manis = 4 kittens (semua jantan ok!!)
Hasil perkongsian hidup Lola + Bubu = 8 kittens (7 jantan 1 betina ok!!)

Setelah itu Lola pula mengikut jejak langkah Manis dan Bubu. Dikasikan demi keamanan semua. Lagipun hukum kasikan haiwan ini adalah harus ya kawan-kawan. Ini mengelakkan dari berlaku penganiayaan dan tidak terjaga dan berlakunya penghasilan yang tidak diingini. 

2 anak manis masih bersama kami. Dah besar panjang pun mamat-mamat ni. Nama Ben dan Sicha. Belum dikasikan lagi dan masih berkeliaran jadi abang kawasan. Tapi dengan Bubu mereka tetap kalah lah! mencicit lari!
 
Ben dan our late Puteh. Ben dan Puteh kira adik beradik tiri lah. Ben anak Manis. Puteh anak Bubu.

Anak Bubu patut ada seekor dengan kami tapi sayang umur tak panjang. Kalau tak umur dia tah dua tahun lebih dah. sobbbsss. Dia nama Puteh

Ni anak Bubu. Nama kami bagi Puteh. Mati mengejut. Demam aje..bagi makan ubat klinik, mati pulak! aiseh

So kita main teka teki...

Apa nama kucing-kucing saya?
Berapa ekor semuanya?

Hahaha!

ditutupi saya juga mempunya beberapa Sugar glider sebagai hiasan hati ku... (gambar lama)






Jadi, mengapa perlu ada haiwan kesayangan?

1. berlatih mengasihi sesama makhluk
2. belajar bertanggungjawap
3. selami bahawa segala hidupan perlu kasih sayang
4. peneman dikala sunyi
5. mampu buat ukiran senyuman dibibir kita di kala kita pilu...ecewahh

selain itu mampu buat darah tinggi sebab ada yang pandai sepah rumah!

bye!

Dah mati akal nak sambung taip!


1 comment:

Opah Vogue said...

Comelnye encik & cik bulussss... geram!

http://terompahsiopah.blogspot.my/