Monday, September 12, 2011

PTPTN: Sekarang Saya Nak Komen Pula


Assalamualaikum semua gadis-gadis sweet dan jejaka cool. (eh? sweet dan cool je ke?). Ya lah...baru lah cool kan? :-P. So sila la jadi sweet dan cool sekarang! :-P

OK. Patut abaikan saja ayat di atas.

Salam itu berhak untuk semua tak kira la apa gaya kamu. Tulus dari hatiku (sambil petik bunga dan sua kan kepada mu...amacam? sweet tak saya? eh..macam gedik pula. Rasa macam nak sekeh pon ada juga).

MOVE!!!


Lama sudah saya fikir tentang hal PTPTN ini. Mengikut term dalam plan saya, peminjaman saya dijangka langsai 10tahun sebaik sahaja tamat pengajian. Saya berjaya grad pada tahun 2004. Maka tambah 10 tahun, menjadikan SEPATUTNYA saya boleh melangsaikan keseluruhan hutang piutang saya pada tahun 2014. Makna ada 3 tahun dari sekarang. Insya-Allah akan selesai seperti yang dijangkakan. Lagi cepat laaaaaaagi bagus.

Sekarang-sekarang ini pula, para peminjam sudah dalam dilema (uuuuuu...ku di dalam....diiiiileemmmmaaa - lagu KRU) bila ada di-offer sistem Ujrah. (pengurangan kadar faedah 3% kepada 1%). Yang dalam dilemanya bukan nya apa, duduk fikir bagus ke tak. Nak terima ke tak. Apa pula Ujrah-ujrah ini. Apa lagi yang baiknya selain dari pengurangan 1% cukai itu sahaja?

Saya pun mula lah terkedek-kedek terpesona memohon penukaran pinjaman sedia-ada ke sistem Ujrah. Bila sudah dapat borang, diteliti-teliti, saya macam tidak berasa gembira dengan apa yang di-offer. Kelihatan tiada apa benefit yang berpihak kepada saya selaku peminjam. (adakah saya saje yang rasa begini eh?)

Kenapa?

Sebab nya borang baru (offer Ujrah) itu terang-terang hanya menerima bayaran melalui Potongan Gaji sahaja. Atau juga kepada sesiapa gila liat tak bayar, pihak PTPTN pergi option nombor 2- Potong melalui cukai pendapatan si peminjam. Huhuuh.

Diteliti bahawa, optional cara pembayaran adalah terhad. Berlainan dengan perjanjian terdahulu. Para peminjam diberi kelonggaran untuk memilih kaedah cara pembayaran yang mana mereka mahu mengikut ke-fleksibiliti masing-masing. Dulu kita boleh pilih beberapa cara.

1) Kaedah potong gaji
2) Kaedah bayar sendiri sama ada ke bank-bank atau melalui online.

Tetapi perjanjian terkini hanya ada kaedah pemotongan gaji sahaja? Mana aci kalau begitu? (pendapat saya lah).

Selain itu adalah kelihatan leceh dengan perjanjian baru ini. Kita kena cop pengesahan setiap dokumen yang diminta. Kemudian isi borang dan pengesahan majikan bahawasanya kita kerja dengan dia. Lepas siap semua kena pos. Sebelum pos kena buat duti setem RM10 pula. Jadi secara personalnya saya merasakan ianya melecekan saya selalu seorang "tak rajin".

Yang lagi lece memikirkan apabila seandainya tiba-tiba hati ini terbuka untuk bertukar kerja. Adakah perlu saya mengulang prosedur sama lagi? (isi borang, cop sah, duti setem, pos) l. Lece...

Selain itu, dalam term yang baru, sekiranya si peminjam telah tiada di alam fana ini atau mengalami kecacatan ditimpa musibah, si waris perlu melangsaikan apa yang dipinjam. Berlainan dengan term terdahulu - if kita telah tiada, tiada tuntutan dibuat atas waris. (kita macam orang kerja kerajaan la...once dia tiada, segala hutang selesai di situ terus).

Korang belek la satu-satu. Aku baca lama-lama naik tak paham pula jadinya. Huhuhuhu. So now..I'm decided not to proceed with Ujrah System. Miahahahahah!

OK. Sebenarnya entry ini dalam draft berkurun0kurun. Saya macam hilang akal mahu menulis apa lagi. Saya juga enggan menyimpan draft banyak-banyak. Jadi saya sudahi dengan:


* Buat sesiapa yang mahu ambil Ujrah, baca term betul-betul dan banding-bandingkan dengan term terdahulu anda. Saya melihat ianya banyak menyenangkan pihak lain tapi bukan pihak kita selaku peminjam. (tengok dia ni, dah la meminjam..banyak pula kau komen yaa? Apa nak buat...saya ada hak consumer...hahahahaha)

Apa-a
pa hal lanjut, boleh baca sini jika kamu pening-pening macam mana sebenarnya hal kira-kira Ujrah ini.

KLIN SINI.

bye...


* selamat membayar hutang kamu. jangan tak bayar OK... :-)


1 comment:

Anonymous said...

UNTUK PENGETAHUAN SEKALIAN,

1. BUNGA "UJRAH" YANG KITA KENA BAYAQ MENINGKAT 2 KALI GANDA SEJAK BULAN MEI 2013.

2. JUMLAH BUNGA "UJRAH" YANG PERLU DIBAYAR BAGI SETIAP PEMINJAM TIDAK SAMA WALAUPUN JUMLAH BAKI PINJAMAN SAMA. TAK FAIR.....ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA LEBIH DAN ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA KURANG WALAUPUN BAKI HUTANG SAMA SEBIJIK.



MANSUH HUTANG PTPTN SEMEMANGNYA IDEA BODOH. YANG RAJIN BAYAR SELAMA NI TERTINDAS MANAKALA YANG PEMALAS BAYAR HUTANG SELAMA NI TETIBA UNTUNG ATAS SIKAP MALAS BAYAR. TAK FAIR. SEPATUTNYA HUTANG BANYAK TU, BAYAQ BALIK BANYAK TU. UJRAH HANYA MENGABUI FIKIRAN PEMINJAM PADAHAL UJRAH PTPTN JUGA SEBENARNYA ADALAH RIBA.