Friday, July 20, 2012

Kolestrol dalam kenangan...


Salam...

Finally saya mahu mengisytiharkan bahawasanya kolestol dan saya dah putus ikatan. Haha...macam clash pakwe makwe je cakap.

Anyway...saya harap kandungan kolestrol dalam badan ini menjadi kenangan sahaja bukannya sejarah yang berulang.Seingat saya lama juga saya gigih (gigih la.sangat kamu) nak turunkan paras kolestrol berlebihan ini.

Antara yang saya lakukan:

1) terus tak kawan fastfood. Dalam tak kawan pun ada juga tergelincir...ooooppps!

2) cuba amalkan gaya hidup sihat - kurangkan pengambilan makanan melampau walhal nafsu aku selalu membuak biak menatap makanan

3) masukkan oat dalam menu harian. Saya praktik.jadikan amalan setiap pagi minum oat bercampur susu omega sebelum memulakan kerja di pejabat. Tahu tak oat takkan hadam dan dia berupaya menyerap segala lemak dan keluarkan dari badan dalam bentuk tinja? tinja tuh najis lah. Hahahah!

4) senaman. Wahahahaha. Saya tipu..saya tak senam tapi bergerak aktif sana sini. dulu-dulu ada la main futsal dengan rakan-rakan office kan. Yang paling latest saya buat -saya joint True Fitness punya kelas. Best gila weh. Tarutaman kelas 'body combat'. Pancit aku. Tapi syiok. Tq Groupon. Kupon ini valid untuk sebulan sahaja. So aku dan rakan pulun la 2-3 kali seminggu menziarah True Fitness di Sunway Giza. Heheheh

5) Ambil supplement berbentuk kapsul. Ambil yang ada contain Omega 3. Saya guna jenama Pristin. Sebab apa pakai? Sebab masa saya mula-mula disah kan jadi habitat kolestrol berlebihan, orang itu cadangkan brand ini sebab dia kata yang itu berkesan. Oh..dia bukan penjual OK. aku kena bali sendiri di Farmasi berdekatan lah.

Anyway, yang ini result terbaru saya.
Wohohoho...Kolestrol saya paras normal sudah. Alhamdulillah. Lepas ini bole makan banyak-banyak tanpa batasan. OOOppppsss!

Apa-apa pun benda macam ini tak jadi bergolek-golek. Kena ada keedaran. Ada ikhtiar. Ada kemahuan. 

Kalau sesiapa tak tahu macam mana nak cek kolestrol dalam badan kamu. kamu boleh terus tuju farmasi berdekatan (mana-mana) dan cakap dekat kaunter "nak cek kolestrol". Kamu haruslah puasa selepas tengah malam sebelum membuat pemeriksaan ini. Baru lah tepat dapat kan...

- Jom kita hidup sihat!

Bye!

(patut aku type pakai Galaxy Note aku, tapi entah kenapa tak boleh published. Aku syak aku yang tak pandai guna Handphone canggih..hahahah)

1 comment:

mizzura said...

wow...healthy lifestyle...! nnt aku ikut jejak kau :-)