Tuesday, August 7, 2012

Tahap Godaan


Assalamualaikum...

Selamat berpuasa buat semua. Lambat benar ucapan ini kan? Dah setengah bulan dah kot kita umat Islam menjalani ibadah puasa. Tapi baru hari ini akak nak ucap?

Puk! Bunyi tepuk dahi tanda lalai.

Sebenarnya teringin sangat nak menaip hatta sebaris ayat. Tapi manusia ini banyak sangat alasan dia. Nak buat itu lah..buat ini lah...sibuk sana la..sini lah. Jadinya? Terus diketepikan benda-banda macam yang tak berapa penting.

Apa? Tulis blog tak penting ke? Erm...untuk diri akak yang tak berapa nak aktif ini...akak cakap la tak berapa nak penting kan. Tapi kadang-kadang datang meroyan gian nak menaip macam tak boleh tunggu-tunggu. Tapi memang betul pun. Apa daya kita kan. Kita kena la buat tanggungjawap utama kita.

Aik? terpanjang pula mukaddimah. Ini bukan mukaddimah woi! Ini membebel.

Ala..kasi can la dekat akak ni kan. Tiba-tiba berderu-deru ayat tak berfaedah pun yang keluar dari kepala ini. Aiseh!

OK lah. Sepanjang Ramadhan ini, akak punya pejabat (ewwahh! pejabat-pejabat bagai...panggil opis sudah la kan? :-P). OK sambung balik ayat. Akak punya pejabat bagi balik awal. Pukul 5 petang lah. Kalau dapat balik pukul 3 petang? Aku lah makhluk Tuhan yang paling seksi (?) nak meloncat hari-hari atas muka bumi sebagai tanda gembira tak berpenghujung. Agak nya la tuh.

So?

Apa yang akak buat time bulan-bulan puasa tak boleh makan ini?

Akak meronda wahai adik-adik. Dekat-dekat sahaja. Teruk kan akak kau ni. Patut buat la tadarrus ke tidur buat sunat khoilullah ke kan. Ini meronda? Apakan dayaku. Akak ni spesis terpencil di opis. Minoriti.

OK lah. Penat pula taip. Maklum lah puasa kan. Jari akak ni bunyi kruk..kruk..kruk...bunyi engsel. Maklum lah tak mengunyah macam selalu. Hahaha!

Tengok sajalah apa akak jumpa kan. Lokasi : Petronas & Presto@Citta Mall.

 My name is Seroja..apsal macam nampak kiut nih? ada kuaci dekat atas...

Ini kawan saya...tak lain tak bukak...tat nenas...

 Kami sebelah menyebelah...

OK. Saja ambil 2 gambar kuih ini. Sebab? Rasa macam best. Lagi-lagi yang tart nenas berbentuk pie tuh...hehehhe

 Ha,,,yang ini buat diri tertarik juga. Tak tau lah apa kan. Agak-agak conflake bersalut white coklat yang dibulat-bulat jadi macam batu..nampak macam asam boi putih pon iye..

Yang ini saja selongkar Presto Petronas. Konon cari durian belanda...tapi entah apa-apa yang melanda aku..

Paper rice? Kertas nasi? apakah rasanya? bagaimana nak makan? adakah menggorengnya bagai keropok atau apakah?

oh...baru ku tahu...Risotto - nasi dengan dakwat sotong..tau order je kan aku masa makan kan? rupanya dengan dakwat sotong la...

 Ha..siapa kepingin susu kambeng kotak? Meh le datang Presto ada...cuma tinggal nak bawa duet sahaja..heheheh


* Memang tabiat suka membelek-belek...lagi yang macam tak pernah jumpa..jakun je. Maklom lah ..akak orang kampung jek...hehehe

Sekian sahaja sesi membelek selama 50 menet.

Bye

No comments: