Salam.
Semudah command:
REC > Enter
Kamu bisa membentuk geometri berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama sisi. Mudah kan? Sila ingat koman dalam hati. ececece. (Dah start tak serius dah)
OK, serius balik.
Saya nak capture steps kejap ye. Macam biasa. Jemputlah minum sirap selasih ni. & Mini Triffle. Sedap. Hahahaha! (sila imagine jek!)
Satu hari, siap kau! Aku buat. Geram tengok...iskk
(Image di ceduk secara penuh macam 'air liur meleleh' tengok di SINI)
OK, saya akan kongsi 3 kaedah yang mencakupi 2 tujuan sahaja sebenarnya (?). Aku cakap apa ni? Mencakupi tujuan apa?
1) Tujuan 1: Membuat segiempat secara sukahati (tanpa terikat dengan ukuran). Atau kata lain "Aku tak peduli pasal saiz. Aku nak dia empat segi jek!" (Wah! kau!)
2) Tujuan 2: Membuat dengan berpegang kepada "skala/ scale". Lebih realistik dalam mengukur/meng-agak/men-design sesuatu. Skala banyak membantu tauuu...
Nampak? Faham ke apa aku cakap?
Takpe.
Lets moveeeeeeeee!
Kaedah 1 (Peduli apa aku dengan skala)
Lagi sekali, saya ulang command nya.
1) Type REC kemudian tekan enter
2) Point kan bucu pertama (1st point) empatsegi kamu itu.
3) Bukak la sebesar mana empat segi kau nak tuh. Bila rasa macam besar dah memenuhi citarasa kamu, kamu point ke point ke dua (endpoint).
4) Siap!
Mudah kan?
Kaedah 2 (Skala penting bagi ku..Oh!)
Jalan 1----- > REC, enter, D, enter, masuk value 'a', enter, masuk value 'b' enter. Siap!
Menggunakan kaedah yang sama macam di atas, tapi lain sikit. Kamu kena masuk dimensi/dimension yang dihajati oleh kamu atau boss kamu. Hahaha
1) Type REC, tekan Enter.
2) Point kan bucu pertama (1st point) empatsegi kamu itu.
3) Kamu akan jumpa "ayat" macam dibawah ini. Kamu tekan D dan enter. "D" (tak kisah huruf kecik ke besar, sama jek!) ini membawa maksud "Dimension".
4) Kamu type size kamu nak. Katakan kamu mahu empat sigi kamu size 6000 x 2500. Maka, kamu type "6000" kemudian enter. Kemudian type "2500" tekan enter lagi.
5) Klik kiri mouse kamu, Siap!
Jalan 2 ----- > REC, enter, @ukuran 'a', ukuran b', enter. Siap!
1) Type REC, tekan Enter.
2) Point kan bucu pertama (1st point) empat segi kamu itu.
3) Kamu akan jumpa "ayat" macam dibawah ini. Kamu type terus @value1, value2. Contoh kamu nak size 6000x2500, jadi kamu type @6000,2500.
4) Terus tekan enter. Siap!
OK, habis sesi segiempat kita. Mudah je Kan?
* Tips hari ini:
Command ini boleh dikaitkan dengan tajuk "PLOT". Kenapa? Kan dalam tajuk itu kite ada belajar pasal saiz kertas. Kalau-kalau lah kamu ada drawing tanpa sebarang frame, maka kamu boleh la mula belajar/cuba buat empat segi frame/title block kamu tuh. Cuba la!
No comments:
Post a Comment