Salam anak-anak murid. So sorry, Teacher mood tak sihat. Dia takde mood nak ajar kamu secara menulis. Maaf. Bukan marah kamu, tapi mudah nk ajar secara cakap terus. Tapi tak apa.
Sekarang Teacher nak ajar tentang mem-plot/ mem-print file autocad kamu. Mungkin ada antara kamu-kamu yang bekerja dalam bidang yang memerlukan anda merujuk sesuatu lukisan untuk menjalankan kerja peringkat lain.
Ada kalangan kamu yang kerapkali menerima email dari client dalam bentuk autocad tapi ada masalah lain timbul.
Sama ada:
1) saiz lukisan yang anda terima tidak menepati kehendak saiz yang anda mahu cetak. Contoh anda terima lukisan yang bersaiz A1, tapi anda mahu print in A3 dengan menepati ciri skala.
2) Anda menerima lukisan yang "togel" tanpa frame, jadi kamu pon terpaksa la nak kena buat frame semata-mata nak print drawing.
3) Letak lah apa-apa sebab yang kau hadapi time nak print..heheheh
Sini, aku nak ajar langkah-langkah how to plot your drawing
1) not to scale
2) in scale
OK..beres! Kejap saya nak capture screen jap..boleh pergi buat teh 'O' ke ape dulu. Kalau nak makan Maggi pon OK! :-)
Command yang di guna untuk memprint ialah:
PLOT > Enter
Mula-mula jom berkenalan dengan papersize lah:
Perlu diketahui, kamu boleh mencetak (print) drawing kamu melalui:
i) Model
ii) Layout
OK, kamu nampak yang bulatan sebelah bucu kiri tuh?
Satu tab untuk "model" yang tab seterusnya ialah layout yang boleh di rename (alah..macam file excel tuh)
(* klik image untuk pembesaran)
Satu tab untuk "model" yang tab seterusnya ialah layout yang boleh di rename (alah..macam file excel tuh)
(* klik image untuk pembesaran)
Bergantung pada keadaan drawing kamu tuh lah...
Tutorial ini, saya cuba seberapa daya upaya meningkatkan ke bahasa yang paling mudah. supaya kamu faham. Saya taknak kamu berkerut-kerut muka. Cepat tua tentu lah tidak comel lagi cun serta hensem bergaya Boomm! (harap maklum, bahasa saya mungkin terbelit-belit, maafkan saya dulu siap-siap...hahaha)
KATAKAN DRAWING KAMU BESERTA TITLE BLOCK BERADA DI "MODEL"
Ke pelajaran pertama: Anda mahu print sesuatu tanpa menitikberatkan hal-hal skala (scale). Kire scale tak ada kepentingan dalam kerja kamu. Skala diabaikan.
Mula-mula, mestilah kamu lihat skala yang telah di stated pada drawing...
Lepas itu kamu pun fikir nak plot. Nak yang ber scale ke tak?
OK, kalau tak scale, kamu tengok image atas ni untuk pengambaran (?) lebih berkesan.
Tick jek terus "fit to paper "
Lepas kamu pilih "Window", kamu perlu menandakan window kamu...
Cara tanda window, klik pepenjuru kertas kamu tuh...
Klik satu lagi penjuru...
Preview lah dulu...
Apa lagi? Klik Kanan dan pilih plot...keluarlah drawing kamu tuh
Masih method yang sama semuanya, kecuali kamu kena tukarkan Skala nya dan UNtick "fit to paper".
Contoh: Macam atas ni saya tukar jadi 50 sebab? dalam drawing (rujuk image ke 2 di atas) dia stated begitu.. :-)
* sila alert: macam kes atas ni, dia kata size untuk A3 punya scale kan? tapi konon-konon kamu nak dia dalam size A1, maka kamu kene kurangkan Skala kamu kepada separuh dari asal. Contoh, dekat atas ni 1:50 untuk A3, jadi kalau kamu nak A1, kamu buat 1:25 lah. Begitulah sebaliknya kalau besar nak ke kecik punya kertas.
Faham kah? Fuhhh..harap kamu faham. Besar tugas Cikgu ni.
(TQ cikgu)

OK...lain kaedah...
KATAKAN DRAWING KAMU BESERTA TITLE BLOCK BERADA DI "LAYOUT"
Ke pelajaran pertama: Anda mahu print sesuatu tanpa menitikberatkan hal-hal skala (scale). Kire scale tak ada kepentingan dalam kerja kamu. Skala diabaikan.
- Gunakan kaedah awal sampai habis yang sama di atas juga, saya attached balik image ye...bezanya cuma title block di "layout"
Ke pelajaran kedua: Skala itu penting. Makna kata lain, kamu nak buat kerja memerlukan skala yang tepat untuk meng-estimate sesuatu
Semua kaedah adalah masih sama, CUMA!
Beza di kotak yang berwarna magenta sahaja.
Jika drawing anda memang sudah pada size yang kamu idam, maka jadikan dia 1:1 (atau type je la...
Contoh situasi:
Kamu nak A1 size ke A3 (besar ke kecil) maka skala anda bukan lagi 1:1 tapi 1:2
Kaedah masih sama ye anak-anak...dari preview, klik kanan dan plot SAMA saja...
- HABIS -
OK, Makcik (laa...makcik ke yang mengajar ni, ingat siapa tadi) nak minum air. Haus rasa menaip. Hahahaha
TIPs:
Jika kamu menggunakan printer yang sama saja untuk kerja ploting seterusnya, memadai lah kamu buat cam nih jek...so semua setting remain the same. Kalau lain..kamu kena la set select balik...ok?
TIPs:
Jika kamu menggunakan printer yang sama saja untuk kerja ploting seterusnya, memadai lah kamu buat cam nih jek...so semua setting remain the same. Kalau lain..kamu kena la set select balik...ok?
No comments:
Post a Comment