Wednesday, June 6, 2012

Nak Jadi Baik Pun Susah ke?


Asslamualaikum semua.

Macam panjang pula title entry di atas. (eh ayat macam skema pula). Dah la tuan blog pura-pura macam bukan tuan kepada blog yang terdampar kehausan entry. Haus tak mengapa juga. Ini siap merepek-repek buat malu muka sahaja. Kesian kan ini blog?

Maka kali ini, marilah saya kongsi-kongsi sikit. Saya pergi membaca sana sini sahaja sebenarnya. Sebab? Saya tiada masa mahu menaip. Serius. Sama ada masa mencemburui saya atau saya sebenarnya gagal dalam pengurusan masa. Apa-apa hal pun mana yang perlu didulukan, kena lah dulukan. Kan?

Saya pasti kita-kita ini ramai-ramai mesti terdetik dalam hati untuk menjadi orang baik. Siapa tak mahu? Cuba tanya orang mana-mana sekilas sepintas pun mesti terlintas. Tapi mula la syaitonirrojim durjana tabur godaan ayat-ayat negatif dalam kepala macam 

"Elleh,,,cuba kau tengok kau ni. Dah buat macam-macam. Dosa sana sini. Maksiat sana sini. Naya sana sini. Ada hati nak jadi baik? Lupakan je lah"

Baiklah. Mudah-mudah sahaja kita manusia ni kena racun dengan bisikan makhluk dari api itu kan? Betapa benarnya iman ini diumpamakan senipis kulit bawang. Gertak sikit goyang...goyang sikit kene gertak..gertak goyang..gertak goyang. Entah apa-apa.

Sebenarnya jangan nak malu sangat kalau nak buat benda baik. Tambah-tambah untuk kebaikan sendiri. Pertama sekali bila kita nak buat benda baik bukan sebab ikut-ikutan, buat atas sesuatu sebab yang lain contohnya nak tarik hati gadis/jejaka idaman , buat sebab mahu menunjuk, buat mahu dengar pujian. Bukan sebab macam itu. Tapi buatlah atas kerelaan dan niat kerana Allah.

Yang kita ini pula, kadang-kadang tak sedar tersengaja melawakkan sesuatu yang baik.

"Beb, aku ingat aku nak pakai tudung lah. Aku rasa kosong dalam jiwa ni. Aku perlu berubah. Menutup aurat itu kewajipan orang Islam. tuntutan agama"

Dan-dan tuh juga member yang mendengar yang terkena bisikan syaiton terus bertukar jadi syaiton bertopeng manusia mengejek melekeh-lekeh member yang berniat tulus  murni tu. Kadang-kadang ada juga terus menjauhkan diri apabila member niat murni itu berubah.

Tah kenapa nak jauh diri tah kan. Padahal kau tahu kan benda itu baik kan? Member tuh takde paksa kau joint sekali pakai tudung (etc) kan? Apa ada hal? Lambat laun kalau ada titisan keinsafan dalam diri, kau pun boleh berubah. Jangan malu lah orang nak ejek-ejek taknak kawan ke apa kan...betol tak?

Apabila kita berubah, belajarlah untuk beristiqomah. Maknanya berterusan. Bukan on and off. Tapi jangan lah buat dalam terpaksa pula, kang jadi tak ikhlas pula. Apa je dapat?

Bab istiqomah ni la kan. Saya selalu rasa nak marah dengan diri sendiri. Memang marah. Saya rasa apabila makin tua, makin banyak kurangnya saya ini. Dari pakai stokin kepada tak pakai stokin la. Macam-macam lah. 

Tak tahu mengapa kesedaran nak menutup aurat ini semakin berkurangan sejak semakin tua-tua ini. Sedihkan?

Tapi Alhamdulillah, pemakaian tudung ke mana-mana masih dikekalkan sejak umur 16 tahun lagi. Bab pakai stokin itu. Bila agaknya saya ada kekuatan untuk memakai. Seingat saya, saya pakai selama 5tahun. Kekal. Pakai ke mana-mana. 3 tahun masa saya belajar, dan 2 tahun pertama saya memasuki alam pekerjaan. Total dalam 5 tahun macam itu la. Balik kampung ke pergi raya ke..jalan-jalan ke pakai stokin.

Lama-lama? tahu-tahu hilang stokin? Tikus curi. Eh tipu saja. Apa pasal? Saya dah jadi tak malu ke? Dah hilang kesedaran diri ke? Dah kurang keinsafan ke? Dah kurang ilmu ke? Dah bajet kaki paling hensem ke? Isk

Patut lah kaki time zaman pakai stokin itu rasa bersih gebu sahaja kan.Tak payah nak buat padicure bagaikan.  Sekarang? Macam berkeladak kaki sahaja! Isk! Dah keladak-keladak pun haram tak pernah cuba padicure gak! Hahahaha!

Selalu saya tengok diri sendiri. Judge diri sendiri. Pakai-pakai baju. Bukan main ayu. Baju kurung. Tak ketat. Pakai tudung. Tak kira tudung bawal atau tudung "sarung 3minit siap". Pakai tudung tutup dada. Bawah dada. Pakai anak tudung tak nampak rambut.  Kain baju dan tudung tak jarang. Memang cun habis lah. Kalau lah lintas depan lelaki tampan beriman (nak yang tampan je kau kan?) terus dia bergetar hati terasa nak lamar jadi isteri. Kalau lintas depan pakcik makcik terus rasa macam nak risik buat menantu. Fuhh!

Tup tup time pakai kasut/selipar kaki terjojol togel. Dah terus nampak tak sempurna ciri-ciri muslimah saya itu. Jadi sila lupakan lelaki tampan beriman nak pilih saya jadi isteri dan ibu anak-anak dia. Sila lupakan pakcik makcik yang berkenan nak buat menantu tadi. Semua imaginasi telah musnah! Hahahaha!

Macam juri hakim dah tengok dari atas macam dah terdetik dalam hati nak bagi gred pemakaian 95%..bila sampai kaki terus dia drop jadi 60% je. Dari A+ jadi C kot tuh! Jauh kan?

Cuba imagine gred periksa yang dapat gred A+ dengan C. Jauh tak? Jauh beb. Boleh mempengaruhi pointer beb. Kalau-kalau kau selalu dapat anugerah dekan, tup tup satu semester  kau tak dapat sebab ada pula terselit "C" dalam slip. Macam itu lah rupa dia.

Isk...apa punya perumpamaan la saya bagi ni kan?

Kasut pula jangan pilih yang berbunyi keletak keletak keletung keletung bunyi dia ya...

Saya tahu. Saya tahu. Mungkin ada antara kita terfikir macam 

"Isk..pakai stoking macam awkward lah. Pelik. Tak cantik nak pakai kasut cantik. Tak seksi dah kasut itu kalau pakai stokin. Tak cool weh!"

Ha...kalau terlintas la macam itu. Ketahui lah wahai adik-adik, ibu-ibu, puan-puan, datin-datin, dato-dato semua bahawasanya itu sebenarnya bisikan jahat syaitonirrojim. Sedar lah.

Siapa kata awkward? Kalau lelaki pakai stokin bila pakai kasut kenapa orang tak pelik tapi perempuan pakai stokin bila pakai kasut nampak pelik? Apa? Lelaki pakai elak dari kaki busuk? So same to the ladies juga lah kan. Apa? Kasut lelaki terkatup? Perempuan terbuka tak ada nak berkuap tak payah pakai stokin? Ahhhh..ketahui lah alasan sahaja semua itu.


 


Kalau pakai kasut cantik-cantik macam sandal ke apa...choose this type. Tak nampak pelik pun. RM10 je kot nih? Jangan la choose yang nipis-nipis macam pakai buang tuh...


Pilihan-pilihan lain. Skin colour? Black? White? Yang putih itu boleh sekalikan dalam set telekung solat kamu. Tak la terselak kain terus nampak kaki kan? Eh? Da macam jurujual stokin nih..

Fancy-fancy? Look great too. Saya ingat kalau ikon remaja macam Yuna Penyanyi buat trend pakai stokin tutup aurat mesti ramai muda mudi follow. Tapi taknak la depa follow sebab trend semata tapi bersekali dengan kesedaran bahawa kaki itu aurat. Ok kan Yuna?

Ala...leceh la stokin-stokin ni. Nak pakai selipar nak sendal jari camana? 

No excuse bebeh! Pakar reka stokin pon alert juga. Depa da design dah untuk you all. so pakai selipar pakai stokin pun apa ada hal kan? Tapi kita yang tak nak pilih untuk pakai, kan?

Dan ketahui dan akuilah bahawa sesungguhnya menutup kaki adalah salah satu tuntutan menutup aurat. Akuilah.Dan ketahuilah dengan menutupi aurat tak secara langsung ianya menjaga dan melindungi diri kita sebenarnya. Sila angguk kepala tanda setuju.


 And...HE love you too...


Entry ini bukan entry buat-buat baik. Tapi sekadar berkongsi dan ingatan untuk diri saya sendiri juga. Saya sedang usaha untuk kembali menutup kaki. Sama-sama lah kita ya.

Terima kasih dekat sesiapa yang membaca.

Note: Image semua I Google je dengan key word "Stoking", "Tutup aurat" , "socks" dan seangkatannya lah.

1 comment:

Hazwanee Hashim said...

Point on! Saya pun baru mula pakai stoking a few weeks ago. First day rasa awkward sangat but then ok je, lagi syok adalah sebab dah tau complete tutup, insyaAllah.

Thanks for this post!

http://dreamypastelpearls.blogspot.com/